Showing posts with label Elaine dan Elena. Show all posts
Showing posts with label Elaine dan Elena. Show all posts

Wednesday, December 24, 2014

Sedikit coretan hujung tahun 2014

Assallammualaikum wbt :)

lama dah x update blog nie. Almaklumlah bila dah ada dua orang anak dara nie.. lagi-lagi bila Melissa dah laju je berjalan.. memang xleh nak hadap sangat la blog nie.

Alhamdulillah Medina & Melissa dah pun bertambah usia iaitu Medina 3 tahun & Melissa 1 tahun ^___^  nasib la jadi baby akhir tahun kan.. mudaaaaa sentiasa dari orang lain hahaha

Alhamdulillah .. tahun nie dapat juga meraikan sambutan hari jadi anak-anak dara nie dengan  sederhana.. dan yang penting anak-anak gembira.

Tema pada awalnya Vee nak buat tema Hello Kitty tapi Medina merengek nak kek Frozen gak.. so nampaknya ikutkan aje lah kehendak anak dara nie. Dan dalam masa yang sama, Vee usahakan jugak baju dress 100% handmade by Me ;)

Sebenarnya banyak perkara yang Vee teringin nak kongsikan tapi agak terbatas terutama dari segi masa.

So.. ikutkan tahun 2015, umur Medina dikira 4 tahun walaupun sebenarnya Medina baaruu je menjejakkan angka 3 tahun. Jadi.. dah tentu-tentu ramai yang hantar anak sebaya Medina ke playschool .

Medina? Buat masa nie Vee & Mr Hubby  belum merasakan Medina sesuai untuk dihantar ke playschool.

1- sebab x de intention nak bagi Medina berdikari & berkawan dengan orang lain selain sepupu dan kenalan rapat hehehe

2- Mr Hubby & Vee ada perancangan lain untuk Medina & Melissa

Vee & Mr Hubby plan nak homeschooling Medina & Melissa je buat masa nie.

So, Vee pun ada juga buat sedikit ulangkaji tentang homeschooling nie. Yelah.. Vee kan surirumah je hehehe so baik Vee yang mengajar anak-anak.

Tengok dulu macammana prestasi & perkembangan Medina.. target Vee bila homeschooling nie, biarlah Medina

1-kenal & menulis semua abjad A-Z, nombor 1-100 , huruf Alif-Ya

----> buat masa nie Medina dah kenal huruf ABC ,no 1, boleh menulis bulatan tapi kecik la

2- boleh menulis  nama sendiri dan ahli keluarga, boleh mengeja suku kata

3- dapat bertutur  dengan lancar & x pelat.

-----> Medina boleh bercakap dengan lancar & faham arahan yang banyak.. cuma kadang-kadang masih kedengaran pelat dan tergagap bila nak sebut perkataan yang baru

4- boleh mengira

-----> Medina dah mula tahu mengira

5- Baca & hafal doa-doa asas

----> setakat nie, Medina dah boleh baca Al-Fatihah , Ayatul Qursi & Doa Makan.. tapi kita yang kena baca awal dan Medina sambung yang akhir

6- Dapat memahami dan bertutur dalam Bahasa Inggeris

7- tahu Bahasa Arab yang asas. 

---> Part yang nie, Vee sendiri kena banyak study dulu baru boleh ajar Medina sebab Vee x ada basic Bahasa Arab..

Ruang untuk Medina belajar dah Vee sediakan iaitu bilik kecil kat rumah nie. InshaAllah bila dah ada rumah sendiri nanti barulah ruang belajar Medina lebih besar & selesa ^__^

Vee dah pun mula homeschooling Medina.. alhamdulillah ada perkembangan yang memberangsangkan.. cuma banyak perkara lagi yang perlu Vee perbaiki & pelajari sebab menjadi seorang guru kepada anak sendiri nie, memang sangat mencabar & seringkali menguji kesabaran hahahaha siapa yang pernah berada di situasi Vee memang akan memahami perasaan nie =p

Buat masa nie, Vee x sem[at nak share gambar-gambar sebab xde masa nak letak watermark . Tengoklah kalau rajin ye.. biasa Vee share kat instagram & FB je =)



Thursday, November 13, 2014

November

assallammualaikum wbt =)

Alhamdulillah bulan November dah pun menjengah dan November adalah bulan kesayangan Vee selepas bulan Mac ^____^

Sebabnya Tuan Puteri Elaine Medina & Tuan Puteri Elena Melissa kan dilahirkan pada bulan November dengan jarak cuma 6 hari jer heehehehehehe

Kali nie Vee & Mr Hubby dah rancang untuk mengadakan sambutan Majlis Hari Jadi Medina & Melissa sebab Medina dah pun kenal apa itu kek , malahan dah practice menyanyi & tiup lilin lagi ..amboii!!

