Monday, February 28, 2011

Sebagai Insan, Diri Ini x Pernah Sempurna...

aduhai..  semalam vee baru jer baca entry teman-teman yang lain, ada entry yang paling meletop yang berjaya menarik perhatian ramai blogger , sama dengan entry yang lepas kerana mengaitkan nama-nama blogger yang sedia dikenali.

vee dah baca dan xmo komen apa-apa & x masuk campur. sebabnya vee lebih suka menjadi silent reader bila entry-entry panas macam tue. biarlah.. pendapat masing-masing kan.. xleh nak campur. 

anyway, kali nie vee nak bercerita mengenai penerimaan kita terhadap diri kita sendiri. sebagai seorang insan biasa, kita terlalu banyak "demand" untuk diri sendiri dan menginginkan diri nampak lebih sempurna & lebih baik di mata orang lain. 

vee bagi contoh terbaik iaitu "kecantikan" . semua gadis ingin sentiasa kelihatan cantik & menawan. tipulah saper yang xder perasaan macam tue kan. nama pun naluri manusia.

vee sendiri sukakan kecantikan & kalau boleh vee ingin sentiasa kelihatan cantik & manis setiap masa. vee nak kulit vee putih melepak & flawless tanpa sebarang cela. vee nak hidung vee mancung & kecil, nak bibir kecil mungil & kemerah-merahan, nak bentuk muka tirus dengan dagu terbelah macam Dato' Siti, nak ada lesung pipit yang menjadikan vee bertambah manis, nak tinggi lampai macam Hanis Zalikha walaupun vee sekarang tinggi 5'5'' jer, vee nak potongan badan 36,25,36. vee nak suara vee merdu macam buluh perindu, vee nak paha vee kecil & kaki panjang macam model, ...macam-macam vee nak.

tapi nampak sangat kita sebagai makhluk paling sempurna yang Allah ciptakan berbanding makhluk yang lain tidak bersyukur dengan kurniaanNya.  kecantikan nie subjektif. dan sebagai manusia, kita seharusnya bersyukur dengan apa yang telah kita ada & menambahkan kecantikan menerusi budi pekerti, bahasa & yang paling penting cantik pada hati. sebab bila hati kita cantik, Allah makin sayang & begitu juga dengan orang sekeliling kita ^^

vee x cakap pun yang vee nie baik sangat. sebab vee kenal siapa vee & orang-orang keliling vee kenal siapa vee sekarang. janganlah vee dinilai hanya kerana vee pernah terlepas cakap dan kesah tue pun dah lama berlalu. cuba rapati & kenali diri vee, inshaAllah makin kenal & makin sayang dengan vee macam orang-orang yang telah mengenali vee dan menyayangi vee sekarang ^^ sebabnya vee akan sayang korang bila korang kenal vee betul-betul ya ^^ hehehe

oh ya, bercerita lagi tentang kecantikan, tipulah vee x merungut dengan keadaan vee. vee selalu mengadu dengan Mr Hubby (sebab Mr Hubby yang paling rapat sekarang nie) yang vee x puas hati dengan bentuk badan vee yang x sama langsung masa kitorang mula-mula bercinta. ramai x percaya yang vee dulu kurus gilerrrr sebab diorang x pernah nampak vee T.T. 

vee nak slim macam nie balik
ok, fine. xder lah kurus gileeerrrr..tapi kurus la kan.. berbanding sekarang nie . Mr Hubby pujuk vee dengan menegur cara makan vee & ajak vee bersenam supaya vee leh dapat kembali bentuk badan yang vee nak ^^ vee x minat nak ambil pil-pil kurus nie sebab effectnya lagi menaikkan badan sebab vee x konsisten hehehe so kepada teman-teman yang pernah suggest pada vee untuk ambil ubat kurus, lupakan yer sebab vee x berminat. even korset pun vee x minat nak pakai.. biarlah secara semulajadi & badan vee x tersiksa. lagipun vee kan belum pregnant lagi, mana elok makan ubat pelangsingan nie kan...lagi-lagi vee nie memang suka makanan, pantang tengok aiskrim..dah meronta-ronta nak makan..so memang x seswai langsung vee ambil ubat kuruskan badan kan..kann..

tang rupa paras tue, dah Allah ciptakan wajah vee macam tu & x boleh diubah, vee bersyukur sangat-sangat even hidung x mancung macam Aishwariya Rai (pergh..nak compare dengan yang lawa-lawa jer) , xder lesung pipit yang dalam, muka moolat tapi dagu maintain tajam heheehe (tapi ramai yg x accept muka vee moolat..abes tu aper...)  part paling vee suka, mulut vee yang kecil ^^ so, hidung x mancung xper..cuma mancung sket & x kembang..ok lah kan ...alhamdulillah.. lagipun  Mr Hubby nyer hidung dah mancung, inshaAllah anak-anak vee nanti hidung mancung macam Daddy dia ^^ amin...

