Friday, March 30, 2012

Menawan Hati Suami


buka macam-macam laman web nie membuatkan vee terjumpa beberapa artikel yang sangat menarik terutama CARA UNTUK MENAWAN HATI SUAMI. menarik kan ? ^_^ anyway artikel tue dalam English, so meh vee translate ke dalam bahasa yang lebih mudah di fahami even vee tahu ramai yang boleh baca in English. sajer nak improve kemahiran memahami vee nie =)

  1. Suami adalah RAJA / KETUA KELUARGA = sebagai isteri, harus mengutamakan suami terlebih dahulu sebelum anak-anak, ibu bapa.. apa lagi orang lain. 
  2. bangun awal = bangun sebelum suami bangun. pastikan sarapan disediakan & makan bersama
  3. jangan MEMBEBEL = jangan sesekali. jika suami nak keluar dengan kawan-kawan. jangan sesekali mempersoalkan secara berlebih-lebihan. jika suami lupa lakukan sesuatu, biar kita sebagai isteri yang melakukannya
  4. Sentiasa berada di rumah = pastikan kita berada di rumah bila suami balik dari kerja. jika isteri juga bekerja, pastikan balik secepat mungkin.
  5. SENYUM = sentiasa berwajah manis dengan suami supaya hati suami senang dengan isteri. lagipun suami dulu jatuh cinta pasti dengan senyuman sang isteri kan =)
  6. Penyediaan Makan Malam = harus menyediakan makan malam yang kena dengan selera suami terutama selepas seharian keluar bekerja. tahu makanan kegemaran suami
  7. benarkan Suami keluar dengan rakan-rakannya = jika suami ingin keluar berjumpa dengan rakan-rakan, benarkan. jangan tarik muka. kalau boleh, bekalkan suami makanan ringan seperti sandwich untuk rakan-rakannya
  8. minta izin = wajib meminta izin suami terutama dalam membelanjakan wang untuk perkara peribadi ; shopping
  9. Remote Control = serahkan sepenuhnya remote control kepada suami & tonton rancangan pilihannya walaupun rasa kurang senang. jika x berminat, pujuk suami dengan lembut untuk menukar rancangan kegemaranmu
  10. Taat = jangan sesekali melakukan perkara yang x disukai suami. jangan merungut atau mengeluh dengan pendapat atau permintaannya
  11. bijak melayan suami = sentiasa dalam keadaan yang menarik di depan mata suami terutama bila berdua-duaan. ikut cara & rentak suami bila bersama 
  12. bijak menjaga diri = sentiasa berhias & berbau wangi dengan suami. kemas & bijak berpakaian apabila keluar dengan suami.
  13. rajin = rajin mengemas rumah, dapur, bilik air & terutamanya bilik tidur supaya selesa. berusaha supaya rumah sentiasa bersih & berbau segar
bila baca semua nie.. aduyaiiii.. yang no 7 tue kena perbaiki lagi heheehe


Friday, March 23, 2012

Stress disebabkan Berat Badan????

zaman anak dara

vee ingat lagi.. sebelum vee berkahwin dengan Mr Hubby, berat badan vee naik mendadak terutama selepas bertunang. naik sampai vee boleh dikategorikan sebagai "gemukkk & gebusss" T_T memang vee kecewa & sedih sangat , dah lah nak turun tue macam satu azab rasanya. lagi bertambah naik sebab stress. macam-macam cara vee cuba untuk turunkan berat badan tapi makin naik T_T apa yang vee x buat.. minum teh orang kampung, jogging setiap pagi dekat Taman Tun, jaga makan, puasa tapi tetap x berhasil.. makin naik lagi.

