Showing posts with label Kehamilan 3. Show all posts
Showing posts with label Kehamilan 3. Show all posts

Wednesday, November 13, 2013

Keep Pray & Calm :)

assallammualaikum wbt :)

masih lagi bergelar preggy mommy :) My Baby masih happy dalam perut Ummi dia nie, so xmo dah nak paksa-paksa.. just deliver when you are ready, perhaps pleaseeee do it before due ya My Precious Baby.. say big NO to induce @_@

semalam dah settle hantar email kepada Pegawai PTD yang menguruskan urusan temuduga nanti. Pagi tadi pegawai tue pun dah call Vee & bagitau kalau pada 16/11 tue Vee memang x boleh datang.. Vee kena call diorang lagi sekali & nama Vee akan dibawa ke fasa seterusnya iaitu fasa akhir. alhamdulillah... walaupun masa tue mungkin Vee pun belum abes pantang, tapi sekurang-kurangnya Vee dapat menghadiri temuduga tue tanpa rasa bersalah nak bersalin ker, nak pergi interview heheheh


anyway.. esok Vee ada appointment dengan Doktor kat Dengkil, untuk scan & last check up before deliver. Terus-terang perasaan Vee sekarang nie.. memang rasa berdebar sebab memikirkan sakit bersalin tue nanti.. harapnya Vee benar-benar kuat melaluinya..walaupun nie kali kedua Vee akan melaluinya.. tapi pengalaman di induce tue agak sukar untuk Vee lupakan... 

oh ya!! adik ipar Vee yang beza seminggu jer dengan Vee , nampaknya nasib dia berulang sama seperti anak sulung aritu.. Siti wajib admit wad untuk bersalin 18/11/13 (sama due dengan Vee tau!!) sebab baby dia lagi besar dari Ilyana.. aduhaiii.. kalau lah My Baby pun masih nak duduk dalam perut Ummi samapai 17/11 nie... nampaknya samlah tarikh baby kitorang nie lahir...kembar hari, lain mak & ayah.

Bercerita tentang air selusuh.. Kali nie Vee x buat pun air selusuh. Sebab? Susah nk jawab soalan tue, mungkin mengharapkan sangat doa daripada Mr Hubby & family.. Rasa geram gak ngan diri sendiri nie sebab suka nak cari pasal dengan Mr Hubby muehehe maaf yer Sayangg.. Vee kan notti.. Sila jangan disimpan di dalam hati.. & sila kurangkan mengusik Vee :p. vee kan cepat jer naik gerammm.. Hehehe 

Semoga dipermudahkan segalanya...aamiiinnnnn



Monday, November 11, 2013

39 Minggu dah menjengah...

assallammualaikum wbt

alhamdulillah... hari nie genap 39 minggu.. kiranya last week before deliver ~~gulp~~

My Baby.. please deliver before due T_T Ummi x sanggup nak lalui induce huhuhu jom keluar secara semulajadi & mudah yer ^_^ 

Harinie last check up kat KDPM, nurse check baby dah pun turun ke tempat sepatutnya, ertikata dah engage. Tapi bila dah pregnant anak kedua & seterusnya.. baby biasanya akan engage bila dah nak deliver. Kalau anak pertama.. biasanya baby engage awal dalam 2 minggu sebelum deliver. 

sekarang nie.. pinggang dah mula sakit sedikit & bila nak bangun & bergerak turun dari katil, bahagian punggung agak sakit. Vee akui agak stress sikit bila My Baby masih x bagi sign nak keluar tapi x elok berperasaan sebegitu sebab kesian kat My baby dalam perut. 


Tapiiiii... please..please..pleaseeee My Baby, keluar sebelum 18hb yer.. Ummi nak merasa pengalaman bersalin tanpa paksaan... pleaseee Sayanggggg pleaseeeeeeee

Wednesday, November 6, 2013

10 hari lagiiiiii

Assallammualaikum wbt

Minggu nie my baby dah pun 38 minggu.. Dannn hanya tinggal 10 hari jer untuk jumpa My Baby. Itupun kalau My Baby memang xmo kuar awal & nak gak Ummi dia kena paksa bersalin... Uwaaaaaa!!! Bagi yang xtau, Vee kena bersalin gak 18/11 tue kalau baby masih xmo keluar... 

Actually.. Vee pun xtau lah , agaknya anak-anak Ummi nie memang selesa duduk dalam perut Ummi dan xmo keluar awal hehehe yelah.. Masuk jer minggu ke 36/ 9 bulan, Vee bukan main lagi mengaktifkan diri sampai sakit-sakit kaki dah nie hahaha tapi My Baby rileks jer dalam perut.. Xder nyer nak bagi sign keluar awal ..

Perut memang dah turun, vee pun rasa ringan dah sekarang nie bila nak berjalan. Tapi itu bukan sign yang baby nak keluar awal . Semalam beria-ia Vee naik turun tangga kat Taman Tun dengan ditemani Mr Hubby, Elaine, Sue & anak-anak & mama. Then siap berjalan sampai ke tempat aerobik & sempat lagi main layang-layang. Bila dah main layang-layang.. Kena la lari-lari anak kan. Paling lucu.. Masa tengah main layang-layang, hujan plak turun... Dah kena balik ke kereta dengan bermandikan hujan :) Nasib Vee bawa baju lebih untuk Elaine, so tutup kepala Elaine & Abi nya tolong payungkan Elaine dengan layang-layang. 

Biasanya kalau Vee aktif, confirm My Baby akan mengeras x henti-henti lepas Vee aktif , lebih-lebih lagi bila Vee berehat lepas tue. Tapi semalam (Vee rasa Vee paling aktif) My Baby macam rileks jer, macam x penat jer.. Xder nak mengeras ker, or bergerak -gerak sangat .. Vee pun heran gak sebab biasanya lepas Vee penat, Vee akan rasa kurang selesa sket. 

Agaknya My Baby dah turun, so xdelah nak mengeras macam selalu. Cuma sekarang nie kaki Vee dah sengal-sengal sebab aktif sangat berjalan & naik turun tangga. Aduyaiiii... 

My Baby... Ummi, Abi & kakak Elaine dah x sabar tau nak jumpa baby :))  meh la keluar hahaha Leh cium bau baby sebab kakak Elaine dah xder bau baby hihihihi

Wednesday, October 30, 2013

Tanda Bersalin.. macam kena wat checlist jer... hehehe

assallammualaikum wbt

wahhhh rajin nya lah Vee nie mengupdate blog hahahha

actually.. hari nie Vee check up untuk 37 minggu (dah mula check up seminggu sekali). Alhamdulillah everything ok. Masa duk bersembang dengan nurse tue.. Vee bagitau la yang Vee aritu pergi Hospital Serdang & kena jangkitan kuman. 

