Sunday, October 31, 2010

Just Treat Me wif StrawBerry Yum Yum




Strawberries
The fragrantly sweet juiciness and deep red color of strawberries can brighten up both the taste and aesthetics of any meal; it is no wonder they are the most popular berry fruit in the world. 

Although strawberries have become increasingly available year-round, they are at the peak of their season from April through July when they are the most delicious and most abundant.


sumber:here




i am fan of Strawberry. hahaha dengan color nya yg sangat menyelerakan, rasa yg sangat sedap..memang xleh nk tolak dah ^_^



then, vee pernah ada set Body Shop Strawberry yg baunya memang sangat mengujakan. rasa nak mamam jer.



cup cakes, cake, ice cream , coklat yg berkaitan dengan strawberry sentiasa membuka selera vee. so sape2 yg nk treat vee.. just treat me wif Strawberry.. i will LOVE it & always like you lah hehehe





masih dalam pantang .. majlis tunang kazen




semalam adalah Hari Pertunangan Nur Saadah Rashid @ Bangi . Saadah nie dah kira sepupu jugak la, belah hubby..anak kepada Pak Usu, adik mama hehehehe

anyway semalam tu sebenarnya dah 3 minggu lebih vee berpantang, so vee rasa ok jer kut vee g sana.. bukan wat per pun kan. lagipun lamanya lah vee duk terperuk kat dalam umah..

masa raya..ms nie pregnant 3 bulan




vee pun dah plan nak pakai Jubah Pink vee tu..eh..eh!!! dh sangat longgar la hehehehe betul..bukan auta nie. vee dah turun banyak gak lah yer masa berpantang nie. thank Sayang sebab jaga vee dengan baik ..mmmuuuaaahhh hehehehe sebab last vee pakai masa raya tu, bahagian belakang & perut sendat sket (seperti gambar di atas) hihihi



then bila sampai sana jer, sumer ibu2 & bapa2 sedara + kazen ucap takziah.. alamak.. sedih nie sebenarnya sebab vee macam baru nak lupakan hal tu...huhuhu anyway vee sangat2 menghargai perhatian itu. thanks ^_^

wah Adaa... cantik dah macam pengantin dah.. warna putih susu.  majlis berjalan lancar. hari nie dimeriahkan dengan Sofeya & Haziq. Haziq hepi jer sebab mama dia dah pun pregnant sebulan.. tahniah k. Lya :D






anyway balik jer dari majlis.. aduuhh kepala vee nie rasa nak pecah.. sian hubby kena picit.. tapi lagi teruk bila dah malam.. so my hubby tolong letakkan pilis & vee terus tidur. alhamdulillah kepala vee terus elok bila bangun ^_^ alhamdulillah..



Saturday, October 30, 2010

Steps 2 Makes You HAPPY ^_^

 SMILE atleast once today




feel the SUN



DRESS UP for yourself



eat CANDY




DANCE like no one watching



remember the feeling of LOVE





Wednesday, October 27, 2010

Nak KuruS!!!!!


xmo..xmo.. xmo

  
Nak kurus!!!! Itu lah yang vee selalu jeritkan dalam hati bila rasa badan nie makin naik dan x mo turun-turun huwaaa  perasaan lagi rasa membuak-buak nak kurus bila orang cakap “eh..eh..vee dah chubby la.. x macam dulu” “yana, nape x jaga makan nie.. “ “vee.. makan lagi?? Badan dah naik dah tu” huuhuhuhuhu sedih dan bengang jer bila orang cakap macam tu kan.

      
Dah macam2 cara dah nak kurus nie.. lagi-lagi vee sebelum nie memang kurus.. paling berat pun 55kg jer ..tapi sekarang nie.. alat penimbang pun dah naik segan dengan  vee..x suka!!!!
  