apa yang vee boleh ubah adalah ketinggian vee. vee memang teringin nak tinggi, walaupun vee nie termasuk kategori tinggi sebab ramai gak orang keliling vee yang rendah dari vee, tapi untuk mencapai ketinggian yang diidamkan, vee leh guna high heels untuk effect tinggi dari biasa hehehe. sebab tu heels memang jadi favourite vee dari dulu sampai sekarang. vee sanggup kaki vee sakit bila bershopping lama-lama & jalan jauh-jauh asalkan nampak tinggi ^^ itulah.. masa kecik dulu malas nak bergayut.. (eh..ada kena-mengena ker)


nak kulit putih melepak & flawless??? bersyukur dengan kurniaan Allah . biarpun vee hanya kuning langsat, vee bersyukur. ada jugalah beberapa teman yang suka cakap macam nie 

" alah..dia cantik tu sebab putih jer, kalau x putih, x cantek pun"
 "xper lah.. dia putih lawa..putih merah , vee putih lain..kuning langsat"

fine.. vee tau lah vee nie kuning langsat jer, tapi yang cakap tu pun sebenarnya jeles sebab dia x masuk kategori cerah pun, putih jauh sekali. hurmmm.. vee kurang suka dengar ayat "dia cantek sebab dia putih" abes tu orang yang x berkulit cerah & x putih tu, kenapa nak sibuk-sibuk pakai whitening, biaq pi lah dengan warna kulit asal tu, naper nak sibuk-sibuk putihkan kulit? serius vee x faham & vee tau dia J'E'A'L'O'U'S. err.. jap..tadi dia cakap "dia cantik sebab dia putih kan" ..eh.. vee cantek lah kan sebab vee putih..heheheheeh perasan :p 

saper x suka dengan mata boolat macam Heliza kan.. vee pun pernah & teringin nak mata macam tue sebab mata vee nie korean look ^^ dah vee nie berdarah campuran Melayu + Bisaya Sabah +Cina..mana nak datang mata boolat kan. sebab tue dari kecik vee duk gebang kat diari, kat kepala & kat kawan-kawan yang vee nak cari pakwe / suami mata bulat, xmo mata kecik / sepet sebab vee nak mata anak vee boolat hehehe xsangka masin jugak mulut vee nie ..alhamdulillah ^^

dan yang paling penting bila bercakap tentang kecantikan nie, adalah kecantikan hati. bila hati kita cantek, maka kecantikan semakin terserlah & menyerlah ^^  sekarang nie vee berusaha nak cantekkan hati vee walaupun sebagai manusia biasa, vee kadang-kala terlepas laku, terlepas kata dan terlepas menyakitkan hati orang lain. vee minta maaf seandainya dalam entry-entry yang lepas, vee terlepas cakap & menyinggung hati mana-mana pihak. vee punya perasaan & kadang kala perasaan menguasai pemikiran ketika itu. maafkan vee yer. 

so buat apa pening-pening nak cantik sangat..nak cantek macam mana lagi. (itu ayat Mr Hubby bila vee cakap yang vee nak cantek ) nanti kalau cantek sangat pun susah, ramai yang mengejar & ramai yang cemburu..lagi susah hati...vee yang cantek biasa-biasa nie pun, ada gak yang duk jealous dengan vee even vee dah title "married".. apalagi kalau vee cantek macam Aishwariya Rai or Lisa Surihani.. hurmmm.... so, marilah bersyukur kepada Allah swt atas kurniaanNya kerana bila kita bersyukur, Allah swt akan menambahkan lagi kecantikan kita ^^ best x? best kan..kann..kannn

bagi mereka yang bangga bila lelaki memilih mereka kerana kecantikan, waspadalah kerana lebih ramai lagi yang cantik dari kita, cinta kerana kecantikan wajah takkan kekal sebab bila kita dah x cantek, kita akan ditinggalkan. kalau nak tau adakah pasangan korang benar-benar menyintaimu? tengok pada penerimaan dia bila badanmu mula berubah bentuk & berat bertambah. jika dia masih bersamamu, dialah cinta hati kamu ^^

anyway, bila vee baca entry-entry vee yang lepas, vee nak ingatkan diri vee kembali terutamanya, tujuan vee menulis blog nie adalah untuk tatapan orang-orang yang vee sayang terutamanya Mr Hubby & juga anak-anak vee, ahli keluarga vee & teman-teman sekeliling vee. kadang-kadang ada jugaklah vee terlepas dari tujuan asal bila vee menulis.. hurmmm tapi vee xderlah nak citer hal personal dalam blog nie, takkan bab cabut bulu ketiak pun nak bagitau orang..aisshh.. buat malu jer anak-anak vee baca nanti. saper terasa hot & spicy, vee x tahu. lagipun kita kan gadis / wanita..kenalah ada perasaan malu & segan. kan..kann..kan.. 