Then, Vee bagitau gak yang Vee kena seluk & kesan dari selukan itu, keluar darah & pagi tadi masa mandi.. keluar lendir seperti putih telur yang banyak. Nurse terus bagitau "eh.. itu tanda dah nak bersalin tue.. lepas nie kalau dah mula sakit perut & baby mengeras, terus ke hospital ya. Jangan lupa kira gerakan anak"

Vee tanya gak nurse tu "tapi saya keluar darah sebab kena seluk, boleh jadi tanda ke?" Nurse pun jawab " biasanya x semua orang kena seluk keluar darah, awak keluar darah tue kiranya doktor dah tolong buka jalan.. awak ready jer"

Disebabkan ramai juga yang risau dengan keadaan Vee sekarang, so Vee terfikir nak buat check list tanda-tanda bersalin tue.. tengok mana tanda-tanda yang dah ada =)

Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan. (yup.. memang sakit di situ )
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing (yup)
  • sakit perut, memulas (yup)
  • kerap buang air besar (yup.. ceri beri lagi tau..)
  • kerap terkentut (yup hahahah)
tapi perut Vee masih x nampak turun ke bawah. xtau la sebab memang x turun or belum turun lagi..


Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Dua-dua dah keluar tetapi selagi belum sakit / kontraksi.. boleh rileks dulu =)

Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
ermm... kali nie Vee macam x sakit kat bahagian belakang sangat.. lebih kepada kaki & ari-ari. Kalau berjalan or nak bertukar arah tidur.. payah sangat rasanya huhuhu

Pecah air ketuban
  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
  • Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
Kontraksi yang tetap dan berterusan
  • Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. 
Baru braxton hicks  :)

Tuesday, October 29, 2013

Kenapa Bloody show dah turun????

assallammualaikum wbt



sekarang nie Vee dah pun masuk 37 minggu.. kalau ikut due, lebih kurang lagi 3 minggu lagi baby keluar. Disebabkan dilema yang dialami... Vee xtau nak fikir apa dah.. ingat kalau My Baby keluar seminggu sebelum tarikh interview, baru Vee call SPA untuk tangguhkan sessi interview Vee ke fasa seterusnya.. kalau x, insyaAllah cuba bertahan sampai lepas interview hahaha macam boleh jer nak tahan-tahan baby dari keluar. Buatnya masa tue Vee dah start contraction.. mau berkerut-kerut depan penemuduga menahan sakit, itu kalau tahan.. kalau x.. hahhh.. ada yang jadi bidan terjun time tue :p hihihihi

Vee bukan apa.. sayang tau kalau terlepas interview PTD nie . Antara jawatan yang memang Vee minat & tunggu-tunggu selepas Vee graduate lagi. Cuma dulu banyak Vee skip exam PTD sebab kekangan kerja masa tue.. bila Vee dah kahwin, barulah Vee serius & melalui semua fasa/ peringkat yang telah ditetapkan.

Ok, entry sebelum nie Vee bagitau Vee dah turun darah / bloody show kan? Bagi sesiapa yang x tau tanda-tanda bersalin.. meh Vee copy paste yer dari Baby Center

Bagaimana saya tahu saya sudah hendak bersalin?

Simpton mahu bersalin adalah berbeza untuk setiap wanita dan menentukan titik mulanya adalah mustahil. Ia merupakan satu proses iaitu apabila beberapa perubahan dalam badan anda bekerjasama untuk membantu kelahiran bayi. 

Dalam peringkat awal kelahiran, yang juga dipanggil fasa terpendam, anda mungkin rasa perkara-perkara berikut:

  • Sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau pada bahagian abdomen, selalunya disertai oleh rasa kejang seolah-olah senggugut. 

  • Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Ia adalah tanda yang proses kelahiran sedang berlaku.

  • Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.

  • Air ketuban anda pecah tetapi proses kelahiran hanya berlaku jika disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.




 So, Vee sebenarnya nak bagitau kenapa bloody show tue keluar sebenarnya..:p Sehari sebelum tue.. kaki kiri Vee punyalah sakit ya amat, sampai nak gerak pun susah. tapi masa tue Vee x heran sangat sebab sakit kaki tu dah lama Vee rasa sejak beberapa bulan. Tapi dalam masa yang sama.. Vee sebenarnya sakit perut terutama sebelah kiri.. tapi Vee x perasan sangat sebab sakit kaki lebih terasa masa tue.

Then, Vee call Makcik Sarawak untuk datang mengurut Vee malam tue. Masa kaki kena urut, baru Vee perasan baby asyik mengeras & terasa sakit sangat kat perut bahagian kiri.

lepas berurut, Vee perasan Baby asyik mengeras dengan kerap & dalam masa yang sama, perut Vee sebelah kiri terrrramat sakit sampai nak gerak pun susah. Vee syak dalam hati yang Vee mungkin kena kencing kotor sebab sakit tu xde timing (satau Vee, contraction ada timing).

Vee tahan jer sampai esok pagi.. memang dalam jam 3 am & 5am, Vee xleh tidur sebab sakit. Vee jalan-jalan kat ruang tamu sorang-sorang walaupun dalam hati terfikir yang Vee nie sakit bersalin ker or kencing kotor. Lagipun Vee xder turun tanda apa-apa.. so xdelah Vee rasa macam Vee nie nak bersalin lagi.

Pagi-pagi.. kejut Mr Hubby suruh mandi sebab Vee nak ke Hospital Serdang. Lebih kurang jam 10am, kitorang ke Hospital Serdang & Vee terus masuk ke dalam untuk pemeriksaan.

Macam biasa, lepas ambil BP & air kencing , diorang terus buat CTG & alhamdulillah everything ok. Thennnnn.. datang lah Doktor yang tanya macam-macam & minta izin Vee untuk V.E atau pun seluk =_=".

Tapi memang bernasib baik sebab x sakit langsung doktor tu seluk, Sah-sah lah jalan x buka lagi.. then datang Doktor Pakar untuk periksa Vee sekali lagi. Bila doktor tu usik perut belah kiri, menjerit kejap Vee sebab memang sakit!! Doktor seluk sekali lagi & scan perut Vee. Alhamdulillah Baby ok & kedudukannya memang kat bawah tapi belum masanya lagi untuk bersalin sebab belum ada jalan lagi.

Lebih kurang tunggu dalam sejam lebih (lamaaaanyerrr) , keputusan keluar tapi sebelum tue diorang minta Vee buat ujian air kencing sekali lagi. hambik... bukannya kencing jer keluar.. darah berketul-ketul keluar :p

Keputusannya.. memang Vee terkena jangkitan kuman dalam air kencing . kencing kotor la tue.. nie lah padahnya bila terrlalu suka minum air kopi, teh & nescafe huhuhu air kosong langsung xnak minum.. kan dah sakittt lagi.

Haa.. sebelum balik, Vee dah sedia maklum yang bloody show tu dah pun keluar tapi sebab seluk lah hehehe bukan keluar sendiri..  bolehlah ready bila-bila masa :D

Sekarang nie, setiap kali ke bilik air memang ada lendir berdarah tue... x banyak tapi ada. tapi biasalah, orang kata kalau dah keluar tanda lendir berdarah tue.. ambil masa gak untuk bersalin berbanding pecah air ketuban.

Alhamdulillah sakit di kaki dah hilang.. tapi berganti dengan sakit di bahagian bawah rahim setiap kali berjalan. Doktor cakap sebab baby dah turun. 

