Friday, January 24, 2014

Tips untuk mendapat cahayamata

Assallammualaikum wbt

Vee tergerak hati nak share tentang kehamilan & semoga perkongsian nie sedikit sebanyak membantu teman-teman yang sedang berusaha untuk mendapat cahaya mata  =)  insyaAllah.

Alhamdulillah.. Vee dah pun memiliki 3 orang cahayamata. Anak sulung Vee,  Muhammad Firdaus telah dijaga oleh bidadari syurga tanpa sempat Vee melihat wajahnya. Al-fatihah.

Antara yang Vee amalkan bila Vee nak pregnant lagi ialah

1-makan Virgin Coconut Oil /Evening Pimprose Oil
2-makan asid folik
3-tahu waktu subur tu bila
4-berehat sekurang-kurangnya 1/2 jam selepas ****
5-letak niat dalam hati nak anak lagi
6-doa banyak-banyak dengan Allah

Lain orang, lain caranya kan.. cuma bila dah 3 kali peknen, Vee dah boleh tau yang Vee akan peknen masa tue sebab

1-badan Vee akan naik mendadak dari asal. Dari kandungan pertama sampai ke3, memang sama
2-tempoh hari masa datang bulan; biasanya akan lewat 10 hari secara konsisten setiap bulan
3-bawah perut Vee akan berdenyut-denyut; masa nie biasanya Vee dah sebulan..
4-naluri ibu ; Vee akan tahu yang Vee dah peknen =)

Bila dah disahkan mengandung , untuk 3 bulan pertama nie

1-elakkan air teh, kopi, nescafe & seangkatan dengannya sebab caffein menghalang penyerapan zat-zat yang diperlukan
2-makan asid folik setiap hari untuk kuatkan kandungan.
3-x boleh lasak. Jalan pun kena slow motion..
4-elakkan makan telur separuh masak
5-x boleh angkat berat
6-banyakkan berehat & berdoa

Akhir trimester (30 minggu ke atas), setelah melalui 3 kali pengalaman bersalin dengan pengalaman yang berbeza.. meh Vee share tips mudah bersalin

1-amalkan baca doa nabi Yunus, baca surah Mariam
2-36 minggu, sila aktifkan diri dengan pergi bersenam (jangan berlari plak)
3-banyakkan buat xtvt "cangkung, bangun, cangkung". Tapi kaki memang lenguh ya amat selepas tue huhu
4-sentiasa ceria & bercakap dengan baby setiap masa ^_^

Ermm.. mesti ada yang hairan kenapa Vee x masukkan part minum air kelapa & air selusuh. Sebab Vee rasa air kelapa tu x membantu sangat pun, air selusuh? Cukuplah Vee minum satu cawan dengan Mr Hubby ( tu pun kalau ingat hehehe) .

Memanglah Vee xde bersalin awal, tapi alhamdulillah bila Vee ada bukaan walaupun 3cm..Vee x sakit lama, terus bersalin ~alhamdulillah~

Bagi Vee kalau nak pregnant nie, jangan stress & sentiasa berdoa & percaya our little junior akan hadir dalam diri kita.

X dinafikan yang kita akan rasa stress & sedih sepanjang masa selagi baby yang dinanti x kunjung tiba lagi. Jangan pernah putus asa!!

Yang paling penting, BETULKAN NIAT  ^_^ mengandung & memiliki anak nie bukan untuk menunjuk yang korang nie subur & hebat di mata orang tapi untuk mengajar & memberi peluang kita menjadi ibubapa yang terbaik ^_^

Saturday, January 18, 2014

Cacamarba

Assallammualaikum wbt


Banyak benda nak cerita, so terimalah entry cacamarba =)



1- aritu terrrlayan drama korea " My girlfriend is Gumiho" & " You're Beautiful".. alaaaa.. kan dah jatuh suka 7_7 terus rasa nak cantekk ala-ala Park Shin Hye hahahaha berangan!

tinggi 163cm & berat hanya 45kg.. nakkkk!!!!

2- misi kurus 50kg? Sangat mencabar huwaaaaa!! Sebab banyak makanan sedap yang xboleh ditolak 7_7 lagi-lagi bila Elaine dah pandai minta "mieee.. nak kek leettt" ( ummi..nak kek coklat) . Haruslah sebagai ibu yang penyayang (plus suka mengaum =p ) nie laju jer nak buat kek coklat cheese haahahha so berat badan Vee maintain macam tue je.. turun nya x lagi huhuhu

3- Vee kan beli Bamboo Charcoal Slimming Suit. Komen? Yang best nya  bila pakai.. badan jadi cantik la lagi-lagi bila pakai baju yang ada cutting, part paling best ialah menutup bahagian lemak-lemak yang terlebih.. so xderlah nampak lemak terkeluar bila pakai baju ketat. Cuma Vee x gemar part errr.. sebab nampak macam Che'Ta (faham-faham la ye ) hahahaha sexy bebenor =p tapi untuk suami.. highly recommended !!!

