Thursday, March 31, 2011

sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri

assallammualaikum wbt

sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri , buang yang keruh, ambil yang jernih, (sila baca sambil nyanyi ala-ala P.Ramlee k) 


dapat agak x apa yang vee nak tulis nie? hehehe biasanya vee x pernah nak ceritakan hal-hal personal antara vee & Mr Hubby terutamanya bila ada harinya kami "tergigit lidah "kan.. biasalah tue, x elok memceritakan kesah rumah tangga kepada orang lain, lebih-lebih lagi mengenai hal peribadi. x elok. dalam Islam pun dah bagitau kan ^^

namun, secara realitinya, susah nak jumpa pasangan suami isteri yang sentiasa bahagia & x pernah bermasam muka.. sedangkan Saiditina Aishah r.a pun menyimpan rasa cemburu terhadap Saidatina Khadijah yang telahpun tiada di mata, ini kan pula kita sebagai umat Muhammad S.A.W. yang kerdil nie...

bila dah bersengketa, pasti hati kecil ini mudah terasa & teringin untuk membawa diri @ merajuk. lebih-lebih lagi bila dah berbadan dua (walaupun alasan tue x patut digunakan) masa tue, dalam kepala nie dah fikir yang bukan-bukan dah (dahsyat sungguh syaitan nie menghasut kan..)


tapi bila hati dah kembali terpujuk, perasaan senang hati & semakin sayang tue kian bertambah..kan..kannn ^^ kalau x caya.. tanyalah pada mereka yang dah kawen, confirm rasa indah sangat bila dah berbaik semula ^^  masa nie kalau nak minta apa-apa pun gerenti dapat punya ~~teeheee~~

anyway to Mr Hubby yang paling di SAYANGI ^^ seandainya Sayang baca entry nie, vee nak bagitau yang vee memang x pernah senang bila kita "tergigit lidah " tau.. sakit & menyakitkan...kalau x caya, cuba gigit lidah sampai berdarah.. apa rasanya??? sakit ker sedap? kalau Sayang jawab sedap... x mo da kawan dengan Sayang :p vee kawan dengan bantal bucuk tue jer ~~ngee~~

p/s I LOVE YOU 

p/s : hari nie kandungan vee dah mencecah usia 6 minggu ^^ x sabar nak tunggu baby nie 2 bulan, then 4 bulan sebab nak rasa gerakan baby & paling dinanti-nantikan kelahiran baby ke atas muka bumi indah ciptaan Allah swt & dapat membesarkan baby dengan sempurna ~~insha Allah~~


Wednesday, March 30, 2011

Penjagaan Diri di Awal Kehamilan

amat penting bagi seseorang wanita terutama yang baru disahkan mengandung untuk menjaga diri & juga kandungan . so vee pun google mencari info yang berguna untuk semua terutamanya vee hehehehe so meh tengok apa yang dilarang semasa kehamilan ^^



