assallammualaikum wbt
Akhirnyaaaaaaaaa Vee dapat juga memasang Banner & Bunting untuk Butik Zunnur'ain Collection (fuhhh walaupun Mr Hubby yg pasang hehehe). Punyalah lama baru nak pasang hehehe bukan apa.. lepas jer Perasmian Buti aritu.. Vee terus pregnant.. dah banyak kena tangguh hehehe
Bila dah pasang banner tu, tue tandanya Vee akan sentiasa berada di butik dari jam 11 am - 6 pm setiap hari kecuali Ahad ( kalau rajin, Vee bukak hehehe). Jemput datang yer semua.
Anyway.. Vee dah pun buat 4D Scan hari Rabu yang lepas.. awal kan hihihi sajer jer, sebab kalau lepas nie, takut x de masa jer. alhamdulillah everything ok & kali nie baby pun dah nampak jantina nya hehehehe suprise ^_^
dannnn.. berat my baby agak kurang berbanding berat yang sepatutnya, Doc advise supaya Vee kena makan banyak & kalau x larat, diminta untuk x berpuasa sebab kesian kat baby. so acaner Vee dikatakan ada kencing manis???? huhuhuhu Doc pun pelik kenapa vee leh kantoi masa MGTT sedangkan berat Vee ok jer.. xper lah, dugaan ...
.................................................
ehem-ehem.. sebenarnya hati nie masih panas lagi dengan alkisah ASYRAF MUSLIM nie =( patut x dia jawab macam nie "Saya mengenali Sakinah sebelum saya mengahwini Dayana lagi. Kami bermula sebagai kawan biasa tetapi lama-kelamaan timbul satu perasaan seperti secret admirer. Saya mula rasa nak kahwin dengan dia. Jadi, saya kahwin sebab saya rasa nak kahwin"
itu adalah kata-kata yang paling ANNOYING pernah Vee dengar dari mulut seorang lelaki terutama suami!! Kalau dah kenal si Sakinah tu dulu.. yang getisss gak nak kahwin ngan Dayana awatnya?? xder sesiapa pun yang paksa... ahhhh... memang Vee x leh terima kata-kata tu!! ~~mood Bengang~~
Friday, July 26, 2013
Wednesday, July 24, 2013
Elaine & Baju Raya
assallammualaikum wbt
nampaknya sekarang nie Vee dah kena rajinkan diri untuk menyapu losyen coco butter di perut sebab stretch mark dah pandai naik dah.. uwaaaa...
masa Vee mengandungkan Elaine.. xder sedikitpun garisan di perut.. fuhhhhh xpe-xpe.. lain baby, lain pengalamannya kann.. janji my baby selamat dilahirkan dengan sihat, sempurna fizikal & akal fikirannya.. aaminn.
Puasa dah pun berlalu 2 minggu.. so lagi 2 minggu nak raya hehehe excited sebab kali nie Elaine dah boleh memahami suasana Berhari raya berbanding tahun lepas ^_^ Nak tahu kenapa Vee kata Elaine lebih memahami? sebab Elaine dah pandai pilih baju raya sendiri hehehe mana yang berkenan di mata.. baju tu akan dipegang & takkan terlepas dari tangan Elaine. siap cakap "Antik..antikk" cantik..cantikk sambil tunjuk kat baju.
So memang kitorang dah pun shopping baju raya mengikut warna yang dipilih oleh Elaine =) asalnya Vee plan nak color Kuning tahun nie sebab Vee x pernah lagi beraya dengan baju color tu sebab sebelum nie Vee rasa kalau Vee pakai kuning, Vee nampak gelap.
tapi tahun nie masih x berjaya sebab Elaine dah pilih color yang memang cantik di mata dia & juga mata Vee & Mr Hubby =) Vee pulak sebenarnya plan xnak beli baju raya tahun nie sebab nak postpone masa Majlis Aqiqah nanti tapiiiii akhirnya terrrbeli juga sebab Mr Hubby jumpa baju yang seakan-akan macam Elaine & suruh Vee cuba. Bila dah cuba, sesuai pulak dengan Vee walaupun terrpaksa ambil saiz yang besarrrr.. diulangi BESAR..huhuhu sebabnya takut kalau ambil ngam-ngam.. kang x muat lak perut yang memang akan membesar sehingga bulan 11 nie.
Untuk nampak kelainan, Vee pun merajinkan diri "memanikkan" baju Vee & Elaine sebab nak naikkan seri baju-baju tu walaupun baju Elaine sebenarnya dah cukup cantik ^_^ tinggal kasut raya Elaine jer yang x beli lagi.. Vee? x usahlah berangan.. high heels yang berlambak dalam kotak x terpakai-pakai lagi.. so pakai jer kasut flat yang ada hahaha itu yang sesuai untuk preggy mommy macam Vee nie.
