Wednesday, October 30, 2013

Tanda Bersalin.. macam kena wat checlist jer... hehehe

assallammualaikum wbt

wahhhh rajin nya lah Vee nie mengupdate blog hahahha

actually.. hari nie Vee check up untuk 37 minggu (dah mula check up seminggu sekali). Alhamdulillah everything ok. Masa duk bersembang dengan nurse tue.. Vee bagitau la yang Vee aritu pergi Hospital Serdang & kena jangkitan kuman. 

Then, Vee bagitau gak yang Vee kena seluk & kesan dari selukan itu, keluar darah & pagi tadi masa mandi.. keluar lendir seperti putih telur yang banyak. Nurse terus bagitau "eh.. itu tanda dah nak bersalin tue.. lepas nie kalau dah mula sakit perut & baby mengeras, terus ke hospital ya. Jangan lupa kira gerakan anak"

Vee tanya gak nurse tu "tapi saya keluar darah sebab kena seluk, boleh jadi tanda ke?" Nurse pun jawab " biasanya x semua orang kena seluk keluar darah, awak keluar darah tue kiranya doktor dah tolong buka jalan.. awak ready jer"

Disebabkan ramai juga yang risau dengan keadaan Vee sekarang, so Vee terfikir nak buat check list tanda-tanda bersalin tue.. tengok mana tanda-tanda yang dah ada =)

Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan. (yup.. memang sakit di situ )
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing (yup)
  • sakit perut, memulas (yup)
  • kerap buang air besar (yup.. ceri beri lagi tau..)
  • kerap terkentut (yup hahahah)
tapi perut Vee masih x nampak turun ke bawah. xtau la sebab memang x turun or belum turun lagi..


Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Dua-dua dah keluar tetapi selagi belum sakit / kontraksi.. boleh rileks dulu =)

Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
ermm... kali nie Vee macam x sakit kat bahagian belakang sangat.. lebih kepada kaki & ari-ari. Kalau berjalan or nak bertukar arah tidur.. payah sangat rasanya huhuhu

Pecah air ketuban
  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
  • Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
Kontraksi yang tetap dan berterusan
  • Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. 
Baru braxton hicks  :)

Tuesday, October 29, 2013

Kenapa Bloody show dah turun????

assallammualaikum wbt



sekarang nie Vee dah pun masuk 37 minggu.. kalau ikut due, lebih kurang lagi 3 minggu lagi baby keluar. Disebabkan dilema yang dialami... Vee xtau nak fikir apa dah.. ingat kalau My Baby keluar seminggu sebelum tarikh interview, baru Vee call SPA untuk tangguhkan sessi interview Vee ke fasa seterusnya.. kalau x, insyaAllah cuba bertahan sampai lepas interview hahaha macam boleh jer nak tahan-tahan baby dari keluar. Buatnya masa tue Vee dah start contraction.. mau berkerut-kerut depan penemuduga menahan sakit, itu kalau tahan.. kalau x.. hahhh.. ada yang jadi bidan terjun time tue :p hihihihi

Vee bukan apa.. sayang tau kalau terlepas interview PTD nie . Antara jawatan yang memang Vee minat & tunggu-tunggu selepas Vee graduate lagi. Cuma dulu banyak Vee skip exam PTD sebab kekangan kerja masa tue.. bila Vee dah kahwin, barulah Vee serius & melalui semua fasa/ peringkat yang telah ditetapkan.

Ok, entry sebelum nie Vee bagitau Vee dah turun darah / bloody show kan? Bagi sesiapa yang x tau tanda-tanda bersalin.. meh Vee copy paste yer dari Baby Center

Bagaimana saya tahu saya sudah hendak bersalin?

Simpton mahu bersalin adalah berbeza untuk setiap wanita dan menentukan titik mulanya adalah mustahil. Ia merupakan satu proses iaitu apabila beberapa perubahan dalam badan anda bekerjasama untuk membantu kelahiran bayi. 

