Showing posts with label Elaine Medina. Show all posts
Showing posts with label Elaine Medina. Show all posts

Thursday, March 27, 2014

Elaine & 3D block

assallammualaikum wbt =)

Kali nie Vee nak share cara Vee mengajar sambil bermain dengan Elaine.



Vee aritu ada bagitau yang Vee nak belikan Elaine A-Z , 0-9 3D sebagai bahan pembelajaran kan.. haa, dah beli dah pun =) kenapa mesti 3D blok? sebab Elaine ialah "visual" type.


Comel kan ? tapi Vee x bagi semua pada Elaine sebab kalau bagi semua, jadi bahan mainan semata-mata lah jawabnya, belum masuk bab bersepah lagi macam puzzle aritu  T_T so, Vee simpan semuanya dalam bekas tupperware (Thanks Nana sebab hadiahkan tupperware =) ) dann hanya keluarkan huruf A,B,C,D & E. Masa nak ambik gambar nie pun nyorok-nyorok dari Elaine.. kalau Elaine nampak & x bagi kat dia.. abeslah bergegar satu rumah dengan tangisannnnn.. T_T

Mula-mula ingat nak lekatkan kat peti ais tapi jenuh pulak Vee nak duduk dekat dengan dapur .. so Vee pun ambil jer white board kat butik & bawa balik rumah ~settle~


Walaupun Elaine baru 2 tahun, Vee rasa waktu nie lah usia yang paling sesuai untuk memulakan aktiviti home schooling Elaine =) sebabnya sel-sel otak banyak & pesat berhubung . Yer.. Vee tau ramai jer anak-anak sekarang yang dari baby pun dah kenal huruf.. xper-xper. Ummi pun kenal huruf masa Tadika umur 6 tahun, pandai sampai sekarang hihihihi Meh Vee share cara Vee mengajar sambil bermain di rumah. 

Vee: Elaine.. yang nie A.. B..C..D... E.. (Elaine akan sebut huruf tue sama-sama)

Vee : ok.. A colorrrrr.. (tangan tunjuk kat A)

Elaine : yennn!!

Vee : Good job!! ( tanya benda yang sama pada semua huruf)

Hari seterusnya.. bila Elaine dah agak bosan nak sebut benda yang sama jer, Vee pun akan perah otak kreatifkan diri fikir cara nak tarik minat Elaine

Vee : Elaine.. Ummi nak huruffff E!! mana? mana? (Elaine akan rasa yang Ummi x tau apa-apa so minta tolong dengan dia)

Elaine : (ambil huruf E) nieee!!! Ummi..nah!

Vee : (excited) wahhhhh.. nie huruf E!! Color?

Elaine : Lueeeee!!!

Vee : (bertepuk keriangan) Pandaiiiiii!! Ummi nak huruf C, mana..mana?? (buat benda yang sama pada semua huruf)

hari seterusnya bila Elaine macam x berminat , perah otak lagi dengan bersembang plak.

Vee ambil majalah Mami & Baby & belek-belek depan Elaine.

Vee: Elainee.. tengok nie.. samalah huruf nie dengan nie (tunjuk kat huruf A).. sama x?

Elaine : (teruja) maa..amaa ..A!!

Vee : lagi? lagi..? mana A? (minta Elaine cari huruf A dalam majalah)

Elaine : niee mie! A! yeayyy..

Vee: wahhhh.. terrer nya anak Ummi.. owesome!! (high 5 dengan Elaine)

Pastu hampir satu majalah tue kitorang belek untuk cari huruf A,B,C,D & E. 

Bila keluar jalan-jalan..masa dalam kereta & Elaine pun mood tengah excited.. Vee akan tanya

Vee : Elaine.. yang tue color apa? Elaine.. nampak x huruf A?

So Elaine akan excited menjawab apa yang ditanya. Walaupun kadang-kadang Elaine salah jawab sebab x ingat .. Vee terus bagi galakan dengan bersorak & betulkan balik. Biasalah kalau Elaine masih x ingat huruf-huruf tue sebab masih baru belajar =)

Kelakar jer bila Elaine jawab "ermmmm.... apa? apa?" bila x ingat color atau huruf yang ditanya hehehe

Tapi.. Vee hanya mengajar Elaine waktu Elaine tengah fokus bermain & mood tengah ok jer, kalau time mood x okay & asyik nangis jer.. jangan haraplah Elaine nak melayan apa yang Vee cakap, jadi gaduh jer nanti huhuhu

Harapnya minggu depan dah boleh tambah huruf F,G,H,I & J plak =) Aja-aja Fighting!!! Potty training dah bermula juga .. kalau rajin, Vee share =)

P/S : Next entry nanti nak share pasal Elena.. asyik Elaine jer.. ada yang majuk kang hehehehe

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Isnin depan nie last day untuk bulan Mac.. Jom rebut peluang beli ESP dengan harga yang berbaloi-baloi & Percuma Shaker =) Jangan risau.. Vee akan guide korang sehabis baik ^_^


kenapa mesti ada ESP di rumah anda? meh baca kat sini


Wednesday, March 5, 2014

Elaine & Perkembangannya

Assallammualaikum wbt :)

Vee nak share perkembangan anak dara Vee, Elaine =)


Elaine dah berusia 2  tahun 3 bulan, alhamdulillah Elaine dah menghafal nombor 1-10 dalam BM & BI ~~bravoo~~ actually dah hafal sejak Elena dalam perut lagi hehehehe tapi baru  nak update huhu then sekarang nie Elaine dah hafal huruf A-Z walaupun x lancar lagi sebab Elaine x suka berlagu. Faham x?