suka sangat dgn diorang nie.. cantik ^_^ credit Dian Pelangi
bila jumpa orang, ramai yang terkejut tengok vee =( memang segan sangat masa tue T_T rasa macam nak potong jer lemak-lemak yang ada kat badan tue hehehe
masa chubby

sampailah bulan Januari 2010, vee & Mr Hubby jadi ahli TrueFitness. siap ada trainer lagi. hasilnya dalam masa sebulan.. untuk Mr Hubby memang marvellous sebab Mr Hubby nampak lebih fit & tegap . tapi!!!!! vee pun turun gak cuma x nampak kesannya macam Mr Hubby T_T bezanya badan vee ada gak lah shape & lemak berlebihan tu x nampak sangat bila pakai baju ikut badan  huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu

terer kan jurusolek tue solek vee x nmpak chubby ms nie hehehe 
nasib baik masa majlis kahwin ari tue, baju pengantin tue sesuai dengan vee . dapat lah bersanding dengan penuh yakin =p dan vee bertuah dapat jurusolek yang men "touch up" muka vee supaya x nampak chubby ~~power of make up~~ T_T  


bila dah kawen.. memang xde masa sangat nak gi fitness, ntah macammana vee jatuh sakit / demam panas selama seminggu.. tup-tup bila vee bangun jer, semua orang cakap "vee.. susut nya badan vee.. teruk sangat ker sakit ari tu" mau x susut.. selama seminggu tue vee berbaring jer..angkat kepala sikit, vee terus muntah x henti-henti.. sampai Mr Hubby letakkan bakul kecik kat tepi katil untuk vee muntah. makan pun x lalu.. minum air jer. vee sendiri terkejut tengok perubahan vee.. memang kurus gila!!!! sebab vee terus leh sarung seluar jeans saiz paling kecik =) tapi kurus yang disebabkan sakit memang xbest la.. sebab banyak gak lah darah vee yang diambil untuk check up. =(

lepas vee keguguran, vee kan berpantang juga macam orang baru lepas bersalin.. memang turun banyak lah berat badan vee dalam masa sebulan. mau nya x turun.. sepanjang berpantang tue hanya makan nasi panas berlaukkan ikan bilis , black pepper, halia, roti.. minum pun hanya air suam & air milo. air sejuk dijauhkan sama sekali.

then berat vee maintain sampailah 4 bulan selepas berpantang, vee pregnant balik ^_^ lepas bersalin, dalam masa sebulan vee turun 12 kg. banyak kan ^_^ masa tue belum abes berpantang lagi. so barulah vee faham, senang jer kalau nak turun berat badan.. just makan jer macam makanan masa berpantang hehehe

so kepada bakal-bakal pengantin yang berusaha untuk mencantikkan badan & menurunkan berat badan.. jangan terlalu tertekan sebab nanti berat badan makin naik. vee bagitau berdasarkan pengalaman vee sendiri. advise vee.. banyakkan minum air suam.. diulangi.. AIR SUAM  & buah-buahan. pagi-pagi makan 2 keping roti SAHAJA dengan hot dog or meat loaf. lunch.. jangan tambah nasi OK.. makan 1/2 pinggan jer & banyakkan makan sayur. insya Allah banyak perubahan yang akan berlaku ^_^

p/s = sekarang nie vee memang x boleh nak diet-diet sebab Elaine Medina kan exclusive breastfeeding ^_^ tapi bila BF.. badan memang maintain. x naik x turun.

p/s = tapi kannn.. vee lagi suka badan vee lepas kawen sebab x berisi sangat & x kurus sangat.. ok ok jer ^_^ Mr Hubby xmo vee kurus sangat, tapi bila vee ter"berisi" sket.. mulalah senyuman kambing akan kelihatan =p =p =p 

p/s = rambut vee gugur dengan teruk nya!!!!! so nak x nak.. sayang memang sayang tapi rambut harus dipotong pendek .. x sanggup melihat rambut yang sentiasa ada dikeliling Elaine T_T 

Thursday, March 22, 2012

lengkap sebagai anak dara sunti

assallammualaikum wbt

finally Elaine Medina dah menjadi anak dara sunti =) Elaine dah bersunat arini hehehe dekat klinik Noriha.