Manikur - Pedikur
Keadaan kuku yang cantik dan rapi memang diingini oleh setiap wanita namun sekiranya anda hamil terutamanya ketika usia kehamilan kurang tiga bulan ia haruslah dilakukan dengan hati-hati. Banyak produk kuku mengandungi bahan kimia seperti toluene yang ada pada pewarna kuku atau aseton pada produk penghilang cat kuku. Meskipun belum dikaji apakah bahan ini berbahaya bagi janin, sebaiknya anda hindari sahaja.
vee memang jarang pun buat manikur-pedikur nie, so xder masalah lah hehehe
Perawatan Wajah
Kulit terasa berminyak dan melekit ketika hamil? Mungkin perawatan wajah adalah salah satu penyelesaiannya. Namun ingat, lakukan perawatan wajah yang biasa sahaja. Jangan disertai dengan rawatan pengelupasan kerana kulit wanita hamil cenderung lebih sensitif.
haaa..nie memang menguji kesabaran gak nie sebab muka vee daah macam messy sket.. tapi xpelah.. nama pun perubahan hormon kan ^^
 Mewarnakan Rambut
Setakat ini belum ada informasi tepat lagi jelas adakah pewarna rambut benar-benar selamat bagi ibu hamil. Jika ingin melakukannya, sebaiknya tidak dilakukan pada trimester pertama kehamilan. Tunda hingga proses kelahiran, atau tanyakan pada doktor anda.
memang ada niat untuk menginaikan rambut, namun kena lupakan sementara niat tue
Kasut Tumit Tinggi 
Selama tempoh kehamilan, berat badan yang bertambah akan turut memberi kesan pada pusat graviti tubuh. Akibatnya dapat dilihat pada perubahan cara jalan dan keseimbangan. Hindari menggunakan kasut bertumit tinggi untuk menghindari kemungkinan terjatuh.
huhuhu dah x dapat la nak melawa dengan heels lepas nie T.T
Buah Durian
Hindari mengambil raja buah ini terutama jika usia kandungan di bawah 3 bulan. Buah durian dapat merangsang timbulnya kontraksi, malah jika dimakan terlalu banyak pada kehamilan trimester pertama ia mampu menyebabkan keguguran.
memang nak sangat tapi xper... vee sanggup pejam mata jer huhu
Ubat Nyamuk
Apa pun bentuknya, bakar, sembur atau sapu, penggunaan ubat nyamuk tidak disarankan pada ibu hamil kerana ia mengandungi bahan kimia aktif yang termasuk kategori racun yang amat berbahaya. Untuk menghindari nyamuk gunakan saja kipas angin atau sapukan minyak kayu putih di kulit.
vee juga x suka dengan orang yang merokok.. faham x? x sukaaaaa
Derma Darah
Ketika hamil wanita tidak disarankan menjadi penderma darah. Kenapa? Kerana ketika hamil, anda sendiri cenderung mengalami anemia. Anda memerlukan lebih banyak darah untuk diri sendiri. Derma darah bagaimanapun boleh dilakukan sewaktu nifas.
memang x pernah derma pun ~~teehee~~
Gula Sintetis
Penggunaan gula sintetis seperti sakarin tak digalakkan pada ibu hamil kerana boleh menembusi hingga ke bahagian plasenta dan memasuki perjalanan darah ke janin. Penimbunan gula sintetis dapat menyebabkan risiko kanser kandung kemih pada janin.

Bawa Barang Berat
Hindari membawa beban melebihi 30kg, apatah lagi ketika usia kehamilan memasuki 30 minggu. Membawa tubuh sendiri saja sudah berat, apalagi ditambah beban lain.
memang vee elakkan sangat-sangat. kalau boleh nak baring jer 24 jam sampai baby lahir ^^ boleh x??
Naik Pesawat
Meskipun selamat menaiki kapal terbang ketika kehamilan memasuki trimester ketiga, namun dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. kehamilan berisiko seperti hamil janin kembar, mengidap diabetes atau tekanan darah tinggi, plasenta abnormal sebaiknya menggunakan kaedah perjalanan menaiki pesawat.
aisehhhh.... tiket da beli nie... camner ek???
Ubat Jerawat
Ibu hamil biasanya akan memiliki kulit wajah berminyak yang berpotensi untuk tumbuhnya jerawat. Malah ada ibu hamil yang ditumbuhi jerawat lebih banyak dari biasa. Jika anda mahu mengubatinya maka dapatkan nasihat doktor. Umumnya ibu hamil diminta untuk menunda rawatan hingga usia kandungannya mencapai empat bulan. Ditakuti bahan yang ada dalam ubat jerawat mampu mengganggu pertumbuhan awal janin. Lebih selamat jika anda membersihkan wajah secara teratur untuk mengurangi penghasilan minyak dan sumbatan sebum.