Baby dalam perut nie memang aktif bergerak.. sampai kadang-kadang tu senak gak la perut.. asyik rasa nak shi shi jer setiap masa. Elaine dah pandai cium perut bila nampak perut Vee terdedah hehehehe bukan main lagi. harap bila baby dah keluar, Elaine akan sayannngggg adik & x jeles-jeles .
Anyway thanks to Nana yang sudi menghadiahkan Vee set tupperware yang cantik & ada kek-kek yang sedap ^_^ terharu & suka sangat heheehehe Semoga Sara cepat-cepat dapat adik & juga if Na pregnant kali nie.. x teruk alahannya macam Sara.. sebab lain baby, lain peel nya.. macam Vee nie .. time Elaine punyalah rileks jer.. sekali bila pregnant kali ke 3.. dugaan yang berbeza dengan Elaine ^_^

![]() |
| Elaine yg masih muat pakai Baju raya tahun lepas =) |

Labels:
2013,
aidilfitri,
Elaine Medina
Thursday, July 18, 2013
BSP kali pertama...
assallammualaikum wbt
semalam Vee dah pun menjalani ujian BSP yang pertama... so semalam Vee x puasa tapi masih jugak kena puasa 2 jam sebelum ambil darah.. jenuh nak ke KDPM tu 4 kali.. nasib baik boleh balik & Mr Hubby sporting nak hantar hehehehe
keputusan BSP Vee semalam memang normal jer.. xde pun terlebih ke hapa tapi agak x suka bila dapat tau yang Vee kena buat jugak BSP tu setiap 2 minggu sampailah bersalin..uwaaaaa.
Nurse tu bila pandang muka Vee terus tanya "eh.. awak ada kencing manis ke? " terus Vee pun buat ala-ala muka frust hehehe nak buat macam mana.. kantoi masa buat MGTT aritu..
oh ya.. aritu Wardina Safiyyah ada share artikel mengenai puasa untuk ibu mengandung & menyusukan anak.. barulah jelas yang kami nie boleh meninggalkan puasa jika bimbang dengan kesihatan anak di dalam kandungan & disusukan.. cuma bayar fidyah tanpa perlu menggantinya..
sumber : Salman Ali
Tidak ada nas al-Qur’an dan al-Sunnah yang kuat (sahih) dan jelas(sarih) menyentuh tentang cara menggantikan puasa bagi perempuan yang meninggalkan puasa kerana sedang mengandung ataupun menyusukan anak.
Disebabkan itu , para ulama’ berbeza pandangan berkaitan tafsiran firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 184
فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang terdaya berpuasa (lalu mereka meninggalkan puasa) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu), kalau kamu mengetahui.
Terdapat perbahasan terperinci berkaitan maksud ayat ini dikalangan ulama’ namun secara ringkasnya Ibn katsir mengambil pandangan beberapa sahabat seperti Ibn Mas’ud dan ibn Abbas dan merumuskan bahawa diperingkat permulaan disyariatkan puasa ramadhan , sesiapa dikalangan umat Islam yang mampu berpuasa diberi dua pilihan sama ada untuk berpuasa atau menggantikan puasa dengan membayar fidyah sahaja. Sebaliknya orang yang sakit ataupun bermusafir pula boleh berbuka pada bulan ramadhan dan menggantikannya pada selain bulan Ramadhan.
Selepas daripada itu Allah mewajibkan puasa untuk setiap orang yang mampu berpuasa(tidak sakit dan musafir) dan mereka tidak dibenarkan menggantikan puasa dengan membayar fidyah lagi.hukum musafir dan orang sakit dikekalkan seperti asal.
Kata Ibn Abbas sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari
وَعَلَى الَّذِينَ يُطَوَّقُونَهُ فَلَا يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ
قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ لَيْسَتْ بِمَنْسُوخَةٍ هُوَ الشَّيْخُ الْكَبِيرُ وَالْمَرْأَةُ الْكَبِيرَةُ لَا يَسْتَطِيعَانِ أَنْ يَصُومَا فَيُطْعِمَانِ مَكَانَ كُلِّ يَوْمٍ مِسْكِينًا
Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa memberi makan seorang miskin.(Albaqarah :184)
Kata Ibn Abbas :Ayat ini tidak dimansukhkan.Mereka adalah orang tua lelaki dan perempuan yang tidak mempu berpuasa,maka hendaklah mereka memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan.
IBn Abbas membacakan Ayat ini dengan perkataan يُطَوَّقُونَهُ dan bukannya يُطِيقُونَهُ
يُطِيقُونَهُ beerti “mampu” (untuk berpuasa)
يُطَوَّقُونَهُ pula beerti “terpaksa bersusah-susahan” (untuk berpuasa).
