Showing posts with label hobi. Show all posts
Showing posts with label hobi. Show all posts

Thursday, January 24, 2013

Candy Crush!!!!

Assallammualaikum wbt


Aduhaiii.. X sangka terjebak dengan game Candy Crush nie. Sue la nie punca nya :( asyik hantar request sampai Vee terpengaruh.

Vee jadi makin excited bila game nie bersaing dengan geng-geng facebook..memang challenge!! Tapi best sebab Vee sukakan persaingan :D .

Oh ya.. Zunnur'ain Collection akan mengadakan Moving Out Sale sepanjang February ni!! Sebab kitorang akan berpindah ke tempat yang lebih besar & selesa :) masih di bangunan yang sama, cuma kali nie ada aktiviti excercise sket iaitu mendaki tangga hehehehe

So.. Harga sangat-sangat kebaboommm terutama untuk koleksi Chiffon Layer & Shawl ;) jom serbu ramai-ramai tau!! InsyaAllah Vee akan update di blog nanti

P/s: mood tengah geram melihat jerawat yang mula naik satu satu satu kat muka ku yang baru nak mulus nie :( punca???? Pertambahan lemak-lemak mungkin?? Hurmmmmm?

P/s: to my friends yang dah kawen tapi masih belum ada rezeki baby.. Jangan sedih-sedih tau. Banyakkan berdoa & berusaha .. Fikirkan kebahagiaan jer.. InsyaAllah rezeki anak tu akan ada juga :)

Saturday, January 19, 2013

Jelly Bunny !! sweet like caramel =)

assallammualaikum wbt


harini puas Vee & family berjalan-jalan dengan anak-anak ( actually termasuk Mama, Amin & Sue sekali.. tue yg sebut anak-anak hehehehe).  plan asal just nak bawa anak-anak berjalan, so kitorang decide gi One Utama jer.

sekali lepas makan.. sementara Vee tunggu yang lain keluar dari restroom.. Vee & Mr Hubby terrrperasan sebuah kedai yang ramai orang.. so tahap curiosity yang melampau , Vee terus ajak Mr Hubby ke kedai tu & tengok banyakkkk nyaaaa kasut-kasut jelly yang comel-comel minta dimakan hehehehe betul.. sebab masuk je dalam kedai tu, semerbak bau caramel & penuh dengan warna -warni.

Sue & Mama pun excited , cuba macam-macam kasut. Mula-mula Vee berkenan sangat dengan kasut nie tapi color pastel peach.  cantik kan :)


tapi Mama pun berkenan , Mr Hubby pulak kurang berminat.. so cari yang lain & berkenan yang nie plak..


tapi nampak lak jemariku yang halus itu.. Mr Hubby x berkenan tapiiii Amin berkenan & Sue yang ambil hehehehe

so.. akhirnya Vee sendiri yang cari & berkenan sangat dengan color Hijau Scha Al Yahya nie ^_^ asalnya Vee nak ambil color merah tapi Vee dah ada sandal merah..




Eh.. yang atas tue color lain..



cantik kan kasut nie ^_^ hehehehe comel like candy..bau pun macam caramel... yum yumm

ok, harga sangat berpatutan . around RM29-RM59 jer. Vee & Mama dapat diskaun 20%.. best sangat :)

Monday, March 19, 2012

PENCINTA NOVEL

assallammualaikum wbt



Vee yakin ramai teman-teman yang minat membaca novel kan ? sama macam Vee =) sebelah bantal vee mesti terselit novel atau buku & bila baring jer, sambil layan atau menyusukan  Elaine Medina, Vee capai buku-buku yang terselit di calah-celah bantal tue hehehe

so, sekarang nie vee berminat untuk menyewakan novel-novel & buku-buku yang ada. selain sewa, kalau ada yang berminat untuk memilikinya, vee akan jual dengan harga lebih murah (harga berdasarkan keadaan fizikal novel / buku )

 jom jengah kat pages nie ^_^ PENCINTA NOVEL

Friday, February 3, 2012

Dedikasi Istimewa untuk Syafiqa

assallammualaikum wbt

happy nya vee bila dapat tahu ada juga yang sudi jadi pembaca tegar di blog vee nie ^_^ thanks & sangat terharu U_U anyway da lama da vee nak wat entry khas untuk blogger comel nie tapi x berkesempatan.. sorry la dear ^_^



blogger comel tue adalah Syafiqa.. terharu bila Fiqa sudi buat 2 entry khas untuk vee & Elaine T_T so kepada teman-teman yang lain, sudi-sudilah visit blog Syafiqa ~~The Sleeping Daydreamer~~ nie tau.. vee jeles jer bila visit blog Fiqa sebab comel & berseri-seri.. aduuyaaaiii.. nak gak wat blog vee macam tue tapi x reti!!!



entry yang dicoret oleh Fiqa khas untuk Vee & Elaine ...


