Showing posts with label Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Shaklee. Show all posts

Friday, August 22, 2014

My Diet Journey

Assallammualaikum wbt ^___^

Alhamdulillah setelah 3 bulan lebih blog nie sunyi sepi... akhirnya ada gak masa Vee menjenguk blog kesayangan nie =)

Bukannya apa.. nak cari masa nak menulis blog nie memang agak susah lebih-lebih lagi bila dah ada dua orang Puteri & juga anak-anak whatsaap yang Vee kena handle (bajet busy macam PM hehehe)

Sape sini nak tau perkembangan diet Vee Misi 50kg, angkat tangan!!! hahaha

Berat paling ringan yang Vee dapat ialah 53kg pada Hari Raya Pertama ..yeay!!





x sempat nak cerita panjang.. nanti ada masa Vee cerita hehehe

Berminat ??? whatsaap Vee 012-6498084

Saturday, May 3, 2014

Diet yang menjadi ikutan

assallammualaikum wbt =)

kali nie Vee nak share tentang DIET. DIET sebab nak dapatkan berat badan yang ideal & juga demi kesihatan diri ^____^

gambar terkini


oklah.. dah tentu-tentu korang tau yang Vee consume produk Shaklee untuk Misi 50kg. Ye Betulll!!! tapi kena ingat jugak yer.. suplement nie membantu mempercepatkan misi & dalam masa yang sama memberikan kesihatan dalaman, bukannya kurus semata-mata. So dalam masa yang sama , Vee jaga pemakanan Vee dengan macam-macam cara . Ingat, nak kurus.. kena jaga makan. Suplement hanya membantu. 

Setakat nie Vee dah cuba beberapa cara diet . Kenapa cuba macam-macam diet? sebab berat Vee statik. Vee lebih suka melihat nombor di penimbang turun hahahah walaupun inchloss turun banyak + ramai yang jumpa Vee akan cakap "wah Vee.. Vee dah slim lah". Tapi selagi berat idaman x dapat lagi.. belum cukup kurus buat Vee T________________T

Yes.. berat Vee sekarang dah 57kg..kalau ikutkan dah ideal tapiiiii Vee masih merasakan lemak-lemak di bahagian pinggang sangat degil. Bila cubit jer.. masih terasa lelemak di situ T_________T Vee kalau boleh, bila cubit bahagian di badan, biar hanya ada secuit jer.. masa tue baru rasa kurus hehehehe

mula-mula Vee pernah diet kalori. Diet kalori nie korang just makan makanan yang x melebihi kalori yang badan korang mampu nak bakar. Faham?? err.. macam aritu, Vee ada buat health check dekat hq Shaklee. So disebabkan Vee nie surirumah, x banyak sangat buat aktiviti lasak & kurang bersenam.. so metabolisme dalam badan Vee x tinggi pun.. kalau Vee x buat apa-apa pun.. Vee hanya mampu bakar 1100++ jer kalori sehari. So dalam sehari tue Vee xleh makan lebih dari jumlah kalori tue, kalau x.. memang akan naik berat badan. Nak cepat turun.. kena  ambil makanan yang lagiii rendah kalorinya T____T disebabkan Vee nie fully bf.. x sesuai lah Vee nak ambil diet rendah kalori nie berterusan sebab kesian Elena x dapat apa-apa kahsiat. Vee kurus tapi Elena yang x sihat.. xmooo!! sebab tue Vee consume produk Shaklee, atleast dalam masa Vee berdiet.. Elena masih dapat khasiat yang diperlukan ^__________________^v . Masa buat diet kalori nie.. dalam masa seminggu Vee turun 2kg.

Thennnn Vee terjumpa group yang tegar mengamalkan diet atkins. Apa itu diet atkins? Diet low carbo & high protein. Nampak macam mudah jer sebab x payah ambil apa-apa sahaja sumber karbohidrat & gula. banyakkan protein . Senang kan? Tapi sekali Vee dengan Mr Hubby cuba diet atkins nie.. masuk hari kedua rasa x sesuai la plak hehehe x sesuai sebab mana ke maunyer makan lauk semata-mata. Dah lah Vee nie pencinta manisan =D terus cancel lagi-lagi bila dapat tau bf mommies x boleh diet atkin fasa induction sebab nanti susu badan bertoksid =____=". Oh ya.. penangan diet atkins nie dahsyat gak sebab x sampai 2 hari Vee dah turun 1kg. ermmm... kalau korang faham sebetul-betulnya konsep diet atkins nie, memang highly recommended!! Lagi-lagi siapa yang masuk kategori obes/ 80kg ke atas. 