dan persoalan vee terjawab juga akhirnya. sebelum nie kan vee risau sebab Elaine susah sket nak poo-poo.. rupa-rupanya memang normal untuk baby yang 100% menyusu badan. oh ya, Elaine Medina dah timbang tadi...6.7kg. naik sekilo dari bulan lepas.
rindu nak tengok rambut Elaine lebat balik 

Elaine memang nampak semangat sket sekarang nie terutama tang pipi & paha huhuhu xpelah, janji sihat & semakin bijak hehehe khasiat susu ibu lah katakan. Elaine sekarang nie memang xnak dengan sesiapa kecuali vee & Mr Hubby. bila orang lain ambil even Tuk Mak nya.. meraung satu rumah huhuhu dah tu pandai pulak Elaine buat muka bila orang cuba nak usik-usik dia .. langsung xmo senyum hehehe oh ya.. actually dari Elaine lahir sampai la ni memang vee jaga 100%.. vee kan surirumah sepenuh masa hehehehe flexible..

entah mengapa.. vee rasa berat badan vee macam naik jerrrr huhuhuhu mana x naik.. dah naik gian nak buat macam-macam kek.. haa, padan muka!!! so lepas nie kena jaga makan balik & yang paling penting makan jamu!!! (kesian jamu tue.. bila dah abes pantang, jamu x dipandang =p)

p/s = ntah kenapa skang nie vee asyik terfikir yang vee x kesah nak bagi Elaine adik lagi hahahaha bak kata orang, anak kan rezeki daripada Allah swt ^_^ tapi bagi can Elaine manja-manja dulu k ... macam mana nie.. hati kata mau tapi mulut kata tunggu dulu...

kalau fikirkan sakit, memang lah sakit tapi kepuasan bila tengok baby depan mata, nikmatnya x terkata ^_^ so vee xnaklah merancang-rancang nie.. ada rezeki vee terima dengan hati terbuka ^_^

Monday, March 19, 2012

PENCINTA NOVEL

assallammualaikum wbt



Vee yakin ramai teman-teman yang minat membaca novel kan ? sama macam Vee =) sebelah bantal vee mesti terselit novel atau buku & bila baring jer, sambil layan atau menyusukan  Elaine Medina, Vee capai buku-buku yang terselit di calah-celah bantal tue hehehe

so, sekarang nie vee berminat untuk menyewakan novel-novel & buku-buku yang ada. selain sewa, kalau ada yang berminat untuk memilikinya, vee akan jual dengan harga lebih murah (harga berdasarkan keadaan fizikal novel / buku )

 jom jengah kat pages nie ^_^ PENCINTA NOVEL

Brownies Chocolate Cheese Cake ^_^


Bahan Kek

  1. 200 gm gula kastor
  2. 130 gm tepung gandum (A)
  3. 50 gm serbuk koko (A)
  4. 1/2 sudu teh serbuk penaik (A)
  5. 170gm minyak masak
  6. 120gm coklat masakan
  7. 50gm susu krimer manis
  8. 10gm ovalette
  9. 5 biji telur gred A
  10. 1/2 sudu teh emulco coklat
  11. 1/2 sudu teh esen vanila
bahan A diayak 

Bahan Kek Keju
  1. 500gm krim keju
  2. 130gm gula kastor
  3. 4 biji telur gred A
Cara membuat
  1. Sediakan pengukus dan isikan air 1/4 penuh. Jerangkan hingga didih. 
  2. Masak coklat masakan secara double boiler. bila cair, masukkan minyakl masakan & gaul sebati. sejukkan
  3. satukan gula kastor, telur & ovallette dalam mangkuk adunan. pukul dgn kelajuan tinggi hingga kembang & gebu selama 10 minit
  4. masukkan bahan A sedikit demi sedikit sambil dikacau  berselang-seli dengan coklat masakan
  5. masukkan krimer manis, emulco coklat & esen vanilla. gaul sebati
  6. masukkan dalam acuan. kukus selama 20 minit
  7. kek keju: pukul krim keju dengan gula kastor hingga kembang. masukkan telur & pukul sebati
  8. tuang adunan atas kek coklat. tutup adunan dengan aluminium foil. kukus 30minit & gunakan api besar
  9. sejukkan dalam suhu bilik sebelum masukkan dalam peti ais selama 4 jam



p/s: jenuh nak taip balik sebab hilang tetiba huhuhu

anyway vee semalam hanya buat setengah jer setiap bahan-bahan tue, tue yang kek vee kecik comel jer hehehe selamat mencuba ^_^