Dalam peringkat awal kelahiran, yang juga dipanggil fasa terpendam, anda mungkin rasa perkara-perkara berikut:

  • Sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau pada bahagian abdomen, selalunya disertai oleh rasa kejang seolah-olah senggugut. 

  • Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Ia adalah tanda yang proses kelahiran sedang berlaku.

  • Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.

  • Air ketuban anda pecah tetapi proses kelahiran hanya berlaku jika disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.




 So, Vee sebenarnya nak bagitau kenapa bloody show tue keluar sebenarnya..:p Sehari sebelum tue.. kaki kiri Vee punyalah sakit ya amat, sampai nak gerak pun susah. tapi masa tue Vee x heran sangat sebab sakit kaki tu dah lama Vee rasa sejak beberapa bulan. Tapi dalam masa yang sama.. Vee sebenarnya sakit perut terutama sebelah kiri.. tapi Vee x perasan sangat sebab sakit kaki lebih terasa masa tue.

Then, Vee call Makcik Sarawak untuk datang mengurut Vee malam tue. Masa kaki kena urut, baru Vee perasan baby asyik mengeras & terasa sakit sangat kat perut bahagian kiri.

lepas berurut, Vee perasan Baby asyik mengeras dengan kerap & dalam masa yang sama, perut Vee sebelah kiri terrrramat sakit sampai nak gerak pun susah. Vee syak dalam hati yang Vee mungkin kena kencing kotor sebab sakit tu xde timing (satau Vee, contraction ada timing).

Vee tahan jer sampai esok pagi.. memang dalam jam 3 am & 5am, Vee xleh tidur sebab sakit. Vee jalan-jalan kat ruang tamu sorang-sorang walaupun dalam hati terfikir yang Vee nie sakit bersalin ker or kencing kotor. Lagipun Vee xder turun tanda apa-apa.. so xdelah Vee rasa macam Vee nie nak bersalin lagi.

Pagi-pagi.. kejut Mr Hubby suruh mandi sebab Vee nak ke Hospital Serdang. Lebih kurang jam 10am, kitorang ke Hospital Serdang & Vee terus masuk ke dalam untuk pemeriksaan.

Macam biasa, lepas ambil BP & air kencing , diorang terus buat CTG & alhamdulillah everything ok. Thennnnn.. datang lah Doktor yang tanya macam-macam & minta izin Vee untuk V.E atau pun seluk =_=".

Tapi memang bernasib baik sebab x sakit langsung doktor tu seluk, Sah-sah lah jalan x buka lagi.. then datang Doktor Pakar untuk periksa Vee sekali lagi. Bila doktor tu usik perut belah kiri, menjerit kejap Vee sebab memang sakit!! Doktor seluk sekali lagi & scan perut Vee. Alhamdulillah Baby ok & kedudukannya memang kat bawah tapi belum masanya lagi untuk bersalin sebab belum ada jalan lagi.

Lebih kurang tunggu dalam sejam lebih (lamaaaanyerrr) , keputusan keluar tapi sebelum tue diorang minta Vee buat ujian air kencing sekali lagi. hambik... bukannya kencing jer keluar.. darah berketul-ketul keluar :p

Keputusannya.. memang Vee terkena jangkitan kuman dalam air kencing . kencing kotor la tue.. nie lah padahnya bila terrlalu suka minum air kopi, teh & nescafe huhuhu air kosong langsung xnak minum.. kan dah sakittt lagi.

Haa.. sebelum balik, Vee dah sedia maklum yang bloody show tu dah pun keluar tapi sebab seluk lah hehehe bukan keluar sendiri..  bolehlah ready bila-bila masa :D

Sekarang nie, setiap kali ke bilik air memang ada lendir berdarah tue... x banyak tapi ada. tapi biasalah, orang kata kalau dah keluar tanda lendir berdarah tue.. ambil masa gak untuk bersalin berbanding pecah air ketuban.

Alhamdulillah sakit di kaki dah hilang.. tapi berganti dengan sakit di bahagian bawah rahim setiap kali berjalan. Doktor cakap sebab baby dah turun. 