So, bila bincang balik dengan Mr Hubby.. kitorang decide x makan nasi jer. Roti, mee, bihun masih dibenarkan . Cuma.. dalam sehari tue memang wajib 2 botol air mineral bersamaan 3 liter. Vee nie dulu memang susah nak minum air kosong, tapi nak kurus punya pasal.. minum je la. Lagipun kalau kita minum air kosong yang mencukupi.. kulit pun jadi cantik & lembab jer ^___^

Baru-baru nie Vee jumpa diet IF lak. IF nie Intermittent Fasting. Apa yang Vee faham.. korang kena puasa / x boleh makan apa-apa dalam masa 14-24 jam. Nak minum boleh... tapi minum air kosong atau green tea sahaja. no sugar!! ermm.. faham x? Contohnya.. korang last dinner dalam pukul 8pm. So start IF selama 14-16 jam (untuk perempuan..lelaki 16-18jam rasanya) . Korang tidur je lah & pagi-pagi xyah ambil sarapan. Tepat jam 10am esoknya baru korang makan.. tapi kalau dapat bertahan sampai lunch..lagi bagus heheehe.

Baik puasa.. ye tak?? 

So.. Vee skang nie lepas makan malam.. Vee dah x ambil apa-apa makanan atau kudapan, just minum air kosong & suplement jer. Bangun pagi cukup sekadar minum air kosong dan air kosong =D Lebih kurang dalam pukul 11am atau kalau boleh tahan lama lagi.. baru Vee makan. Makan tue x kesah lah makan apa pun TAPI kalau nak hasil yang cepat.. Vee memang x ambil nasi & hanya makan kudapan ringan jer macam sandwich, salad, biskut & ESP+Cinch Shake =D Nie IF cara Vee tau.

Disebabkan dah nak dekat bulan puasa.. so Vee tetap praktikkan puasa sunat Isnin & Khamis. Sambil puasa, sambil dapat pahala sambil kurus. InsyaAllah. Tekad nie nak dapat juga 50kg dalam bulan Mei nie jugak ^____^. Doakan Vee tau!!

Nah.. Vee share gambar Vee dalam masa sebulan (April 2014) Vee consume set Shaklee + diet cacamarba Vee hehehehe



Macam x nampak beza sangat kan. yelah.. turun 3kg jer kut Tapi baju kurung Vee tue size S tau hihihi

yang nie pandangan dari sisi 

Kalau dibandingkan dari Vee mula-mula consume set Shaklee (Mac 2014) .. selepas sambutan Birthday Vee aritu. Nah.. sila bezakan.







Chubby kan masa nie T_________T

Dalam masa 2 bulan nie Mac-April.. Vee dah turun 5kg la lebih kurang sebab kejap naik kejap turun hehehe.  harapnya bulan Mei nie dapat turun lagi banyak . aja!aja!! Fighting!!!! 

Tapi fatloss memang banyak turun ^_^

Meh beli produk Shaklee dengan Vee yer ^___^



dan jom singgah Blogshop Vee petuacantik semulajadi.blogspot.com

Monday, April 7, 2014

Set Berpantang yang Terbaik

assallammualaikum wbt =)

Ramai yang pm Vee tanya Set Berpantang apa yang terbaik & menjadi pilihan Vee. Dah tentulah Vee jawab Set Bersalin Nona Roguy , NR . Selain tue.. bagi mereka yang kurang suka jamu atau herba, bolehlah pilih  Set Bersalin Shaklee =)

Kenapa Set Bersalin NR? Sebab Vee sendiri dah ambil set tue selepas bersalinkan Elena. Highly recommended kerana