  1. Tahniah buat akak blogger
  2. 1 bulan 1 hari
terima kasih daun keladi ye dear Fiqa ^_^ sekarang nie dapat bertemu di alam maya jer.. entah bila dapat bersua muka ^^ anyway Fiqa nie form 4 tau.. so sis doakan semoga Fiqa success dunia akhirat..aminn

Saturday, October 29, 2011

Felt craft ~~hobi baru~~



inilah kerja vee dalam 2 hari nie . asyik wat felt craft jer hehehe




ok la kan untuk permulaan.. wat masa nie khas untuk My Lovely Baby jer dulu ^^

Monday, October 10, 2011

Bulan yang Indah untuk 9.10.11 ^^


Baru jer Mr Hubby snap pic bulan yang cantik nie ^^

Halo Bulan

untuk hari yang cantik

9.10.11

~~SubhanAllah~~

actually vee da penah tengok fenomena nie masa study kat UKM..malam hari di Kolej Ibu Zain

Tuesday, September 27, 2011

Sutera Bidadari



Cinta Sang Ratu
Laksana Langit Mencengkam  Purnama
Ibarat Mutiara Di Lautan Biru
Saujana Mata Memandang
Seluas Langit Terbentang
Tatkala Cinta Berbisik
Suaranya Memuji TUHAN
Apabila Rindu Terusik
Rasul-NYA Menjadi Pilihan
Sampai Masanya Cinta Jadi Taruhan
Sang Ratu Menjadi Pilihan

semalam vee & Mr Hubby gi One Utama & sebagai penggemar buku, vee memang x miss singgah kat Popular or MPH. oh ya.. kalau teman-teman masih belum pernah pergi ke One Utama (old wing) yang baru nie.. harus pergi tau hehehe sebab Jusco 200% berubah jadi sangat moden & cozy ^_^

then, bila kaki melangkah ke Popular.. mata vee terus terpandang Sutera Bidadari by Ramlee Awang  Murshid !!! best sangat sebab vee memang ikut cerita epik nie dari awal lagi. terus vee pujuk Mr Hubby belikan vee novel tue =D

sampai rumah jer, vee terus melekat baca novel tue & kerinduan vee pada Laksamana Sunan sedikit terubat & bertambah teruja sebab memang vee dah agak dah Sang Dewi tue adalah Sang Ratu Ratna; wanita kesayangan Saifuddin aka Laksamana Sunan. x sabar nak tunggu next novel nie ^^

anyway pic kat atas tue vee edit sket hehehe pic asal kredit sini

vee dari student lagi dah jadi peminat setia novel Ramlee Awang Murshid nie sebab lain dari yang lain. penyampaiannya mengajak kita berfikir & x terlalu santai. paling vee suka sebab diselitkan unsur-unsur islamik dalam setiap novelnya =D x ada unsur cinta yang berat & vee boleh bagi anak-anak vee nanti baca sebab novel nie x mengkhayalkan sangat, malahan penuh dengan ilmu ^^


p/s : lagi 6-8 minggu lagi My Lovely Baby akan deliver ^_^ excited + berdebar =D

Tuesday, September 6, 2011

~~Love Bird~~ Cik Bunga & Mr Kumbang












inilah sebahagian daripada Love-Bird shooting yang vee & Mr Hubby baru nak cuba-cuba belajar . ok x ? ^_^ kalau berminat, leh la PM vee huehuehue =)

pesanan buat Love-Bird Mr Kumbang & Cik Bunga.. kalau nak picca nie, nanti bila kitorang ke Damansara, jangan lupa minta yer ^_^

Sunday, September 4, 2011

ringkasan ^^

assallammualaikum wbt

semalam vee & Mr Hubby berhari raya ke rumah Sal, cik bunga Zaki yang berada di Klang ^^ memang best sebab dihidangkan dengan juadah yang mengenyangkan hehehe thanks Sal.