sebab tujuan inilah vee jarang menyertai tag, segmen, contest, give away & lain-lain kerana kurang kena dengan tujuan asal vee. xkan lah vee nak anak-anak vee tengok vee join semua tue kan..macam buang masa diorang plak ^^ jangan lah teman-teman blogger kecil hati yer. tapi segmen mencari teman-teman tue, insha Allah vee kuatkan daya untuk join yer heheehe

bagi mereka yang rajin singgah & meninggalkan komen, vee sangat hargai & untuk silent reader, teruskan membaca ^^ vee tau ada beberapa teman yang sudi jadi pembaca setia vee ^^ thanks 

jom ramai-ramai doakan vee kurus tau

Sunday, February 27, 2011

Oh My Chanel!!! love thats gadget so much!!

wat per tu Syg? 

sebagai manusia biasa, naluri menginginkan sesuatu tue adalah lumrah ^^ vee & Mr Hubby berkongsi minat yang sama terutama bila berkaitan dengan gadget. Mr Hubby paling suka meneliti latest gadgets & vee berkongsi menggunakannya. hehehe oh ya, vee kan ada wishlist 2011 vee kan, kalau x tahu, tengok pic kat bawah nun..


alhamdulillah N8 dah ada kat tangan pun, vee & Mr Hubby sama-sama guna. vee memang suka N8 nie sebab camera 12megapixel tu. yang lain x penting bagi vee ~LoL~ doakan vee dapat 2 lagi wishlist tu tau.. memang nak sangat-sangat.

anyway, baru-baru nie kitorang dah memiliki satu lagi gadget yang vee memang minat untuk memilikinya sebab mudah nak bawa ke mana-mana. nak tau apa dia ??? cuba teka vee pegang apa kat bawah tu?

sila jeles.. ^^

hehehe I-Pad. memang best & mudah la vee nak update blog kesayangan vee nie even di mana-mana ^^ lebih kurang macam I-Phone pun..nama pun Apple yang punya kan... laptop vee masih kekal bersama vee, sayang weh.. gadget yang vee sayang selepas kereta vee hehehe. hasil titik peluh sendiri memang sayang nak let go . anyway Mr Hubby & vee suka I-Pad nie sebab senang nak bawa masuk dalam handbag ^^ kalau laptop kan susah sket, kena bawa beg lain + berat huhuhu

sajer poyo snap pic @ ofis. ofis saper la nie kan..kan .. :p

oh ya, before nie, kalau kat rumah, vee akan guna my Laptop & Mr Hubby akan guna pc di bilik lain kan, so bila dah ada I-Pad nie, lebih merapatkan hubungan hehehe yelah, Mr Hubby x payah nak ke bilik lain, leh sama-sama suft net dalam bilik, duduk sebelah-menyebelah kan..kan..kann.. ^^

Mr Hubby ada blog??? mestilah ada , dah wife kesayangan pun ada.. tapi dirahsiakan ok. buat apa nak kongsi dengan korang kan :p  bukannya blog personal.. more kepada bussiness. hehehehe blog vee pun Mr Hubby x baca sangat, lagi nak ada blog sendiri.. mana ada masa. 

Thursday, February 24, 2011

Kekal Cantik Berseri-seri

assallammualaikum wbt 

vee memang cukup suka membaca nota-nota yang bermanfaat untuk kita bersama ^^ Mari Muhasabah Diri (kredit) kali nie telah mengeluarkan tips-tips yang confirm ramai yang suka ^^



* Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berdzikir, dan berdo’a.

* Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

* Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

* Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

·*Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

*Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia As-Solat, sbg peringatan bg yg dh tahu @
panduan bg yg br tahu……


1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2- Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu’ :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I’tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

“Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /
Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat.. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”

Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

~Amin~

God must have spent a little more time on her :D

T.E.R.H.A.R.U.     B.A.H.A.G.I.A

dua perkataan yang mampu vee gambarkan bila vee baca entry My Pretty Bestie . x sangka kami memiliki perasaan yang sama antara satu sama lain ^^ maksud vee, masing-masing menganggap diri masing-masing sahabat terbaik sehingga ke akhirnya ~~insha Allah ~~