Monday, October 28, 2013

Bloody Show dah turun

assallammualaikum wbt


alhamdulillah.. bloody show dah pun turun.. tapi xdelah Vee tergesa-gesa nak ke hospital sebab biasnya kalau dah turun bloody show tue.. x semestinya terus bersalin kan ^_^

semoga dipermudahkan segalanya.. aamiinnn

Monday, October 14, 2013

Beza antara Dua

Bismillahhirahmannirrahim ...assallammualaikum wbt :)

My Precious Baby ^_^ Tinggal lagi beberapa minggu jer untuk baby keluar & bertemu dengan semua orang yang sayangkan baby :) Ummi nak kongsi apa yang istimewanya sepanjang Ummi mengandungkan baby 

1- Simptom yang Ummi alami semasa mengandungkan baby & kakak Elaine memang banyak bezanya. Antaranya 

  • Alahan mabuk / muntah-muntah Ummi berlaku sehingga Baby berusia 5 bulan dalam kandungan.. pantang rasa loya jer, abes segala isi perut membuak keluar hahaha masa kakak Elaine dulu, Ummi cuma alaminya selama sebulan jer
  • Stretch mark Ummi mula muncul seketika sehingga merisaukan Ummi yang sedaya upaya x menyentuh / menggaru perut walaupun terasa gatal. tapi alhamdulillah hanya seketika sebab dah hilang dah stretch mark tu ^_^
  • Cik Putih / Vaginal Discharge : Masa Elaine, Vee alami dari awal trimester lagi sampai bersalin.. memang agak merimaskan + merungsingkan... kali nie.. berlaku masa trimester kedua sahaja & masuk jer trimester ketiga, dah xder :)
  • Letih & malas hehehehe kali nie memang xleh nak elak 2 perkataan nie dengan Vee. seriously Vee rasa malas sangat sebab badan letih & lesu jer. maybe sebab Vee kan BF  Elaine. bila Elaine dah stop, baru badan Vee rasa bermaya & rajin sikiiitt :p tapi bila dah berpengalaman mengandung semasa masih menyusukan anak + anak masih kecil, buat Vee realize perlu juga untuk menjarakkan kandungan seterusnya hehehehe kesian kat baby, x puas nak manja-manja.
  •  Pedih Ulu Hati = baru-baru nie Vee alami semula rasa pedih ulu hati nie.. memang x selesa siap muntah lagi. aduhaiii.. Masa Elaine dulu, x pernah pun rasa pedih ulu hati nie. Baru Vee tahu perasaan & ketidakselesaan ibu-ibu yang sering mengalami pedih ulu hati nie.. hurmm
  • Rasa Pitam & ingin tumbang = biasanya disebabkan HB Rendah. Vee rasa masa mengandungkan Elaine, badan & sistem badan Vee agak kuat & bagus bekerja, so memang x ada masalah HB rendah nie tapi kali nie x taulah kenapa.. harapnya biarlah hanya Vee jer yang terrkesan dengan kelemahan tubuh badan nie, My Baby biarlah terus sihat..aminn

oh ya.. walaupun berbeza simptom semasa mengandungkan kedua-dua my Precious nie.. namun bukan bermakna gender mereka juga berbeza hahahaha tunggulah baby deliver nanti, baru pasti boboy or gegurl =)

p/s: masih x dapat lagi nama baby.. uwaaaa

Thursday, October 10, 2013

Temujanji Doktor untuk 34 minggu & aktiviti Ummi & Elaine

Assallammualaikum wbt :)



Alhamdulillah hari nie dah settle perjumpaan dengan Doktor di Dengkil & siap sekali dengan temujanjji dengan Doktor Pakar di Hospital Serdang.

Tadi, masa jumpa Doktor Piya di KK Dengkil, Macam biasalah scan My Baby & ready untuk surat ke Hospital Serdang. Masa baring untuk scan, Doktor siap cakap "wah, comel jer perut awak nie" . Biasalah tu, perut Vee nie awal trimester bukan main lgi ke depan, then masuk jer trimester akhir.. Memang rileks jer besar macam tue (x membulat ke depan) .. Senang nanti jaga perut time pantang hehehe

Then, scan baby & alhamdulillah berat baby dah pun bertambah 2.44kg .. Fuhhh lega. Tapi berat Vee turun sekilo iaitu dari 73 kg ke 72kg dalam tempoh 2 minggu. Xper.. Janji baby sihat kat dalam ni :) Doktor check air ketuban & bagitau "biasanya perut kecik sebab air ketuban kurang tapi awak punya air ketuban, ok jer.. Berat baby pun ok". 

Then, masa buat surat untuk rujukan ke hospital Serdang, Doktor check my BSP dan HBA1C..result semuanya ok dan xde gaya pun macam ada GDM.. So keputusannya Vee x perlu bersalin awal 2 minggu (lega) tapi tetap kena bersalin sebelum due iaitu 18/11/13 tu, baby dah keluar. Xpe Doktor..masuk jer 36  minggu, saya akan aktif berjalan dan naik tangga demi melahirkan baby secara normal tanpa paksaan ^_^

kitorang terus ke Hospital Serdang untuk buat temujanji dengan Doktor Pakar. Punyalah ramai orang terutamanya ibu-ibu mengandung.. Rasanya dirang nie kalau Vee bagitau yang Vee nie peknen dah 8 bulan lebih, mau terkejut sebab perut kitorang beza sangat bosar nya :)

Nasib x perlu tunggu terrlalu lama, Doktor bagi temujanji pada 11/11/13 .. Terus Vee cakap "eh.. Nak dekat bersalin baru jumpa ye? ". Nurse bagitau " sebab result GDM awak ok jer, xde masalah. Tapi kalau awak bersalin awal, x payahla datang ". 

Then.. selain al kisah baby nie.. Vee share beberapa gambar bersama anak dara yang manja, Elaine :) nie lah antara aktiviti kitorang bila dah xder benda nak buat hehehe







Best kan bila ada anak nie terutama anak dara yang manjaaa macam nie hehehe bila tengok dalam gambar Elaine memang iras Vee tapi bila orang jumpa kat luar, ramai yang cakap macam Mr Hubby .. nak buat macam mana, dah muka Vee & Mr Hubby kan seirassss (orang yang kata yer hehehe)

Friday, October 4, 2013

Set Bersalin NR dan lain-lain

assallammualaikum wbt :)

Alhamdulillah akhirnya Set Bersalin NR dah pun selamat ke tangan Vee ^_^ Semoga terlaksana segala impian Vee untuk mencapai 50kg lepas bersalin ni ~InsyaAllah~~



Set nie harganya RM 365 di pasaran, tapi sudah semestinya Vee survey terlebih dahulu kan sebab mahal wehhhh!! Cari punya cari akhirnya jumpa beberapa orang yang jual dengan harga yang murah + siap dengan freegift lagi. 