  1. membantu menurunkan berat badan dengan cepat (makan kena jaga ok)
  2. adanya pil Phytonatal yang sememangnya terbaik dari ladang!! bila nak membuang air besar, x rasa gerun sebab najis x keras & lancar jer (khas untuk mereka yang bersalin normal)
  3. Phytonatal boleh diambil walaupun anak ada kuning. Sebabnya x panas & x effect baby sangat
  4. Teh herba yang sedap rasanya & membantu banyakkan susu badan. terbukti!!
  5. Ada lulur herba yang memang best sebab rasa suam-suam jer bila pakai. Tapi time pantang xleh mandi lama-lama tau!
  6. Minyak herbanika antara minyak yang paling Vee suka sebab boleh dijadikan param, pilis & penyembuh luka jahitan =)
  7. Krim herba pun best jugak sebab x panas sangat. Tapi Vee sapu jer losyen halia sebab nak kurus cepat hihihihi
itu pengalaman Vee la, cuma bila berat badan dah banyak turun.. part menggeleber tue agak menyakitkan mata T_T

Untuk mereka yang berkenan dengan Set Lepas Bersalin Shaklee, Vee rekemenkan korang ambil


  1. ESP : memberikan tenaga kepada ibu, membantu banyakkan susu badan, khasiat kepada baby (kulit baby jadi cantik & bersih), membantu badan tidak menggeleber walaupun turun berat badan
  2. B-Complex : anti-stress, elakkan meroyan
  3. Zinc Complex -: mempercepatkan luka sembuh, elak rambut gugur
  4. Ostematrik : membekalkan kalsium untuk ibu & baby, elakkan sembelit
  5. Lecithin : membakar lemak & membantu menurunkan berat badan
  6. Vit-C : Mengukuhkan sistem imunisasi & mencantikkan kulit, elakkan selsema
  7. Vitalea : membentuk sel darah merah (mengganti darah yang hilang) 
haaa... sila tambah Phytonatal NR dalam Set nie jugak sebab memang bagus dalam proses pembuangan najis & membantu memulihkan rahim & dalaman ^_^

Macam Vee, bila dah abes pantang & baby pun dah makin besar.. Vee sambung ambil Produk Shaklee ESP, Lecithin , Alfalfa & Herb-Lax sebab nak meneruskan azam 50kg sampai berjaya =)

------------------------------------------------------------------------------------

Berminat nak Set Bersalin NR? Korang dah boleh beli dengan Vee =)

Set Bersalin NR = RM 365 + RM 10 (Postage)

Pakej :
  1. Phytonatal - 90 biji (2-4 biji sehari)
  2. Akar Herbanika - 10 peket (1 uncang untuk 3 hari)
  3. Minyak Herbanika - 100ml
  4. Herbanika Barut (krim) - 60gm
  5. Uncang cuci Herbanika - 10 peket (buat mandian & cucian)
  6. Herbanika Lulur - 100gm
Free Gift ( boleh pilih mana-mana yang suka =) )

Pilihan 1 
  • Bengkung Bodycare / bengkung Seraimas
Pilihan 2
  • Losyen Pati Halia
  • param
  • pilis
  • barut baby
  • minyak telon baby
  • sabun susu beras/ susu kambing
Pilihan 3 
  • Tungku baby
  • barut baby
  • minyak telon baby
  • sabun susu kambing / sabun susu beras
  • Losyen Pati Halia
Pilihan 4 
  • Nu3med NR
Pilihan 5
  • Kapsul haruan
  • minyak telon baby
  • param
  • pilis
  • barut baby
---------------------------------------------------------------------------------

Untuk korang yang berminat dengan Set Lepas Bersalin Shaklee 

Set Penuh + Free Gift

  1. ESP : RM 150
  2. B-Complex : RM 53.75
  3. Zinc Complex : RM 33.75
  4. Ostematrix : RM 61
  5. Lecithin : RM 52.50
  6. Vit-C : RM 92.50
  7. Vitalea : RM 88.75
Jumlah : RM 532.25 / Set 

Set Bajet + Free Gift
  1. Zinc Complex : RM 53.75
  2. Vit-C : RM 92.50
  3. B-Complex : RM 53.75
  4. Vitalea : RM 88.75
Jumlah : RM 288.75 / Set 

sms / whatsaap Vee untuk harga istimewa & nasihat percuma : Vee : 012- 6498084


Thursday, April 3, 2014

Jom!! Kurus & Langsing bersama Vee & Shaklee

Assallammualaikum wbt =)

Jom shake-shake  ^_^

Alhamdulillah, kita dah pun masuk ke bulan April, jadi azam kenalah baru , ye x? Azam bukan hanya untuk awal tahun jer.. tapi setiap hari!! Azam Vee? dah tentulah nak mencapai berat 50kg pada bulan Mei nie, aja! aja!! fighting!!!