Secara ringkasnya hukum yang dapat difahami dari perbahasan ini adalah:
1)Orang yang meninggalkan puasa Ramadhan disebabkan sakit ataupun bermusafir hendaklah menggantikan bilangan hari yang ditinggalkan pada bulan-bulan lain.
2)Orang tua dan uzur yang menghadapi kesusahan untuk menunaikan puasa Ramadhan boleh menggantikan puasa mereka dengan memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan.
Persoalan seterusnya adalah untuk merungkai perempuan yang meninggalkan puasa Ramadhan sebab mengandung ataupun menyusukan anak termasuk dalam ketegori yang mana :orang sakit ataupun orang tua dan uzur?.
1)Imam al-Syafi’i dan Ahmad berpandangan bahawa orang yang meninggalkan puasa Ramadhan disebabkan mengandung ataupun sedang menyusukan anak hendaklah menggantikan bilangan puasa yang ditinggalkan disamping memberi makan orang miskin sebanyak hari yang ditinggalkan.Ini adalah jalan selamat dan keluar dari dengan menggabungkan kedua-dua keadaan(orang sakit dan musafir serta orang tua dan uzur)
2)Imam Ibn Hazm berpandangn bahawa perempuan yang meninggakan puasa disebabkan mengandung ataupun menyusukan anak tidak perlu menggantikan bilangan hari yang ditinggalkan dan tidak perlu juga memberi makan orang miskin kerana mereka tidak termasuk dalam ketegori yang diperintahkan untuk menggantikan puasa ataupun memberi makan orang miskin.(Al-Muhalla)
Kedua-dua pandangan ini adalah pendirian yang terlalu ketat dan terlalu longgar dalam mengeluarkan hukum dari nas.
Pandangn yang pertengahan adalah menyamakan hukum perempuan mengandung ataupun menyusukan anak dengan salah satu diantara orang sakit ataupun orang tua yang uzur.
1)al-Hasan al-Basri, ’Ata bin Rabah ,al-Dahhak , al-Nakha’I dan al-Zuhri berpandangan bahawa perempuan mengandung atau yang menyusukan anak hanya perlu menggantikan puasa tanpa memberi makan orang miskin.(Tafsir al-Qurtubi)
2)Ibn Abbas berpandangan bahawa mereka hanya diwajibkan memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan tanpa perlu menggantikan puasa (R.al-Daraqutni dengan sanad yang sahih)
Saya berpandangan bahawa dalam bab ini , pandangan yang paling kuat adalah pandangn Ibn Abbas iaitu perempuan yang meninggalkan puasa Ramadhan kerana mengandung ataupun menyusukan anak hanya perlu memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan tanpa perlu menggantikan puasa atas alasan berikut:
1)Jika orang tua dan uzur yang meninggalkan puasa kerana kemudharatan diri sendiri dibenarkan sekadar membayar fidyah , sepatutnya ibu mengandung dan menyusukan anak lebih patut kerana mereka meninggalkan puasa kerana kemudaratan orang lain.
2)Bagi perempuan yang meninggalkan puasa untuk tempoh yang panjang kerana mengandung atau menyusukan anak, adalah sesuatu yang sukar bagi kebanyakan mereka menggantikan kesemua bilangan hari yang telah ditinggalkan.
3)Berpegang dengan hadith sahih riwayat al-Bukhari “Permudahkanlah dan janganlah kamu menyusahkan”
Labels:
breastfeeding,
Kehamilan 3
Thursday, July 11, 2013
kantoi ujian MGTT.. T_T.. kenalah buat BSP
assallammualaikum wbt
semalam vee dapat call dari Klinik Desa Pulau Meranti untuk keputusan MGTT (Modified Glucose Tolerance Test).. sedihnyaaa!!! sebab keputusannya Vee ada kencing manis ..uuuwaaaaaa!!!
sedih & macam x percaya.. so rabu depan Vee kena buat BSP selama satu hari.. x boleh puasa untuk satu hari tu sebab Vee dah kena berpuasa malam tu mula jam 10pm. ambil darah jam 8am dan kena makan setiap kali selepas ambil darah. kesimpulannya.. darah vee akan diambil 4 kali dalam satu hari.. oh hati... sabarlah...
bila Vee google pasal BSP & kencing manis nie.. memang ada sesetengah wanita hamil yang dapat kencing manis semasa mengandung.. hurmmmm... nampaknya dugaan Vee untuk kehamilan kali nie agak mencabar, hb kuranglah..kencing manislah..huhuhu.. xpelah baby.. janji baby sihat. Ummi akan usaha yang terbaik untuk baby..insyaAllah
nasib baiklah aritu mama tergerak hati nak beli beras basmathi.. terus pagi nie Vee masak beras tu untuk sahur.. lepas nie kenalah kurangkan makanan & minuman manis yang sememangnya menjadi kegemaran Vee huhuhuhu

Wednesday, July 10, 2013
Menjadi seorang ibu itu.....
assallammualaikum wbt
Hari nie hari pertama kita berpuasa ~~alhamdulillah~~ dapat bangun sahur & menyediakan makanan yang ringkas tapi mengenyangkan ^_^
semoga Vee dapat menjalani ibadah puasa tahun nie dengan mudah & sempurna.. insyaAllah..