Monday, October 28, 2013

Bloody Show dah turun

assallammualaikum wbt


alhamdulillah.. bloody show dah pun turun.. tapi xdelah Vee tergesa-gesa nak ke hospital sebab biasnya kalau dah turun bloody show tue.. x semestinya terus bersalin kan ^_^

semoga dipermudahkan segalanya.. aamiinnn

Saturday, October 26, 2013

Ku di dalam Dilema

assallammualaikum wbt

Oh, ku kini di dalam dilema.. 

alkisahnya... Vee dapat panggilan temuduga daripada SPA untuk jawatan Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD)  (antara jawatan yang memang Vee suka & harapkan sangat-sangat ) . Sebelum nie Vee dah pun lulus exam PTD & melalui PAC di Intan. 

Memang Vee teruja & bersyukur kerana dipanggil & dalam masa yang sama berharap rezeki menyebelahi Vee ~~insyaAllah~~

Tetapi!!! tarikh temuduga itu jatuh pada 16 NOVEMBER 2013.. dan due bersalin Vee ialah 18 NOVEMBER 2013 di mana Vee wajib masuk wad pada 16/17 November sekiranya masih tiada tanda untuk bersalin kerana baby wajib keluar sebelum / pada 18 NOVEMBER 2013. 

uwaaaaa!!!!

Dah lah nie panggilan untuk fasa ke 5. Fasa kedua akhir sebelum fasa ke 6. dan Vee bayangkan kalau Vee bersalin sebelum tarikh temuduga... nampaknya kena tengok condition Vee masa tu, kalau baru bersalin, agak mustahil Vee nak pergi.. tapi kalau dah lebih seminggu dua, mungkin ok kut huhuhu

Kalau Vee minta tangguh untuk ke fasa seterusnya (boleh ke?) , Vee masih juga masih berpantang... ooohhhhh... daku benar-benar di dalam dilema T_T 

Friday, October 25, 2013

Bila waktu sesuai untuk ke Hospital

Assallammualaikum wbt :)

Alhamdulillah My Baby dah pun cukup 36 minggu / 9 bulan.. bila-bila masa dah boleh bersalin (selalu jer pujuk baby keluar awal ^_^)

cari punya cari info pasal bersalin , walaupun banyak jer blog yang menulis tentang nie. Vee nak cari info yang lebih bernas penerangannya & datangnya daripada pakar yang selayaknya berbanding info yang biasa & hanya copy paste..akhirnya jumpa info yang ditulis sendiri oleh seseorang yang bergelar Doktor :)

Link :  Dr Suhaimi

Bila kita patut bersedia?



1. Apabila kandungan telah mencapai 38 minggu:  


Mengikut perkiraan statistic, 80 hingga 90 % wanita akan bersalin dalam jangka masa ini iaitu 2 minggu sebelum tarikh bersalin/due date. Kalau tarikh due date kita menggunakan tarikh ultra sound ianya mungkin lari sedikit mengikut bila ultrasound itu dilakukan.



Contohnya:


 a) jika ultrasound dilakukan dibawah trimester pertama( bawah 12 minggu), ketepatan jangka bersalin adalah hampir tepat dengan perngiraan mengikut haid. Larinya pun dalam beberapa hari. Kalau haid tidak menentu,kita tak ingat atau masih susu badan semasa mengandung eloklah lakukan ultrasound di peringkat awal kandungan.



 b) jika ultrasound dilakukan diantara trimester 1 hingga 2 ,ketepatannya lari dalam seminggu atau dua minggu.




 c) jika ultrasound dilakukan lebih dari trimester ke 3, tarikh tidak boleh dipakai kecuali benar-benar tidak ada tarikh lain dan si ibu datang terlalu lewat untuk booking.