Maksud Vee.. Biasanya budak-budak suka menyanyi kan? So diorang cepat hafal A-Z sebab berlagu.. Tapiiiiii ..tidak bagi Elaine. Elaine rupa-rupanya x suka berlagu. Bila Vee , Mr Hubby nyanyi jer, Elaine just love to dance & laugh.. Mulut langsung xnak ikut nyanyi. Nak tau sebabnya?

Kan Vee dah kata Elaine nie Visual type hehehe rujuk entry lepas Vee. So bila Elaine baca 1-10 & A-Z, dengan cara menyebut tanpa lagu. Yang tang nombor tue lebih Mr Hubby & Tuk Mak dia yang mengajar.. Vee lak A-Z.insyaAllah nanti alif-ya , nak bagi Elaine betul-betul hafal & kenal huruf dulu.

Paling best, Elaine dah kenal warna ~alhamdulillah~ color yang Elaine tau ialah Blue (lueeee) , Yellow (ellowww), pink, red (yeddd), green (yiinnnn), orange (yennn) purple (pepeeeelll), ..hehehe happy jer bila Elaine dah kenal warna. Nak tau macammana Vee ajar ..Vee belikan mainan ring tower & lego yang colorful tue, terus ajar Elaine time dia main. Senang jer ajar Elaine sebab masa main, otak Elaine enjoy & time tue lah Vee ajak Elaine teka color dengan cara yang sangat santai =) 

Bila Elaine dah kenal warna, Vee akan main teka-teki dengan Elaine dengan tanya baju nie color apa, bantal nie color apa, semua benda yang berwarna Vee tanya.. Memang la Elaine selalu salah teka sebab keliru tapi xpe.. Vee tetap minta Elaine teka sampai betul & bersorak bila berjaya ~high 5~

lepas nie Vee nak cari block A-Z 3D sebab nak Elaine kenal huruf & nombor. Flashcard??? buat bersepah rumah jer hahaha betul... sifat Visual Elaine agaknya kuat sangat so flashcard x pernah nampak menarik di mata Elaine.. nanti ye Elaine, Ummi belikan 3D block =)  Bila Elaine dah ingat & kenal apa yang Vee ajar.. So tahun depan Vee takkan anta Elaine ke tadika hehehe sebab Vee rasa Elaine masih kecilllllll & Vee pun boleh ajar Elaine ~insyaAllah~ 

Mainan Elaine jangan cakaplah.. sangat banyak sampai x muat kotak huhu Vee guna kotak plastik yang jual kat Tesco tue untuk simpan mainan Elaine, mudah disimpan, lasak & senang mudah alih =) biasanya mainan lama Elaine, Vee akan simpan dalam kotak & nyorokkan dalam bilik kecil.. dah lama sikit lebih kurang 3 bulan or lebih, Vee akan ganti / keluarkan  mainan tue balik supaya Elaine x bosan dengan benda yang sama . teknik nie memang berkesan sebab Elaine akan excited tengok mainan lama hehehe

Vee ada gak belikan puzzle untuk Elaine. mula-mula terbeli puzzle yang besar.. then x sesuai sebab puzzle tu kecik + banyak.. buat bersepah jer. then Vee beli mini puzzle yang lebih kurang ada 9 keping jer untuk cantum.. ermmm rasanya Elaine masih x minat lagi hihihi nasib set tu ada 4 puzzle, Vee dah simpan 2 set untuk Elaine main di masa akan datang.

Tang Upin Ipin jangan cakap lah.. nama setiap watak tu dah hafal & jadi sebutan jer kat mulut Elaine, jalan cerita pun dah hafal.. siap leh gelak lagi bila tengok Upin Ipin.. perkataan yang kian lancar dari mulut Elaine ialah "assallammualaikum (aaakummmm), waalaikumussalam (aalaaammm), alhamdulillah (ammmlilaaah) , Allah (Awwahhh), buku, gula, coklat (oolatt), kek, aiskrim (ekrimm), nasi, air (eirr), pedas (eedass), masam (acammm), bayak lagi lah. then Elaine dah mula pandai sebut beberapa perkataan & jadikan ayat, contohnya "ummmiiiii, nak nacik" "makkk!! lapar" "abi, nak luarrr (nak keluar)" "ummiiii..nak gi escooo (tesco)"

perasan x yang Vee banyak letak sebutan Elaine tue panjang kat belakang.. memang pun Elaine sebut macam tue.. panjang jer ekor kat belakang, anak manja lah katakan walaupun selalu kena marah dengan Ummi sebab kuat nangis huhuhuhuhu

lagi satu, Elaine dah pandai sebut nama sendiri "Elaine Naaa" Elena Isyaaa" Elvy Naaa" "Akimmmmm" ..boleh lah Elaine oii hahahaha Elaine pun dah pandai pakai kasut sendiri, kasut Elaine bukan kasut yang main sarung jer, kasut tu kena buka zip & lekat balik.. hehehehe saja beli yang payah dipakai supaya Elaine belajar berfikir =) tapi bila datang tang manja, merengek minta pakaikan huhu

oklah.. cukup sampai sini dulu =)




Thursday, October 10, 2013

Temujanji Doktor untuk 34 minggu & aktiviti Ummi & Elaine

Assallammualaikum wbt :)



Alhamdulillah hari nie dah settle perjumpaan dengan Doktor di Dengkil & siap sekali dengan temujanjji dengan Doktor Pakar di Hospital Serdang.

