Monday, July 25, 2011

Cermin Diri


sebagai insan, x salah kalau kita rajin-rajin cerminkan diri sendiri terlebih dahulu. bukanlah bercermin hanya untuk memastikan tiada cacat cela dengan menampal foundation, tetapi lihatsegala kelemahan diri sendiri sebelum berasa riak atau besar kepala dengan orang lain.

biasnya orang yang pernah hidup susah, attitudenya lebih baik berbanding dengan orang biasa kerana kesusahan itu mendidiknya menjadi insan yang kuat, tabah & lebih bertolak ansur. tetapi x semua begitu, ada juga kesusahan itu menjadikannya sombong, mementingkan diri sendiri & bimbo.  kenapa begitu?

sebab orang yang susah biasanya akan berusaha untuk memperbaiki hidup & belajar setinggi yang boleh . berbeza dengan orang susah yang hanya tahu mengeluh menerima nasibnya dan bertekad untuk hidup senang tanpa usaha atau dengan usaha yang sekadarnya sahaja.

akal fikiran yang ada tue gunakan sebaik-baiknya sebelum orang sekeliling hilang sabar & naik meluat dengan "kebimboan" diri.  kerana itulah Rasulullah saw meminta umatnya untuk terus mencari ilmu walaupun ke negeri China. walaupun x dapat ke negeri China, banyak bahan ilmiah yang boleh dibaca demi menambahkan ilmu di dada & membaca itu membezakan pemikiran kita dengan orang yang sangat pemalas untuk membaca.. & bila orang menggelarnya IQ rendah.. tahu pulak nak melenting. tapi kenyataan nya memang "bimbo".

berubah sebelum terlewat.

2 comments:

  1. :)
    betul. kita digalakkan low profile dlm apa jua keadaan. hidup dgn manusia pelbagai jenis. haruslah terima kan w/pun x suka

    ReplyDelete
  2. fariza=) exactly rite dear ^^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...