2. Kontraksi bila menghampiri waktu bersalin




 a) akan menjadi lebih kerap(frekuensi).Misalan dari sekali dalam sehari ke beberapa kali dalam sehari




b) lebih lama(duration) dari beberapa saat hingga ke minit




c) bertahan lebih lama setiap episod kontraksi. Misalan dari beberapa minit hinggakan sampai sejam dua sebelum berhenti.




d)Kesakitan dengan kontraksi semakin ketara(strength)




3. Banyak berlaku discaj jernih putih seminggu dua sebelum bersalin




4. Tekanan/pressure pada pundi kencing, belakang dan kelangkang. Mereka mengalami kerap kencing, sakit belakang dan sukar berjalan kerana sakit di bawah.Perasaan semacam ada yang nak keluar.




Satu lagi soalan: “Doc , bila masa saya perlu bawak isteri/saya kehospital? Kami duduk jauh”




Bila masa perlu ke hospital?




Disini ada beberapa factor lain yang perlu diambil kira:

1. Anak keberapa?




a) Anak pertama- 


Anak pertama ini kami relaks dan cool aje sebabnya mereka ini lambat. Kadar pembukaan pintu rahim adalah 1 cm/jam kalau dibandingkan dengan anak kedua keatas pada kadar 2 hingga 3 cm/jam. Jadi kalau si ibu masuk ke hospital pada pintu rahim bukaan 3 cm, maka logiknya saya masih sempat lagi pergi Ipoh untuk makan tengah hari dan balik semula ke KL!

b) Anak kedua dan keatas- 

Yang ini tidak boleh main-main kerana kadar pembukaan pintu rahim dua kali lebih laju secara amnya. Jadi anak kedua dan keatas perlu datang ke hospital lebih awal dari anak pertama.




2. Berapa kuat, kerap, lama kontraksi-kontraksi berlaku?




Proses bersalin adalah satu proses yang dinamik dan progressif. Apa maksudnya? Bilamana kontraksi berlaku, kontraksi-kontraksi ini akan berubah karektor dari jarang menjadi kerap, dari kecil kekuatannya menjadi besar, dari sekejap menjadi lama dan dari tidak sakit menjadi sakit. 


Kalau ciri-ciri ini tiada pada kontraksi anda maka ianya bukan “labour’ lagi. Dari segi obstetric pula kami tambah lagi iaitu kontraksi-kontraksi ini mestilah yang dapat dapat membuka dan menipiskan pintu rahim setiap jam.



a)  Anak pertama- 


Bilamana kontraksi-kontraksi berlaku satu dalam setiap 20 minit. Perlu di ingatkan ini bukannya yang mutlak yang ibu kena datang bila kontraksi berlaku hingga tahap ini. Kalau ibu berasa tidak selesa kerana sakit,air ketuban telah pecah atau pun turun darah ataupun rumah jauh dari hospital dan trafik jam semua ini perlu diambil kira.



b)   Anak kedua dan keatas- 


Kalau disuruh datang bilamana kontraksi berlaku satu dalam 2o minit, ini mungkin tidak sempat terutama kalau mereka telah ramai anak dan bersalin yang dahulu terlalu laju dan mudah. Saya selalu cadangkan bilamana si ibu mula merasa kontraksi sudah mula regular,tidak berhenti-henti dan mula sakit. Mereka tidak perlu menunggu sehingga kontraksi menjadi kuat takut ter bersalin dalam kereta! Maknanya mereka perlu cepat datang kalau dibandingkan anak pertama mereka. Ada kes-kes yang bersalin satu atau dua jam selepas air ketuban di pecahkan di hospital.




3.  Ada turun darah atau tidak?




Turun darah bukan bermakna bersalin sudah terlalu hampir. Ianya menandakan yang pintu rahim telah mula terbuka. Ramai ibu-ibu yang bersalin tidak mengalami turun darah, Maknanya turun darah bukannya petanda utama.


 Bagi saya kekerapan dan kekuatan kontraksi dan kontraksi yang tidak berhenti-henti adalah penting daripada  turun darah. Kebiasaannya darah turun/show berlaku  bila kontraksi telah ada tetapi ada juga show sebelum kontraksi. Kalau show turun sebelum kontraksi, ibu boleh tunggu sehingga kontraksi terjadi dan baru datang kehospital. 