memang dugaan sebabnya jerawat vee naik dengan suburnya T.T..tapi xper... vee relakan demi insan tersayang ^^




renung-renungkan & selamat beramal ^^



Tuesday, March 29, 2011

Kesah PAC 26-27 Mac 2011

assallammualaikum wbt

vee ada bagitau yang vee ke PAC (PTD Assessment Centre) di INTENGAH . seriously vee x sangka vee dapat ke sana. so, bila dah ada peluang ke sana, of course lah vee berharap dapat melakukan yang terbaik kan. bukannya main- main hehehe

vee gerak dari rumah seawal 7.00 am & semestinya Mr Hubby yang hantar vee ^^ sampai jer kat INTENGAH, dah ramai dah yang tiba kat sana. vee pun naik ke tempat pendaftaran & terus mendaftar. mula-mula kena timbang berat & tinggi.. (memang la berat vee bertambah sebab vee kan dah ada si kecil hehehehe best x alasan nie ) , then vee dapat no 4. 4??? aissshhhh.... awatlah vee selalu dapat no nie sejak dari UKM lagi nie...
with Raina..hot mama yg comelll ^^


then berkumpul 5 orang ikut no untuk sesi bergambar.. haa.. xkan vee nak wat ^^V pulak kan... kitorang kena berdiri tegak macam menyanyi lagu Negara ku. then vee pun berkenalan lah dengan ahli 4 orang tue, excited bila Raina peserta no 3 tue asal dari Sabah & pregnant macam vee ^^ tapi Raina lagi besar lah.. 6 bulan.. comel sangat =) yang lain tue, Diyana, As & Shanti.

kitorang di beri sedikit penerangan untuk mendaftar, then beratur untuk dapatkan kunci bilik, vee mohon bilik paling bawah sebab preggy kan.. & happy bila dapat sebilik dengan Raina, paling best sebab dapat sama group dengan Raina..yeay ^^

masa nak ambil beg di kereta, vee minta Mr Hubby angkatkan beg ke atas sebab vee xnak angkat berat, & disebabkan lif rosak, nak xnak semua orang kena naik tangga...alahaii... berat beg tue... nasib baiklah ada seorang mamat yang sudi mengangkat beg untuk vee ^^ thanks !!!

ada 2 jejaka tapi pemalu nak join.. cesss hehehe


aktiviti hari pertama memang agak pack & memerlukan semua untuk menepati masa. antara aktiviti hari pertama ialah discussion group dalam Bahasa Melayu & English, juga Penyelesaian masalah dalam Bahasa Melayu & English. memang lah mula-mula nervous tapi vee bersyukur sebab dapat group yang sporting & best ^^

petang tue aktiviti fizikal. sah-sah lah vee x join sebab berbadan dua. ada 6 orang la yang pregnant, vee nyer yang masih kecil lagi ^^

then malam tue kitorang dipecahkan kepada kumpulan baru & malam tue kena buat slide untuk presentation esok. vee dapat topik "obesity". heheheehe nasib lah kan.. vee pregnant, bukan obese :p malam tue memang banyak juga challenge yang vee hadapi tapi dengan ilham daripada Allah swt, vee berjaya juga siapkan slide tue.

esoknya vee memang x cukup tido. tapi kena ready gak untuk presentation & 2 aktiviti seterusnya. selesai sessi presentation, ktorang ada aktiviti inovasi. aduhaiiii.. vee pelik bila rekaan yang paling x masuk akal dipilih untuk dibentangkan... memang vee tau ada yang x puas hati, tapi dari situ, vee dah tau yang orang Melayu nie suka sangat ambil mudah. dan macam yang vee dah agak, memang panel tue "kenakan" teruk-teruk juga. sememangnya vee bersetuju dengan panel tue.

then.. balik....

serius vee penat sebab vee memang x mo lasak-lasak sangat. vee lebih mementingkan si kecil vee nie dari segalanya ^^

anyway.. pengalaman tue memang berharga ^^

bilik di INTENGAH

p/s : my opinion, x kesah la korang tue kerja kat kementerian ker..kerja kerajaan ker.. tolong lah jangan ambil kesempatan & semuanya nak mudah jer... macam mana lah negara nak maju bila terdapat segolongan macam nie, vee nie kadang-kadang heran dengan sikap segelintir orang yang bekerja di kerajaan nie, kemudahan terlalu banyak tapi mereka x pernah nak hargai.. duk kondem orang sana-sini kat FB... duk mengeluh ..hurmmm.. susah juga dengan orang yang x pernah nak bersyukur nie. ingat dia jer yang betul... gunakan pemikiran yang inovatif  & ikhlas dalam bekerja kerana segala hasil yang kita dapat tue biarlah daripada titik peluh kita sendiri, bukannya dengan cara yang mudah & bekerja sambil lewa sahaja. kalau dah malas sangat, suka sangat merungut... baik berhenti & duduk rumah layan anak & suami.