         
D.I.E.T .. memang seronok didengar dan disebut tapi susah sangat nak amalkannya. Mula2 jer excited..selang beberapa hari, dengan melihat makanan yg sangat yummy depan mata.. tolak D.I.E.T ke tepi..
       
Sekarang nie vee sedang berpantang, so harap sangat la badan vee nie at least menampakkan perubahan ye..x kurus macam dulu pun xper..tapi yang penting masih kategori kurus hehehehe amin..
     
 
slim & cantik mcm nie..best kan hehehehe
       
Vee baru jumpa tips nie hasil dari google . harap membantu jugak lah yer J
       
1. JANGAN BERLAPAR
  
    
       Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi   
   
    2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
  
    
    
  
      Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
  

     
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
  
    
      Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
  
  
      Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
  
sedapnya!!!!!
  
      Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
  

      Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
  
  
    Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
    
9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
   
     

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
 
  

  
11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.
   

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.
   

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.  
ha ha marah nampak

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet
    


15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

  

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.


17. Simpan Satu Diari
   
   Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.


18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
  
    Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
  
   

  
19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit
minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

  


20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan
santai kerana perut anda baru saja terisi.

   

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
   
23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik. 
    
  

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilo kalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
   i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.
  

  
ok x..agak-agak boleh ikut ker tips2 nie.. x cuba, x tahu kan ^_^
   

Tuesday, October 26, 2010

D&C .. apa yer?


comel ^_^
Oklah.. entri kali nie vee rasa vee patut kongsikan pengetahuan & pengalaman nie bersama kawan-kawan. Ramai gak yang Tanya vee apa tu D&C.. ooo x tahu yer hehehehe

Secara ringkasnya, D&C tu adalah mencuci rahim. Tapi if nak tau lebih lanjut, nanti vee cerita kat bawah hasil daripada google. Now vee nak cerita pengalaman vee sepanjang vee berada di hospital hinggalah vee kena D&C.

Masa vee di wad kecemasan, vee diletakkan dalam bilik khas & kena tunggu doctor pakar puan dating. Agak lama gak la vee tunggu.. almost 1 hour.. doctor  pun dtg.. nasib baik doc perempuan, x lah segan sangat.
       
Doc tu tengok la janin yg vee bawak dari rumah dan doc mengesahkan memang tu baby vee. Perasaan masa tu memang sangat sedih tapi vee simpan dalam hati . (takkan nak banjir depan doc kan)
   
So doc minta izin untuk wat rawatan lanjut. Doc masukkan satu logam yg biasanya untuk wat Pap Smear dalam <3 <3 <3 rasanya ms tu..alahai.. xlah sakit Cuma, yelah kan dah namanya pun besi.. mana penah masuk sebelum nie :p (faham2 sendiri).
    
Then doc tu masukkan jari or tangan dia.. dia bagitau “I think still ada sedikit lagi dalam tu” then minta izin nak scan melalui faraj. Bila dh scan memang ada lagi sebahagian janin tu.. vee Tanya doc tu, kalau tengok janin tu, agak2 dah bape bulan 7 doc said “ dah besar la.. almost 4 month…why? U x tahu ker?” lagilah hati vee nie makin sebak jadinya sebab memang betullah instinct vee selama nie.. huhuhuhuhu
    
So doc sahkan yg vee kena lakukan D&C.. vee kena tahan wad la jawabnya. Cuak sangat vee rasa sebab vee  x penah masuk wad sebelum nie. Then vee kena g jumpa sorang nurse (lelaki) untuk dia wat sticker. Vee paling takut dengan jarum & vee kena gak kali nie huwaaa!!!! Xmo..xmo!!! geramnya bila dia xmo dengar cakap vee. Vee gitau nape x inject belah kiri sebab kanan nanti susah nak gerak. Dia tetap nak gak sebelah kana. Rasa nak gigit jer dia sebab darah xmo kuar sebelah kanan, sukahati dia jer minta maaf & tukar belah kiri… huhuhuhu
  

    
Then lepas gitau hubby wad mana vee akan ditempatkan, diorang terus dating dan minta vee duduk atas kerusi roda.. vee bagitau vee leh jalan lagi tapi diorang x bagi sebab vee kan baru keguguran. Best gak layanan staf2 kat sini.
 Vee dimasukkan wad 1st class..wahhh…memang mewah. Hubby sampai terus vee nanges.. huhuhuhu puas la hubby pujuk..
    