Lagi sekali ini hanya pedoman sahaja dan saya pandukan dari segi pengalaman. Kalau ibu takut atau kuatir datang sahaja ke hospital. Ramai juga yang datang kerana darah turun tetapi pintu rahim masih tertutup atau diperingkat awal bersalin.



4.  Adakah air ketuban telah pecah?





Di antara ketiga-tiga petanda bersalin iaitu kontraksi, turun darah/show dan air ketuban pecah, petanda yang ketiga ini lah yang teramat penting!




Kenapa ye?




Kita tahu vagina mempunyai  environment yang penuh dengan pelbagai kuman-kuman.Oleh kerana vagina bukannya steril maka potensi untuk kuman-kuman ini menyerang bayi di dalam rahim adalah tinggi. 


Komplikasi bila kuman telah masuk ke bayi,bayi boleh mengalami sepsis, pneumonia, meconium dam macam-macam lagi. Oleh sebab itu amat pentingbagi  ibu segera datang kehospital samada ada atau tidak kontraksi terjadi.



Ini adalah satu-satunya petanda bersalin yang seakan-akan emergency


.

OK, secara kesimpulannya seseorang itu akan bersalin selepas 38 minggu mengikut pengiraan tarikh dari mula haid, kontraksi akan semakin kerap dan kuat lagi dekat nak bersalin dan bila tiba waktu bersalin kontraksi-kontraksi ini akan lebih kerap,lama ,kuat dan tidak akan berhenti berserta dengan darah dan akhir sekali air ketuban pecah. Bagi anak pertama kita tidak perlu  panic kerana anak pertama kita ada banyak masa tetapi kandungan yang kedua dan keatas mereka perlu datang awal sedikit dari anak pertama.


### Perkembangan Baby buat masa nie masa check up.. HB Vee turun mendadak.. uwaaaaa!!!  Vee kena makan balik iron tablet tue.

then, berat Vee terkini maintain.. x naik x turun 72kg. hahahha maybe bagi sesetengah orang akan kata "oo emmm gee.. berat nyer Vee!!" hahahaha actually kali nie Vee selamba jer bagitau berat sebenar Vee... nak segan apa kan, kenyataan yang pahit tapi benar gitu :)  setakat nie dari sebelum peknen sampai sekarang dah nak bersalin, Vee  naik 11kg.. 

Vee rasa ok setakat nie berat Vee sebab masa time Elaine, berat Vee sampai 78kg-80kg tauuuuuu!!! kiranya kali nie lebih ringan sedikit hehehehehe ala.. sebabnya kali nie Vee memang x banyak makan pun.. terutama malam, jarang sangatlah nak sentuh nasi. Tapi dalam tempoh 2 bulan, berat Vee x berganjak.. Doktor bagitau xper janji berat baby ok & bertambah. kiranya apa yang Vee makan sekarang nie semuanya dah ke Baby.. :)

La ni Vee selaluuuu sangat rasa kontraksi yang kuat & senak perut sampai x boleh baring.. huhuhu tapi sebab masih boleh tahan lagi sakitnya.. Vee anggap jer Braxton Hicks walaupun lama gak tempoh kontraksi tu + kerap + berulang-ulang.. nie tengah menaip nie pun, perut Vee menegang & x boleh nak duduk dengan selesa pun.

Dugaan kali nie.. Vee menderita sakit kaki di sebelah kiri dari bawah sampai ke punggung.. uwaaa!!! sakitnya hanya Allah jer yang tahu.. memang x tahan !! Dah pernah berurut tapi masih x lega T_T nasib lah Mr Hubby kena urut tiap-tiap malam muehehehe

Monday, October 14, 2013

Beza antara Dua

Bismillahhirahmannirrahim ...assallammualaikum wbt :)

My Precious Baby ^_^ Tinggal lagi beberapa minggu jer untuk baby keluar & bertemu dengan semua orang yang sayangkan baby :) Ummi nak kongsi apa yang istimewanya sepanjang Ummi mengandungkan baby 

1- Simptom yang Ummi alami semasa mengandungkan baby & kakak Elaine memang banyak bezanya. Antaranya 