So, dapatlah Vee set Bersalin NR nie dengan harga RM 300 beserta free gift iaitu Barut Baby, Tungku Baby, Pati Halia dengan Limau Nipis, Param & Telon Baby ^_^ bolehlah daripada beli kat stokis yang x dapat apa-apa kecuali diskaun RM 10 jer :p Walaupun masa nak bayar tue agak menggigil gak sebab 1st time beli online barang-barang mahal nie :p takut kena tipu hehehe RM 300 tue.. dah lah Mr Hubby yang belanja..

Aritu Vee ada bagitau kenapa Vee pilih set nie.. sebab utamanya ada Phyto Natal tu :) kalau dalam pantang, penting sebab melawaskan pembuangan air besar .. biasanya lepas bersalin, part nak membuang tue yang menakutkan sebab takut jahitan terbuka & pedih.. then bila perut mudah lawas, mudah jugalah untuk lemak-lemak tu terbakar sebab metabolisme menjadi aktif (teori sendiri nie hehehe)

Selain dari set nie..beberapa keperluan semasa berpantang dah pun ada. Dan yang paling penting walaupun dah ada set bersalin, Losyen Pati Halia & Limau Nipis tu wajib ada hehehe walaupun bukan jenama Mustajab ..errr Vee pernah pakai Mustajab tapi panas jer lebih, lemak masih gak melekat =p .. Masa berpantang Elaine dulu, Vee guna jenama yang sama macam kat gambar tu (Green Herbs rasanya...) bagi Vee memang berkesan & nampak perubahannya. Murah pun murah sebab beli kat Mydin jerr =) yang Losyen Yusmira tu Vee dapat percuma jer sebab beli Set Bersalin NR tue. Buat apa nak membazir beli Felinna or Mustajab.. sama jer kesannya :)


Then, Vee kan pernah bagitau yang Vee dah pernah beli Bidadari dcl.. masih ada lagi dalam peti ais sebab x sempat nak abeskan dah pregnant. Kesan Vee minum Bidadari dcl memang bagus. So insyaAllah lepas 3 minggu pantang nanti, Vee minum semula Bidadari tu untuk menjaga kecantikan dalaman. Biasalah peranan Bidadari kan untuk mengembalikan "keanakdaraan" kita.. ehemm... faham-faham jelah, segan Vee nak terangkan lebih-lebih =p


Cukup bercerita tentang set bersalin nie.. sedikit celoteh tentang persiapan menyambut orang baru x lama lagi =) Setakat nie semua baju-baju My Baby dah pun lengkap & siap dicuci & tersusun cantik dah. Keperluan My Baby pun dah lengkap.. even cadar baru khas untuk tilam baby pun dah beli sebab kononnya nak bagi color lain sedikit berbanding masa Elaine dulu hahaha sudahnya bila scan.. jantina sudah tukar.. xpelah, yang penting My Baby selamat dilahirkan & dapat memeriahkan lagi family kitorang ^_^






ahhhh.. serius x sabar nak tunggu My Precious Baby nie keluar :) Elaine pun sama.. asyik panggil jer nama adik dia.. "Baby..baby..." sambil cium perut Vee :) Alamakkkkkk.. nama Baby x jumpa lagi T_T

Wednesday, October 2, 2013

33 Minggu.. My Precious Baby dah asyik mengeras jerrr

Assallammualaikum wbt

Sekarang nie My Baby dah pun masuk 33 minggu.. kalau ikut due, lagi 7 minggu .. ikut bulan.. lagi 3 minggu untuk 9 bulan. Tapi Vee dah rasa sangat x selesa di bahagian bawah nie.. nak bergerak pun rasa sakit jer. Masa time Elaine, x pernah rasa macam nie.. bila tanya orang, ada yang jawab normal untuk sesetengah ibu akan rasa macam tu..

My Baby memang suka bagi Braxton Hicks sejak bulan lepas. Bagi sesiapa yang x tau Braxton Hicks tu apa, lebih kurang kontraksi palsu aka Mengeras. Biasanya kalau jumpa doktor / nurse.. diorang akan tanya.. baby ada mengeras x? tu maksudnya kontraksi yer ibu-ibu.. dulu masa time Elaine, bila doktor tanya "baby ada mengeras?" Vee blur & xtau nak jawab apa-apa sebab x faham :p tapi memang masa Elaine dulu.. Elaine x bagi sign kontraksi palsu pun.. rileks je duduk dalam perut nie hehehehe

semalam Vee seharian mengalami sakit di bahagian bawah, xleh nak gerak sikit je, mesti sakit. Masa nie Vee terfikir kepala baby mesti dah engage & janganlah baby nak keluar awal.. awal sangat la baby... baru 33 minggu.

Malam tu masih lagi sakit, Vee terus ajak Mr Hubby ke Klinik Sofea sebab risau sangat. Masuk jer bilik Dr Sofea, terus Vee mengadu ketidakselesaan yang Vee alami & my baby memang asyik mengeras jer satu hari. Dr Sofea suruh Vee baring & terus scan.

Keputusannya.. memang betul my baby dah engage & berada dalam kedudukan bersedia untuk dilahirkan... terus Dr tanya "awak aktif sangat yer.. lepas nie banyakkan berehat di rumah sebab masih awal lagi untuk bersalin.. kalau dah 37 minggu.. baru ok kalau nak bersalin.. baby awak nie dah ke bawah sangat".  X dinafikan betapa aktifnya Vee kali nie sebab asyik berjalan jer hahahaha

Alang-alang dah scan, Vee pun minta Dr Sofeya tengokkan sekali jantina baby.. tadaaaaa!!! Dr Sofeya pun terkejut sebab dah bertukar.. hehehehe aritu baut 4D Scan nampak lain.. adeh. Vee gelak jer sambil tengok Mr Hubby... pening lah nak cari nama nie...

To My Baby sayangggg... pleasee bertahan at least sampai 36 minggu, jangan keluar dulu tau hehehe bagi baby betul-betul kuat, baru keluar ^_^


Friday, September 27, 2013

Kejutan buatku

Semalam Vee ada appointment dengan Doktor kt Dengkel untuk scan. Masa nie Vee minta Doktor tengokkan sekali jantina baby.. Sekali Vee yang terkejut sebab Doktor bagitau 60% adalah ..... , beza plak masa Vee wat 4D scan aritu. Ahhhhh sudah.. X pasal -pasal nak kena cari nama lain nie. Memula masa Vee bagitau Mr Hubby, memang terkejut lah Mr Hubby.. Siap kitorang nak gie scan kat Dr. sofea.. Tap bila Vee fikir balik, biarlah...x kesah baby boy or gegurl... Janji selamat dilahirkan, sempurna akal fikiran & fizikalnya :)) 

Cuma!!! Vee terkejut bila Doktor bagitau yang Vee mungkin kena bersalin sebelum /pada  38  minggu sebab GDM. Aik... My GDM ok tau.. Huhuhu Doktor bagitau memang macam tu prosedurnya.. Yekerrrr??

Kalau betullah Vee kena bersalin sebelum / pada38  minggu.. Nampaknya xder harapan nak sama ngan birthday Elaine .. Adeh.. Paling sedih sebab x dapat nak celebrate birthday Elaine sebab dalam pantang... Uwaaaaaa!!!! 