Monday, March 28, 2011

My Confession

assallammualaikum wbt ^^

penat yang dirasai macam belum hilang lagi rasanya.. tapi vee x merungut pun ^^ 



bukak blog jer.. ramai jugaklah yang ucapkan tahniah.. eh..eh... vee x declare apa-apa pun tau hehehe nak vee buat confession la tue.. hehehe yela..yelaa....

alhamdulillah... vee kini sedang berbadan dua ^^ memang bahagia sangat-sangat. masih awal lagi sebenarnya, 5 minggu usia si kecil di dalam nie ^^  kalau nak tahu macam mana rupa si kecil nie masa usia 5 minggu, meh tengok nie meh.. hehehehe


Minggu 5-6

Anda: masih belum nampak mengandung, anda mungkin juga masih belum tahu anda mengandung. Tapi tanda2 seperti kepenatan, kekerapan buang air kecil, lidah rasa pelik, loya dan kadang2 ada bau yg biasa rasa pelik

Bayi: Bersaiz biji limau (kecik), rupanya masih macam berudu tapi otak telah mula beroperasi, jantung dah mula mengepam keseluruh badannya, tulang belakang dan central nerbous sistem dia telah mula beroperasi

haaa... sebab tue vee pun x bagitau sesiapa lagi kecuali ahli keluarga terdekat & kawan-kawan baik vee jer... tapi vee pun x pernah nak nafikan yang vee sangat bahagia menerima berita yang terindah nie.. lebih-lebih lagi sempena bulan Mac yang begitu banyak kesah yang membahagiakan ^^

cukuplah setakat nie yer... penat vee nie masih x hilang lagi gamaknyer...

p/s : tunggu si kecil tue dua bulan , baru vee mulakan kesah cinta kali kedua nie yer ^^

p/s/s : actually bagi sesiapa yg x tahu lagi, nie kandungan vee kali kedua.. doakanlah semoga baby vee kali nie selamat dilahirkan & dibesarkan menjadi anak yang soleh & solehah ^^ insha Allah.  vee pregnant semula  4 bulan selepas keguguran.

Thursday, March 24, 2011

Ingatan Buat semua ^^

assallammualaikum wbt

nampaknya x lama lagi blog vee nie akan sepenuhnya menjadi blog personal untuk vee hehehe tapi kepada My Uda & Dara, masih boleh menikmati entry-entry vee yang akan datang.. macam x biasa pulak yer ^^ 

seperti yang vee pernah war-war kan, blog nie khas untuk tatapan anak-anak vee & juga Mr Hubby ^^  

di sini vee nak kongsikan Surah-surah yang seharusnya menjadi amalan semasa mengandung ^^



1- surah Al- Fatihah - untuk menerangkan hati

2- Surah Luqman - untuk memperolehi anak cerdik akal & jiwa

3- Surah Maryam - untuk memudahkan ibu bersalin & memperolehi anak yang sabar & taat

4- Surah Yusuf - untuk memperolehi anak yang cantik rupa & cantik akhlak

5- Surah Hujurat - untuk memperbanyakkan susu ibu & anak bersifat berhati-hati

6- Surah Yassin - untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak maksiat

7- Surah At-Taubah - untuk mebersihkan jiwa & terpelihara daripada maksiat

8- Surah An Nahl - untuk melahirkan anak yang berdisiplin


jangan lupa amalkan tau.. :) ingatan untuk diri vee jugak :)

Sabtu nie vee dah nak ke PAC... doakan yang terbaik untuk vee yerr <3 <3 <3

Wednesday, March 23, 2011

Allah Maha Pencipta ...tempat kita bermohon


assallammualaikum wbt..

 vee tumpang bahagia bila ada beberapa teman-teman yang vee sayangi mengkhabarkan berita gembira pada vee ^^ tahniah & vee doakan semoga kandungan akan terus terpelihara oleh jagaan Allah swt dan selamat dilahirkan ke dunia ^^ so, vee pun melapangkan masa meng"Suara Di Minda"kan diri mencari doa nie ^^  semoga memberi manfaat bersama...inshaAllah  



“Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkan lah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkankah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."






semoga zuriat yang bakal dilahirkan akan menjadi anak-anak yang soleh & solehah. juga membawa kita ke Syurga.. insha Allah

Hadiah Penuh Makna ^^

assallammualaikum wbt ^^



terasa macam lama jugak vee x update blog nie kan..kan... actually minggu nie vee agak membusykan diri vee sebab sabtu & ahad nie vee dah kena pergi PAC.. so pada semua, doakan vee dapat melaluinya dengan penuh cemerlang..aminnn... 


anyway dalam minggu nie, satu hari pun vee x jejakkan kaki ke fitness .. bukannya vee malas tapi sebab vee rasa x sedap badan & rasa x mo ke sana hehehe walaupun kalau vee ke sana dengan Mr Hubby, Subway tue dah jadi tempat wajib lak singgah after fitness ~~teeheee~~ rupa-rupanya ada sebab vee x sedap hati nak ke fitness ^^

apa yang vee nak bagitau yer.. bulan nie memang bulan yang penuh dengan kebahagiaan ^^ alhamdulillah dan vee terus berharap agar bulan seterusnya akan semakin indah & membahagiakan dengan penuh rahmat daripada Allah swt ^^  minggu pertama Mac, vee happy sebab my birthday yang sentiasa maintain sweet 21 ^^ (cewahhhh), happy sebab dapat sambut harijadi yang pertama kalinya sebagai isteri dengan Mr Hubby ^^ Ulangtahun Kelahiran

then minggu kedua bulan Mac, hati semakin berbunga-bunga sebabnya genap setahun perkahwinan Vee & Mr Hubby ^^ alhamdulillah. Our First Candle Light Dinner. happy bila dapat hadiahkan Mr Hubby perfume yang memang best baunya ^^ & lagi happy bila dapat present dari Mr Hubby ^^ masa tu vee terfikir nak hadiahkan Mr Hubby "hadiah penuh makna",...Insha Allah ^^


minggu ketiga means this week, penuh bermakna dalam hidup vee  & Mr Hubby sebab "hadiah penuh makna" tue dah pun dimakbulkan oleh Allah.. subhanAllah..besarnya kuasa Allah yang mendengar impian hambaNya ^^ alhamdulillah x100. semoga segalanya selamat dan sempurna seperti yang diimpikan dengan izin Allah ^^ mudah-mudahan ..aminnn... ^^



p/s : sofeya genap 10 bulan harini ^^

Sunday, March 20, 2011

SaYa SuKa Kat AwAk La...













1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi dihadapan orang yang kita suka,  hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.
   


3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.


5- Di depan.. orang.. yang kita 
cinta lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.


6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut jua menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.


8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga.

       






       
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.



  
  

Wednesday, March 16, 2011

Our First Candle Light Dinner for Wedding Anniversary

assallammualaikum wbt


malam tadi memang saat terindah sebab celebrate our first wedding anniversary @ Bora Asmara ^^. Bora Asmara jadi pilihan Vee & Mr Hubby sebab tempat tu memang sangat romantik & view yang menggelorakan  (cheewaaahhhh)


makanan kat sana, boleh tahan la..vee x cakap sedap tau.. tapi save by the view ^^ 



vee paling suka part bila ada band yang akan datang meja ke meja & leh request lagu ^^ masa diorang datang kat meja Vee & Mr Hubby.. ve agak blur sebab x tahu nak request lagu apa..just bagitau malam tu kitorang celebrate anniversary ...haaa cuba teka diorang nyanyi lagu apa.. "Mencintaimu by Kriss Dayanti & Cinta Kristal by Hantu Mak Limah eh eh.. bukan.. Rahim Maarof la. memang agak terbuai la kejap kan heheeheh



cubaan "love" yg kureng menjadi

xoxoxo


Chocolate shake vs Asmaradana shake

nak mamam dulu ~spagethi bolognaise~ vee masak lg best

Creamy Butter Prawn sbg menu istimewa

my heart-throb

band yg menghiburkan


always in love ^^

merasmikan "hadiah" daripada Mr Hubby



Villa Cinta kami ^^


cakkk



memang best & seronok sangat ^^ so tahun depan nak pergi tempat yang lagi best pulak yer ^^

p/s : kalau rajin, vee upload video malam tue yer.. internet macam siput lak malam nie. Mr Hubby bagitau sebab gempa bumi... ye kottttt...