  • Alahan mabuk / muntah-muntah Ummi berlaku sehingga Baby berusia 5 bulan dalam kandungan.. pantang rasa loya jer, abes segala isi perut membuak keluar hahaha masa kakak Elaine dulu, Ummi cuma alaminya selama sebulan jer
  • Stretch mark Ummi mula muncul seketika sehingga merisaukan Ummi yang sedaya upaya x menyentuh / menggaru perut walaupun terasa gatal. tapi alhamdulillah hanya seketika sebab dah hilang dah stretch mark tu ^_^
  • Cik Putih / Vaginal Discharge : Masa Elaine, Vee alami dari awal trimester lagi sampai bersalin.. memang agak merimaskan + merungsingkan... kali nie.. berlaku masa trimester kedua sahaja & masuk jer trimester ketiga, dah xder :)
  • Letih & malas hehehehe kali nie memang xleh nak elak 2 perkataan nie dengan Vee. seriously Vee rasa malas sangat sebab badan letih & lesu jer. maybe sebab Vee kan BF  Elaine. bila Elaine dah stop, baru badan Vee rasa bermaya & rajin sikiiitt :p tapi bila dah berpengalaman mengandung semasa masih menyusukan anak + anak masih kecil, buat Vee realize perlu juga untuk menjarakkan kandungan seterusnya hehehehe kesian kat baby, x puas nak manja-manja.
  •  Pedih Ulu Hati = baru-baru nie Vee alami semula rasa pedih ulu hati nie.. memang x selesa siap muntah lagi. aduhaiii.. Masa Elaine dulu, x pernah pun rasa pedih ulu hati nie. Baru Vee tahu perasaan & ketidakselesaan ibu-ibu yang sering mengalami pedih ulu hati nie.. hurmm
  • Rasa Pitam & ingin tumbang = biasanya disebabkan HB Rendah. Vee rasa masa mengandungkan Elaine, badan & sistem badan Vee agak kuat & bagus bekerja, so memang x ada masalah HB rendah nie tapi kali nie x taulah kenapa.. harapnya biarlah hanya Vee jer yang terrkesan dengan kelemahan tubuh badan nie, My Baby biarlah terus sihat..aminn

oh ya.. walaupun berbeza simptom semasa mengandungkan kedua-dua my Precious nie.. namun bukan bermakna gender mereka juga berbeza hahahaha tunggulah baby deliver nanti, baru pasti boboy or gegurl =)

p/s: masih x dapat lagi nama baby.. uwaaaa

Thursday, October 10, 2013

Temujanji Doktor untuk 34 minggu & aktiviti Ummi & Elaine

Assallammualaikum wbt :)



Alhamdulillah hari nie dah settle perjumpaan dengan Doktor di Dengkil & siap sekali dengan temujanjji dengan Doktor Pakar di Hospital Serdang.

Tadi, masa jumpa Doktor Piya di KK Dengkil, Macam biasalah scan My Baby & ready untuk surat ke Hospital Serdang. Masa baring untuk scan, Doktor siap cakap "wah, comel jer perut awak nie" . Biasalah tu, perut Vee nie awal trimester bukan main lgi ke depan, then masuk jer trimester akhir.. Memang rileks jer besar macam tue (x membulat ke depan) .. Senang nanti jaga perut time pantang hehehe

Then, scan baby & alhamdulillah berat baby dah pun bertambah 2.44kg .. Fuhhh lega. Tapi berat Vee turun sekilo iaitu dari 73 kg ke 72kg dalam tempoh 2 minggu. Xper.. Janji baby sihat kat dalam ni :) Doktor check air ketuban & bagitau "biasanya perut kecik sebab air ketuban kurang tapi awak punya air ketuban, ok jer.. Berat baby pun ok". 