Tarikh lebih kurang 1Nov -4 Nov 2013.. Kalau 1 Nov, sama birthday ngan my MIL.. Kalau 3 Nov, sama dengan Abah... Owh... Macam xleh nak fikir skang nie.. Vee harap sangat Vee dapat melahirkan my baby tanpa induce, biarlah Vee merasa kesakitan semulajadi & dapat bersalin normal..aaminnn. 

Oh ya.. My baby nie memang suka mengeras tiba-tiba tau sekarang nie. Sabar my baby.. Nanti bila Ummi kena bersalin awal, baby keluar lah secara semulajadi tanpa paksaan yer :)) sayannnnnggg baby 

Friday, September 20, 2013

Perkembangan keputusan BSP

assallammualaikum wbt 

Vee sebenarnya dah lama nak update perkembangan GDM vee iaitu keputusan ujian BSP Vee yang dah pun Vee lalui sebanyak 4 kali ~~hurmm~~

Bagi mereka yang x tahu apa itu GDM (Gestational Diabetes Melitus), selalunya dialami oleh wanita yang mengandung yang kantoi semasa ambil ujian MGTT / Air Gula :p Vee antara orang yang terkantoi walaupun dalam hati masa tue Vee yakin Vee xder masalah GDM hahahhaa hambek.. sekali kantoi. 

dengan perasaan x puas hati, Vee terpaksa gak buat BSP iaitu cucuk jarum di hujung jari sebanyak 4 kali dalam masa satu hari . Memang la ada orang cakap "eleh.. hujung jari jer" eleh.... meh sini Vee cucuk jari korang dengan jarum 4 kali sehari.. nak??? 

Proses BSP bermula dengan korang dikehendaki berpuasa pada jam 10 malam sehari sebelum nak kena ambil darah. Then bangun awal-awal pagi tanpa makan apa-apa, pergi ke klinik dalam jam 8am untuk dicucuk kali pertama. Selepas tu sila makan laju-laju sebab kena berpuasa semula untuk 2 jam lagi.

Dalam jam 10.30am.. pergi ke Klinik semula & ambil darah untuk kali ke 2, dan bolehlah makan dengan senang hati sehingga jam 12 tengahari sebab kena berpuasa bermula jam 12 tengahari sehingga jam 2pm. 

Jam 2 pm ke Klinik untuk ambil darah kali ke 3 dan lepas tue boleh lah makan sesukahati sehingga jam 6pm. Puasa selama 2 jam & jam 8pm ke Klinik untuk ambil darah kali ke 4. 

Bagi bacaan normal.. BSP dilakukan 2 minggu sekali, bagi yang terlebih bacaan.. seminggu sekali atau lebih kerap lagi mengikut nasihat Doktor kerana dibimbangi merisikokan bayi di dalam kandungan.

Bacaan Vee? Memang expected la yang Vee ok jer hahaha sampai Nurse yang jumpa Vee cakap "Awak pandai jaga diet, tapi terpaksa lah juga buat BSP sebab dah terkantoi". ehh... Nurse silap sebenarnya, sejujurnya Vee xjaga diet langsung, segala makanan & minuman manis selamba jer Vee telan hehehee bukan apa.. bagi Vee kalau betul-betul nak tau kita memang ada kencing manis / diabetes.. better jangan kontrol makan.. kang masa check up jer bacaan cantik tapi bila hari biasa.. sebenarnya memang ada diabetes. Sebab tue masa Vee buat BSP.. Vee sengaja makan & minum macam biasa.. alhamdulillah melalui keputusan BSP yang Vee dah buat.. xpernah lagi bacaan Vee terlebih .. kiranya Vee memang xder diabetes / GDM tu.. tapi masih kena teruskan BSP setiap 2 minggu sekali untuk pemantauan.

Nie bacaan BSP Vee..Bacaan sebelum jam 8am xleh lebih 5.3 & seterusnya xleh lebih 6.7. Kalau terlebih, memang confirm GDM


    • 17/7/13 : 8 am = 5.1    10.30 am = 5.6     2 am = 6.4      8 pm = 4.3
    • 21/8/13 : 8 am = 5.1    10.30 am = 5.0     2 am = 5.5      8 pm = 5.5
    • 4/9/13   : 8 am = 4.7    10.30 am = 5.7     2 am = 6.1      8 pm = 5.7
    • 19/9/13 : 8 am = 5.0    10.30 am = 5.5     2 am = 5.3      8 pm = 5.0
ok jer kan bacaan BSP Vee?? hehehehe semoga Vee dapat melahirkan Baby tanpa sebarang masalah.. aminn..

Nie nak cerita tentang Elaine pulak.. sejak Elaine dapat tahu yang dia bakal dapat adik nie, bukan main sayaaannngggg dengan adiknya =) . Setiap hari x pernah x cium adik dalam perutnya. Kali nie.. x boleh langsung usik nama baby bila Elaine tengah merajuk.. mesti terus lembut jer hati dia. faham??

contohnya kalau Elaine tengah merajuk or marah dengan Vee.. Vee akan cakap macam nie "Baby.. tengoklah.. kakak Elaine xmo kawan Ummi.." terus Elaine datang kat Vee & cium perut Vee bertalu-talu hehehe

Monday, September 2, 2013

Checlist Penting untuk Ibu & Anak

assallammualaikum wbt.

gigih menelaah kembali segala keperluan baby & Vee untuk di hospital & selepas bersalin :p hambik. anak dah masuk no 2 , baru terhegeh-hegeh nak menaip kat blog sendiri. senang nak rujuk untuk anak-anak seterusnya :)


actually, Vee xdelah rasa nak uruskan semua benda tu buat masa sekarang sebab rasanya masih awal lagi tapi Mr Hubby yang beria-ia suruh semak segala keperluan Vee & Baby.. dia pulak yang excited terlebih nie :p Vee ingat bila dah masuk 9 bulan baru nak siapkan semua benda sebab bukan banyak pun yang nak kena beli.. barang-barang Elaine masih lagi boleh digunakan kecuali beberapa helai baju yang terlebih keperempuanan.. ehhhh terrlepas plak ^_^

tapi ada gak selamba jer baju-baju newborn yang color pink tue akan dipakaikan untuk baby.. layan je lah baby oii hahahaha bukan orang tengok pun sebab akan dibedung sepanjang baby bergelar newborn :D

Keperluan IBU di hospital ( letak dalam beg siap-siap)