bersama Dr Malinda yg cantik =)

Sebelum nie Vee ada share yang Vee ambil Set Kurus & langsing Shaklee kan.. then Vee berkesempatan jumpa Mentor Shaklee Vee yang juga merupakan seorang Doktor Pakar untuk Anti-Aging & Weight Loss masa pergi HQ Shaklee aritu. Memang best sebab Dr Malinda memang sangat cantik & x kedekut ilmu =) Dr Malinda & Master Saiful banyak memberi inspirasi untuk Vee . Alhamdulillah Vee dapat Program Diet Plan & alahhaiiii.. rupa-rupanya banyak kesilapan maklumat dalam penggunaan produk-produk Shaklee =_="

^_^

Betullah kata orang, kalau nak cari ilmu, biarlah berguru.. bukannya main ikut orang jer & syok meng"google" semata-mata. Sebelum nie, beria-ia Vee ikut set-set yang kebanyakannya dikongsi oleh pengedar Shaklee di fb & blog, ingatkan dah betul dah set tue.. rupa-rupanya bila Vee tanya Dr.. set-set tu kena tengok kesesuaiannya pada keperluan pengguna.

So, lepas jer Vee jumpa my mentor tue.. Vee terus ikut program diet yang Vee dapat & alhamdulillah.. dah seminggu Vee ikut, memang banyak perubahannya terutama di bahagian muka Vee . Kenapa Vee kata bahagian muka? Sebab Vee nie kalau berat dah turun pun tapi tang muka.. memang susah nak turun.. maintain chubby & berisi sket huhuhu sampai kawan Vee pernah cakap " Vee memang la kurus, tapi muka maintain tembam" mencik!!! hehehehe Berat? Vee dah turun 2kg tau!!! best sangat hehehe

Meh Vee tunjukkan bukti.

6/3/2014
Nie gambar masa sambutan Birthday Vee, 6/3/2014 aritu.. chubby kan!!! x sampai sebulan pun lagi gambar nie.  Geram rasanya masa nie huhuhu sebab lepas bercuti kat Melaka aritu, Vee makan pun main ikut suka & selera jer.. so nie lah hasilnya..T_T

Ada lagi satu gambar masa Vee bercuti di Bayou Lagoon, Melaka.

11/2/2014

Muka tetap berisi walaupun berat dah turun huhuhuhu

Ok, gambar kat bawah nie adalah hasil selepas Vee ikut Program Diet selama seminggu, diulangi..SEMINGGU!!

29/3/2014

Muka dah kecik sampai nampak ala-ala lesung pipit kononnya hihihihi

31/3/2014

Vee sendiri sebenarnya agak tekejut bila tengok hasilnya hehehehe sebab baru seminggu Vee cuba, dah nampak hasilnya.. alhamdulillah ^_^ Kulit muka pun makin halus & licin =)

Baju pun, dah banyak yang boleh dipakai semula ~yeay~ Nampaknya 50kg semakin menghampiri ^_^

Nak tahu Program Diet yang Vee ikuti tue? Mudah jer caranya =)


Program Diet tue Vee akan bagi bila korang dah dapat barang-barang yang diorder =) Set yang Vee bagi akan berbeza dengan setiap orang mengikut keadaan & kesesuaian pengguna. 

Oh ya, walaupun korang dah beli Set Kurus & Langsing yang sama daripada orang lain, tetap x sama dengan Program Diet bersama Vee =) Program Diet tue hanya istimewa untuk Vee & pelanggan-pelanggan Vee sahaja ^_^

# bagi mereka yang dah ada Set Kurus Shaklee (beli dengan orang lain), masih boleh ikuti Program Diet dengan Vee tapi kena beli gak atleast 1 produk Shaklee dengan Vee (ESP or Cinch Shake) @  2  produk (Lecithin @ Herb-Lax @ Vita-lea) ,  Baru Vee bagi Program Diet tue ^_^ 

# hadiah istimewa daripada Zunnur'ain Collection hanya layak untuk mereka yang membeli Set Kurus & Langsing daripada Vee =)

# hasil penurunan berat badan berbeza dengan setiap orang, ada yang cepat & ada yang lambat =) yang penting kuat semangat & sabar ^_^ Kalau Vee boleh, mengapa tidak anda?