Then, masa buat surat untuk rujukan ke hospital Serdang, Doktor check my BSP dan HBA1C..result semuanya ok dan xde gaya pun macam ada GDM.. So keputusannya Vee x perlu bersalin awal 2 minggu (lega) tapi tetap kena bersalin sebelum due iaitu 18/11/13 tu, baby dah keluar. Xpe Doktor..masuk jer 36  minggu, saya akan aktif berjalan dan naik tangga demi melahirkan baby secara normal tanpa paksaan ^_^

kitorang terus ke Hospital Serdang untuk buat temujanji dengan Doktor Pakar. Punyalah ramai orang terutamanya ibu-ibu mengandung.. Rasanya dirang nie kalau Vee bagitau yang Vee nie peknen dah 8 bulan lebih, mau terkejut sebab perut kitorang beza sangat bosar nya :)

Nasib x perlu tunggu terrlalu lama, Doktor bagi temujanji pada 11/11/13 .. Terus Vee cakap "eh.. Nak dekat bersalin baru jumpa ye? ". Nurse bagitau " sebab result GDM awak ok jer, xde masalah. Tapi kalau awak bersalin awal, x payahla datang ". 

Then.. selain al kisah baby nie.. Vee share beberapa gambar bersama anak dara yang manja, Elaine :) nie lah antara aktiviti kitorang bila dah xder benda nak buat hehehe







Best kan bila ada anak nie terutama anak dara yang manjaaa macam nie hehehe bila tengok dalam gambar Elaine memang iras Vee tapi bila orang jumpa kat luar, ramai yang cakap macam Mr Hubby .. nak buat macam mana, dah muka Vee & Mr Hubby kan seirassss (orang yang kata yer hehehe)

Friday, October 4, 2013

Set Bersalin NR dan lain-lain

assallammualaikum wbt :)

Alhamdulillah akhirnya Set Bersalin NR dah pun selamat ke tangan Vee ^_^ Semoga terlaksana segala impian Vee untuk mencapai 50kg lepas bersalin ni ~InsyaAllah~~



Set nie harganya RM 365 di pasaran, tapi sudah semestinya Vee survey terlebih dahulu kan sebab mahal wehhhh!! Cari punya cari akhirnya jumpa beberapa orang yang jual dengan harga yang murah + siap dengan freegift lagi. 


So, dapatlah Vee set Bersalin NR nie dengan harga RM 300 beserta free gift iaitu Barut Baby, Tungku Baby, Pati Halia dengan Limau Nipis, Param & Telon Baby ^_^ bolehlah daripada beli kat stokis yang x dapat apa-apa kecuali diskaun RM 10 jer :p Walaupun masa nak bayar tue agak menggigil gak sebab 1st time beli online barang-barang mahal nie :p takut kena tipu hehehe RM 300 tue.. dah lah Mr Hubby yang belanja..

Aritu Vee ada bagitau kenapa Vee pilih set nie.. sebab utamanya ada Phyto Natal tu :) kalau dalam pantang, penting sebab melawaskan pembuangan air besar .. biasanya lepas bersalin, part nak membuang tue yang menakutkan sebab takut jahitan terbuka & pedih.. then bila perut mudah lawas, mudah jugalah untuk lemak-lemak tu terbakar sebab metabolisme menjadi aktif (teori sendiri nie hehehe)

Selain dari set nie..beberapa keperluan semasa berpantang dah pun ada. Dan yang paling penting walaupun dah ada set bersalin, Losyen Pati Halia & Limau Nipis tu wajib ada hehehe walaupun bukan jenama Mustajab ..errr Vee pernah pakai Mustajab tapi panas jer lebih, lemak masih gak melekat =p .. Masa berpantang Elaine dulu, Vee guna jenama yang sama macam kat gambar tu (Green Herbs rasanya...) bagi Vee memang berkesan & nampak perubahannya. Murah pun murah sebab beli kat Mydin jerr =) yang Losyen Yusmira tu Vee dapat percuma jer sebab beli Set Bersalin NR tue. Buat apa nak membazir beli Felinna or Mustajab.. sama jer kesannya :)