  1. Buku Merah -wajib
  2. telefon & charger - penting tu.. kot-kot kena tahan wad, nak lepas rindu kat Elaine & Mr Hubby, surfnet ke.. paling penting ambik gambar hahahah
  3. t-shirt longgar - actually guna masa nak keluar wad sebab biasanya hospital akan bagi uniform pink .
  4. stokin - wajib terutama selepas bersalin.. terus mula sesi pantang kannn
  5. kain batik - pun biasanya dipakai masa nak keluar hospital nanti
  6. anak-anak dalam  - faham-faham lah yer.. tapi pastikan yang memang khas untuk maternity kerana selesa
  7. peralatan mandi - Vee kongsi dengan baby jer.. penuh beg nak bawa banyak-banyak
  8. selipar
  9. termos - wajib untuk Vee yang suka nak minum jer setiap masa :D
  10. bekalan makanan - kurma, biskut, 3 in 1, untuk mengalas perut & melayan anak tekak
  11. sweater - wajib gak sebab malam-malam sejuk tau
  12. sikat, bedak, getah, deodorant, perfum
  13. maternity pad - sebungkus besar / sederhana
  14. towel, berus gigi, pencuci muka, ubat gigi
  15. Al-Quran, Yassin & majalah / buku - untuk hilangkan rasa bosan bila kena tahan wad
  16. tudung / shawl

Keperluan BABY di hospital ( letak dalam beg skali)

  1. pampers newborn - bawa 10 helai walaupun biasanya dapat percuma selepas bersalin
  2. baju 3 helai
  3. sarung tangan & kaki 3 -4 pasang
  4. kain / selimut bedung yang siap-siap ada penutup kepala - senang x payah nak pakai topi
  5. mandian baby
  6. bedak, minyak telon baby
  7. baby wet tissue - wajib bawa yang travel sebab kadang-kadang baby poo-poo banyak kali
  8. barut
  9. plastik - untuk baju kotor Vee & baby

Keperluan IBU semasa berpantang 

  1. stokin - wajib pakai kecuali semasa mandi
  2. baju lengan panjang - wajib sebab xleh nak sejuk sangat
  3. tungku - vee guna bata merah jer sebab lagi best berbanding tungku moden.. x feel
  4. kain batik - pakaian wajib setiap hari
  5. bengkung - wajib pakai demi mendapatkan perut kempis :)
  6. maternity pad 
  7. minyak kuning - letak kat pad untuk cepatkan sembuh luka jahitan.. mula-mula rasa pedih sket
  8. param / pilis - elakkan angin masuk ke badan
  9. minyak panas 
  10. krim kempis perut - biasanya vee minta Mr Hubby sapu dekat perut & belakang bahu sebelum pakai bengkung.. nak kurus cepat kannn
  11. Herba Mandian - Vee suka pakai serai wangi, segar sangat lepas mandi + wangi
  12. Sirih & asam keping - air rebusan untuk cuci selepas membuang air kecil & besar

Keperluan BABY 
  1.  Tab Mandi - wajib sebab senang nak mandikan.. boleh guna dari anak pertama & seterusnya
  2. Bengkung - wajib pakai sampai 3 bulan
  3. kain bedung
  4. minyak telon - supaya x kembung perut
  5. minyak pusat - biar pusat betul-betul kering & luruh cepat
  6. Peralatan mandian 
  7. pencuci khas untuk pakaian bayi
  8. Kipas Kecil

cukup dulu setakat nie :)

Friday, July 26, 2013

4D Scan.. & sedikit penangan utk Asyraf Muslim

assallammualaikum wbt

Akhirnyaaaaaaaaa Vee dapat juga memasang Banner & Bunting untuk Butik Zunnur'ain Collection (fuhhh walaupun Mr Hubby yg pasang hehehe). Punyalah lama baru nak pasang hehehe bukan apa.. lepas jer Perasmian Buti aritu.. Vee terus pregnant.. dah banyak kena tangguh hehehe

Bila dah pasang banner tu, tue tandanya Vee akan sentiasa berada di butik dari jam 11 am - 6 pm setiap hari kecuali Ahad ( kalau rajin, Vee bukak hehehe). Jemput datang yer semua.

Anyway.. Vee dah pun buat 4D Scan hari Rabu yang lepas.. awal kan hihihi sajer jer, sebab kalau lepas nie, takut x de masa jer. alhamdulillah everything ok & kali nie baby pun dah nampak jantina nya hehehehe suprise ^_^

dannnn.. berat my baby agak kurang berbanding berat yang sepatutnya, Doc advise supaya Vee kena makan banyak & kalau x larat, diminta untuk x berpuasa sebab kesian kat baby. so acaner Vee dikatakan ada kencing manis???? huhuhuhu Doc pun pelik kenapa vee leh kantoi masa MGTT sedangkan berat Vee ok jer.. xper lah, dugaan ...

.................................................

ehem-ehem.. sebenarnya hati nie masih panas lagi dengan alkisah ASYRAF MUSLIM nie =( patut x dia jawab macam nie "Saya mengenali Sakinah sebelum saya mengahwini Dayana lagi. Kami bermula sebagai kawan biasa tetapi lama-kelamaan timbul satu perasaan seperti secret admirer. Saya mula rasa nak kahwin dengan dia. Jadi, saya kahwin sebab saya rasa nak kahwin"

itu adalah kata-kata yang paling ANNOYING pernah Vee dengar dari mulut seorang lelaki terutama suami!! Kalau dah kenal si Sakinah tu dulu.. yang getisss gak nak kahwin ngan Dayana awatnya?? xder sesiapa pun yang paksa... ahhhh... memang Vee x leh terima kata-kata tu!!  ~~mood Bengang~~


Thursday, July 18, 2013

BSP kali pertama...


assallammualaikum wbt

semalam Vee dah pun menjalani ujian BSP yang pertama... so semalam Vee x puasa tapi masih jugak kena puasa 2 jam sebelum ambil darah.. jenuh nak ke KDPM tu 4 kali.. nasib baik boleh balik & Mr Hubby sporting nak hantar hehehehe

keputusan BSP Vee semalam memang normal jer.. xde pun terlebih ke hapa tapi agak x suka bila dapat tau yang Vee kena buat jugak BSP tu setiap 2 minggu sampailah bersalin..uwaaaaa.

Nurse tu bila pandang muka Vee terus tanya "eh.. awak ada kencing manis ke? " terus Vee pun buat ala-ala muka frust hehehe nak buat macam mana.. kantoi masa buat MGTT aritu..

oh ya.. aritu Wardina Safiyyah ada share artikel mengenai puasa untuk ibu mengandung & menyusukan anak.. barulah jelas yang kami nie boleh meninggalkan puasa jika bimbang dengan kesihatan anak di dalam kandungan & disusukan.. cuma bayar fidyah tanpa perlu menggantinya..

sumber : Salman Ali

Tidak ada nas al-Qur’an dan al-Sunnah yang kuat (sahih) dan jelas(sarih) menyentuh tentang cara menggantikan puasa bagi perempuan yang meninggalkan puasa kerana sedang mengandung ataupun menyusukan anak. 

Disebabkan itu , para ulama’ berbeza pandangan berkaitan tafsiran firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 184 

فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ 

(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang terdaya berpuasa (lalu mereka meninggalkan puasa) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu), kalau kamu mengetahui. 

Terdapat perbahasan terperinci berkaitan maksud ayat ini dikalangan ulama’ namun secara ringkasnya Ibn katsir mengambil pandangan beberapa sahabat seperti Ibn Mas’ud dan ibn Abbas dan merumuskan bahawa diperingkat permulaan disyariatkan puasa ramadhan , sesiapa dikalangan umat Islam yang mampu berpuasa diberi dua pilihan sama ada untuk berpuasa atau menggantikan puasa dengan membayar fidyah sahaja. Sebaliknya orang yang sakit ataupun bermusafir pula boleh berbuka pada bulan ramadhan dan menggantikannya pada selain bulan Ramadhan. 