Tema asal Vee ingat nak buat tema Hello Kitty atau Frozen tapi sebab Darwisy pun join sama, so tema cacamarba je lah hehehe

Oh ya , Melissa dah pandai jalannnn okehh hehehe alhamdulillah. Usia 10 bulan dah boleh jalan, memang lebih cepat berbanding kakak Medina ^__^ tapi memang lagi lasakkkk dari Medina uwaaa

Friday, October 10, 2014

Rutin Tidur

Assallammualaikum wbt ^__^

Rasanya banyak juga ibu-ibu yang jadi burung hantu sebab terpaksa melayan anak-anak yang terbangun tengah-tengah malam... Vee tengok pun rasa kesian sebab nampak letih.

Vee bersyukur sangat sebab Vee memang xde masalah tentang waktu tidur anak-anak. Dari Medina sampai ke Melissa.. diorang memang rileks jer tido malam.. xder nak bangun jam 2-3 pagi untuk bermain hehehe

Ramai gak yang bertanya macam mana Vee train cara tido diorang. Mudah jer.. dari Vee pantang lagi, Vee akan tidur sama-sama bila baby tidur, tapi biasalah time pantang bukannya boleh buat kerja pun kan, so makan tidur susukan anak je lah =p

Rutin harian Medina & sekarang nie Melissa biasanya ..

6.30am : Vee bangun Subuh, Melissa akan bangun sekali & merengek nak ikut.. so letak je Melissa kat sejadah masa solat, xpun bagi kt Abi dia, jagakan kejap

Lepas solat, biasanya Vee memang x sambung tidur, sebab nanti rezeki lari hehehe letak Melissa kat ruang tamu, bagi la apa-apa mainan.. Vee g basuh baju kejap.

10.00 am : Melissa lepas mandi biasanya akan merengek nak menyusu & nak tidur.. so bawa masuk bilik....x lama kemudia terus tidur. baru leh sambung buat kerja

11.00 am : Melissa bangun

3.00 pm : biasanya Melissa tidur balik sebab dah penat main. Biasanya time nie pun Medina join tidur sekali

4.00 pm : bangun

8.00 pm : lepas Maghrib Melissa akan merengek nak tidur, so layan menyusu kejap & Melissa akan tidur sampai esok Subuh :) rasanya x pernah lagi la Melissa bangun untuk bermain... kecuali tetiba Melissa poo poo.. lepas basuh bagi susu, Melissa mesti tidur balik heheeh

petua??? Vee dah tetapkan waktu tidur diorang & memang akan tutup semua lampu & pintu supaya bilik jadi gelap. Selalunya Vee pasang surah al-Fatihah & al-Baqarah supaya lebih tenang. So memang budak-budak nie akan tidur nyenyak sampai pagi ^__^

Medina pun sama gak.. cuma waktu siang susah sikit lah nak suruh tidur. Tapi waktu malam.. paling lewat pun pukul 9.30 pm dah masuk tidur dah .

Harapnya sedikit sebanyak membantu ibu-ibu yang terpaksa berjaga malam sebab anak terbangun pada waktu yang semua orang patut tidur hehehe

Sunday, December 22, 2013

I am just an ordinary Mother

Assallammualaikum wbt

Lebih kurang 10 hari jer lagi untuk Vee abes berpantang.. alhamdulillah dapat melaluinya dengan mudah & berat badan terkini ialah 60cm.. 10kg untuk direduce kan lagi. Ada yang bertanya ketinggian Vee.. tinggi Vee 158cm, kiranya berat sekarang tu berat ideal untuk Vee. Tapi Vee masih x berpuas hati dengan berat itu sebab target Vee tetap nak 50kg.

Ermm.. sebenarnya kali nie Vee nak share tentang diri Vee sebagai seorang ibu kepada Elaine & Elena.

Alhamdulillah... Elena memang mudah diuruskan. Lagi-lagi Elena dah kenal siang & malam, xdelah Vee jadi burung hantu macam seminggu lepas bersalin dulu. Bagi Vee perkembangan Elena sangat pantas berbanding usianya =) dalam tempoh seminggu, Elena dah boleh mengangkat kepala dengan tegak. Dan sekarang nie walaupun baru sebulan.. dah pandai senyum bila diagah & cepat kenal orang terutama Vee.. abi, tuk mak & kakaknya Elaine.

Elaine... hurmmm.. Vee rasa kadang-kadang Vee gagal menjadi ibu yang baik sebab asyik terlepas marah,  xsabar , tertinggi suara & kadang-kadang terlepas juga tangan nie babab Elaine bila Elaine buat perangai. Sedih sangat rasanya.

