assallammualaikum wbt
Hari nie hari pertama kita berpuasa ~~alhamdulillah~~ dapat bangun sahur & menyediakan makanan yang ringkas tapi mengenyangkan ^_^
semoga Vee dapat menjalani ibadah puasa tahun nie dengan mudah & sempurna.. insyaAllah..
Menjadi seorang ibu nie sebenarnya bukan mudah.. betulll
Hari nie hari pertama kita berpuasa ~~alhamdulillah~~ dapat bangun sahur & menyediakan makanan yang ringkas tapi mengenyangkan ^_^
semoga Vee dapat menjalani ibadah puasa tahun nie dengan mudah & sempurna.. insyaAllah..
Menjadi seorang ibu nie sebenarnya bukan mudah.. betulll
apa yang ingin Vee kongsikan.. mungkin Vee sendiri belum cukup ilmu terutama dalam kawalan emosi mendidik anak-anak.
Baru-baru nie.. Elaine ada buat perangai yang memang menguji kesabaran Vee sebagai seorang ibu. Vee pun x faham kenapa Elaine buat perangai untuk satu hari tue sebab bangun dari tidur jer, terus bermula peel yang menguji kesabaran kitorang (Vee & Mr Hubby).
Menangis menjerit-jerit, macam ada je yang x kena dalam hati Elaine. sampai kitorang pujuk macam mana pun x jalan. siap cari gaduh dengan Vee lagi.. uwaaa!!! Vee pulak mungkin sebab agak penat, lagi-lagi dah berbadan dua (sebab tu sesuai pregnant bila anak dah lebih 2 tahun..) cepat sikit lah naik angin.. sampai tahap Vee geram sangat. nasib baik Mr Hubby ada.. atleast dia penyabar sikit berbanding Vee..
Elaine buat perangai sampai ke malam.. sudahnya sebab Vee dah penat sangat, Vee selamba jer tertidur awal malam tu dan biarkan Mr Hubby layan Elaine.
tau-tau Mr Hubby masuk bilik bagitau Elaine nak tidur. Mr Hubby ada gak bagitau Elaine jatuh tersembam, tapi sebab Vee mamai.. Vee just jawab "emmm". masa tue x terfikir nak tanya or tengok keadaan Elaine.
so Vee bf je sebab Elaine dah minum susu botol sebelum tu. tapi dugaannya... elok-elok masing-masing dah tertidur, boleh pulak Elaine gigit dengan kuat masa menyusu & terus Vee tertolak Elaine ke tepi & marah. sakit tau!! masa tu Elaine dah menjerit nangis dan Mr Hubby masuk bilik tengokkan Elaine. Vee pulak sebab tengah marah dan bengang, terus keluar bilik .. merajuk kejap.
lama sikit.. baru Vee berfikir dalam keadaan waras.. terus ke bilik air & ambil wuduk sebab rasanya Syaaitann dah menghasut macam-macam dalam kepala otak Vee nie.
bila Vee dah rasa tenang, masuk bilik & bukak lampu. tengok keadaan Elaine yang sedang dipujuk Mr Hubby. Vee panggil "Elainee..." Terus Elaine pandang Vee dan minta Vee peluk dia. Vee terus peluk Elaine dan cium Elaine.
Vee pun tengok muka Elaine dan terkejut tengok bibir Elaine yang bengkak dan ada kesan darah. terus sentap hati Vee. Ya Allah.. kesiannya anak aku... terus Vee peluk Elaine dan menangis. Vee pandang Mr Hubby & cakap "kenapa x bagitau Vee bibir dia pecah?" terus Vee peluk & pujuk Elaine. Vee minta maaf banyak-banyak dengan Elaine sebab marah-marah tadi.. sedih & sayu sangat hati Vee...
Kesimpulannya... anak-anak nie bermacam-macam ragam dan jangan sesekali mengharapkan anak-anak itu hanya mengikut arahan kita sahaja. mereka sangat istimewa dengan sikap mereka tersendiri.. x usah nak banding-bandingkan dengan anak orang lain. Sabar..sabar dan terus menyayangi mereka kerana mereka adalah sebahagian daripada hidup kita.. hadiah paling indah anugerah daripada Allah swt & x semua pasangan suami isteri menerimanya.
selepas kejadian hari tue.. Vee dah mula menggunakan pendekatan yang lebih baik untuk mendidik & menyayangi Elaine.. alhamdulillah hanya sekali tue jer Elaine buat perangai, dan seandainya akan datang nanti Elaine datang "anginnya".. Vee harap Vee mampu menghadapinya dengan sabar lagi hehehehehe
## sekadar perkongsian.. Vee x pernah panggil Mr Hubby dengan panggilan "abang".. thennnnn.. Vee sangat kurang senang bila ada perempuan yg SEBAYA Vee panggil Mr Hubby "abang".. hahahaha x suka & x pernah suka ;p mana yang kenal Vee tentu faham kan kenapa Vee x suka kekekekeke
No comments:
Post a Comment