Sunday, March 18, 2012

Elaine Medina ~~Camwhore~~


assallammualaikum wbt

x lama lagi Elaine Medina akan melangkah ke usia 4 bulan.. time untuk tumbuh gigi pula ~~yeay~~

seronok & bahagia sangat melihat perkembangan sang puteri nie depan mata ^_^ memang kalau boleh vee nak mengikuti perkembangan sang puteri nie setiap hari.. insya Allah

Elaine Medina dah semangat terutama bahagian pipi hehehe itu pun 100% menyusu badan.. x campur apa-apa pun. kalau da mula makan nanti... harapnya x naik banyak sangat lah anak Ummi nie..

oh ya, apa yang vee perasan setiap kali kitorang bawa Elaine Medina nie jalan-jalan.. mesti ada yang menegur & menyapa Elaine.. tapi Elaine Medina da kenal orang, so memang buat muka bila orang luar tegur dia hehehee aduyaiiii.. jual mahal sungguh. even dengan Tuk Mak & Tok Tok dia pun, Elaine leh nangis bila kena ambil hanya kerana x jumpa beberapa hari .

sekarang nie, Elaine Medina dah sibuk nak meniarap jer.. pantang tinggal kejap, dia dengan sendirinya menggulingkan badan & tadaaa.... in meniarap position dah =)

baru-baru nie Elaine terkena selsema sket, maybe sebab cuaca yang selalu hujan nie.. so malam-malam memang kena tidur berselimut sampai ke dada & pagi-pagi bila ada hingus jer.. kenalah sedut guna penyedut hidung tue.. aduhaiiii.. vee rela vee yang sakit daripada Elaine tapi bila Elaine sakit, biarlah vee sihat supaya mampu menjaganya dengan baik.. insya Allah


masa nie bawa Elaine Medina jalan-jalan dekat IOI Mall , Puchong.  and she really love camera like camera love her much too!! bukan main lagi senyum nya =)


aktiviti Elaine bila bangun awal pgi.. kena layan dia dengan video-video yang menyegarkan minda =) iPad la yang jadi mangsa.. khusyuk jer sang puteri nie bila melayan video..

via Instragram iPhone 4

antara video kegemaran Elaine Medina ialah Hello Kitty song, ABC'S song, Alif Ba Ta's Song, Twinkle2 Litle Star & song by Haddad Alwi. nanti lah next entry vee post lagi tentang video tue k. ^_^

Thursday, March 15, 2012

happy anniversary UMMI & ABI

assallammualaikum wbt


alhamdulillah... sudah dua tahun usia perkahwinan vee & Mr Hubby.. semoga hubungan ini berkekalan hingga ke syurga..aminnn.

anyway kitorang x delah sambut beria-ia sangat macam tahun lepas.. just makan-makan jer hehhee even masa birthday vee minggu lepas pun sama, makan-makan aje ^_^

so.. sempena Ulangtahun Perkahwinan yang kedua nie, vee hadiahkan Mr Hubby perfume Dunhill Desire sebab vee & Mr Hubby suka sangat bau nie. =) walaupun dah lama tapi bau haruman perfume nie still the best for Mr Hubby

then Mr Hubby gabungkan hadiah birthday vee dengan hadiah ulangtahun perkahwinan dengan sebentuk cincin .. thanks Sayang heheehe



rantai tangan tue hadiah tahun lepas, vee suka sangat dengan cincin tue ^_^ 



Wednesday, March 14, 2012

Happy Anniversary 2nd Years ^_^







Alhamdulillah harini genap dua tahun pernikahan Vee & Mr Hubby ^_^ finally kitorang dapat sambut dengan Elaine Medina =) tapi malam tadi vee tidur awal sebab nak teman Elaine yang selesema T_T seriously bila Elaine 1st time selesema, vee rasa resah & sedih. 