Sepanjang vee duduk dalam wad tu, doc dah 2 3 kali datang ambil darah vee. Sakit!!!!! X suka!!!!
Then petang sket vee ditukarkan ke wad lain , lagi best sebab ada kawan nak berbual. Heheheehe pujian boleh diberi untuk Hospital Serdang nie sebab tempat nie sangat bersih, kemas, langsung x sesak & selesa. Mak vee datang petang tu dengan adik vee.
    
Oh yer.. vee langsung xleh makan sebab vee kena puasa.. dah la pagi tu vee mkn roti jer..huuu lapar... tunggu punya tunggu.. kul 11.55pm baru vee di bawa ke bilik pembedahan.
    
Sebelum tu, vee diminta untuk menukar baju daripada baju hijau ke baju putih.. hanya baju itu sahaja, so faham2 lah yer. Rantai kena buka, xleh ada apap2 kat badan selain baju bedah.
  
vee hanya berbaring atas katil dan diorang sorong vee sampai ke bilik bedah. Perasaan masa tu bercampur baur.. vee sedih sebab baby vee dah pergi untuk selamanya.. vee takut sebab memikirkan keadaan bilik bedah yg macam CSI.. masa tu vee memang mengucap dan beristighfar banyak-banyak.. kalau apa yang vee lalui ini adalah untuk membersihkan diri vee atas dosa-dosa yang lalu..vee redha.
    
Doc yg akan melakukan pembedahan ke atas vee tu memang best. Dia gitau yang vee xkan rasa sakit sebab vee akan ditidurkan dan dibius. Vee akan rasa sengal2 di perut selepas pembedahan sebab kandungan kali pertama. Doc minta vee x perlu risau.
    
Masa masuk dalam bilik bedah..pergh!!! memang macam dalam CSI.. vee dipakaikan macam2 kat badan vee nie, wayar2 yang vee xtau pun function nyer.. then nurse bagi vee oksigen dan doc minta vee bernafas macam biasa.. vee saja tahan mata vee sebab xnak tidur.. tahan...tahan..  tahan...zzzzzzz
   
Sedar-sedar jer vee dengar nurse panggil nama vee. Eh..eh!! bila vee tidur nie.. then masa tu vee masih lagi pakai oksigen tu. Vee dihantar semula ke wad dan vee memang ngantuk sangat2. Nurse bagi vee baju baru untuk ditukar . milo 7 biskut pun ada, tapi lepas jer tukar baju, vee terus tidur sebab ngantuk sangat2..zzz
    
Pagi tu lebih kurang jam 6 am, kitorang dikejutkan untuk ambil tekanan darah.. aso vee pun bangun wat milo & makan..lapar la huhuhu
Rasanya cukuplah vee citer pengalaman vee yer.. jom tgk tentang fakta lak. Oh ya..doc advise me supaya vee x mengandung dalam masa 3 bulan sebab nak kuatkan rahim. Hmm 3 bulan.. aduh.. x leh tahan ni..:p
   
    
Mengapa perlu D&C
  

      

D & C adalah kependekan bagi “dilation and curettage”. D&C boleh dilakukan untuk pelbagai sebab dan ia bermaksud: 
  

Dilation bermakna mengembangkan atau membesarkan saluran pintu rahim sedangkan curettage ialah pembersihan dengan secara mengorek dengan alat “curette” ruang rahim daripada kandungannya akibat daripada sisa-sisa kehamilan yang gugur atau lemak-lemak yang bertempek seperti “endometrial polyps” ataupun dari tumbuhan kanser 

pada dinding rahim. 