Tuesday, March 15, 2011

Sesungguhnya Kamu Teristimewa ^^

Assallammualaikum wbt ^^ 

Entry Istimewa === 58 komen !!!!

vee dah semak semua pengomen-pengomen tegar blog vee yang sweet nie kan ^^ so memang pening sebab vee kena semak dari awal & satu persatu. finally vee dapat 3 nama dengan perbezaan yang x jauh bezanya . aisehhh.. sayang kan. apa-apapun vee sayang semua orang yang sudi membaca & meninggalkan pendapat di setiap entry vee , ^^ xoxoxoxo

anyway blogger yang telah berjaya memiliki hadiah daripada blog vee ialah...

1- Pretty Dini ===== 22 komen


2- Nadia Mashuri ==== 10 komen


3- Syafiqa Sakura ==== 7 komen



tahniah yer korang bertiga ^^ anyway hadiahnya akan vee bagitau kemudian cuma vee nak tau samada korang bertiga nie alert x dengan entry vee nie??? kalau alert, cepat-cepat tinggalkan komen kat entry nie & bolehlah tinggalkan alamat korang ok ^^

p/s : terima kasih daun keladi sebab sudi baca celoteh vee nie yer ^^ 



Monday, March 14, 2011

Kejutan Ulangtahun Perkahwinan yang Indah ^^

assallammualaikum wbt


minggu lepas sampailah hari nie memang sangat busy!! nak buat macam mana kan.. banyak urusan yang perlu diselesaikan, lebih-lebih lagi seminggu tue adalah minggu istimewa untuk vee & Mr Hubby ^^

hari nie adalah Ulangtahun Perkahwinan Vee & Mr Hubby , so officially nye vee & Mr Hubby bercuti & Mr Hubby buat kejutan dengan membawa vee ke kedai emas di Kajang & bagi vee pilih gelang tangan sebagai hadiah ulangtahun Perkahwinan kami ^^ best best ^^ tapi celebration akan di postpone dalam minggu nie jugak sebab x sempat nak celebrate harinie.. maybe makan kat Bora Asmara or Bora Ombak (adehhh mana gaya nyer nak diet nie)

kali nie vee pilih yang simple sebab nak pakai hari-hari ^^

hadiah daripada vee untuk Mr Hubby dah pun vee bagi aritu. baca kat sini Cinta Hati Saya.


minggu lepas, kakak ipar vee, Suhaida aka Mama Sofeya menyambut haijadi pada 11/3/2011.. so abang ipar vee belanja makan besar ^^ kitorang makan kat Waroeng Penyet The Curve . then 3 hari berturut-turut kitorang asyik makan besar jer sebab ramai sangat yang belanja... (hilang mood nak diet...cesss)


semalam kitorang gi kenduri kahwin Qayyum & alahaiiii.. x pasal-pasal kitorang kena duduk semeja dengan pengantin, yess... kitorang makan kat meja pengantin. segan lah pulak.. ingatkan da kawen, x duduk kat meja beradap tue. so, vee makan pun sikit sebab memang vee segan ~~teeheee~~

kami di meja pengantin

bersama pengantin

pinjam baby Pie sat

baju kurung tue hadiah daripada Mama ^^ utk besday vee


tapi dalam bergembira tue, ada jugak yang mensayukan hati vee sekeluarga. sebabnya masa kitorang bersiap-siap nak pergi kenduri Qayyum, ntah macam mana my Ucukk Sofeya terkena air panas. aduhhh.. jeritan kesakitan dia buatkan kitorang semua menangis & kelam kabut. actually Sofeya yang buat "sendiri" sampai terkena air panas tue.. benda dah nak jadi kan.. mudah-mudahan bila mummy dia berhenti kerja nanti, Sofeya  x main sorang-sorang lagi yerr...

kesian sofeya.. semoga x tinggal parut.. 