Tadi, masa jumpa Doktor Piya di KK Dengkil, Macam biasalah scan My Baby & ready untuk surat ke Hospital Serdang. Masa baring untuk scan, Doktor siap cakap "wah, comel jer perut awak nie" . Biasalah tu, perut Vee nie awal trimester bukan main lgi ke depan, then masuk jer trimester akhir.. Memang rileks jer besar macam tue (x membulat ke depan) .. Senang nanti jaga perut time pantang hehehe

Then, scan baby & alhamdulillah berat baby dah pun bertambah 2.44kg .. Fuhhh lega. Tapi berat Vee turun sekilo iaitu dari 73 kg ke 72kg dalam tempoh 2 minggu. Xper.. Janji baby sihat kat dalam ni :) Doktor check air ketuban & bagitau "biasanya perut kecik sebab air ketuban kurang tapi awak punya air ketuban, ok jer.. Berat baby pun ok". 

Then, masa buat surat untuk rujukan ke hospital Serdang, Doktor check my BSP dan HBA1C..result semuanya ok dan xde gaya pun macam ada GDM.. So keputusannya Vee x perlu bersalin awal 2 minggu (lega) tapi tetap kena bersalin sebelum due iaitu 18/11/13 tu, baby dah keluar. Xpe Doktor..masuk jer 36  minggu, saya akan aktif berjalan dan naik tangga demi melahirkan baby secara normal tanpa paksaan ^_^

kitorang terus ke Hospital Serdang untuk buat temujanji dengan Doktor Pakar. Punyalah ramai orang terutamanya ibu-ibu mengandung.. Rasanya dirang nie kalau Vee bagitau yang Vee nie peknen dah 8 bulan lebih, mau terkejut sebab perut kitorang beza sangat bosar nya :)

Nasib x perlu tunggu terrlalu lama, Doktor bagi temujanji pada 11/11/13 .. Terus Vee cakap "eh.. Nak dekat bersalin baru jumpa ye? ". Nurse bagitau " sebab result GDM awak ok jer, xde masalah. Tapi kalau awak bersalin awal, x payahla datang ". 

Then.. selain al kisah baby nie.. Vee share beberapa gambar bersama anak dara yang manja, Elaine :) nie lah antara aktiviti kitorang bila dah xder benda nak buat hehehe







Best kan bila ada anak nie terutama anak dara yang manjaaa macam nie hehehe bila tengok dalam gambar Elaine memang iras Vee tapi bila orang jumpa kat luar, ramai yang cakap macam Mr Hubby .. nak buat macam mana, dah muka Vee & Mr Hubby kan seirassss (orang yang kata yer hehehe)

Wednesday, July 24, 2013

Elaine & Baju Raya

assallammualaikum wbt

nampaknya sekarang nie Vee dah kena rajinkan diri untuk menyapu losyen coco butter di perut sebab stretch mark dah pandai naik dah.. uwaaaa...

masa Vee mengandungkan Elaine.. xder sedikitpun garisan di perut.. fuhhhhh xpe-xpe.. lain baby, lain pengalamannya kann.. janji my baby selamat dilahirkan dengan sihat, sempurna fizikal & akal fikirannya.. aaminn.

Elaine yg masih muat pakai Baju raya tahun lepas =)


Puasa dah pun berlalu 2 minggu.. so lagi 2 minggu nak raya hehehe excited sebab kali nie Elaine dah boleh memahami suasana Berhari raya berbanding tahun lepas ^_^ Nak tahu kenapa Vee kata Elaine lebih memahami? sebab Elaine dah pandai pilih baju raya sendiri hehehe mana yang berkenan di mata.. baju tu akan dipegang & takkan terlepas dari tangan Elaine. siap cakap "Antik..antikk" cantik..cantikk sambil tunjuk kat baju.

So memang kitorang dah pun shopping baju raya mengikut warna yang dipilih oleh Elaine =) asalnya Vee plan nak color Kuning tahun nie sebab Vee x pernah lagi beraya dengan baju color tu sebab sebelum nie Vee rasa kalau Vee pakai kuning, Vee nampak gelap.

tapi tahun nie masih x berjaya sebab Elaine dah pilih color yang memang cantik di mata dia & juga mata Vee & Mr Hubby =) Vee pulak sebenarnya plan xnak beli baju raya tahun nie sebab nak postpone masa Majlis Aqiqah nanti tapiiiii akhirnya terrrbeli juga sebab Mr Hubby jumpa baju yang seakan-akan macam Elaine & suruh Vee cuba. Bila dah cuba, sesuai pulak dengan Vee walaupun terrpaksa ambil saiz yang besarrrr.. diulangi BESAR..huhuhu sebabnya takut kalau ambil ngam-ngam.. kang x muat lak perut yang memang akan membesar sehingga bulan 11 nie.