anyway after rumah Sal, kunjung balas dilakukan ke rumah kitorang & sedikit terkilan kerana vee x sempat nak sediakan juadah berat, hanya kuih muih jer yang dapat dihidangkan ~~sob..sob~~

planning seterusnya kitorang ke Pullman Putrajaya untuk memperlancarkan skill photography hehehe lagi sekali vee terkilan sebab  vee lupa bawa red sock!!! alahaiiiiiii....

anyway.. sajer jer vee nak try shoot untuk Pre-Birth untuk Vee & Mr Hubby  & Love Bird for Zaki & Sal ^_^..



cukup 1 gambar dulu k.. nantikan next entry.. baru vee upload yang lain ^^

Wednesday, August 17, 2011

Al-Kisah Si Katil Bujang



kadang-kadang.. vee rindukan bilik vee masa bujang-bujang dulu. sebab boleh hias mengikut kekreatifan vee. x bermaksud bila dah berkahwin, xleh menghias mengikut kesukaan.. boleh cuma dah terbahagi jadi dua idea la plek =p hehehe masa bujang, vee hanya fikirkan untuk diri vee jer.. so berbeza la sket kan bila da kawen...

sajer jer nak wat entry tentang katil vee masa bujang.. masa kawen? rahsia !!!!

meja solek yg hanya menjadi milik sendiri =)
bantal bentuk "Hati" tue dihadiahkan oleh Mr Hubby ms awal-awal bercinta dulu ^^

Makhluk paling Seksi & Manja


11 bulan sebelum vee mendirikan rumahtangga, vee sebenarnya duduk bersama dengan Mak Yah iaitu Mak Saudara Mr Hubby ^^ terkejut x? hehehe actually selain dekat dengan office, vee dipelawa untuk tinggal bersama, kebetulan Mak Yah & Pakcik x ada anak, vee tinggal xderlah duduk free, bayar gak sewa.

lupakan kesah tue, vee nak cerita mengenai 3 ekor kucing kesayangan vee, Mr Hubby , Mak Yah & Pakcik iaitu Geboo, Memey & Qaseh. kesahnya bermula dengan Memey.

actually Memey merupakan kucing pertama yang dibela di rumah Mak Yah sebab sebelum nie Pakcik x gemar sangat dengan kucing tapi disebabkan Memey, Pakcik terus jatuh hati heheheh

Memey 1

Memey nie vee & Mr Hubby jumpa masa nak balik ke rumah Mr Hubby. turun dari kereta, datang seekor anak kucing yang mengiau kelaparan bergesel-gesel di kaki vee. vee terus angkat sebab kesian & comel sangat sebab bulu & badannya bersih, bukan macam kucing terbiar. so kitorang pun decide nak bawa balik ke rumah untuk bagi makan.

lepas jer bagi makan, anak kucing tue jadi manja sangat & main-main di ruang tamu. mama pun suka jer tengok teletah anak kucing tue & vee terus panggil "Memey..memey" & anak kucing tue bagi respon & datang dekat vee ^^  masa Mr Hubby nak anta vee balik umah Mak Yah, vee dah sedeh sebab xsanggup nak letak Memey balik ke tempat asal... then kitorang call Mak Yah bagitau tentang anak kucing, tapi risau sebab Pakcik kurang minat dengan kucing. so dengan hati yang berat, vee & Mr Hubby terpaksa lepaskan juga Memey kat bawah =(

sampai jer umah Mak Yah, Mak Yah terus tanya mana anak kucing tue sebab Pakcik bagi kebenaran untuk bela , siap dah ada sangkar kucing dah. memang vee terkejut + excited. kitorang pun patah balik & nasib baik Memey ada. itu pun memula Memey xmo datang tapi bila vee panggil "Memey..Memey" cepat-cepat lari datang dekat kitorang.


hari demi hari, kitorang memang dah jatuh sayang dengan Memey, semua keperluan Memey dah disediakan, pasir kucing, makanan, shampoo.. semuanya lengkap.
memey yang suka main dalam kotak tisu
masa kitorang nak balik beraya, vee xdapat nak bawa balik Memey sebab kat rumah vee pun ada banyak kucing, takut bergaduh dengan Memey. so vee minta Mr Hubby bawa balik Memey ke kampung di Melaka tapi maybe sebab Mr Hubby x biasa , so akhirnya kitorang decide tinggalkan Memey di rumah. sedih sangat.  dan sepanjang raya, vee asyik teringat jer kat Memey & memang menyedihkan sebab balik jer dari kampung, Memey betul-betul hilang T_T

hampir seminggu gak lah vee bersedih dengan kehilangan Memey...sampailah satu hari tue vee balik dari keje, vee tengok kat sangkar ada seekor anak kucing yang menyerupai Memey. rupa-rupanya Mak Yah jumpa anak kucing baru. disebabkan rupanya macam Memey, vee tetap letak nama Memey even tue kucing jantan.

