Assallammualaikum wbt :)
Alhamdulillah My Baby dah pun cukup 36 minggu / 9 bulan.. bila-bila masa dah boleh bersalin (selalu jer pujuk baby keluar awal ^_^)
cari punya cari info pasal bersalin , walaupun banyak jer blog yang menulis tentang nie. Vee nak cari info yang lebih bernas penerangannya & datangnya daripada pakar yang selayaknya berbanding info yang biasa & hanya copy paste..akhirnya jumpa info yang ditulis sendiri oleh seseorang yang bergelar Doktor :)
Bila kita patut bersedia?
1. Apabila kandungan telah mencapai 38 minggu:
Mengikut perkiraan statistic, 80 hingga 90 % wanita akan bersalin dalam jangka masa ini iaitu 2 minggu sebelum tarikh bersalin/due date. Kalau tarikh due date kita menggunakan tarikh ultra sound ianya mungkin lari sedikit mengikut bila ultrasound itu dilakukan.
Contohnya:
a) jika ultrasound dilakukan dibawah trimester pertama( bawah 12 minggu), ketepatan jangka bersalin adalah hampir tepat dengan perngiraan mengikut haid. Larinya pun dalam beberapa hari. Kalau haid tidak menentu,kita tak ingat atau masih susu badan semasa mengandung eloklah lakukan ultrasound di peringkat awal kandungan.
b) jika ultrasound dilakukan diantara trimester 1 hingga 2 ,ketepatannya lari dalam seminggu atau dua minggu.
c) jika ultrasound dilakukan lebih dari trimester ke 3, tarikh tidak boleh dipakai kecuali benar-benar tidak ada tarikh lain dan si ibu datang terlalu lewat untuk booking.
2. Kontraksi bila menghampiri waktu bersalin
a) akan menjadi lebih kerap(frekuensi).Misalan dari sekali dalam sehari ke beberapa kali dalam sehari
b) lebih lama(duration) dari beberapa saat hingga ke minit
c) bertahan lebih lama setiap episod kontraksi. Misalan dari beberapa minit hinggakan sampai sejam dua sebelum berhenti.
d)Kesakitan dengan kontraksi semakin ketara(strength)
3. Banyak berlaku discaj jernih putih seminggu dua sebelum bersalin
4. Tekanan/pressure pada pundi kencing, belakang dan kelangkang. Mereka mengalami kerap kencing, sakit belakang dan sukar berjalan kerana sakit di bawah.Perasaan semacam ada yang nak keluar.
Satu lagi soalan: “Doc , bila masa saya perlu bawak isteri/saya kehospital? Kami duduk jauh”
Bila masa perlu ke hospital?
Disini ada beberapa factor lain yang perlu diambil kira:
1. Anak keberapa?
a) Anak pertama-
Anak pertama ini kami relaks dan cool aje sebabnya mereka ini lambat. Kadar pembukaan pintu rahim adalah 1 cm/jam kalau dibandingkan dengan anak kedua keatas pada kadar 2 hingga 3 cm/jam. Jadi kalau si ibu masuk ke hospital pada pintu rahim bukaan 3 cm, maka logiknya saya masih sempat lagi pergi Ipoh untuk makan tengah hari dan balik semula ke KL!
b) Anak kedua dan keatas-
Yang ini tidak boleh main-main kerana kadar pembukaan pintu rahim dua kali lebih laju secara amnya. Jadi anak kedua dan keatas perlu datang ke hospital lebih awal dari anak pertama.
2. Berapa kuat, kerap, lama kontraksi-kontraksi berlaku?
Proses bersalin adalah satu proses yang dinamik dan progressif. Apa maksudnya? Bilamana kontraksi berlaku, kontraksi-kontraksi ini akan berubah karektor dari jarang menjadi kerap, dari kecil kekuatannya menjadi besar, dari sekejap menjadi lama dan dari tidak sakit menjadi sakit.
Kalau ciri-ciri ini tiada pada kontraksi anda maka ianya bukan “labour’ lagi. Dari segi obstetric pula kami tambah lagi iaitu kontraksi-kontraksi ini mestilah yang dapat dapat membuka dan menipiskan pintu rahim setiap jam.
a) Anak pertama-
Bilamana kontraksi-kontraksi berlaku satu dalam setiap 20 minit. Perlu di ingatkan ini bukannya yang mutlak yang ibu kena datang bila kontraksi berlaku hingga tahap ini. Kalau ibu berasa tidak selesa kerana sakit,air ketuban telah pecah atau pun turun darah ataupun rumah jauh dari hospital dan trafik jam semua ini perlu diambil kira.
b) Anak kedua dan keatas-
Kalau disuruh datang bilamana kontraksi berlaku satu dalam 2o minit, ini mungkin tidak sempat terutama kalau mereka telah ramai anak dan bersalin yang dahulu terlalu laju dan mudah. Saya selalu cadangkan bilamana si ibu mula merasa kontraksi sudah mula regular,tidak berhenti-henti dan mula sakit. Mereka tidak perlu menunggu sehingga kontraksi menjadi kuat takut ter bersalin dalam kereta! Maknanya mereka perlu cepat datang kalau dibandingkan anak pertama mereka. Ada kes-kes yang bersalin satu atau dua jam selepas air ketuban di pecahkan di hospital.