Untuk nampak kelainan, Vee pun merajinkan diri  "memanikkan" baju Vee & Elaine sebab nak naikkan seri baju-baju tu walaupun baju Elaine sebenarnya dah cukup cantik ^_^ tinggal kasut raya Elaine jer yang x beli lagi.. Vee? x usahlah berangan.. high heels yang berlambak dalam kotak x terpakai-pakai lagi.. so pakai jer kasut flat yang ada hahaha itu yang sesuai untuk preggy mommy macam Vee nie.

Baby dalam perut nie memang aktif bergerak.. sampai kadang-kadang tu senak gak la perut.. asyik rasa nak shi shi jer setiap masa. Elaine dah pandai cium perut bila nampak perut Vee terdedah hehehehe bukan main lagi. harap bila baby dah keluar, Elaine akan sayannngggg adik & x jeles-jeles .

Anyway thanks to Nana yang sudi menghadiahkan Vee set tupperware yang cantik & ada kek-kek yang sedap ^_^ terharu & suka sangat heheehehe Semoga Sara cepat-cepat dapat adik & juga if Na pregnant kali nie.. x teruk alahannya macam Sara.. sebab lain baby, lain peel nya.. macam Vee nie .. time Elaine punyalah rileks jer.. sekali bila pregnant kali ke 3.. dugaan yang berbeza dengan Elaine ^_^




Wednesday, July 10, 2013

Menjadi seorang ibu itu.....

assallammualaikum wbt

Hari nie hari pertama kita berpuasa ~~alhamdulillah~~ dapat bangun sahur & menyediakan makanan yang ringkas tapi mengenyangkan ^_^

semoga Vee dapat menjalani ibadah puasa tahun nie dengan mudah & sempurna.. insyaAllah..

Menjadi seorang ibu nie sebenarnya bukan mudah.. betulll

apa yang ingin Vee kongsikan.. mungkin Vee sendiri belum cukup ilmu terutama dalam kawalan emosi mendidik anak-anak. 

Baru-baru nie.. Elaine ada buat perangai yang memang menguji kesabaran Vee sebagai seorang ibu. Vee pun x faham kenapa Elaine buat perangai untuk satu hari tue sebab bangun dari tidur jer, terus bermula peel yang menguji kesabaran kitorang (Vee & Mr Hubby). 

Menangis menjerit-jerit, macam ada je yang x kena dalam hati Elaine. sampai kitorang pujuk macam mana pun x jalan. siap cari gaduh dengan Vee lagi.. uwaaa!!! Vee pulak mungkin sebab agak penat, lagi-lagi dah berbadan dua (sebab tu sesuai pregnant bila anak dah lebih 2 tahun..) cepat sikit lah naik angin.. sampai tahap Vee geram sangat. nasib baik Mr Hubby ada.. atleast dia penyabar sikit berbanding Vee..

Elaine buat perangai sampai ke malam.. sudahnya sebab Vee dah penat sangat, Vee selamba jer tertidur awal malam tu dan biarkan Mr Hubby layan Elaine.

tau-tau Mr Hubby masuk bilik bagitau Elaine nak tidur. Mr Hubby ada gak bagitau Elaine jatuh tersembam, tapi sebab Vee mamai.. Vee just jawab "emmm". masa tue x terfikir nak tanya or tengok keadaan Elaine. 

 so Vee bf je sebab Elaine dah minum susu botol sebelum tu. tapi dugaannya... elok-elok masing-masing dah tertidur, boleh pulak Elaine gigit dengan kuat masa menyusu & terus Vee tertolak Elaine ke tepi & marah. sakit tau!! masa tu Elaine dah menjerit nangis dan Mr Hubby masuk bilik tengokkan Elaine. Vee pulak sebab tengah marah dan bengang, terus keluar bilik .. merajuk kejap.

lama sikit.. baru Vee berfikir dalam keadaan waras.. terus ke bilik air & ambil wuduk sebab rasanya Syaaitann dah menghasut macam-macam dalam kepala otak Vee nie. 

bila Vee dah rasa tenang, masuk bilik & bukak lampu. tengok keadaan Elaine yang sedang dipujuk Mr Hubby. Vee panggil "Elainee..." Terus Elaine pandang Vee dan minta Vee peluk dia. Vee terus peluk Elaine dan cium Elaine. 

Vee pun tengok muka Elaine dan terkejut tengok bibir Elaine yang bengkak dan ada kesan darah. terus sentap hati Vee. Ya Allah.. kesiannya anak aku... terus Vee peluk Elaine dan menangis. Vee pandang Mr Hubby & cakap "kenapa x bagitau Vee bibir dia pecah?" terus Vee peluk & pujuk Elaine. Vee minta maaf banyak-banyak dengan Elaine sebab marah-marah tadi.. sedih & sayu sangat hati Vee...