then dapat lagi 2 ekor anak kucing & vee jatuh hati sangat-sangat dengan Geboo ^^

inilah Qaseh, kucing betina yg mata biru & kuning


Geboo

Geboo yg sgt suka main di katil vee

Geboo yg sering di bawa berjalan


sangat manja dgn Mr Hubby
Memey yg setia

itulah sedikit kesah anak-anak kucing yang kini menetap di rumah Mak Yah. lepas kawen, vee & Mr Hubby x bela kat rumah sebab x elok untuk ibu yang mengandung kan ^^ setakat nie Memey yang setia berada di rumah. yang dua ekor lagi.. dah mencari haluan sendiri ..cessss...

Tuesday, August 16, 2011

Hachiko

tersentuh sangat bila vee dah tengok movie Hachiko. kesah seekor anjing yang sangat setia dengan tuannya.  Hachiko sanggup menanti tuannya di stesen keretapi selama 9 tahun tanpa mengetahui tuannya dah xder di dunie T_T

diceritakan semula...
kesah Hachiko yang menyayat hati dikenang & dijadikan tugu di stesyen Shibuya, Japan

Tuesday, June 21, 2011

Marimar

selain drama melayu, vee suka sangat dengan drama dari Filipina. selepas Dysebel, vee x lepas ikut cerita Marimar ^^ sebabnya pasangan pelakon Marian Rivera & Dindong Dantes tue sangat cantik & hensem !!!




credit to Pereka Cerita untuk sinopsis penuh nie ^^




Gustavo Aldama, seorang pengusaha kaya, menikahi seorang wanita bernama Lupita walaupun ketidaksetujuan ibunya tentang hubungan mereka. Hal-hal menjadi lebih rumit ketika Lupita melahirkan anak Gustavo, yang ia namakan Marimar. Dolores, ibu Gustavo, percaya Lupita kahwini anaknya hanya untuk harta mereka dan cuba melakukan segala galanya untuk memisahkan mereka berdua.



Dolores member ubat kepada Lupita dan mengupah seorang lelaki, dan menyiapkan mereka untuk membuatnya terlihat seperti Lupita menjalinkan hubungan dengan lelaki itu. Gustavo terasa hancur mendapati Lupita “tidur” dengan lelaki lain, tidak diketahui bahawa itu adalah rancangan oleh ibunya sendiri. Dolores kemudian menuntut Lupita untuk meninggalkan keluarga mereka dan tidak pernah kembali.Sudah terlambat, ketika Gustavo tahu pengkhianatan ibunya. Ia tidak boleh lagi mencari Lupita, yang telah bersembunyi bersama-sama dengan putrinya. Lupita ber janji bahawa suatu hari Marimar akan menuntut apa yang menjadi hak miliknya. Sementara itu, Gustavo meninggalkan orang tuanya dan memutuskan untuk tinggal sendirian di Manila, tidak kehilangan harapan bahawa suatu hari, ia akan menemui isteri dan anak perempuannya.Tujuh tahun berlalu, namun usaha Gustavo untuk mencari Lupita dan Marimar tetap sia-sia. Suatu hari, Esperanza sepupunya mengunjunginya, membawa dengan berita kedua orangtuanya kemalangan. Walaupun perasaan sakit hati terhadap ibunya, Gustavo pulang untuk akhirnya menutup masa lalunya.Ketika melawat makam orang tuanya, Silva, seorang teman Lupita, datang untuk memberitahu keberadaan Lupita dan Marimar. Gustavo tidak membuang-buang waktu dan pergi untuk menyatukan kembali dengan keluarganya. Lupita mengampuni Gustavo, untuk menyenangkan Marimar yang sangat gembira untuk akhirnya bertemu ayahnya.Dalam perjalanan mereka kembali ke Manila, pesawat penumpang yang mereka naiki crash ke laut dan memisahkan Marimar dari orang tuanya. Gustavo sekali lagi kehilangan keluarganya setelah dia telah berusaha keras untuk membina semula. Lupita kemudian ditemui mati, tetapi Marimar tidak diketahui.Marimar yang terdampar di sebuah pulau terdekat. Dia ditemui oleh seorang pasangan tanpa anak, Lola Cruz dan Lolo Pancho, dan setelah mengetahui bahawa Marimar menderita amnesia, memutuskan untuk menjaga Marimar seperti cucu mereka sendiri. Lola Cruz memanggilnya Marimar setelah melihat nama di kalung Marimar. Marimar bertemu dengan Angelika, dan mereka menjadi teman bermain di pantai. Namun, Marimar dan Angelika mulai berkelahi ketika Angelika jatuh dan patah lengannya, dan menyalahkan insiden itu pada Marimar.