Menjadi seorang ibu nie sebenarnya bukan mudah.. betulll

apa yang ingin Vee kongsikan.. mungkin Vee sendiri belum cukup ilmu terutama dalam kawalan emosi mendidik anak-anak.
Baru-baru nie.. Elaine ada buat perangai yang memang menguji kesabaran Vee sebagai seorang ibu. Vee pun x faham kenapa Elaine buat perangai untuk satu hari tue sebab bangun dari tidur jer, terus bermula peel yang menguji kesabaran kitorang (Vee & Mr Hubby).
Menangis menjerit-jerit, macam ada je yang x kena dalam hati Elaine. sampai kitorang pujuk macam mana pun x jalan. siap cari gaduh dengan Vee lagi.. uwaaa!!! Vee pulak mungkin sebab agak penat, lagi-lagi dah berbadan dua (sebab tu sesuai pregnant bila anak dah lebih 2 tahun..) cepat sikit lah naik angin.. sampai tahap Vee geram sangat. nasib baik Mr Hubby ada.. atleast dia penyabar sikit berbanding Vee..
Elaine buat perangai sampai ke malam.. sudahnya sebab Vee dah penat sangat, Vee selamba jer tertidur awal malam tu dan biarkan Mr Hubby layan Elaine.
tau-tau Mr Hubby masuk bilik bagitau Elaine nak tidur. Mr Hubby ada gak bagitau Elaine jatuh tersembam, tapi sebab Vee mamai.. Vee just jawab "emmm". masa tue x terfikir nak tanya or tengok keadaan Elaine.
so Vee bf je sebab Elaine dah minum susu botol sebelum tu. tapi dugaannya... elok-elok masing-masing dah tertidur, boleh pulak Elaine gigit dengan kuat masa menyusu & terus Vee tertolak Elaine ke tepi & marah. sakit tau!! masa tu Elaine dah menjerit nangis dan Mr Hubby masuk bilik tengokkan Elaine. Vee pulak sebab tengah marah dan bengang, terus keluar bilik .. merajuk kejap.
lama sikit.. baru Vee berfikir dalam keadaan waras.. terus ke bilik air & ambil wuduk sebab rasanya Syaaitann dah menghasut macam-macam dalam kepala otak Vee nie.
bila Vee dah rasa tenang, masuk bilik & bukak lampu. tengok keadaan Elaine yang sedang dipujuk Mr Hubby. Vee panggil "Elainee..." Terus Elaine pandang Vee dan minta Vee peluk dia. Vee terus peluk Elaine dan cium Elaine.
Vee pun tengok muka Elaine dan terkejut tengok bibir Elaine yang bengkak dan ada kesan darah. terus sentap hati Vee. Ya Allah.. kesiannya anak aku... terus Vee peluk Elaine dan menangis. Vee pandang Mr Hubby & cakap "kenapa x bagitau Vee bibir dia pecah?" terus Vee peluk & pujuk Elaine. Vee minta maaf banyak-banyak dengan Elaine sebab marah-marah tadi.. sedih & sayu sangat hati Vee...
Kesimpulannya... anak-anak nie bermacam-macam ragam dan jangan sesekali mengharapkan anak-anak itu hanya mengikut arahan kita sahaja. mereka sangat istimewa dengan sikap mereka tersendiri.. x usah nak banding-bandingkan dengan anak orang lain. Sabar..sabar dan terus menyayangi mereka kerana mereka adalah sebahagian daripada hidup kita.. hadiah paling indah anugerah daripada Allah swt & x semua pasangan suami isteri menerimanya.
selepas kejadian hari tue.. Vee dah mula menggunakan pendekatan yang lebih baik untuk mendidik & menyayangi Elaine.. alhamdulillah hanya sekali tue jer Elaine buat perangai, dan seandainya akan datang nanti Elaine datang "anginnya".. Vee harap Vee mampu menghadapinya dengan sabar lagi hehehehehe
## sekadar perkongsian.. Vee x pernah panggil Mr Hubby dengan panggilan "abang".. thennnnn.. Vee sangat kurang senang bila ada perempuan yg SEBAYA Vee panggil Mr Hubby "abang".. hahahaha x suka & x pernah suka ;p mana yang kenal Vee tentu faham kan kenapa Vee x suka kekekekeke
Labels:
Elaine Medina,
hati wanita
Subscribe to:
Posts (Atom)