Selepas daripada itu Allah mewajibkan puasa untuk setiap orang yang mampu berpuasa(tidak sakit dan musafir) dan mereka tidak dibenarkan menggantikan puasa dengan membayar fidyah lagi.hukum musafir dan orang sakit dikekalkan seperti asal. 

Kata Ibn Abbas sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari 

وَعَلَى الَّذِينَ يُطَوَّقُونَهُ فَلَا يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ 
قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ لَيْسَتْ بِمَنْسُوخَةٍ هُوَ الشَّيْخُ الْكَبِيرُ وَالْمَرْأَةُ الْكَبِيرَةُ لَا يَسْتَطِيعَانِ أَنْ يَصُومَا فَيُطْعِمَانِ مَكَانَ كُلِّ يَوْمٍ مِسْكِينًا 
Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa memberi makan seorang miskin.(Albaqarah :184) 

Kata Ibn Abbas :Ayat ini tidak dimansukhkan.Mereka adalah orang tua lelaki dan perempuan yang tidak mempu berpuasa,maka hendaklah mereka memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan. 

IBn Abbas membacakan Ayat ini dengan perkataan يُطَوَّقُونَهُ dan bukannya يُطِيقُونَهُ 
يُطِيقُونَهُ beerti “mampu” (untuk berpuasa) 
يُطَوَّقُونَهُ pula beerti “terpaksa bersusah-susahan” (untuk berpuasa). 

Secara ringkasnya hukum yang dapat difahami dari perbahasan ini adalah: 

1)Orang yang meninggalkan puasa Ramadhan disebabkan sakit ataupun bermusafir hendaklah menggantikan bilangan hari yang ditinggalkan pada bulan-bulan lain. 
2)Orang tua dan uzur yang menghadapi kesusahan untuk menunaikan puasa Ramadhan boleh menggantikan puasa mereka dengan memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan. 

Persoalan seterusnya adalah untuk merungkai perempuan yang meninggalkan puasa Ramadhan sebab mengandung ataupun menyusukan anak termasuk dalam ketegori yang mana :orang sakit ataupun orang tua dan uzur?. 

1)Imam al-Syafi’i dan Ahmad berpandangan bahawa orang yang meninggalkan puasa Ramadhan disebabkan mengandung ataupun sedang menyusukan anak hendaklah menggantikan bilangan puasa yang ditinggalkan disamping memberi makan orang miskin sebanyak hari yang ditinggalkan.Ini adalah jalan selamat dan keluar dari dengan menggabungkan kedua-dua keadaan(orang sakit dan musafir serta orang tua dan uzur) 
2)Imam Ibn Hazm berpandangn bahawa perempuan yang meninggakan puasa disebabkan mengandung ataupun menyusukan anak tidak perlu menggantikan bilangan hari yang ditinggalkan dan tidak perlu juga memberi makan orang miskin kerana mereka tidak termasuk dalam ketegori yang diperintahkan untuk menggantikan puasa ataupun memberi makan orang miskin.(Al-Muhalla) 

Kedua-dua pandangan ini adalah pendirian yang terlalu ketat dan terlalu longgar dalam mengeluarkan hukum dari nas. 

Pandangn yang pertengahan adalah menyamakan hukum perempuan mengandung ataupun menyusukan anak dengan salah satu diantara orang sakit ataupun orang tua yang uzur. 

1)al-Hasan al-Basri, ’Ata bin Rabah ,al-Dahhak , al-Nakha’I dan al-Zuhri berpandangan bahawa perempuan mengandung atau yang menyusukan anak hanya perlu menggantikan puasa tanpa memberi makan orang miskin.(Tafsir al-Qurtubi) 
2)Ibn Abbas berpandangan bahawa mereka hanya diwajibkan memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan tanpa perlu menggantikan puasa (R.al-Daraqutni dengan sanad yang sahih) 

Saya berpandangan bahawa dalam bab ini , pandangan yang paling kuat adalah pandangn Ibn Abbas iaitu perempuan yang meninggalkan puasa Ramadhan kerana mengandung ataupun menyusukan anak hanya perlu memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan tanpa perlu menggantikan puasa atas alasan berikut: 

1)Jika orang tua dan uzur yang meninggalkan puasa kerana kemudharatan diri sendiri dibenarkan sekadar membayar fidyah , sepatutnya ibu mengandung dan menyusukan anak lebih patut kerana mereka meninggalkan puasa kerana kemudaratan orang lain. 
2)Bagi perempuan yang meninggalkan puasa untuk tempoh yang panjang kerana mengandung atau menyusukan anak, adalah sesuatu yang sukar bagi kebanyakan mereka menggantikan kesemua bilangan hari yang telah ditinggalkan. 
3)Berpegang dengan hadith sahih riwayat al-Bukhari “Permudahkanlah dan janganlah kamu menyusahkan” 

Thursday, July 11, 2013

kantoi ujian MGTT.. T_T.. kenalah buat BSP

assallammualaikum wbt

semalam vee dapat call dari Klinik Desa Pulau Meranti untuk keputusan MGTT (Modified Glucose  Tolerance Test).. sedihnyaaa!!! sebab keputusannya Vee ada kencing manis ..uuuwaaaaaa!!!

sedih & macam x percaya.. so rabu depan  Vee kena buat BSP selama satu hari.. x boleh puasa untuk satu hari tu sebab Vee dah kena berpuasa malam tu mula jam 10pm. ambil darah jam 8am dan kena makan setiap kali selepas ambil  darah. kesimpulannya.. darah vee akan diambil 4 kali dalam satu hari.. oh hati... sabarlah...

bila Vee google pasal BSP & kencing manis nie.. memang ada sesetengah wanita hamil yang dapat kencing manis semasa mengandung.. hurmmmm... nampaknya dugaan Vee untuk kehamilan kali nie agak mencabar, hb kuranglah..kencing manislah..huhuhu.. xpelah baby.. janji baby sihat. Ummi akan usaha yang terbaik untuk baby..insyaAllah

nasib baiklah aritu mama tergerak hati nak beli beras basmathi.. terus pagi nie Vee masak beras tu untuk sahur.. lepas nie kenalah kurangkan makanan & minuman manis yang sememangnya menjadi kegemaran Vee huhuhuhu




Wednesday, May 22, 2013

1st check up di Klinik Desa Pulau Meranti

assallammualaikumwbt

alhamdulillah dapat juga buka buku merah harini walaupun menunggu lama.. lama sebab buat check up untuk Elaine sekali. Elaine kan dah setahun 6 bulan ^_^

berat turun 2.5kg.. aduhaiii.. rasa makan dah banyak tapi berat turun gak. arini x ambil darah sebab kena pergi klinik kat Dengkil.. lecehnyaaa tapi nak buat macam mana kan..