Marimar kemudian tumbuh menjadi seorang wanita muda yang ringkas dan naif, yang hidupnya rumit dan tersiksa bermula ketika dia bertemu, jatuh cinta, dan bersetuju untuk berkahwin Sergio Santibañez, untuk alasan membalas dendam terhadap ayahnya Renato dan bekas kekasih Sergio, Angelika, teman masa kecil Marimar, yang telah menjadi ibu tiri barunya. Marimar kemudian menjadi mangsa pada kekejaman Angelika di rumah Santibañez. Ini bermula rasa kebangkitan kenyataan pahit dari cintanya untuk Sergio terhadap dirinya.

Nasib mula menyokong Marimar ketika ia memutuskan untuk meninggalkan San Martin de la Costa setelah menderita banyak dari rumah Santibañez dan kematian datuk-nenek angkatnya dari api di bawah perintah Angelika . Marimar menukar namanya menjadi Bella. Di bandar, ia melahirkan seorang bayi perempuan cantik yang dia bernama Cruzita sempena neneknya Lola Cruz. Marimar tidak membenarkan Sergio, untuk melihat anaknya Cruzita, dan membuat Cruz percaya bahawa Sergio telah meninggalkan dia ketika dia pergi dalam urusan perniagaan


cruzita
Setelah bertahun-tahun mencari, Gustavo akhirnya bertemu Marimar, tetapi kerana Marimar telah menukar namanya menjadi Bella, Gustavo tidak mengenalinya. Natalia, seorang gadis gila dan bercita cita tinggi dari Costa dela San Martin yang juga membenci Marimar ketika dia masih tinggal di Villa Santibanez, telah merampas loket Marimar sebelum meninggalkan Villa Santibanez, dan loket itu pula yang akan membuktikan identiti puteri Gustavo yang hilang dan ahli waris. Natalia mula berpura-pura menjadi putri Gustavo yang hilang, namun penipuan nya tidak berlangsung lama sebagai memori Marimar yang hilang kembali dengan Natalia nanti terbukti penipu. Gustavo akhirnya mengakui Marimar sebagai putrinya, namun ia meninggal kerana serangan jantung , meninggalkan kekayaan yang tak terhitung dari Aldamas padanya. Dengan bantuan nya Tia Esperanza dan temannya Innocencia, Marimar pergi ke Amerika Syarikat dan benar-benar mengubah dirinya dari seorang gadis miskin dan naif ke Bella Aldama kaya dan canggih.




Ketika dia kembali ke Filipina, Marimar bertemu Rodolfo San Jinez, seorang pengusaha yang bercadang untuk menikahinya kerana syarikat keluarganya itu kehilangan wang. Rodolfo menjemput dia ke party dirumahnya sebagai tetamu kehormatan. Tidak diketahui Marimar, yang sekarang dikenali sebagai Bella, Sergio juga pergi ke pesta. Sergio tiba-tiba melihat Bella dan mengakui dirinya sebagai Marimar. Sergio mengatakan kepada Rodolfo bahawa Bella adalah isterinya, tetapi Rodolfo berfikir itu tidak mungkin. Marimar kemudian menolak San Jinez pada hari pernikahan mereka dan membuktikan kepada dirinya sendiri bahawa dia masih mencintai Sergio.