***semua ini adalah perkongsian peribadi. Tidak dibenarkan untuk mengambil mana-mana petikan tanpa kebenaran daripada saya, empunya blog ini. Terima kasih =)

Tuesday, March 25, 2014

"amboiiiii.. kurusnya ko Vee!!"

Assallammualaikum wbt =)


Sebenarnya Vee dah lama nak share cerita tentang perkembangan "Kempen kurus 50kg" yang memang Vee war-war kan sejak Vee peknen lagi ^_^

Alhamdulillah.. walaupun masih belum sampai ke angka yang diingini iaitu 50kg tapi dah ramai yang cakap " amboi Vee.. kurus ko yer" "wah Yana.. makin lawa badan lepas bersalin nie".

gambar paling terbaru

Ehem..ehem.. siapa x suka bila ramai yang cakap macam tue. =p walaupun terasa "nampak sangat aku gemuk dulu kennnn huhuhu"

masa bercuti di Bayou Lagoon, Melaka

Walaupun Vee masih x berpuas hati dengan berat sekarang nie.. Vee perasan yang bentuk badan Vee lebih kecil dari biasa kekekeke tapi mula-mula Vee ingatkan hanya ilusi mata & cermin jer tapi bila Vee keluar rumah..  boleh tahan ramainya cakap Vee dah kurus.. sapa x suka kan?

Mula-mula masa Vee keluar gi ambil baju mama kat kedai jahit, terserempak dengan Mak Puteri yang kebetulan berhenti untuk oter baju. Sembang punya sembang, mak Puteri puji " makin cantik badan ye " haish.. blushing tauu =)

Ada jugak Vee rasa yang berat Vee macam naik sikit sebab asyik makan kek jer sebab bulan Mac kan bulan celebration Vee huhu tapi aritu masa Vee nak keluar ke saloon, Kak Emma jiran Vee tegur.. siap ala-ala menjerit lagi " amboi Vee.. kurusnya ko" . Eh..eh.. segan sebab ada beberapa jiran kat situ gak. Just senyum & jawab " ala.. mana kurus lagi, nak kena diet lagi nie" .

Paling terdekat.. hujung minggu lepas Vee balik umah Mak Vee kat Sepang. Pagi tue kitorang gi sarapan kat kedai Makcik Bedok , kawan baik mak. Makcik Bedok terus puji " wah Yana.. makin lawa badan kau lepas bersalin nie yer. Apa rahsia?".

Haa.. diorang yang cakap tau.. bukan Vee paksa.=) alhamdulillah, sekurang-kurangnya dah nampak hasil usaha Vee =)

Balik umah tue, Vee tanya mak Vee "mak.. kurus ke aku ni?" ( Ermm sebab Vee kan keturunan Sabah, memang biasa guna aku bila cakap ngan Mak) So mak Vee pun jawab "aah.. kurus lah tue. Tu yang aku nie pun nak turunkan berat jugakkkk".

gambar 6 hari selepas bersalin, berat 68kg T_T


Tapi.. nak maintain & turun berat badan memang x mudah lagi-lagi bila banyak makanan sedap depan mata T_T so, nak x nak.. selain jaga makan, Vee ambik juga suplement yang membantu Vee untuk terus mencapai berat badan idaman. Dah tentu Vee ambil ESP, Lecithin, Alfalfa & Herb-lax Shaklee ^_^ 


Kenapa Vee ambil ESP, Lecithin , Alfalfa & Herb-Lax? 

1- ESP berfungsi untuk memberi RASA KENYANG & x cepat lapar, juga elakkan badan menggeleber bila berat badan turun
2- Lecithin membantu MEMBAKAR lemak & kolesterol dalam badan
3- Alfalfa membantu MEMBUANG lemak & toksin dalam badan
4- Herb-Lax nie bagi MELANCARKAN sistem perkumuhan & mempercepatkan lagi proses pembuangan lemak .Kiranya kalau ambil tue akan kerap ke tandas.. sebab tue kena makan 2-4 biji  je seminggu  kalau x tahan. Tapi jangan risau.. perut x akan memulas macam produk-produk lain.

Walaupun dah ambik set nie.. makan tetaplah kena jaga. Janganlah main redah jer.. macam mana nak kurus kan.