3. Ada turun darah atau tidak?
Turun darah bukan bermakna bersalin sudah terlalu hampir. Ianya menandakan yang pintu rahim telah mula terbuka. Ramai ibu-ibu yang bersalin tidak mengalami turun darah, Maknanya turun darah bukannya petanda utama.
Bagi saya kekerapan dan kekuatan kontraksi dan kontraksi yang tidak berhenti-henti adalah penting daripada turun darah. Kebiasaannya darah turun/show berlaku bila kontraksi telah ada tetapi ada juga show sebelum kontraksi. Kalau show turun sebelum kontraksi, ibu boleh tunggu sehingga kontraksi terjadi dan baru datang kehospital.
Lagi sekali ini hanya pedoman sahaja dan saya pandukan dari segi pengalaman. Kalau ibu takut atau kuatir datang sahaja ke hospital. Ramai juga yang datang kerana darah turun tetapi pintu rahim masih tertutup atau diperingkat awal bersalin.
4. Adakah air ketuban telah pecah?
Di antara ketiga-tiga petanda bersalin iaitu kontraksi, turun darah/show dan air ketuban pecah, petanda yang ketiga ini lah yang teramat penting!
Kenapa ye?
Kita tahu vagina mempunyai environment yang penuh dengan pelbagai kuman-kuman.Oleh kerana vagina bukannya steril maka potensi untuk kuman-kuman ini menyerang bayi di dalam rahim adalah tinggi.
Komplikasi bila kuman telah masuk ke bayi,bayi boleh mengalami sepsis, pneumonia, meconium dam macam-macam lagi. Oleh sebab itu amat pentingbagi ibu segera datang kehospital samada ada atau tidak kontraksi terjadi.
Ini adalah satu-satunya petanda bersalin yang seakan-akan emergency
.
OK, secara kesimpulannya seseorang itu akan bersalin selepas 38 minggu mengikut pengiraan tarikh dari mula haid, kontraksi akan semakin kerap dan kuat lagi dekat nak bersalin dan bila tiba waktu bersalin kontraksi-kontraksi ini akan lebih kerap,lama ,kuat dan tidak akan berhenti berserta dengan darah dan akhir sekali air ketuban pecah. Bagi anak pertama kita tidak perlu panic kerana anak pertama kita ada banyak masa tetapi kandungan yang kedua dan keatas mereka perlu datang awal sedikit dari anak pertama.
### Perkembangan Baby buat masa nie masa check up.. HB Vee turun mendadak.. uwaaaaa!!! Vee kena makan balik iron tablet tue.
then, berat Vee terkini maintain.. x naik x turun 72kg. hahahha maybe bagi sesetengah orang akan kata "oo emmm gee.. berat nyer Vee!!" hahahaha actually kali nie Vee selamba jer bagitau berat sebenar Vee... nak segan apa kan, kenyataan yang pahit tapi benar gitu :) setakat nie dari sebelum peknen sampai sekarang dah nak bersalin, Vee naik 11kg..
Vee rasa ok setakat nie berat Vee sebab masa time Elaine, berat Vee sampai 78kg-80kg tauuuuuu!!! kiranya kali nie lebih ringan sedikit hehehehehe ala.. sebabnya kali nie Vee memang x banyak makan pun.. terutama malam, jarang sangatlah nak sentuh nasi. Tapi dalam tempoh 2 bulan, berat Vee x berganjak.. Doktor bagitau xper janji berat baby ok & bertambah. kiranya apa yang Vee makan sekarang nie semuanya dah ke Baby.. :)
La ni Vee selaluuuu sangat rasa kontraksi yang kuat & senak perut sampai x boleh baring.. huhuhu tapi sebab masih boleh tahan lagi sakitnya.. Vee anggap jer Braxton Hicks walaupun lama gak tempoh kontraksi tu + kerap + berulang-ulang.. nie tengah menaip nie pun, perut Vee menegang & x boleh nak duduk dengan selesa pun.
Dugaan kali nie.. Vee menderita sakit kaki di sebelah kiri dari bawah sampai ke punggung.. uwaaa!!! sakitnya hanya Allah jer yang tahu.. memang x tahan !! Dah pernah berurut tapi masih x lega T_T nasib lah Mr Hubby kena urut tiap-tiap malam muehehehe