Hasil? Vee tau pakai korset nie xdelah dapat kurus cepat. Tapi Vee terasa gak bahagian paha Vee mengecil hehehehe yang best nya korset nie x panas.. betul!! Vee pernah pakai korset brand lain.. panas & Vee x tahan. Cuma...kulit Vee nie memang sensitif sket, so bila proses pembakaran lemak berlaku.. kulit Vee cepat rasa gatal. Bila gatal.. tangan pun gatal nak menggaru =/ dahhhh x cantik kulit & tangan kena jentik =p

Nak kata x kuat makan bila pakai korset nie.. x jugak. Vee selamba jer leh makan dengan penuh berselera hahahaha

Size? Ada 2 size iaitu S-M (berat 45kg-60kg) L-XL(berat 60kg-80kg). So Vee pakai size yang kecik tu la..selesa & xde la rasa sesak nafas (kira x ketat sangat la bila pakai) .

4- skang nie.. selain Vee masih consume phytonatal, Vee amalkan minum sky juice lemon (air suam perah lemon hahaha) sebab Vee kuat makan huhuhu kiranya nak cover rasa bersalah tu dengan minum sky juice lemon kononnya untuk bakar lemak hahahaha adehh..

5- Vee sebenarnya tengah mencari-cari produk khas untuk keremajaan &  kecantikan wajah. Diulangi.. Wajah!! Sebab bila Vee minta pendapat kat fb.. ramai yang pm offer macam-macam produk yang menyeluruh.. sedangkan Vee nak khas untuk wajah !! Hehehe

Mula-mula macam berminat dengan produk Aura White tapi bila banyak sangat produk lain yang seakan-akan.. terus x minat sebab nanti jadi macam kolagen pmc. Mula-mula jer hot, then skang nie senyap jer. Vee memang x minat produk-produk yang ikut musim nie. Lagipun Vee nak fokus untuk keremajaan & keanjalan kulit.. bukannya putih.

Akhirnya fikir punya fikir.. Vee decide just consume Vitamin C jer sebab Vit-C kan memang baik untuk kulit ^_^  selain tu untuk dapatkan kulit yang cantik.. wajib minum air kosong banyak-banyak (memang Vee banyak minum air kosong skang nie) & makan buah-buahan =)

Oh ya.. kenapa nak fokus kat wajah? Sebabnya dah masuk angka 3 niee kenalah jaga lebihhhh kan huhuhu walaupun orang kata, apalah ada dengan angka.. cesss.. angka tu sangat sensitip bagi kaum wanita tau!!! Hahaha

6- Kisah Elaine & Elena. Alhamdulillah Elena dah makin besar & semakin sedap digomol hehehe Elaine.. masih ada tantrum nya cuma lebih terkawal setelah mendapat sesi "denda, nasihat , cinta"  jika berlebihan tantrumnya. Ada masa Vee share camner Vee handle tantrum Elaine k. Part yang perlu usaha lebih adalah part tangisan Elaine. Sebab bila Elaine nangis jer.. sakit telinga nie. Kuat sangat siap ada tarikan vokal lagi bila nangis =_="

Saper-saper yang lalu depan umah, memang xde nak dengar tangisan Elena sebab Elaine yang terlebih-lebih menangis. Aduhaiii.. ikut sangat kenyaringan suara ummi nie huhuhu terlebih manja pun yer jugak. Lagi-lagi dengan Abi & Tuk Mak.. dengan Vee x berani sangat Elaine nak lebih-lebih.. (baru tau ummi nie ada garangnya hahaha) kalau dah semua nak manjakan.. haruslah Vee kena tegas sket kan.. x larat nak layan semua kehendak Elaine 7_7 tapi anak yang bijak memang macam -macam karenahnya kan heheheh

Elena.. memang jauh beza dengan kakak nya. X banyak karenah & sangat tenang ~alhamdulillah~  macam mana mudahnya Vee bersalinkan Elena, macam tu jugak bila Elena membesar nie. InsyaAllah ^_^  mudah-mudahan berterusan.

