Showing posts with label 2014. Show all posts
Showing posts with label 2014. Show all posts

Wednesday, December 24, 2014

Sedikit coretan hujung tahun 2014

Assallammualaikum wbt :)

lama dah x update blog nie. Almaklumlah bila dah ada dua orang anak dara nie.. lagi-lagi bila Melissa dah laju je berjalan.. memang xleh nak hadap sangat la blog nie.

Alhamdulillah Medina & Melissa dah pun bertambah usia iaitu Medina 3 tahun & Melissa 1 tahun ^___^  nasib la jadi baby akhir tahun kan.. mudaaaaa sentiasa dari orang lain hahaha

Alhamdulillah .. tahun nie dapat juga meraikan sambutan hari jadi anak-anak dara nie dengan  sederhana.. dan yang penting anak-anak gembira.

Tema pada awalnya Vee nak buat tema Hello Kitty tapi Medina merengek nak kek Frozen gak.. so nampaknya ikutkan aje lah kehendak anak dara nie. Dan dalam masa yang sama, Vee usahakan jugak baju dress 100% handmade by Me ;)

Sebenarnya banyak perkara yang Vee teringin nak kongsikan tapi agak terbatas terutama dari segi masa.

So.. ikutkan tahun 2015, umur Medina dikira 4 tahun walaupun sebenarnya Medina baaruu je menjejakkan angka 3 tahun. Jadi.. dah tentu-tentu ramai yang hantar anak sebaya Medina ke playschool .

Medina? Buat masa nie Vee & Mr Hubby  belum merasakan Medina sesuai untuk dihantar ke playschool.

1- sebab x de intention nak bagi Medina berdikari & berkawan dengan orang lain selain sepupu dan kenalan rapat hehehe

2- Mr Hubby & Vee ada perancangan lain untuk Medina & Melissa

Vee & Mr Hubby plan nak homeschooling Medina & Melissa je buat masa nie.

So, Vee pun ada juga buat sedikit ulangkaji tentang homeschooling nie. Yelah.. Vee kan surirumah je hehehe so baik Vee yang mengajar anak-anak.

Tengok dulu macammana prestasi & perkembangan Medina.. target Vee bila homeschooling nie, biarlah Medina

1-kenal & menulis semua abjad A-Z, nombor 1-100 , huruf Alif-Ya

----> buat masa nie Medina dah kenal huruf ABC ,no 1, boleh menulis bulatan tapi kecik la

2- boleh menulis  nama sendiri dan ahli keluarga, boleh mengeja suku kata

3- dapat bertutur  dengan lancar & x pelat.

-----> Medina boleh bercakap dengan lancar & faham arahan yang banyak.. cuma kadang-kadang masih kedengaran pelat dan tergagap bila nak sebut perkataan yang baru

4- boleh mengira

-----> Medina dah mula tahu mengira

5- Baca & hafal doa-doa asas

----> setakat nie, Medina dah boleh baca Al-Fatihah , Ayatul Qursi & Doa Makan.. tapi kita yang kena baca awal dan Medina sambung yang akhir

6- Dapat memahami dan bertutur dalam Bahasa Inggeris

7- tahu Bahasa Arab yang asas. 

---> Part yang nie, Vee sendiri kena banyak study dulu baru boleh ajar Medina sebab Vee x ada basic Bahasa Arab..

Ruang untuk Medina belajar dah Vee sediakan iaitu bilik kecil kat rumah nie. InshaAllah bila dah ada rumah sendiri nanti barulah ruang belajar Medina lebih besar & selesa ^__^

Vee dah pun mula homeschooling Medina.. alhamdulillah ada perkembangan yang memberangsangkan.. cuma banyak perkara lagi yang perlu Vee perbaiki & pelajari sebab menjadi seorang guru kepada anak sendiri nie, memang sangat mencabar & seringkali menguji kesabaran hahahaha siapa yang pernah berada di situasi Vee memang akan memahami perasaan nie =p

Buat masa nie, Vee x sem[at nak share gambar-gambar sebab xde masa nak letak watermark . Tengoklah kalau rajin ye.. biasa Vee share kat instagram & FB je =)



Tuesday, March 25, 2014

MH 370 ...

Assallammualaikum wbt

Innalillahiwainnailaihirajiun..daripada Allah kita datang, kepada Allah jua lah kita kembali. ~Al-fatihah~
Sebenarnya Vee antara orang yang terlewat tahu tentang berita pengesahan yang MH 370 memang berakhir di lautan Hindi. ='(

Sebabnya, lepas pukul 8.30pm, anak-anak dah merengek nak tidur selepas seharian keluar berjalan.
So.. bila kepala pun landing sama-sama atas bantal.. sedar x sedar terlelap sekali sampailah lebih kurang pukul 2.30am Vee terbangun sebab Elaine menangis nak susu & Elena merengek sebab kakak bising.
Mata jadi segar balik & sambil bf Elena.. tangan mula sibuk belek hp & fb. Terus perasan status kat fb banyak ucapan takziah untuk penumpang MH370.

Vee terus tanya Mr Hubby yang dah terlelap "Sayang.. MH dah jumpa ke? Memang terhempas? Bila PM announce?"

Mr Hubby just jawab "emm.. kul 10". Terus senyap. Vee pun terus baca kat fb & perasaan jadi sedih yang amat sangat. :(

Entahlah.. Vee terbayang-bayang macammana la keadaan penumpang-penumpang tue saat-saat menghadapi keadaan yang x disangka . Dengan ada anak-anak kecil lagi.. Allahuakbar.. semoga keluarga penumpang kuat semangat & tabah menerima ketiadaan orang yang mereka sayang...

MH 370...sesungguhnya kamu sentiasa di hati kami...

~al-fatihah~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...