oh ya, masa kat kenduri Qayyum, vee rasa macam artis la plak (sangat metafora) sebabnya masa vee nak gi jumpa mak pengantin dengan Mr Hubby & Zx key, tangan vee ditarik oleh seorang wanita yang excited semacam."eh..eh.. rasa macam kenal la..tapi kat mana yer?" dengan penuh mesra vee ditanya. vee blurr & cuba untuk meng"refresh" kotak ingatan vee tapi still x kenal wanita tue. vee cuma tersenyum & Mr Hubby terus pegang vee. vee ditanya macam-macam, tinggal mana, asal mana.. err.. finally vee terus tersenyum & vee rasa dia dah salah orang.. haisshh... glamer jap hehehe

dan sekarang nie macam dah lali pulak vee dengan soalan "dah ada isi belum?" "dah ada khabar baik ker?" "bila nak ada baby?" yer.. vee tau ramai yang nak sangat tengok baby vee kan.. vee & Mr Hubby lagilah teringin nak baby.. ^^ xper, teman-teman kumpul jer duit untuk beli hadiah untuk baby vee yer heheehe sebabnya vee xtau nak jawab bila vee akan dapat baby, semua tue Allah swt dah tentukan. vee & Mr Hubby akan terus berdoa semoga baby hadir dalam hidup kami dalam keadaan baby & kami bersedia & kelahiran baby membawa penuh rahmat, kebahagiaan & keberkatan dalam hidup kami sekeluarga. Allah swt lebih tahu apa yang terbaik untuk Vee & Mr Hubby ^^ terima kasih atas perhatian teman-teman & yang lain yer. vee hargai sangat :D

Mr Hubby, Zx key & Ali. Zx asyek jadi pengapit jer

anyway vee happy sangat sebab dapat hadiah best daripada Mr Hubby tersayang ^^ hehehe alhamdulillah.

untuk pengomen tegar blog vee. esok pagi vee list kan 3 orang yang akan menerima hadiah istimewa daripada vee sempena Ulangtahun Perkahwinan Vee & Mr Hubby yang pertama yer ^^ tunggu!!!!

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Sayang xoxoxo

.

Syg masih ingat pada tarikh yang sama pada hari ini setahun yang lepas, kita berada di Masjid al- Ihsan , berkumpul bersama keluarga & saudara-mara, Syg lengkap berbaju Melayu berwarna ungu pilihan Syg & vee yang ayu dalam busana ungu hanya mampu mengukir senyuman walaupun dalam hati penuh resah selagi lafaz nikah belum sempurna. 


namun kita semua tersenyum lega bila lafaz berjaya dilafazkan dengan izin Allah swt, bersyukur sangat kerana kita disatukan di dalam Rumah Allah swt dengan restu seluruh ahli keluarga. keindahan mula menular dalam jiwa ketika sayang menunaikan tanggungjawab Syg dengan Allah swt terlebih dahulu dengan solat sunat syukur sebelum menunaikan tanggungjawab Syg yang pertama sebagai seorang suami. Kisah Cinta 14 Mac


di pelamin indah itu kita diraikan ^^

sebahagian daripada keluarga vee

sebahagian daripada ahli keluarga Mr Hubby
kita diraikan dengan penuh meriah oleh seluruh ahli keluarga, saudara-mara dekat & jauh (orang Sabah pun datang tau ^^) sahabat handai & ramai lagi. mereka berkongsi hari bahagia kita dengan penuh perasaan indah ^^




setahun kita bersama, saling mengenali dengan lebih mendalam, berkongsi rasa indah & diserikan dengan sedikit rasa pahit & perit yang semakin mengeratkan hubungan kita. Berkongsi rasa sedih pula tatkala hasil cinta kita terlebih dahulu bertemu  Maha Pencipta, menjadikan kita semakin erat & saling memahami.

semoga hubungan kita terus kekal hingga ke Syurga Ilahi & tangan kita terus menggenggam erat walaupun apa yang bakal terjadi nanti.


Selamat Ulangtahun Perkahwinan Sayang ^^


semoga tahun depan kita akan sambut Ulangtahun kita dengan kehadiran si kecil , hasil cinta hati kita ^^ amin...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...