Kesimpulannya... anak-anak nie bermacam-macam ragam dan  jangan sesekali mengharapkan anak-anak itu hanya mengikut arahan kita sahaja. mereka sangat istimewa dengan sikap mereka tersendiri.. x usah nak banding-bandingkan dengan anak orang lain. Sabar..sabar dan terus menyayangi mereka kerana mereka adalah sebahagian daripada hidup kita.. hadiah paling indah anugerah daripada Allah swt & x semua pasangan suami isteri menerimanya.

selepas kejadian hari tue.. Vee dah mula menggunakan pendekatan yang lebih baik untuk mendidik & menyayangi Elaine.. alhamdulillah hanya sekali tue jer Elaine buat perangai, dan seandainya akan datang nanti Elaine datang "anginnya".. Vee harap Vee mampu menghadapinya dengan sabar lagi hehehehehe

## sekadar perkongsian.. Vee x pernah panggil Mr Hubby dengan panggilan "abang".. thennnnn.. Vee sangat kurang senang bila ada perempuan yg SEBAYA Vee panggil Mr Hubby "abang".. hahahaha x suka & x pernah suka ;p mana yang kenal Vee tentu faham kan kenapa Vee x suka kekekekeke

Tuesday, April 16, 2013

9 minggu yang bermacam ragam

assallammualaikum wbt

alhamdulillah dah pun masuk 9 minggu... rasa macam x sabar nk tunggu bulan 11 nie hehehehe sebab buat masa nie  .. Vee xlah mabuk teruk sangat.. rasa loya tapi x muntah pun cuma asyik rasa x sedap badan je. x larat dan mata asyik nakkk tidur.

makan? Tengok keadaan. kadang-kadang ikutkan hati memang x lalu nak jamah apa-apa tapi terpaksa makan gak sebab lapar + kesian dengan baby.

susu pun vee dah x lalu nak minum.. tapi kena gak minum, so vee campur dengan milo dan minum cepat-cepat. janji minum kan hihihi

vee rasa vee tau kenapa vee mudah letih yang amat sangat.. sebab Elaine masih bf dengan vee. mula-mula Elaine nak gak minum susu botol.. tapi Elaine perasan kut yang Vee macam mengelak nak bagi susu badan. terus 2 hari nie asyik reject minum susu botol huhuhu menangis-nangis nak gak bf. " nak nii.. nakk niii!!" "inniii..inniii." sambil tepuk dada. huhuhu

sampai satu malam tu.. kepala vee sakit yang teramat-amat.. lagi teruk bila Elaine bf, berdenyut-denyut macam nak meletup. vee terpaksa berpaling. Elaine terus menangis menjerit-jerit tapi Vee minta tolong Mr Hubby pujuk Elaine sebab Vee dah x larat sangat.

memang sedih bila dengar Elaine menangis merayu-rayu nak bf tapi Vee terpaksa sebab dah x tahan sakit huhuhu

sekarang nie vee kena gak bf Elaine sebab kesian sangat dengan Elaine. asyik nak merajuk jer dengan Vee sebab rasa Vee dah x manjakan dia. bukan x manjakan.. tapi vee dah x boleh selalu dukung Elaine selalu. kadang-kadang bila vee dah dukung Elaine, langsung xnak lepas & turun...

oh my Elaine.. ummi sayang Elaine sangat-sangat. harap Elaine faham yang Ummi sentiasa sayang Elaine sampai bila-bila.

Tuesday, April 9, 2013

Perasaan untuk my 3rd baby :)

Assallammualaikum wbt

Perasaan Vee bila Vee dapat tau yang Vee pregnant untuk kali ke-3..memang sangat teruja! Sama macam perasaan Vee masa dapat tau yang Vee pregnantkan Elaine :) x ada beza!

Excited, rasa nak lompat bintang , nak bagitau satu dunia (tapi x bagitau pun haha).

Lebih teruja sebab due date Baby sama dengan Elaine..18/11/13 :)

Masa Vee dapat tau yang Vee pregnant.. Hanya Mr Hubby , Mama & Mak jer yang tau.. Masih awal lagi.. So Vee rasa biarlah hanya kami jer yang tau.. Disebabkan perasaan teruja tu kuat sangat.. Vee ada gak bagi hint kat blog & gambar haha mana yang alert.. Akan perasan & cepat-cepat pm Vee haha thanks

27/3/13.. Nana datang butik dengan k. Rina, Azim & Sara.. Nana kata muka Vee nampak pucat.. Xtau lah sebab pregnant or memang sebab Vee nie bila dapat tau Vee pregnant.. Terus x sentuh toner & serum.. Just terus pakai bedak jer. Sebab masa pregnant kan x digalakkan pakai benda-benda tu :) Tetapi!!! Nak x nak Vee kena gak atleast men"touch up"kan muka nie sebab Vee kan selalu jumpa pelanggan.. sekurang-kurangnya eye liner & lip ice pun cukup ^_^ kalau pucat jer, naik takut lak orang tengok hehehehe