ini antara yang ditulis oleh my bestie

The Beautiful Former Dancing Diva in KIZ-Extremely one hot stuff,yes she really is.This pretty fashionable lass is my best friend in my uni years.I clearly remember the moment we first met,which was during the orientation days in Uni.All about dancing and shopping...and personal interests too,=).With her I shared the best times of friendship together,in college we were once mistakenly thought as lesbo by some seniors!duhhh,ingat tak dear?heehee.We were like twins in college as we did every single thing like always together. Something must be felt wrong if the two of us did not meet in a day...hehe.If she was found shopping at MidValley, people would see me with her,if I were to go for dancing practice,there she was,walking hand in hand with me,=).I've been sharing a lot of stories with her,so does her.She is another perfect example of a lady with brain,and now she is happily married to the man she loves. She and I shared our happiness together and whenever she felt happy,I felt the same too.Even now when any of us have good/bad news,we never forget to either sms or contact each other to update.For me,she is always laden with all the good fortunes, she always told me before that she wanted to be rich,and now she is one rich lady!I feel so happy to have her as my best friend...she is a nice person whom I feel joy when I get around with her.After we graduated,we hardly met each other...locality has always been the issue,how I wish Sarawak and Peninsular can be reached by highways....I enjoy all the time I've spent with her,she is really a great friend for me to keep until forever...I love her,I really do.I secretly hope when we meet again in the future,we'll be sharing more on wifey and mummy???(InshaAllah one day right bestie??)stories and tips,=)

My Pretty Dini, adalah seorang sahabat yang vee x kan lupa sampai bila-bila. bukan kerana dia seorang gadis yang sangat cantek, baru vee nak kawan dengan dia, tetapi dia cantek luaran & dalaman juga ^^ anyway my bestie nie ada iras Eja & Dato' Siti kan ^^

my Pretty Dini wif her Hubby

vee pernah bercerita tentang my Bestie nie dalam entry nie Dear my fren ~UKM~ tapi vee xkan bosan untuk mengingati detik kami bersama lagi ^^

my bestie nie memang cantek sangat & vee tau ramai jejaka-jejaka yang menaruh perasaan terhadap my bestie nie namun x dicemburui oleh para wanita di KIZ sebab my bestie nie sangat baik hati & susah nak sakitkan hati orang lain. 

vee kadang-kadang cemburu sangat dengan my bestie sebab susah sangat nak nampak my bestie nie marah-marah or emo x tentu pasal. my bestie sangat penyabar & sentiasa menjaga hati orang lain, sampai kadang-kadang orang lain ambil kesempatan atas kebaikan dini. ~~x elok tau~~

masa kitorang tahun 1, vee & my bestie join kelab tarian sebab minat sangat dengan kebudayaan, dah namapun ada darah Borneo kan.. haruslah menari tu hehehe so, vee & my bestie sentiasa bersama & susah untuk x nampak kami bersama kecuali ke kuliah sebabnya kitorang lain-lain course. bila berjalan, kitorang suka sangat berpimpin tangan sampai adalah beberapa senior lelaki jumpa kitorang & tanya " korang nie lesbian ker hah? macam kembar, sana sini berdua jer" hehehe kitorang gelak jer bila disoal macam tue dan untuk kenakan abang-abang senior tu, kitorang jawab " naper..kalau kitorang lesbian, rugilah lelaki kan " agak gedik jawapan tue tapi nak buat macam mana.. :p hot stuff kan (bhahahahaha)

our moment @ UKM 


hobby kitorang selain menari adalah Shopping. pantang ada duit & masa terluang jer, kitorang mesti gie shopping. even esok exam pun, kitorang leh shopping gak hehehe kedai yang wajib disinggah adalah Bodyshop, kedai kasut, baju & juga Sushi King. my bestie nie lah yang ajar vee makan sushi ^^ my bestie gak lah yang ajar vee pakai contact lens (yaa.. kantoi dah yang vee nie rabun jauh..cessss) dan my bestie suka sangat gelar yang vee nie fashionista sebab vee memang suka sangat beli baju/ dress yang cantek & jarang orang lain nak beli hehehe nak buat macam mana..dah habit.

anyway, rekod kitorang bersih dari cinta masa tahun 1 hehehe bukan xder orang yang usha :p tapi masa tue my bestie memang setia dengan cinta hatinya di Sarawak (her Hubby) dan vee lak memang nak fokus dengan tarian & juga mencantekkan badan vee supaya maintain 49kg hehehehe 

my bestie nie sentiasa menjadi tempat luahan perasaan vee sepanjang kami bersama, bila vee nanges-nanges sebab seseorang, my bestie yang tolong tenangkan vee. vee ingat lagi yang kitorang akan lepak kat bilik, bercerita macam-macam hal & tertido atas satu katil (masa tu muatlah sebab badan masing-masing saiz xs) hehehehe

vee pernah bagitau my bestie yang vee nak cari suami yang berciri-cirikan macam my bestie "penyabar, sayang vee sangat-sangat, suka dengar vee bercerita , good looking, selalu buat vee tersenyum, sentiasa ambil hati vee, suka manjakan vee, pujuk vee bila vee merajuk" hehehe vee memang x suka bila lelaki merajuk sebab vee xreti & xsuka nak pujuk..sakit hati :p  alhamdulillah.. Mr Hubby memang ada ciri-ciri my bestie  sebab masa vee berkawan dengan Mr hubby, vee pernah cakap "Kim nie kan sama macam my bestie la..." 