anyway bangun awal pagi, buka FB jer da tersenyum sebab Mr Hubby post something yang menarik ^_^




actually vee mula-mula x minat sangat lagu nie sebab lirik yang "geli-geli" hehehe tapi Mr Hubby suka =) ada kesah yang lucu sebenarnya tentang Aqasha tue. sebab dulu masa Mr Hubby kat Poli & tempat kerja.. ramai yang kata Muka Mr Hubby tu macam Aqasha & Jehan Miskin =p hehehehe masa tue memang vee xleh terima sebab i always think Mr Hubby better than them hihihi


Mr Hubby masa Poli ^_^ 

oh ya... sebenarnya vee teringinnnn sangat nak bonceng motor besar dengan Cik Abang Sayang nie tau ^_^ bila agaknya vee leh merasa yer ^_^ hehehe





Matamu…Bibirmu..Pipimu dan Juga Senyum mu
Membuat Aku Lebur Hanyut Di Dalam Ghairah Kernamu
TubuhMu..
HarumMu..
Hatimu Oh Semua Aku Mahu

*
Inginku Gigit-Gigit Cuping Telinga Kecilmu
Luahkan Perasaanku
Membisikan Aku Cinta Kamu
Asmara Disetiap Pagi HariMu
Dengan Harapan Agar Kau Tahu
Semoga Kau Tahu

Ku GilakanMu
Aura Mu Memujuk Rayu Hatiku
Sering Bergoncang Jiwa Ini
Siang Malam Ku Gundah
Tiada Melihat WajahMu
Ku Rindu
TubuhMu
Harum Mu
Hati Mu

Oh Semua Aku Mahu


Monday, March 12, 2012

Bila dah Bergelar UMMI...

assallammualaikum wbt

bila dah bergelar Ummi...

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar. 
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! (so true!!!)
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!! (exactly, Elaine memang bangun jam 5am sampai 7am)
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru. (so true.. i love you Mak & Mama)
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..(yap!! vee yang duk nangis teresak-esak T_T)
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-) (hahahaha memang pun.. =p)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak. (exactly right!! please dont dare to mad my Elaine =p)
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri. (yess.. say tata to all my make up stuff T_T)
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo! (hahaha memang pun, bila Elaine poo-poo jer, vee yang happy sangat-sangat ^_^)
10- Kita akan lebih menghargai diri kita. (of course sebab Elaine jadikan my body much better than before =)
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja. (so true ^_^)
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis. (bila Elaine nangis, hanya vee jer yang boleh tenangkan Elaine.. hehehehe Mr Hubby selalu jeles =p)
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya. (mestilah .. my precious ok )
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat! (hahahaha)
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak! (=) )
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak. (sgt2 betul =))
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing (dari dlm perut lagi vee dah sayang Elaine )
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan! (^_^)


credit : AzmirKhalid Photography

lama da vee x upload pics Elaine Medina kan ^_^

masa nie celebrate besday Ummi yg sentiasa 21 tahun heheehe
tengoklah saya nyer rambut da tumbuh semula ^_^




Tuesday, March 6, 2012

hujung minggu

assallammualaikum wbt







p/s = oh ya.. semalam vee timbang berat vee, turun lagi 2kg ^_^ excited nya heheehe

Friday, March 2, 2012

Pavlova oh Pavlova

sebenarnya dah lama sangat vee teringin nak merasa makan kek Pavlova sebab rupanya yang sangat menggoda  & ramai yang memuji-muji kesedapan rasa Pavlova nie ~~aishhh~~

so, akhirnya vee mencari satu-persatu resepi Pavlova & memberanikan diri untuk menbuatnya sendiri sebab cari kat kedai kek, x jumpa-jumpa =( 

punyalah mudah resepinya, macam x sangka pun ye sebab bahan-bahannya x seremeh resepi kek yang lain hehehee lagi-lagi vee nie peminat strawberry yang tegar .. lagilah excited. ^_^ ( Ya Allah.. mudahkan aku untuk turun berat badan...)