Elaine.. Vee rasa sebab nak dapat adik.. So asyik buat Perangai jer... Sikit-sikit merajuk lah.. Menangis lah.. Nak prhatian sentiasa.. Alahaiiiii manja Ummi nie. Sekarang Vee dah bagitau Mr Hubby yang Vee x boleh selalu dukung Elaine.. Sekejap-sekejap tu boleh lah.. Risau gak Vee kalau angkat lama-lama.. Kesian gak ngan baby kat dalam nie :)

Vee x kesah dapat baby boy or gegurl.. Janji sihat tubuh badan, akal fikiran & selamat dilahirkan.. Kan ada lagi 3 orang yang akan datang hehehehee

Anyway.. Elaine sekarang nie sangat maju perkembangannya ~~alhamdulillah~~ Gigi dah keluar lagi 4 batang (bahagian atas), dah pandai berdiri sendiri & berjalan lebih 3 langkah tanpa ragu-ragu , juga petah dah mulut berkata-kata dengan bahasanya # tahniah anak Ummi # nie penangan nak dapat adik ker?

Sekarang nie, Vee teringin sangat nak makan buah pelam muda huhuhu sampai sekarang x dapat lagi :( tekak nie pulak asyik mual jer.. biasalah.. simptom biasa kalau berbadan dua kan ^_^

Buat mereka yang masih lagi dalam usaha TTC.. Vee doakan semoga segala impian untuk mendapatkan cahayamata akan dikabulkan oleh Allah swt :) jangan pernah putus asa, cepat dan lambat tu, insyaAllah akan ada juga. orang kata doa ibu hamil nie makbulkan..kan.. heheheehe mudah-mudahan =)

Nampaknya Vee kena lagi berusaha keras sebab dah nak tambah ahli keluarga. semoga rezeki kami melimpah-ruah & Vee harap juga kawan-kawan akan terus menyokong Vee ^_^




Tuesday, February 19, 2013

Oh My Elaine !!

assallammualaikum wbt

oh My Elaine..




anak dara Ummi nie sekarang, semakin aktif & macam-macam gelagat yang sentiasa menyenangkan hati Ummi , juga meresahkan, menggeramkan hehehehehe

la nie.. peel anak dara nie bila merajuk atau kena marah.. haaaa selamba terus jer hentak kepala kat mana-mana tempat yang ada. kat lantai, kat sofa, kat katil.. kuat pulak tu!!! then kalau x hentak, Elaine protes dengan menjilat lantai / karpet / tikar . geram!!!

habit baru agak nya. x boleh nak tegur langsung. lepas tue kalau usik sket, atau makan makanan kat tangan Elaine (walaupun Elaine suka menghulur) terus marah nak pukul orang sebab x suka makanan / benda dari tangan dia diusik.. uwaaaaa... part paling geram, bila x dapat nak cepuk orang, Elaine laju je cepuk muka / kepala sendiri. aduhaiiii.. ni belajar dari saper nie ha???? geram sangat bila anak dara nie buat perangai k

lepas tu, bila nak main, suka sangat pergi tempat di sebalik sofa, yang dekat dengan wayar-wayar. alahaiii.. ntah apa yang syok nyer kat situ pun, x tahu lah.

Elaine suka main "peekaboo". Siap tutup-tutup mata lagi & sebut "cakkk" . Sangat cair masa nie hehehehe selalunya bila keluar jalan-jalan, Elaine biasanya berdukung dengan Abi.. Tapi kali nie.. Asyik nak Vee jer yang dukung, bila Vee pass kat Abi dia.. Terus menangis x nak huhuhuhu Ummi yang nangis sebab kena dukung huhuhu hahahaha

Oh My Elaine..

Walaupun x boleh nak berjalan lagi.. Xper.. Take your time Dear :) Ummi pun setahun 6 bulan baru jalan hahahaha memang kuah tumpah ke nasik :D adehh

Elaine peminat setia Hello Kitty & Upin Ipin. Punyalah suka dengan dua benda nie. Kalau patung or gambar Hello Kitty tue.. Asyik dicium je . Pernah nangis sebab nak beg kak Sofeya yang ada gambar Hello Kitty.. Alahaaiii nanti Elaine jalan jer, Ummi belikan Elaine backpack tu ye Sayang.

memang bila jadi suri rumah & menjaga anak sepenuh masa nie bukan senang macam yang orang lain sangka.. mainan emosi toksah cakap lah tapi walaupun penat, geram, letih, bengang, marah.... sesungguhnya perasaan BAHAGIA tetap yang utama sebab anak-anak membesar di depan mata & suami sentiasa ada ^_^

takkanlah Vee x pernah rasa marah & geram bila Elaine buat perangai kan.. Vee bukannya malaikat hehehehe tapi bila kenang semua nie .. berbaloi rasanya.. masa akan datang... x tau macam mana cuma Vee berharap Vee mampu menjadi seorang Ummi yang terbaik untuk anak-anak Vee .. Insya Allah ^_^