Dalam berpantang nie.. pergerakan Vee sangat terhad & Vee memang kena utamakan Elena berbanding Elaine. Bila Elaine minta Vee dukung dia, Vee terus refuse sebab memang x boleh nak dukung dia dalam keadaan Vee yang masih lemah. Mungkin bila asyik ditolak.. Elaine kadang-kadang Vee rasa macam xnak dengar sangat apa yang Vee cakap.

Peel Elaine sekarang nie.. bila x dapat apa yang dia nak, Elaine akan terus meraung dan mengamuk, kadang-kadang siap hempas badan lagi like berguling-guling kat lantai.. paling geram bila Elaine cuba nak pukul Elena dengan sengaja. Masa nie memang betul-betul menguji kesabaran Vee, Mr Hubby & kadang-kadang Tuk Mak pun sama.

Tapi.. bila Elaine menangis & duduk di bilik Tuk Mak, buat Vee terfikir & rasa sedih dengan diri sendiri yang x berusaha untuk bersabar dengan Elaine. Bukan Vee x berusaha untuk nasihat, cakap lembut-lembut dengan Elaine.. tapi semua tue selalunya x jalan..

So, sekarang nie bila Elena tidur atau ada Mr Hubby yang boleh melayan Elena sekejap, Vee berusaha juga untuk melayan Elaine bermain & bercerita dengan Elaine. Memang time tue Elaine sangat sweet & mendengar kata sebab Elaine macam happy dapat bersama dengan Vee.. tapi keadaan akan jadi huru-hara semula bila Elena nak susu @ xnak dengan sesiapa kecuali Vee.. so Vee rasa mungkin Elaine terasa seolah-olah Elena merampas hak dia sebelum nie.. sebab tu agaknya Elaine memberontak & mula nak buat kasar dengan Elena.. aduhaiiii

Buat masa nie.. Abi memang kena melayan Elaine lebih sebab Vee dah lebih ke Elena. Kesian gak dengan Mr Hubby tapi masing-masing kena bersabar buat masa nie.

Alhamdulillah Vee dikurniakan seorang suami yang sangat penyabar & rajin & memahami =) sepanjang Vee berpantang nie.. Mr Hubby yang tolong sediakan air mandian Vee.. pakaikan bengkung pagi & petang, jagakan anak-anak & keluar belikan barang-barang keperluan Vee :) bersyukur juga sebab Mama (mil) yang sabar menjaga Vee sepanjang pantang nie.. masak untuk Vee.. mandikan Baby & layan Elaine yang asyik nak berdukung jer.

Buat Suami yang sangat Vee cintai.. terima kasih tau sebab berusaha bagi yang terbaik untuk Vee & anak-anak. Sudi melayan kerenah Vee yang kadang-kadang terlebih manja & suka nak jeles x pasal-pasal hihihihi Vee kan sayang Sayang, mestilah suka jeles-jeles =p tapi sekarang nie, ada orang yang dah cuba nak berebut Sayang dengan Vee iaitu Elaine =_=".. owh.. x lama lagi tambah lagi sorang iaitu Elena uwaaaaaaa!!! Ummi jelesssss tauu!!!

Buat Elaine.. Ummi harap dapat jadi Ummi yang terbaik & paling memahami anak-anak Ummi.. lepas pantang nie, kita gi keluar jalan-jalan & abeskan masa bersama tanpa batasan k hehehe nak dukung pun dah boleh dah =)

Wednesday, December 11, 2013

Elaine dan Elena

Assallammualaikum wbt =)

Kali nie Vee nak share kesah Elaine yang telahpun selamat menjadi seorang kakak kepada Elena .. dah 3 minggu dah pun ^_^

Bagi yang mengikuti my FB,  pasti dah tau cerita.. so kali nie Vee nak share kat blog plak sebab boleh jadi kenangan masa depan hehehe

18/11/13

Lepas jer bersalin.. Vee tetap kuatkan semangat nak jumpa Elaine kat luar (budak bawah 12 tahun x dibenarkan masuk melawat), walaupun Mr Hubby x bagi sebab risau badan Vee x kuat lepas bersalin. Vee nak jumpa sebab rindu & dalam masa yang sama,  sayu sebab Elaine dah jadi kakak tanpa Elaine fahami.

Yela.. maybe Elaine x sangka sepeninggalan Vee tue akan pulang dengan seorang adik untuknya.

So, lepas Mr Hubby teman Vee gi tandas sebab Vee kena tukar pad.. Vee terus mintabizin nak keluar kejap untuk jumpa Elaine sementara Mr Hubby tolong tengokkan baby Elena dengan mama.