in progress

lepas maghrib jer.. vee terus mulakan projek DIY Pavlova nie. nasib baik sang puteri Elaine Medina dah tidur.. senang sikit nak buat kerja =)

resepi vee google jer, 



setelah satu jam dibakar, vee biarkan sejuk 15 minit.. then saat yang ditunggu-tunggu iaitu makan!!!! rasa kek nie memang sedap sangat & menyelerakan. percaya x yang vee & Mr Hubby abeskan kek nie dalam masa 1/2 jam jer hehehe sebab tekstur kek nie sangat halus & lembut.. oh ya.. sukatan gula vee kurangkan so x manis sangat ^_^ 


kitorang decorate dengan whiping cream yang dalam tin tue jer.. senang kerja even mahal sket whiping cream tu T_T tapi memang sedap dimakan dengan strawberry yang masam-masam  ~~yummy~~

bahagian nie paling best sebab rasa kenyal-kenyal ^_^  x sabar nak buat lagi =D sebab sangat mudah & sedap


Apam Polka Dot saya =)


ok, tadi ada sorang blogger tanya vee camner nak jadikan apam lebih gebu? =) mudah jer (cess.. bajet terer =p) kurangkan tepung & lebihkan susu segar =) confirm gebu hehehe


pic atas tu proses apam sebelum dikukus yer puan-puan. resepi? vee google ajer.


celoteh Ummi


assallammualaikum wbt

isnin lepas bawa Elaine ke klinik untuk 3 bulan check up.

Berat : 5.78kg  (bln lepas 4.8kg)
panjang : 59cm
fizikal : sihat / baik

sabtu lepas kitorang balik rumah Mak & sajer jer survey gelang kaki Elaine. sudah nya kitorang dapat gak beli gelang kaki Elaine ~~alhamdulillah~~ berseri-seri Elaine ^_^





pagi-pagi lagi dah bawa Elaine keluar jalan-jalan tepi pantai ^_^ Elaine memang excited & asyik tolak kaki nak turun atas pasir tapi memang x bagi la jawab nya hehehe awak kecik lagi la Sayang Elaine.. tunggu besar sket baru leh main pasir k ^_^


oh ya, minggu lepas, vee excited wat apam polka dot hehehehe senang jer rupanya. aisshhh. lepas nie leh buat lagi ^_^



hehehe tolong jangan gelak sangat lah sebab nie first time vee buat tau, lepas nie confirm ada improvement, anyway rasanya memang yummy!! hehehe filling nyer vee letak coklat chip



bercerita tentang berat badan nie... vee baru jer lepas timbang & still maintain, x naik, x turun. pelik gak sebab vee makan sangat banyak kebelakangan nie, cuma bahagian perut jer naik sket =p tapi bila gi jalan jumpa orang, mesti ramai yang cakap "amboi, badan dah cantik sekarang.. penat yer jaga anak" eh..eh.. memang la best sebab badan dah nampak kurus (nampak...) tapi bukan sebab penat jaga anak, Elaine x berjaga malam sangat so vee xdelah letih pun, maybe sebab vee menyusukan Elaine kut... tapiiiiiiiiiii vee tetap fokus untuk mendapatkan berat 55kg!!! aja..aja fighting!!

adik ipar vee, Siti dah slim macam anak dara  (jeles) tapi mata dia bengkak & itam sebab Ilyana asyik nanges & susah tidur malam huhuhuhu mana x kurus T_T nak kurus macam tu tapi xmo bengkak mata sebab berjaga malam.. ^_^ hehehe

oklah doakan vee dapat berat 55kg even vee makan macam x ingat dunia sekarang nie hehehee =p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...