Tuesday, January 29, 2013

Elaine.. Setahun 2 bulan

assallammualaikum wbt

kali nie vee nak share everything about Elaine ^_^

1st tentang pemakanan Elaine. ok.. memang Elaine sekarang sangat berselera bila bab makan & memang vee yang risau hahahaha sebab xnak lah terlebih makan, nanti terrrlebih comel..so ummi & abi pun kena jaga makan sebab nanti Elaine tiru gaya pemakanan, x elok x elok (sambil geleng kepala)

so.. macam biasa, awal pagi bangun vee terus sediakan bubur nasi Elaine, resepinya mudah jer, 1/3 cawan beras, beberapa potong kentang yang dipotong dadu, carrot yang diparut nipis, 2 helai daun sup & sedikit minyak zaitun. haaa.. minyak zaitun nie wajib sedap membantu menolak kolestrol dalam badan & dalam masa yang sama mencantikkan kulit. sangat sesuai untuk Elaine =) ikan bilis yang dah digoreng dengan minyak zaitun akan ditumbuk hancur.. bila bubur dah masak dengan pekat (sebab Elaine suka pekat, x suka cair) baru vee tabur sedikit serbuk ikan bilis untuk penambah rasa.. memang Elaine suka sangat!

selain bubur nasi, Elaine suka makan biskut baby. biasanya vee beli macam-macam jenama sebab xnak Elaine bosan makan jenama yang sama. Elaine akan pegang sendiri biskut tu & makan perlahan -lahan hehehe memang comot tapi comel sangat hehehehe biskut yang paling Elaine suka  ialah Baby bites & Biscotti :)


bila kitorang keluar shopping, nasi ayam wajib untuk Elaine bila makan kat luar. sebabnya Elaine berselera dengan nasi ayam tu hehehe yang lain macam ayam, sup.. vee x bagi sebab masih x sesuai untuk Elaine. 

2nd tentang rambut Elaine . Elaine memang sejak lahir mempunyai rambut yang sangat lebat & panjang. so sama jugak macam sekarang nie.. rmbut Elaine dah panjang sampai yang depan dah sampai ke mata. Abi nya asyik ugut nak potong rambut Elaine. semestinya Vee sebagai ummi nya menentang abis-abisan heheheh susah payah Vee nak kan anak perempuan , susah payah Vee dengan penuh sabar menunggu rambut Elaine panjang, suka-suka jer Abinya nak potong. never!! ;p

tapi!! Elaine memang x gemar rambutnya diusik.. setiap kali vee nak ikat jer.. mulalah menggelengkan kepala sambil goyangkan jari telunjuk pada Vee. amboiiii dah pandai!! memang comel aksi Elaine masa nie tapi Vee tetap nak ikat gak sebab Abinya x suka rambut Elaine dibiarkan tanpa ikat. so meraunglah anak dara tue bila kena ikat rambut . tapi bila dah ikat.. kena lekakan Elaine dengan benda lain sebab kalau x, laju jer tangannya menanggalkan getah rambut tu.

3rd.. Elaine suka buat muka comel & menggoda hati! memang vee suka bila Elaine buat macam tu sebab sangat comel tau hehehe tapi bila kitorang duduk makan kat luar & ada orang lain di sekeliling, Elaine boleh buat muka comel dengan orang lain & membuatkan orang lain fokus pada Elaine & gelak sebab terhibur dengan telatah Elaine. tapi Vee x gemar sebab vee memang x selesa dengan stranger ;p

Sekarang nie Elaine sangat aktif & x suka pergerakannya dihalang, x kisah lah bab tu tapi anak manja Ummi nie langsung xleh tinggal kejap. X nampak je kelibat Vee or Abi.. Terus nangis.. Aduhaiii. x tau lah camner nak biasakan Elaine nie main sorang-sorang. huhuhu

Tuesday, January 8, 2013

Elaine & Didikan Ummi & Abi

assallammualaikum wbt


entry kali nie istimewa buat My Princess ~~Elaine Medina~~

Elaine kini dah menginjak usia 1 tahun 1 bulan setengah. alhamdulillah Elaine membesar dengan sihat & x lama lagi Elaine akan mula berjalan & berlari (wahhhh.. x sabar nak main kejar-kejar hehehe)



Vee happy sangat sebab dapat mendidik Elaine


# Exclusive Breastfeeding :) alhamdulillah Elaine kekal menyusu badan dengan Vee sehingga kini. semoga Vee dapat meneruskan penyusuan sehingga Elaine berusia 2 tahun.. aja-aja fighting!!

# tidur tanpa buaian . so x perlu risau nak ke mana-mana tanpa buaian

# langsung x isap puting . sangat lega & x perlu risau tentang gigi (hope Elaine x minta masa kan datang huhu)

# langsung x isap susu guna botol. jimat!! hehehehe ready made lagi mudah

# minum air dalam botol berstraw / cawan.


now.. vee kena fokus untuk mendidik Elaine dari segi

# Attitude . Elaine nie sangat manja, so kuat merajuk & menjerit bila x dapat sesuatu ..uwaaaa paling x tahan kalau Elaine merajuk dengan Vee.. Vee yang merajuk balik.. x pasal-pasal Mr Hubby kena pujuk dua-dua hahahaha