Keluar jer, Vee terus panggil nama Elaine. Elaine yang masa tue tengah syok bermain ditemani Mak Yah terus pandang Vee & lari-lari anak jerit "Mie mie..mie miee!!"

Vee duduk kat kerusi terus peluk Elaine yang berlari ke pelukan & masa tu spontan airmata Vee mengalir. Sayuu sangat hati masa nie.. Elaine beria-ia peluk & cium Vee.. 2 hari rasa macanm bertahun x jumpa. Dah lah semalam masa balik.. Elaine menangis bila tengok Vee x ikut naik kereta.. sedih sangat.

Then Vee peluk & cium Elaine puas-puas. Dah lama sikit.. Vee terpaksa masuk dalam sebab waktu melawat dah nak abes. Nasiblah mood Elaine ok masa nie..

19/11/13

Esoknya.. bila dah keluar wad.. Vee x sabar nak tengok reaksi Elaine dengan Baby Elena. Masa Vee keluar jer.. Elaine dah ada depan pintu terus panggil Vee & nak peluk Vee.. tapi macam terkedu jap bila tengok Vee dukung baby. Vee pun peluk Elaine & bagitau "Elaine.. nie lah baby Elaine" . Tapi Elaine diam jer.

Dalam kereta, Elaine duduk dengan mama sambil mata x lepas pandang Vee & baby. Bila Vee nak bf baby, terus Elaine cakap "no..no".  Mungkin terkejut sebab ada orangnlainnyang nak ambil alih hak Elaine.

Seriusly, Elaine dah mula rasa kurang senang.. kat rumah.. lepas baby Elena tidur.. Vee ingat nak luangkan masa layan Elaine tapi rupa-rupanya anak dara nie dah merajuk. Langsung buat x tahu dengan Vee.. Vee panggil pun Elaine buat x dengar jer. Sedih tapi Vee faham perasaan Elaine yang terkejut menerima kehadiran orang baru.

Bila dah tido.. macam biasa Elaine akan bangun pagi untuk menyusu. Bangun-bangun jer.. tiba-tiba terus meraung sekuat hati sebab ternampak baby Elena & mungkin Elaine baru teringat "oh.. baby nie memang ada" . Masa nie Mr Hubby pujuk langsung x jalan.. sudahnya Vee minta Mr Hubby dukung baby sebab dah abes menyusu..& Vee panggil Elaine "Elaine.. meh sini sayang..meh boom boom kat ummi" terus Elaine meluru peluk Vee & baring atas riba sambil menyusu .

Bila Elaine dah tertidur.. Vee minta Mr hubby dukung Elaine baring ke tempat Elaine.

Then.. subuh pun Elaine bangun lagi.. meraung lagi bila tengok baby. So Vee pun panggil & peluk Elaine.. Vee faham yang Elaine masih terkejut dengan kehadiran adik baru & x sangka akan menjadi kakak sekelip mata.

So puaslah pujuk Elaine masa nie.. & dalam masa yang sama Elena bangun. So kitorang pun buka lampu & Vee peluk Elaine bagitau "Elaine.. nie lah baby dalam perut Ummi yang Elaine selalu sayang tue.. sekarang Baby dah keluar.. Baby, nie kakak Elaine" . Baru Elaine tenang sedikit.

Tapi x dinafikan yang Elaine masih x boleh terima kehadiran adiknya lagi. Sampailah keesokan harinya.. Vee terkena bengkak susu.. so Vee minta izin Mr Hubby nak minta Elaine bf skali sebab x tahan sakit. Alhamdulillah.. Elaine happy sangat bila Vee bf dia skali dengan Elena.. sejak haritu, Vee perasan Elaine dah mula menerima Elena & sayang Elena ^_^.

mungkin sebelum nie Elaine rasa kehadiran Elena merampas semua hak dia.. so bila Vee bagi Elaine bf & sama-sama layan Elaine & Elena,  mungkin Elaine pun happy sebab hak dia tetap sama ^_^ kecuali Vee memang x boleh nak dukung Elaine langsung sepanjang pantang nie hehehe sorry sayang.. memang x boleh.

## oh ya.. berat badan Vee dari 72kg dah turun sampai 61kg dalam masa 3 minggu.. kiranya dah turun 11kg. Hehehe tu gunanya beli penimbang supaya leh monitor ^_^ lagi 11kg kena turun untuk dapat berat idaman 50kg.. chaiyok3 Vee!!

Even kalau ikut BMI.. berat tue ideal tapi Vee xmo!!!! Nak gak 50kg!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...