bila kitorang jadi dancer dulu, secara semulajadinya vee & my bestie tahu cara nak bersolek kan..so bila kitorang dah xder keja nak buat, kitorang akan main make over muka masing-masing & tangkap picca buat kenangan heheheh tapi sayangnya vee dah xder picca tue semua sebab my computer rosak & semua picca hilang..sedih~~~ tapi masa kat kolej, memang ramai gak lah yang minta kitorang mekapkan muka diorang terutama masa dinner kolej. 

banyak sangat yang sama dengan kitorang nie, kitorang sama-sama jadi dancer, suka shopping, suka kan kecantikan , sama-sama jadi Jaksa even lain-lain tahun, sama-sama jadi model Busana Muslimah & model    pakaian traditional pengantin masa kat UKM hehehe actually my bestie nie pernah dapat tawaran untuk jadi model video clip kumpulan nasyid hehehe tapi ditolak , vee lak masa tu ada tawaran untuk join Dewi Remaja.. err.. vee tolak gak sebab xsuka seksi-seksi.. hanya vee & my bestie yang tau hal nie ^^ naper lah diorang x offer kitorang untuk majalah Dara..confirm kitorang terima hehehehe

yang paling vee xleh lupa bila my bestie minta vee temankan her BF (her Hubby ) sepanjang TMK sebab my bestie masa tu Jaksa, so quit busy la. seriously vee jadi perhatian semua orang malam tu terutama para gadis sebab Esma memang sangat jambu (macam artis korea). actually my bestie masih mahu merahsiakan percintaan diorang, so hanya beberapa orang jer yang tahu. memang ada jugak lah beberapa wanita yang x segan silu cuba mengurat Esma (cess.. vee ingat lagi saper minah tu..sebab tu vee x accept friend request dia ~LoL~) .. sampai felo-felo & yang lain ingat Esma tu pakwe vee.. aduyaiiii.. mana ada.. my bestie pun tahu ciri-ciri lelaki yang vee suka x sama dengan my bestie nyer citarasa hehehe

my parent selalu datang melawat vee di kolej, so bila my parent datang, vee akan ajak my bestie jumpa sekali & my parent ambik my bestie jadi anak angkat diorang hehehe so kiranya kitorang nie sibling la ^^ mesti ramai nak tahu samada kitorang penah gaduh ker tak.. hurmm.. bila vee korek-korek ingatan vee nie, rasanya x penah kut cuma bila ada masalah yang x dpat dikongsi, vee & my bestie akan memahami & cuba memberi ruang masing-masing untuk bersendiri. gaduh tu x pernah rasanya. 

last vee jumpa my bestie sebelum vee kawen, masa tue vee memang rindu my bestie sangat & segan gak sebab vee memang chubby sangat masa tue.. T_T nanges jap. tapi masa yang sedetik tu memang vee hargai sangat-sangat.  oh ya, jarak wedding kitorang xla jauh sangat, 3 bulan jer.. my bestie kawen pada 6hb Dec  2009 & vee pada 14hb Mac 2010. dekat jer kan hehehe 


vee ingat lagi, kitorang akan berkongsi cerita hampir setiap bulan, dini la yang first tau bila pregnancy test vee jadi dua line, kami kongsi bahagia sama-sama. dan tukar-tukar tips juga. bila vee bersedih atas kehilangan baby vee yang pertama, my bestie lah yang call vee dan menenangkan jiwa vee.

walaupun kami dipisahkan oleh laut china selatan, namun hati kami masih bersama . kesedihan yang vee lalui dikongsi juga dengan perasaan my bestie yang menginginkan sesuatu yang berharga.  kitorang berkongsi rasa yang sama & sentiasa berdoa agar Allah yang Maha Agung mendengar suara hati vee & my bestie sebagai seorang ibu. kami redha dengan apa yang telah Pencipta kami tetapkan & sentiasa bersyukur dengan kurniaanNya. Insha AllaH

my bestie ^^ i know u always love me like i do . kadang-kadang keluar idea nakal vee untuk jodohkan anak-anak kita supaya kita terus dapat bersama tapi tu semua kerja Allah kan hehehehe mana leh nak masuk campur hehehehe
bila lagi dapat berkumpul macam nie yer..


hati wanita : anyway kepada my bestie yang lain tue, jangan kecil hati hehehe vee sayang semua kawan-kawan vee tau ^^  cuma meluahkan perasaan rindu vee pada my bestie yang jauh dipisahkan oleh Laut China Selatan. to our goverment, binalah jambatan yang menghubungkan Semenanjung dengan Borneo.. boleh lah yer ^^ hehehe

Wednesday, February 23, 2011

Mac ~~Menarik & Menawan~~ setuju????