# Percakapan. Vee kena jaga gaya percakapan vee mulai sekarang sebab Elaine akan belajar daripada Vee & Mr Hubby.

# Pemakanan . Vee yang nak kena jaga makan sebab segala zat-zat yang vee makan, Elaine yang menerima melalui penyusuan.

# Pembacaan : nak usaha supaya Elaine mengenal huruf ABC & Alif Ba Ta dengan lancar & tersusun.

# Amalan Al-Quran : nak usaha supaya Elaine boleh baca, lagukan surah-surah lazim..insyaAllah.




Cerita Ummi

assallammualaikum wbt

wajah paling suci pernah vee tengok ialah wajah Elaine masa tidur :) hehehhe sebab bila tengok Elaine tidur, memang sangat tenang . wajah seseorang yang x pernah fikirkan kan sebarang masalah  memang tenang kan ^_^

hari sabtu lepas, Elaine mula terkena muntah-muntah x henti-henti. tiba-tiba je jadi macam tu sampai kitorang bawa ke hospital Serdang. Doktor hanya bekalkan ORS & ubat demam. tapi memang merisaukan hati vee & Mr Hubby bila Elaine asyik muntah setiap kali menyusu ataupun bangun tidur T_T dua hari lepas tu beransur baik cuma Elaine bila poo poo sangat cair & banyak & sangat berbau masam. selera makan Elaine pun masih kurang. bubur x mau makan sangat, hanya biskut Baby Bites jer yang Elaine minat. well my Princess, please get well soon & i'm always be with you, dear <3

anyway.. vee nak kongsikan sedikit tentang TAQDIR. itupun sebab vee dengar daripada Mr Hubby yang stay tengok rancangan Halaqah baru-baru nie. vee x dapat nak stay sebab teman Elaine tidur :) 

 setiap manusia nie ada dugaan & ujian masing-masing yang memang dirancang oleh Allah swt. samada kecil atau besar, kita memang harus melaluinya. 

sesetengah orang bila menerima ujian.. ada yang terus melatah, terduduk & marah-marah. ada yang  terus bersabar, senyum melaluinya & terus berusaha untuk melepasi ujian tue. 

yang bertuah, selepas menghadapi ujian, akan menjadi lebih baik dari sebelumnya, yang sedihnya.. ada yang menjadi sedikit kecewa bila gagal menghadapi ujianNya.. tetapi Allah swt x akan menguji hambaNya jika hambaNya x mampu menghadapi ujian tue.. betul kan ?

Mr Hubby bagitau lagi .. kita akan ada satu ujian yang paling besar & kalau kita memang berjaya melaluinya, insyaAllah Syurga sebagai ganjaran. Ya Allah.. aku mohon sangat agar aku terus sabar & berusaha yang terbaik apabila melalui ujian-ujianMu...aminn.

p/s : di saat orang sibuk berbicara buruk mengenai kita sedangkan kita x pernah nak ambil tahu tentang mereka.. itu bermakna bahwa kehidupan kita LEBIH INDAH daripada mereka ^_^


Tuesday, December 11, 2012

Hello bloggers ^_^






dah lama dah x interframe kat blog ummi Elaine nie ^_^

Elaine dah setahun dah tau.. 

thanks coz sudi jadi reader blog ummi Elaine ^_^

Friday, November 30, 2012

Finally... Elaine Medina dah pun setahun ^_^

assallammualaikum wbt


punyalah vee nie x ada masa langsung nak update blog kesayangan nie sebab busy huhuhuhu so vee nak umumkan yang vee nak ambil PEMBANTU untuk Butik vee !!! sebab vee rasa x best tinggalkan Elaine kat rumah, tapi vee gi kerja (kerja la kan jaga butik tu) . kesian Elaine sebab setiap kali vee balik rumah jer, buat muka kesian "nape ummi selalu  tinggalkan Elaineeeee"

insyaAllah Pembantu Butik vee akan mula bekerja Isnin nie. semoga dipermudahkan segalanya :)
oh ya.. lepas nie bolehlah butik tu dikunjungi waktu malam sebab vee minta dia jaga sampai pukul 9.30 malam ^_^

Elaine Medina dah pun setahun ~~ sedihnya x dapat nak update awal disebabkan kesibukan diri~~ T_T maafkan ummi yer sayang. ummi doakan Elaine membesar menjadi wanita yang solehah, menyejukkan hati ummi , abi & semua orang, diberi kesihatan yang baik, dihindari malapetaka, penyakit berbahaya  & khianat orang sekeliling & sentiasa berada dengan orang-orang yang baik & dekat dengan Allah swt ^_^



cuma.. rasa sayu sebab Papa x sempat nak sambut ulangtahun pertama Elaine T_T jujur dari dalam hati, setiap kali terkenangkan Papa jer, hati vee mesti sayu & sedih + rindu. ~~al-fatihah~~


Mr Hubby pula sekarang nie sakit kaki huhu xtaulah macam mana boleh kena. semoga cepat sembuh ye sayang (walaupun vee tau sayang sikit pun x baca blog vee :p)


harap bila dah ada pembantu nie, masa vee untuk bersama Elaine lebih bermanfaat & yang paling best, dah boleh ikut Abi gi mana-mana hehehehehe stress tau bila Mr Hubby gi memana tapi vee & Elaine x leh ikut  huhuhu

Elaine dah setahun nie.. sesuai dah kut nak bagi adik ;p hehehehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...