Sementara itu, apabila Santibañez Villa mulai jatuh, Angelika kembali dari luar negeri dengan membawa Renato yang memori nya semakin melemah ke rumah mereka di mana dia “mengurus” Renato. Tanpa diketahui Renato, Angelika meletakkan “ubat” dalam makanan Renato, untuk melemahkan ingatannya. Renato menyedari bahawa Angelika bertanggung jawab atas kehilangan wang dari syarikatnya. Angelika pergi ke Manila untuk satu auction tetapi Marimar, sebagai Bella Aldama, muncul dan terjadi konfrontasi. Kerana dendam Marimar , Angelika kehilangan segalanya kepada Marimar. Angelika kembali ke Villa Santibañez dan menghantar suaminya ke rumah sakit jiwa. Namun, Renato sudah melarikan diri dari rumah sakit sebelum Angelika dan kakitangannya itu muncul. Nicandro, seorang pekerja di bawah Angelika, menembak Renato atas arahan Angelika. Namun, Renato dibawa oleh Dra. Rhia untuk disembuhkan. Renato akhirnya bersatu dengan Sergio dan balas dendam pada Angelika. Marimar membeli Villa Santibañez dan menghina Angelika semasa berlawan, Angelika tidak sengaja menusuk mata kanannya sendiri. Banyak konflik antara Sergio, Marimar, dan Rodolfo berlaku. Akhirnya, Marimar sekali lagi memutuskan untuk meninggalkan negara untuk mengatur hidupnya kembali. Namun, Rodolfo menculik sebelum ia boleh pergi. Sergio kemudian menyelamatkan Marimar dari penculik, tapi Rodolfo tak sengaja menembak Marimar ketika ia bermaksud menujukan kepada Sergio. Secara tidak sengaja akhirnya ketiga tiga mereka tertembak tapi tidak parah. Rodolfo dibawa ke rumah sakit untuk kemudian diadili dan penjara.Setelah hatinya lama mencari, Marimar memutuskan untuk memaafkan Sergio dan bersatu kembali. 


Kemudian, Marimar bertemu Vanessa May, iaitu kekasih ayahnya Gustavo sewaktu ia dipisahkan dari Lupita, Vanessa mengatakan bahawa dia ingin mencari putrinya yang hilang itu dan ternyata ialah Angelika – saingan Marimar. Tidak diketahui Marimar, Angelika merencanakan kejatuhan pewaris Aldamas untuk mendapatkan Sergio. Angelika bertanggung jawab atas pembunuhan ibunya sendiri, Vanessa May, dan Esperanza. Dia mengugut Marimar atas pembunuhan Esperanza. Sergio dan yang lain tahu bahawa Angelika adalah yang bertanggung jawab atas pembunuhan tetapi tidak dapat menemukan bukti yang memberatkan terhadap dirinya kerana Angelika mempunyai pisau dengan cap jari Marimar dan blouse dengan darah Esperanza. Angelika menculik Marimar supaya dia boleh membunuh Marimar. Angelika memberitahu Marimar dialah yang membunuh Esperanza. Nicandro dan Diego menyelamatkan Marimar dari rancangan Angelika untuk membunuh Marimar dan mereka berbohong kepada Angelika tentang kematian Marimar . Rancangan Angelika gagal tapi dia menyediakan perangkap lain untuk Marimar. Angelika mencari Marimar sehingga mereka bersemuka untuk menyelesaikan segalanya. Angelika menembak Marimar berulang-ulang, tapi Maarimar bertahan kerana baju anti peluru nya. Marimar menyedari bahawa Angelika tidak akan berhenti untuk menghancurkan dia dan keluarganya sehingga dia memutuskan untuk akhirnya melawan kembali Angelika. Setelah beberapa siri campur tangan polis, Angelika yang terlibat dalam tembak menembak dan kemudian ditangkap. Dalam insiden itu, Marimar telah dibelasah Angelika dan cedera parah. Setelah pengalaman menjelang kematian yang mengerikan, Marimar tetap bertahan dengan keajaiban. Sementara itu, Renato mengkhianati Nicandro kepada polis dan sekumpulan polis menembak Nicandro sehingga mati sebelum dia boleh cuba untuk melarikan diri dari mereka.