Nak kurus , nak cantik.. memang kena banyak SABAR & USAHA .. dannn yang paling penting, WAJIB minum air kosong sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari!!!

Berminat ? Jom beli set nie dengan Vee & Vee akan guide korang dengan cara Vee sampai korang puas hati & Vee akan bagi Program Rutin Harian yang sememangnya akan membantu menurunkan berat badan =) Istimewa hanya untuk pelanggan Vee ^_^

Jom rebut peluang beli ESP sementara Mac masih tinggal lagi beberapa hari nie, murah dari biasa!! Beli dengan Vee, PERCUMA Shaker lagi tauuu ^_^

P/s : next entry Vee akan share kenapa kita MESTI kurus =)

Sunday, March 23, 2014

Pilihan Terbaikkk bulan Mac ~ESP~


Assallammualaikum wbt =)

Sempena bulan Mac yang sentiasa menjadi bulan kegemaran Vee (kalau rajin follow blog nie, mesti tau sebabnya ^_^ ), jom rebut peluang shopping ESP bulan nie sebab harga ESP telah jatuh merudum!! Tinggal beberapa hari je nie !!

Laju-laju sms / whatsaap / wechat Vee untuk dapatkan harga yang jatuh merudum tue =) PERCUMA SHAKER untuk setiap pembelian ESP & juga Vee sendiri akan guide korang dengan penuh kasih sayang ^_^ insyaAllah

Kenapa mesti beli ESP?

Sebabnya Vee sendiri dah makan ESP nie lebih kurang sebulan dah =) itupun Sue yang bagi Vee ambil separuh  untuk Vee cuba hehehehe siapa yang rajin ikut blog Vee sebelum nie tahu yang Vee pernah ambil produk lain . Alhamdulillah ESP memang memberi kesan yang memberangsangkan terutama pada kulit wajah Vee & juga berat badan =)

Kalau korang nak tau, masa Vee dalam pantang aritu, Vee ada terkena gegata / gatal-gatal yang Vee pun x tau macam mana boleh dapat =( sebab dah x tahan sangat, tangan nie gatal jugak menggaru gegata tue sampai buatkan kulit Vee melecet & berparut . sedih.. amat sedih!! yela.. kulit elok-elok bersih dah berparut. Puaslah Vee sapu losyen untuk hilangkan parut tapi memang x berkesan.

Lepas tue Vee kan ada makan produk yang menjanjikan wajah putih mulus, ingatkan bolehlah tolong hilangkan parut-parut tue sekali.. tapi x hilang-hilang jugak, harap putihkan muka jer . Bila Vee cuba makan ESP lebih kurang sebulan.. alhamdulillah akhirnya parut-parut tue dah pun pudar warnanya.. lega!! hehehe walaupun belum 100% hilang, tapi kira ok lah sebab Vee pun tau produk-produk Shaklee nie memang diperbuat daripada sumber semulajadi, so kesannya lambat tapi seeelamatttt.

Kalau parut pun boleh hilang, apalagi jerawat di muka .. memang susah nak tumbuh, kalau tumbuh pun, x sampai 2 hari dah hilang =) alhamdulillah. Wajah Vee pun sekarang nie lebih bersih & bintik kolesterol pun dah x timbul. Yang best lagi tentang ESP nie, sangat membantu Vee yang sememangnya berusaha untuk mendapatkan berat badan ideal. Macam mana? Bila ambil ESP, buatkan kita jadi cepat kenyang dan lambat lapar. Khasiat lain? tengok gambar kat bawah nie =)



Kalau korang nak tau, selepas AIR, komponen kedua yang terbesar dalam badan kita adalah PROTEIN!! Kalau x percaya, jom tengok carta kat bawah nie


sebab tue kita WAJIB minum air kosong 2-3 liter SEHARI, untuk sumber Protein pula, ambik jer ESP yang dah cukup lengkap untuk keperluan seharian, mudahkan =)

oh ya, nasihat Vee sebagai pengguna, jangan lepas beli ESP nie korang lupa nak makan makanan yang sebenar pulak, tue dah salah konsep kehidupan dah tu hehehe ESP nie kan suplement aka makanan tambahan, bukannya makanan utama =)  cuma, ESP jadi NO. 1  di kalangan suplement / vitamin-vitamin yang ada ..ada faham????