apa yang vee nak kongsi kali ni, muka vee. uwaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! memang xder seri dah rasanya.. naik segala anak-anak jerawat kat dahi, pipi, hidung, dagu T_T lagi teruk daripada yang lepas nie.. dulu hanya subur di dahi, kali nie satu muka.. abeslaaa xder orang ngorat wakakakaka berangan!! perut dah ke depan :p

bab makan , x semua yang vee lalu makan. ikut mood & ikut suka hehehehe paling vee suka cili api!!! x sangka apa yang vee suka masa mengandungkan Elaine, berulang kembali hehehehe sedap tau makan cili api ni.. pedas berapi!!

cukuplah dulu.. nanti sambung lagi kalau rajin :p

Friday, May 3, 2013

Minggu terakhir trimester pertama

assallammualaikum wbt

lagi beberapa hari je lagi kandungan Vee akan masuk 12 minggu / 3 bulan / minggu akhir untuk Trimester Pertama.. alhamdulillah =)

rasa macam cepat jer masa berjalan.. perut toksah cakap.. dah nampak dah hehehe mau nyer x nampak, masa doktor scan, baby memang ada betul-betul depan perut.. xyah nak tekan-tekan..terus nampak baby :)

Doktor bagitau due vee kalau ikut period, 18/11/2013.. ikut scan, 24/11/2013. lebih tepat tentunya ikut period kan :) ikut kata orang yang berpengalaman.. biasanya anak kedua dan seterusnya akan lahir lebih awal dari due. orang yang kataaa.. bukan vee. ;p Tapiii!!! kesian Elaine sebab x dapat nak celebrate birthday yang kedua tahun kalau Vee bersalin awal dari tarikh hari lahirnya huhuhu


keadaan Vee sekarang.. memang Vee x mengalami mabuk yang teruk macam orang lain.. tapi tekak Vee asyik rasa loya yang melampau-lampau. Loya.. bukan muntah. so.. bila dah x tahan sangat, kadang-kadang Vee terpaksa jolok sikit tekak walaupun masa tu perut Vee kosong. terpaksa sebabx tahan dengan rasa loya yang memenuhi ruang tekak.

selain tu.. badan Vee memang lemah. susu vee dah x lalu minum.. minum jer, terus loya & muntah.  memang terasa sangat betapa lemahnya badan nie sebab Elaine menyusu dengan Vee.. Vee memang x pandai nak halang Elaine dari berhenti bf dengan Vee. kesian sangat tengok muka Elaine yang merayu-rayu , menangis-nangis nak bf dan xnak susu botol.

lagi satu.. Elaine sekarang nie manja teramat-amat dengan Vee. Diulangi..dengan Vee seorang!! sebelum nie xdelah manja sangat.. tapi sekarang nie setiap kali bangun jer, menangis-nangis cari vee. dengan Abi dia.. abes ditolaknya dan mengamuk kalau Abi atau Tuk Mak peluk dia. Hanya Vee sahaja yang Elaine nak. memang la best bila Elaine manja dengan Vee jer tapi penat juga sebab Elaine nak berdukung jer.. adehhhh.. Elaine sekarang setahun 5 bulan tau huhuhu tapi xpe..  Vee akan terus memanjakan Elaine nie sebab kesian nanti bila dah ada adik.. hampir 70% perhatian Vee akan beralih kepada adiknya.. yelah.. baby kan bf dengan kita.. dan vee masa tu tengah berpantang, memang x boleh nak dukung Elaine langsung lah masa tu.


cukuplah dulu sampai sini :)

Tuesday, April 16, 2013

9 minggu yang bermacam ragam

assallammualaikum wbt

alhamdulillah dah pun masuk 9 minggu... rasa macam x sabar nk tunggu bulan 11 nie hehehehe sebab buat masa nie  .. Vee xlah mabuk teruk sangat.. rasa loya tapi x muntah pun cuma asyik rasa x sedap badan je. x larat dan mata asyik nakkk tidur.

makan? Tengok keadaan. kadang-kadang ikutkan hati memang x lalu nak jamah apa-apa tapi terpaksa makan gak sebab lapar + kesian dengan baby.

susu pun vee dah x lalu nak minum.. tapi kena gak minum, so vee campur dengan milo dan minum cepat-cepat. janji minum kan hihihi

vee rasa vee tau kenapa vee mudah letih yang amat sangat.. sebab Elaine masih bf dengan vee. mula-mula Elaine nak gak minum susu botol.. tapi Elaine perasan kut yang Vee macam mengelak nak bagi susu badan. terus 2 hari nie asyik reject minum susu botol huhuhu menangis-nangis nak gak bf. " nak nii.. nakk niii!!" "inniii..inniii." sambil tepuk dada. huhuhu

sampai satu malam tu.. kepala vee sakit yang teramat-amat.. lagi teruk bila Elaine bf, berdenyut-denyut macam nak meletup. vee terpaksa berpaling. Elaine terus menangis menjerit-jerit tapi Vee minta tolong Mr Hubby pujuk Elaine sebab Vee dah x larat sangat.

memang sedih bila dengar Elaine menangis merayu-rayu nak bf tapi Vee terpaksa sebab dah x tahan sakit huhuhu

sekarang nie vee kena gak bf Elaine sebab kesian sangat dengan Elaine. asyik nak merajuk jer dengan Vee sebab rasa Vee dah x manjakan dia. bukan x manjakan.. tapi vee dah x boleh selalu dukung Elaine selalu. kadang-kadang bila vee dah dukung Elaine, langsung xnak lepas & turun...

oh my Elaine.. ummi sayang Elaine sangat-sangat. harap Elaine faham yang Ummi sentiasa sayang Elaine sampai bila-bila.

Thursday, April 11, 2013

Pelam Telor & Pru 13

assallammualaikum wbt

sekarang nie Vee agak rajin meng"update" blog sebab sementara Vee duduk kat Butik & Elaine pun sedang nikmat tidur di bawah kesejukan aircond.. Vee pun apa lagi :)

alhamdulillah Vee dapat gak makan pelam telor semalam. jumpa dekat pasaraya Hero.. sampai jer rumah, terus potong & makan. hehehee masa Vee potong lagi.. tetiba Vee rasa baby dalam perut nie macam excited..eh? suka la kot sebab dapat apa yang diidamkan :)

5/5 nie dah confirm Pru 13... nampaknya Vee kena gak balik mengundi ke Sepang.. sebab pertukaran alamat aritu.. kitorang buat lewat sangat. Mr Hubby jawabnya mengundi di Damansara.

xpelah.. semangat nak mengundi tahun nie heheee semoga Pemimpin yang terpilih nanti adalah Pemimpin yang benar-benar jujur & bertanggungjawab demi keamanan rakyat & negara. Yang penting sentiasa berusaha menjadi pemimpin yang bertaqwa sebab bila Iman teguh di dada.. biasanya takut nak lakukan hal-hal yang mungkar.. betul x? hehehehe

kepada mereka yang berada dekat dengn Putra Perdana.. meh la singgah ke Butik Vee tau.. Zunnur'ain Collection..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...