Ella Cruz (watak Marimar semasa kecil)


Satu bulan kemudian, selepas Marimar pulih , dia bersama-sama dengan Sergio dan rakannya, pergi ke sidang mahkamah di mana Angelika berada dalam tahanan. Juri mendapati Angelika bersalah kerana melakukan pembunuhan. Sergio dan Marimar mengadakan makan malam syukur dengan keluarga dan teman dekat selepas sidang. Sementara itu, Renato pergi ke penjara di mana Angelika dihukum dan memberikan hadiah (berupa wang) dan memberi “izin” kepada warden di mana Angelika ditempatkan. Sebuah “izin” dari Renato adalah supaya Angelika disiksa di penjara dan dia memberikan tanda bakar dengan nama Marimar di atasnya di mana Renato mengatakan kepadanya bahawa tanda bakar juga merupakan “hadiah” dari Marimar dan Renato terus menyakitinya bersama-sama dengan banduan wanita yang turut menyertai untuk menyakiti Angelika.

Sergio dan Marimar mengumumkan bahawa mereka akhirnya akan berkahwin dan Marimar memberikan kembali kepada Renato Villa Santibañez. Sementara itu, bapa angkat Angelika melawat Angelika di penjara dan dia merancang untuk melarikan Angelika dari penjara dan Angelika boleh bekerjasama dengan nya untuk merosakkan perkahwinan Sergio dan Marimar. Angelika berjaya keluar bersama-sama dengan banduan lain setelah sebuah bom diletupkan untuk membuka dinding. Tanpa menyedari bahawa Angelika telah melarikan diri dari penjara, Marimar dan Sergio mempersiapkan pernikahan mereka.Pada hari pernikahan, Angelika memukul Arturo, meletakkannya di dalam Bagasi kereta, dan menyamarkan dirinya sebagai pemandu, menggantikan Arturo. Sergio, bersama-sama dengan Cruzita, memandu kereta yang kini dipandu Angelika untuk pergi ke gereja. Angelika menculik Sergio dan Cruz kemudian memberikan Marimar pilihan dari dua “hadiah khas”. Dia telah menyuruh Marimar pergi ke sebuah pantai di mana dia memanggil Marimar di telefonnya. Dia memberitahu Marimar untuk memilih hadiahnya: Kehidupan Sergio atau Cruzita . Angelika telah meletakkan Sergio dan Cruzita dalam dua perahu yang berbeza dengan bom diikatkan ke dada mereka. Marimar ke laut dengan sebuah perahu ketiga yang disediakan oleh Angelika dan akhirnya memutuskan untuk menyelamatkan Cruzita. Begitu dia mendapatkan putrinya, Marimar menembak orang suruhan Angelika dan mendapatkan Cruzita dan melompat ke dalam air saat bom yang diikat ke dada Cruzita hampir meletup . Mereka berenang ke pantai tanpa diketahui oleh Angelika. Marimar dan Cruzita terkejut dengan apa yang baru saja terjadi pada Sergio. Marimar Cruzita mengatakan bahawa dia harus berani dan kuat walaupun tanpa Sergio, kemudian Marimar menyembunyikan Cruzita dan mengatakan bahawa dia akan kembali untuknya.

Marimar & Angelica

Sementara itu, Sergio tidak mati dalam letupan . Tepat sebelum waktu yang ditetapkan di bom habis dia mampu menjatuhkan orang suruhan Angelika , lepaskan bom dari badannya dan melarikan diri dari perahu. Marimar pergi untuk menghadapi Angelika. Orang suruhan Angelika tidak dapat mengesan Marimar dan akhirnya Marimar datang menemui dan bergaduh dengan Angelika. Tidak diketahuinya , Sergio juga di daerah tersebut dan melawan orang suruhan Angelika yang masih berlegar. Ketika bapa angkat Angelika telah mendapatkan Sergio dan mengacu senjata, Renato menyelamatkan anaknya dengan menembak Bapa angkat Angelika itu. Sergio diberitahu Renato bahawa Marimar ada di daerah itu dan Sergio segera pergi untuk menemuinya. Sementara itu, Marimar dan Angelika berjuang di helikopter Angelika yang mahu berlepas . Sergio mampu mencapai helikopter sebelum ia benar-benar berlepas. Marimar menolak Angelika keluar di mana ia jatuh ke bawah di sungai di penuhi buaya. Angelika yang berdarah dipaparkan diseret dan tampaknya dilahap oleh buaya. Sergio naik ke helikopter, dia dan Marimar bertemu kembali.

Episode itu diambil pada hari perkahwinan itu sendiri. Setelah patah hati dan kesedihan, air mata dan penderitaan dan kematian Angelika, dua kekasih akhirnya berkahwin di tengah teman-teman dekat mereka dan orang-orang tercinta.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...