assallammualaikum wbt ^^


x sabar sebenarnya vee nak tunggu minggu depan sebabnya minggu depan dah masuk bulan Mac ^^ my favourite month tau ~~ngee~~

sebelum vee bagitau kenapa vee suka sangat bulan Mac nie, jom tengok Personaliti bagi insan-insan yang dilahirkan pada bulan Mac nie yer. hasil kajian Dr Fadzillah Kamsah

o Berpesonaliti menarik dan menawan.
o Mudah didampingi.
o Sangat pemalu dan pemendam rasa.
o Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
o Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
o Suka pada kedamaian.
o Sangat peka pada orang lain.
o Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
o Tidak cepat marah dan sangat amanah.
o Tahu membalas dan mengenang budi.
o Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
o Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
o Suka berangan-angan.
o Suka melancong.
o Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
o Kelam kabut dalam memilih pasangan.
o Suka dengan hiasan rumahtangga.
o Punya bakat seni dalam bidang muzik.
o Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
o Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

hampir kesemua sifat tu ada pada diri vee ^^ kecuali bab "kelam kabut memilih pasangan" alahai... ingat senang ker vee nak jumpa Mr Hubby nie, kena jumpa yang lain dulu baru leh jumpa Mr Hubby tau hehehe 

anyway vee suka sangat bulan Mac nie sebab vee dilahirkan dalam bulan nie la hehehe tanggal 6 hb di Raub, Pahang. 

selain tue, vee juga dinikahkan pada bulan Mac iaitu tanggal 14 Mac 2010 . best kan hehehe 

anyway bulan Mac kali nie turut menggamit perasaan vee sebab kalau baby vee dapat terus survive dulu, baby vee pun akan dilahirkan pada bulan Mac, sama bulan dengan Vee dan cukup setahun perkahwinan vee & Mr Hubby. apakan daya, rezeki kami belum ada lagi ~~redha~~

dah, xmo sedeh-sedeh, ujung bulan Mac nie pun vee dapat mengikuti satu kursus yang vee nanti-nantikan dan vee berdoa dan berharap sangat agar vee dapat melaluinya dengan cemerlang dan berjaya menjadi apa yang 
vee inginkan ~~amin~~

dalam ingatan : Mac nie vee nak hadiah banyak-banyak ^^ 

selingan : owh Safee, ngape ler gi ke Indonesia tu, mlm nie kan lwn Pakistan.. alahaiiiii


oh ya, walaupun vee dah 6 bulan tulis blog nie, tapi kan Mr Hubby x baca sangat blog vee nie, vee pun x tahu naper T_T , xpelah.. lebih elok macam tu kan hehehe nanti bila anak-anak vee da besar nanti, vee bagilah anak-anak vee baca, biar Daddy dia terkejut ~~teheeee~~~


anyway dalam minggu nie jer vee berjaya masak Butter Prawn & juga buat Sushi ^^ sukaaa !!! thanks to my bestie Pretty Dini yang memberi vee semangat untuk buat sushi hehehe


nak recipe??? vee pun google jer.. hehehehe 

Tuesday, February 22, 2011

Sudah Bersedia untuk Hidup Bersama??


SALAM ^^ tadi vee sajer jer nak memberi wajah baru untuk blog Vee nie, & terbaca satu artikel yg sangat menarik untuk dikongsikan bersama terutama untuk pasangan yang bakal berkahwin & sedang mencari pasangan ^^
penghargaan buat iluvislam



1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

cintailah suami / isteri kita dengan seikhlasnya. walaupun bergaduh atau ketika rumah tangga bergoyang, genggamlah tangan pasangan dengan erat agar x terlepas & berdoa semoga hubungan yang terbina kekal hingga ke syurga . amin...


Betul ker Solat Jemaah dengan Keluarga lebih baik dari Solat di Masjid?

assallammualaikum ^^ 



pagi-pagi nie, vee dah buka page Mari Muhasabah Diri (kredit) yang memang memberi banyak info-info bermanfaat untuk kita semua. 


biasanya kita dengar adalah 

“Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.”

betul x?? tetapi bila vee baca balik page nie, baru vee tau yang kata-kata itu kurang betulnya. untuk lebih jelas, vee copy paste jer note penulis nie yer untuk kita sama-sama hayati.

Aku kata: maaf kerana menegur, dalam keluarga islam tak de hadith atau ajaran/perintah yg suruh solat kat rumah berjemaah bersama isteri, nanti masjid kena roboh pun kita tak tau...sembahyang sunat tu, adalah…nampaknya penulis berjaya membuat perhubungan yg baik dengan isteri tapi tidak dengan masyarakat, dia tak tahu ke wanita tu boleh jadi senjata syaitan? memang keluarga dia ni ‘bahagia’, pasal tak yah gi masjid…

Sebab tu Nabi bagitau nak bakar je rumah org yg solat fardu kat rumah! Korang ingat Nabi datang nak bergurau ke! ( kalau aku ahli bomba, aku akan buat kajian kat rumah yg terbakar tu ,diorang punya ahli kelurga ada tak gi solat jemaah, kalau takde., memang wajar lah kata2 nabi tu…)

Seorang sahabat kata wajar dituang timah yg mendidih ke telinga org yg dengar azan tapi tak nak datang solat jemaah.

