Wednesday, October 30, 2013

Tanda Bersalin.. macam kena wat checlist jer... hehehe

assallammualaikum wbt

wahhhh rajin nya lah Vee nie mengupdate blog hahahha

actually.. hari nie Vee check up untuk 37 minggu (dah mula check up seminggu sekali). Alhamdulillah everything ok. Masa duk bersembang dengan nurse tue.. Vee bagitau la yang Vee aritu pergi Hospital Serdang & kena jangkitan kuman. 

Then, Vee bagitau gak yang Vee kena seluk & kesan dari selukan itu, keluar darah & pagi tadi masa mandi.. keluar lendir seperti putih telur yang banyak. Nurse terus bagitau "eh.. itu tanda dah nak bersalin tue.. lepas nie kalau dah mula sakit perut & baby mengeras, terus ke hospital ya. Jangan lupa kira gerakan anak"

Vee tanya gak nurse tu "tapi saya keluar darah sebab kena seluk, boleh jadi tanda ke?" Nurse pun jawab " biasanya x semua orang kena seluk keluar darah, awak keluar darah tue kiranya doktor dah tolong buka jalan.. awak ready jer"

Disebabkan ramai juga yang risau dengan keadaan Vee sekarang, so Vee terfikir nak buat check list tanda-tanda bersalin tue.. tengok mana tanda-tanda yang dah ada =)

Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan. (yup.. memang sakit di situ )
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing (yup)
  • sakit perut, memulas (yup)
  • kerap buang air besar (yup.. ceri beri lagi tau..)
  • kerap terkentut (yup hahahah)
tapi perut Vee masih x nampak turun ke bawah. xtau la sebab memang x turun or belum turun lagi..


Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Dua-dua dah keluar tetapi selagi belum sakit / kontraksi.. boleh rileks dulu =)

Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
ermm... kali nie Vee macam x sakit kat bahagian belakang sangat.. lebih kepada kaki & ari-ari. Kalau berjalan or nak bertukar arah tidur.. payah sangat rasanya huhuhu

Pecah air ketuban
  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
  • Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
Kontraksi yang tetap dan berterusan
  • Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. 
Baru braxton hicks  :)

1 comment:

  1. thx for the sharing...anyway....Salam…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sis n kalau sudi follow la saya balik yer…

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...