Nak tahu cara terbaik untuk ambil ESP nie? Jom beli dengan Vee & Vee akan bagitau cara-caranya . Tunggu apa lagi..meh sms / wechat / whatsaap Vee untuk dapatkan harga yang istimewa =) FREE shaker & FREE consultation ^_^


***semua ini adalah perkongsian peribadi. Tidak dibenarkan untuk mengambil mana-mana petikan tanpa kebenaran daripada saya, empunya blog ini. Terima kasih =)


Saturday, March 22, 2014

Mengapa Shaklee jadi Pilihan Hati

assallammualaikum wbt


Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih

Peribahasa Melayu yang sering kita dengar & sangat bermakna =)

 Mengapa saya memilih Shaklee.

Biasanya bila kita dengar tentang Shaklee, antara perkataan yang akan bermain di fikiran ialah "Mahal!!" , dan orang suka cakap "alaa.. itu vitamin orang-orang kaya jer, kitorang beli kat farmasi je la..murah". betul kan?

Vee faham sebab sebelum nie, Vee pun berfikiran yang sama. Mahal, x mampu, x perlu, x penting.. x ada budget.

Tapi dalam masa yang sama, Vee nak cari produk / suplement yang membantu keinginan Vee untuk awet muda & juga mencapai berat badan yang diingini iaitu 50kg.

Nak x nak, mahu x mahu.. kena juga cari produk yang membantu untuk mencapai keinginan tersebut, betul x?

Setelah mencuba / consume macam-macam produk.. ada yang memang berkesan dalam masa 3-4 hari, tapi rupa-rupanya x baik untuk jangka masa panjang, terus Vee berhenti!! apa guna cantik sekarang tapi menderita untuk jangka masa panjang???

Sehinggalah Vee terjumpa satu blog seorang Doktor yang merupakan pengguna Shaklee & berkongsi cerita mengapa Shaklee jadi pilihannya, tambahan pula beliau juga merupakan pakar dalam bidang anti-aging & weight-loss management. Akhirnya Vee jatuh cinta dengan produk Shaklee kerana kebanyakan produknya berasaskan bahan semulajadi.  Mahal? Bila dah faham & tahu tentang produk nie.. bagi Vee Shaklee nie xdelah mahal mana sebab kebanyakan produknya boleh bertahan 2-6 bulan mengikut cara pengambilannya. Jimat & berbaloi sebenarnya =)


ESP pilihan pertama Vee & insyaAllah akan jadi pilihan selamanya kerana ESP merupakan sumber protein soya yang terbaik . Protein sangat penting untuk tubuh badan kita kerana membentuk tisu-tisu baru & memjadikan kulit lebih cantik, awet muda, cepat kenyang, baik untuk hormon, memulihkan pigmentasi & macam-macam khasiat lagi ^_^ dan yang paling best, sangat bagus untuk ibu-ibu yang menyusukan anak macam Vee nie =) Vee dapat, anak pun dapat.

Terima kasih juga Vee ucapkan buat kakak ipar Vee, Suhaida yang mengenalkan Vee dengan produk Shaklee walaupun mengambil masa yang lama untuk Vee jatuh cinta hehehe Terima kasih Sue ^_^

** PERCUMA Shaker untuk setiap pembelian ESP atau Cinch Shake, sementara stok masih ada.

sms / whatsaap Vee laju-laju untuk Harga istimewa & Free Gift = 012-649 8084



***semua ini adalah perkongsian peribadi. Tidak dibenarkan untuk mengambil mana-mana petikan tanpa kebenaran daripada saya, empunya blog ini. Terima kasih =)

Friday, March 21, 2014

Shaklee Pilihanku


Assallammualaikum wbt =)

Alhamdulillah, akhirnya Vee tekad untuk menjadi ahli Shaklee dengan rasminya .

InsyaAllah dalam entry seterusnya Vee akan share mengapa Vee akhirnya memilih Shaklee sebagai makanan tambahan Vee sekeluarga  & mengapa korang semua mesti jadikan Shaklee sebagai makanan kesihatan bersama ^_^

p/s : berminat dengan ESP Shaklee? Promosi Besar-besaran untuk bulan Mac nie sahaja tau, Beli 6 PERCUMA 1 botol ^_^ Kalau beli dengan Vee, Vee bagi PERCUMA SHAKER lagi =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...