Seorang sahabat yg tua dan buta serta duduk jauh dari masjid, mintak izin solat kat rumah , tapi nabi tak bagi izin, lepas tu dia pergi jugaklah dalam keadaan bersusah payah hingga dia terjatuh dalam parit, habis kotor baju dia, dia balik tukar dan peristiwa ni berlaku sampai 3 kali, kali yang ketiga ada sorang mamat tu tolong dia dari jatuh dan bawak dia ke masjid, tanya sahabat ni (lebih-kurang)
“terima kasih kerana tolong pakcik, anak ni siapa nama?”
Jawab mamat tu :
“aku ni syaitan, tadi bila kau jatuh kali pertama habis dosa kau gugur, kali kedua kau jatuh habis dosa keluarga engkau Allah ampun, dan aku takut kalu kali ke-3 kau jatuh seluruh penduduk madinah ni Allah ampunkan dosa, jadi sia2 lah usha aku selama ni, tu yang aku tolong kau tu”

Ada satu lagi cerita seorang hamba Allah ni dapat melihat syaitan dan bertanya “macamanakah caranya nak jadi syaitan”
Syaitan kata: sunguh pelik, inilah pertama kali jumpa manusia nak jadi cam aku, apa-apapun senang je nak jadi shaitan, kau kena lengah2kan solat(tak yah pergi solat jemaaah), maka org tu kata mulai hari ini aku takkan melengah2kan solat lagi…(aku ada kitab ni kat rumah) shaitan cakap ni lah first time aku kena tipu, mulai hari ni aku takkan menasihati manusia lagi….

Malahan ada juga riwayat bagi tahu Neraka Lam-Lam dicipta utuk org yang melengah2kan solat…


Itu cerita Ancaman, Fadhilat solat jemaah pula:

Lebih kurang hadith: kalau kau nampak ada satu org yang selalu ke masjid, maka kau kena bersaksi dia tu ahli shurga,

40 hari tak ketinggallan takbir pertama bersama imam kau bebas dari sifak munafik dan bebas dari azab neraka! Maknanya selagi 40 hari tak dapat takbir pertama kau memang ada sifak munafik, bukan aku kata tapi Nabi kata! (org munafik duduk neraka paling bawah!)

Ayat al quran tulis Hanya org yg memakmurkan masjid Allah org yg benar2 beriman!

Satu fakta yang dapat dari Palestin, kata org yahudi, selagi bilangan org yang datang sembahyang subuh berjemaah, tak sama dengan sembahyang jumaat berjemaah, selagi itulah palestin di bawak tapak kaki kami selamanya…

Satu hadith yag aku tak ingat sumber kat mana (kalau korang tahu tolong bagitahu) lebih kurang bermaksud begini: kalau org Islam seratus peratus solat jemaah maka Allah akan mencampakkan kegerunan pada org kapir,

La ni, org kapir tak takut lagi kat org islam sebab Allah dah cabut kehebatan islam bila org islam abaikan solat jemaah, tengok cam Amerika dengan Iraq, Serbia dgn Bosnia, Israel ngan Palestin, org bukan islam kat Malaysia dengan org islam Malaysia(kes Mohamad @ Moorthy baru2ni) Sekarang ni bilangan peratusan org islam solat jemaah kat masjid tak sama dengan peratusan org islam solat jemaah zaman nabi dulu,
zaman madinah almuwarah(bercahaya-cahaya) semua org islam solat jemaah kat masjid, org munafik pun datang (Abdullah bin Ubai), org tua dan buta pun datang(Abudullah bin Mattom) dan yg uzur dan tua pun dipapah ke masjid,

Nabi , saidina Umar, saidina Ali pernah dipapah ke masjid, Sekarang ni ada gak org papah org tua, tapi bukan gi ke masjid, pergi mengundi, 5 tahun sekali bolehlah, 5 kali seharí, Ha!!! ni baru mujahadah!

Zaman ini bilangan org pergi hají dan bilangan org islam lebih ramai berkali2 ganda dari bilangan org islam zaman Nabi, dan satu dunia doa, “Ya Allah selamatkanlah, Palestin, Iraq, Pengkalan Pasir,” tapi doa tak makbul, kenapa? Kerana umat ini telah tinggalkan cara hidup sunnah Nabi S.A.W. dan yang paling penting dan ketara: solat berjemaah.(amalan yang mula2 sekali akan di hisab, ok, yg ni lepas jugaklah yang lain2-inshaAllah)

Sepatutnya perintah Allah ni boleh menyatukan umat apbila dibuat ikut cara Nabi, tapi Sekarang ni org taat perintah Allah, tapi ikut cara ‘saya’
Contoh: balik kerja dan dah masuk waktu solat: nak rehat dulu, karang baru solat, bermakna korang dah taat perintah Allah tapi bukan cara Nabi, sebab tu Umat akhir zaman berpecah belah! sampai 73 dan satu saje masuk shurga
Dewasa ini, bila tiba time solat umat islam sendiri berpecah-pecah,
Ada yang solah kat rumah,
Ada yang solat lengah2,
Ada yang solat pakai niat,
Ada yang solat pakai qadha 5 sekaligus,
Ada yang tak solat,
Ada yang marah org solat
Macam2 ada, sampai 73 barangkali!