Then, Vee kan pernah bagitau yang Vee dah pernah beli Bidadari dcl.. masih ada lagi dalam peti ais sebab x sempat nak abeskan dah pregnant. Kesan Vee minum Bidadari dcl memang bagus. So insyaAllah lepas 3 minggu pantang nanti, Vee minum semula Bidadari tu untuk menjaga kecantikan dalaman. Biasalah peranan Bidadari kan untuk mengembalikan "keanakdaraan" kita.. ehemm... faham-faham jelah, segan Vee nak terangkan lebih-lebih =p


Cukup bercerita tentang set bersalin nie.. sedikit celoteh tentang persiapan menyambut orang baru x lama lagi =) Setakat nie semua baju-baju My Baby dah pun lengkap & siap dicuci & tersusun cantik dah. Keperluan My Baby pun dah lengkap.. even cadar baru khas untuk tilam baby pun dah beli sebab kononnya nak bagi color lain sedikit berbanding masa Elaine dulu hahaha sudahnya bila scan.. jantina sudah tukar.. xpelah, yang penting My Baby selamat dilahirkan & dapat memeriahkan lagi family kitorang ^_^






ahhhh.. serius x sabar nak tunggu My Precious Baby nie keluar :) Elaine pun sama.. asyik panggil jer nama adik dia.. "Baby..baby..." sambil cium perut Vee :) Alamakkkkkk.. nama Baby x jumpa lagi T_T

Wednesday, October 2, 2013

33 Minggu.. My Precious Baby dah asyik mengeras jerrr

Assallammualaikum wbt

Sekarang nie My Baby dah pun masuk 33 minggu.. kalau ikut due, lagi 7 minggu .. ikut bulan.. lagi 3 minggu untuk 9 bulan. Tapi Vee dah rasa sangat x selesa di bahagian bawah nie.. nak bergerak pun rasa sakit jer. Masa time Elaine, x pernah rasa macam nie.. bila tanya orang, ada yang jawab normal untuk sesetengah ibu akan rasa macam tu..

My Baby memang suka bagi Braxton Hicks sejak bulan lepas. Bagi sesiapa yang x tau Braxton Hicks tu apa, lebih kurang kontraksi palsu aka Mengeras. Biasanya kalau jumpa doktor / nurse.. diorang akan tanya.. baby ada mengeras x? tu maksudnya kontraksi yer ibu-ibu.. dulu masa time Elaine, bila doktor tanya "baby ada mengeras?" Vee blur & xtau nak jawab apa-apa sebab x faham :p tapi memang masa Elaine dulu.. Elaine x bagi sign kontraksi palsu pun.. rileks je duduk dalam perut nie hehehehe

semalam Vee seharian mengalami sakit di bahagian bawah, xleh nak gerak sikit je, mesti sakit. Masa nie Vee terfikir kepala baby mesti dah engage & janganlah baby nak keluar awal.. awal sangat la baby... baru 33 minggu.

Malam tu masih lagi sakit, Vee terus ajak Mr Hubby ke Klinik Sofea sebab risau sangat. Masuk jer bilik Dr Sofea, terus Vee mengadu ketidakselesaan yang Vee alami & my baby memang asyik mengeras jer satu hari. Dr Sofea suruh Vee baring & terus scan.

Keputusannya.. memang betul my baby dah engage & berada dalam kedudukan bersedia untuk dilahirkan... terus Dr tanya "awak aktif sangat yer.. lepas nie banyakkan berehat di rumah sebab masih awal lagi untuk bersalin.. kalau dah 37 minggu.. baru ok kalau nak bersalin.. baby awak nie dah ke bawah sangat".  X dinafikan betapa aktifnya Vee kali nie sebab asyik berjalan jer hahahaha

Alang-alang dah scan, Vee pun minta Dr Sofeya tengokkan sekali jantina baby.. tadaaaaa!!! Dr Sofeya pun terkejut sebab dah bertukar.. hehehehe aritu baut 4D Scan nampak lain.. adeh. Vee gelak jer sambil tengok Mr Hubby... pening lah nak cari nama nie...

To My Baby sayangggg... pleasee bertahan at least sampai 36 minggu, jangan keluar dulu tau hehehe bagi baby betul-betul kuat, baru keluar ^_^


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...