Friday, January 10, 2014

Doa-doa memudahkan bersalin

assallammualaikum wbt

hari tu Vee dah janji nak share doa-doa yang Vee amalkan masa nak bersalin. Mudah-mudahan dengan perkongsian ini dapat membantu semua ibu-ibu yang bakal bersalin & akan bersalin lagi =) insyaAllah dengan izinNya .



Doa nie Vee baca setiap kali contraction.. alhamdulillah bila Vee amalkan doa nie, Vee rasa x sakit macam Vee bersalinkan Elaine dulu. Betullll..... Vee rasa sakit macam nak datang bulan jer. Masa Elaine dulu, sakit teramat sangat .. rasa nak tercabut nyawa masa tue.

 Vee memang trauma dengan sakit bersalin disebabkan induce masa bersalinkan Elaine. So masa Vee kena tahan wad kat Hospital Kajang, malam tue Vee gigih menggoogle doa yang Vee harap membantu memberi kekuatan dalam diri Vee (baru nak cari kannn). Alhamdulillah Vee terjumpa doa kat bawah nie iaitu doa yang membantu membuka bukaan tulang punggung.



يَخْرُجُ مِنْ بَيْنِ الصُّلْبِ وَالتَّرَائِبِ
 "yang keluar dari tulang sulbi lelaki dan tulang dada perempuan"

selepas baca, niatkan dalam hati "Ya Allah, luaskanlah bukaan tulang punggungku seperti luasnya bukaan timur & barat dan keluarkanlah anakku dengan mudah, cepat dan selamat".


oklah.. nie jer doa yang Vee amalkan masa nak bersalin. Tapi ingat!!! solat & doa banyak-banyak pada Allah swt tue penting sebab semuanya datang dengan izinNya. Dan juga.. Vee baca surah Mariam untuk memudahkan bersalin =)

Thursday, January 9, 2014

Cerita sebagai Ibu EBM

Assallammualaikum wbt

Alhamdulillah.. harini dah masuk hari ke-5 Vee mengumpul / mengepam susu untuk Elena & Elaine =)

Vee xdela beria-ia mengepam sampai nak kumpul stok susu yang banyak. Sekadar cukup untuk ajar Elena isap susu botol sekali atau 2 kali sehari sebab Vee kan surirumah, directfeeding masih lagi satu kemestian untuk Elena =)

So apa tujuan Vee mengepam? Mr Hubby yang request untuk ajar Elena isap juga susu dari botol sebab memudahkan Vee dan Elena bila nak keluar jalan-jalan. Memanglah kalau keluar shopping tue boleh jer df , tapi kesian kat Elena yang terpaksa menunggu bila kitorang tengah makan dan tempat tue xder tempat yang sesuai untuk Vee bagi df. So bila bawa bekal susu dalam botol kan senang.. Elena nangis nak menyusu jer, terus dapat tanpa kitorang tergesa-gesa nak abeskan makanan.

Komen Vee tentang breastpump Anakku? Memang Thorrrrbaik !!! Selain murah berbanding brand lain, susu Vee tetap keluar dengan lancar ^_^ oh ye.. Vee bukan macam ibu-ibu lain yang sentiasa mengepam. Vee cuma mengepam 2 kali sehari iaitu selepas subuh dan sebelum tidur. Itupun hanya 15minit-30minit  jer sekali pam sebab Vee x rajin nak pam lama-lama hahahaha

Kuantiti susu yang Vee dapat memanglah x semeriah ibu-ibu yang lain.. alhamdulillah dalam masa Vee mengepam 15minit sambil menyusukan Elena, dapatlah dalam 3.5oz biasanya sekali pam. Pernah Vee dapat 6.45oz..(dalam gambar) haa nie rekod paling banyak untuk Vee sebab Vee pam sebelah kiri jer masa nie dalam masa 1/2 jam.

Lagi satu sebab kenapa Vee hanya pam sekejap jer.. sebab pernah Vee pam sejam tapi hanya dapat 2oz jer. Sedih sangat masa tue.. huhu so Vee pun mengadu dekat Mr Hubby, Mr Hubby pujuk bagitau yang Vee xperlu beria-ia nak simpan stok banyak-banyak.. cukup sekadarnya. Baru rasa ok & lepas jer aritu.. alhamdulillah susu pun keluar banyak ( 30z dalam masa 15 minit dah banyak la bagi Vee heheheh)

Elena masa bagi isap botol aritu.. memang jenuh gak la. Lamaaa baru nak abes, itupun merengek-rengek. Dah 2 hari.. baru ok. Tapi tetap merengek dan pandang mata Vee dengan mata kesian hahaha

Buat masa nie , kitorang belum ada pengalaman lagi keluar shopping bawa bekal susu sebab xder benda nak shopping =p oh ya.. Vee simpan stok susu dalam milk storage brand Autumz. Sebab.. sebab murah lah heheheh lagi satu kualiti yang sangat bagus , ikut pengalaman orang lain la kan.