APA PUNCANYA?

Puncanya sebab korang semua belum buat keputusan.
Korang buat keputusan yang korang ni org islam (siap ada IC tu)
Tapi korang tak buat keputusan untuk taat semua perintah Allah!
Korang tak buat keputusan untuk ikut segala Sunnah Nabi!
Korang buat keputusan untuk solat jumaat berjemaah kat masjid,
Tapi korang tak buat keputusan untuk solat 5 waktu di masjid.
Kalau aku ajak korang tengok wayang hari jumaat jam 1 petang, korang akan terkejut,
Woi! ni waktu solat jumaat,
sebab korang dah buat keputusan untuk solat jumaat,
dan korang akan cakap kalau jam 4 petang boleh gak
sebab korang tak buat keputusan untuk solat asar berjemaah!
Jadi, jika aku ajak korang solat asar berjemaah pada hari jumat apa korang jawab,
eh ! tengoklanlah dulu kalau saya free, tak tau lagi…
inilah masalahnya!

KORANG BELUM BUAT KEPUTUSAN UNTUK TAAT SEMUA PERINTAH ALLAH!,


macamana Allah nak buat keputusan kat korang untuk masuk syurga?
Kat kedai makan pun kalau korang pergi tanpa ada keputusan nak makan apa, bila waitress tanya nak makan apa? Errrrrrrr. Makan apa ye? Apa yang best? Errr…Tapi kalau kau dah buat kepusan nak makan nasi lemak, pasti kau cakap nasi lemak daun pisang satu!!!!
Satu lagi, Kalau nenek korang panggil korang, Ali, oi Ali…, Ali mari jap tolong nenek masukkan benang dalam lubang jarum ni, dan korang buar derk aje, nenek korang panggil lagi sampai sebelas kali, aku rasa kali yg ke dua belas tentu nenek korang akan terajang dan baling masin jahit kat korang, pekak ke!!!

Begitulah jugak dengan Allah, pangil kita 5 kali sehari :
Marilah solat………….
Marilah berjaya…………..

Korang buat derk ajer dan sampai umur 40 tahun pun buat derk aje, munasabahlah Allah rendam korang dalam neraka selama satu huqub untuk jumlah setiap satu bilangan solat yg korang tinggal dan satu huqub bersamaan 80 tahun….

Kalau perhatikan dalam satu taman/kampong berapa ramai yag datang solat subuh berjemaah?, 4 hingga 5 org, kalau buat nisbah, berapa? 1/1000 atau 1/5000? Ada hadith yg bagitahu dalam seribu org islam satu je yg masuk syurga tanpa hisab, bahaya nih!!!

Last, kalau korang perhatikan bila hari jumaat akibat satu waktu yg org islam solat berjemaah, perempuan2 yg pakai skirt pun dah pandai pakai labuh-labuh, Tanya, kenapa? Diorang jawab, hari ni kan hari jumaat, yang lelaki mula berketayap dan bersongkok ke tempat kerja atau kuliah, malahan ada amoi yg pakai baju kurung, dahsyat tu!!! Tu baru kesan satu waktu, kalau hari2?

Jadi aku doakan agar aku dan korang semua dipilih oleh Allah untuk istiqamah solah berjemaah ke masjid…..

Korang dan aku, buatlah KEPUTUSAN UNTUK TAAT SEMUA PERINTAH ALLAH, barulah Allah akan membuka segala jalan kebaikkan….

Sekian.



so apa pendapat teman-teman sekalian? anyway bukan pendapat lagi nie, ini satu kesedaran untuk teman-teman yang bergelar lelaki yer.. untuk wanita, memang lebih afdal solat di rumah. apa salahnya meramaikan Masjid & Surau-surau kan. kepada kawan-kawan Mr Hubby yang suka nak ajak Mr Hubby minum sampai tengah malam tue, ingat sket yer ur fren tu dah ada seorang isteri yang menanti di rumah. nak suruh vee join, boleh tapi sebenarnya vee kureng minat nak keluar malam-malam kecuali bila ada hal penting & bersama keluarga jer ^^  lebih senang datang je lah ke rumah, vee leh tolong masakkan spagethi ker, mee goreng ker kan..kan..kan.. hehehehe

renung-renungkan dan selamat beramal ^^


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...