Buat masa nie.. susu-susu tu Vee x frozen kan lagi , hanya letak dalam freezer bahagian atas yang ada penutup kecik tu (dapat bayangkan x) sebab memang akan guna dalam tempoh 2-4 hari untuk Elena. Susu frozen kan dah berkurangan khasiatnya berbanding susu yang sejuk. Tapi masih lebih berkhasiat berbanding susu formula =)

Untuk Elaine.. Vee akan campur dalam susu Elaine bila ada lebih sebab Elaine xsuka minum susu yang dah diperah.. siap cakap "ee..eee". Sabar je la. Tapi kalau df.. laju jer isap.. padahal sama jer rasanya... kott.. hehehe manalah Vee tau sama ke x.. 

P/s : Vee aritu dah beli Bamboo Charcoal slimming suit (ingat senang nak pujuk Mr Hubby belanja =p). Kalau rajin + berkesan.. Vee review la ye =) ahkak kan tekad nak kurussss.. =D

Sunday, January 5, 2014

Jom Kita Mengepam

kredit to Mudah.my (malas nak ambik gambar :p

assallammualaikum wbt :)

nampak x gambar kat atas tue ^_^ ya, betull!!! Breast pump manual Anakku. kali nie Vee bertekad nak mengepam susu dan bagi Elena minum susu dengan botol hehehe alasannya Mr Hubby kata memudahkan Vee untuk bergerak buat kerja & jalan-jalan tanpa perlu berhenti / mencari tempat menyusu yang sesuai hehehe eleh.. cakap jelah nak dating dengan isteri tercinta nie tanpa anak-anak sesekali kan..kannn =p

sebenarnya masa Elaine dulu, Vee pernah jer guna manual breastpump Pureen.. tapi resultnya memang mengecewakan sebab susu x banyak keluar + lenguh tangan. terus simpan dalam kotak dan x pernah guna. so bagi Elaine directfeeding jer sampai la sekarang ^_^

then kali nie ingat nak beli pam elektrik tapi bila survey harga ~~gulp!!~~ mahalnya!! baik beli emas di kala harga-harga barang yang mencanak naik nie huhu nasib baik ada adik ipar,Siti yang cadangkan Vee guna pam manual Anakku yang memang best + x lenguh tangan. Vee apa lagi.. laju jer nak beli sebab harga pun harga mampu milik ; RM69.90 ^_^

tadi dah cuba pam untuk kali pertama selama sejam.. walaupun x sebanyak orang lain.. dapatlah 4oz  dan selepas 2 jam.. Vee pam lagi, dapat 4oz dalam masa 25 minit jer.. wow! =) alhamdulillah.. nampaknya lepas nie kena jaga makan supaya dapat menghasilkan susu yang berkualiti , berkhasiat & banyak untuk Elena & Elaine jika Elainex sihat ;)

nampaknya lepas nie memang paksa Elena minum botol walaupun tadi dah cuba namun Elena menolak &  buat muka kesian dekat Ummi.. x boleh la macam tu Sayang, nanti Ummi susah nak buat kerja kalau Elena xmo isap botol huhuhu

esok nak pergi Manjaku kat Bangi plak, cari milk storage bag =) 

p/s : berat Vee masa last pantang aritu 59kg ..lagi 9kg nak capai target, doakan Vee tau!!!

Thursday, January 2, 2014

Review azam 2013



Review azam 2013

1- alhamdulillah memang dapat menjaga Elaine sepenuh masa, cuma kali nie Mr Hubby banyak keluar mencari rezeki demi kami anak-beranak... X dapat ikut MrHubby selalu. Tapi alhamdulillah sebab Mr Hubby berusaha menghabiskan masa dengan Vee & anak-anak bila x keluar bekerja =)

2- alhamdulillah dimakbulkan Allah swt . Selamat melahirkan puteri kedua ^_^

3- akan terus lebih berusaha menjadi lebih baik

4- belum dapat direalisasikan .. InsyaAllah usaha akan diteruskan =)

5- alhamdulillah.. Dah settle sebaik-baiknya & harap xde apa-apa masalah lagi

6-walaupun x berganda 10  kali .. Tapi simpanan tetap ada .. Akan terus berusaha lagi (walaupun harga barang banyak yang naik.. Uwaaaaa)







azam 2014? nanti vee update =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...