  
Apakah tujuan kita melakukan D & C 
  
Ini adalah satu tata-cara yang paling sering dilakukan ke atas wanita untuk berbagai sebab dan tujuan. Ia mungkin dilakukan sendirian atau bersama-sama tatacara pembedahan yang lain. Diantara tujuan-tujuan melakukan D&C ialah. 
   
1. Kita melakukan D & C tujuan untuk mengatasi masalah kemandulan ialah wanita yang telah lama mencuba untuk hamil tetapi masih gagal. D&C dilakukan sebagai kaedah rawatan yang termudah di peringkat awal untuk membesarkan saluran pintu rahim dan untuk membersihkan rahim daripada lemak-lemak yang mungkin mencegah daripada pencatuman benih dan pertumbuhan embryo pada dinding rahim.
   
Ia mungkin juga boleh membuka kesumbatan pada saluran fallopian apabila disertai dengan prosedur “Hydrotubation”. Hydrotubation ialah satu kaedah dimana ubat cecair disuntikkan melalui pintu rahim dengan tekanan yang kuat ke dalam ruang rahim dengan tujuan untuk membuka saluran fallopian. Kaedah seperti ini juga dilakukan untuk tatacara x-ray yang digelar “Hysterosalpingogram” tetapi pada x-ray ia disertai dengan pengambilan gambarfilem. Sedangkan ketika D & C dan hydrotubation tidak disertai dengan x-ray tetapi pergerakan air ke dalam saluran fallopian boleh dikesan melalui ultra-sound scanning. 
   
2. D&C dilakukan untuk membersihkan rahim daripada sisa tisu, uri atau selaput daripada kehamilan yang gugur tetapi tidak sempurna kegugurannya.
   
Jika dibiarkan, sisa-sisa tisu ini ia mungkin boleh menyebabkan pendarahan yang berpanjangan dan mungkin boleh juga dijangkiti kuman mengakibatkan sukar untuk wanita tersebut hamil lagi dimasa hadapan. Oleh itu pembersihan ruang rahim melalui proses D&C adalah sangat penting untuk mencegah dua kerumitan tersebut.
   
3. D&C juga dilakukan untuk mengesan penyakit kanser khususnya kanser rahim.
   
Di kalangan wanita-wanita yang mengalami masalah seperti pendarahan selepas putus haid, pendarahan yang tidak tentu masa di luar haid dan juga bagi mereka yang mengalami pendarahan yang berpanjangan, D&C akan dapat mengesan apa jenis penyakit kerana tisu-tisu yang didapati daripada dinding rahim akan dihantar ke makmal untuk kajian kaji-sel (histopathology).
   
4. D&C juga dilakukan untuk tujuan membersihkan rahim daripada kehamilan yang luar biasa seperti “Molar Pregnancy”.Dalam keadaan molar pregnancy atau kehamilan anggur ini kandang-kala D&C dilakukan dua kali dengan jarak dua minggu antara pertama dengan kedua.Tujuannya ialah membersihkan rahim daripada sisa-sisa sel molar yang ada berkemungkinan di masa hadapan kelak menjadi kanser rahim. 
   
5. D&C juga dilakukan untuk membuang tumbuhan fibroid yang kecil atau “polyps” yang 
mungkin berlaku di pintu rahim dan dalam rahim khususnya bagi tumbuhan yang kecil. 
   
Cautery adalah lain-lain tata-cara yang dilakukan beserta dengan D&C termasuklah 'cautery' pintu rahim jika berlaku 'erosion' atau hakisan yang menyebabkan jangkitan kuman dan pengeluaran lendir yang banyak, berbau dan berwarna dan ia tidak boleh dirawat dengan ubat-ubatan. Rawatan 'cautery' iaitu penggunaan letrik (electro-cautery) ataupun menggunakan kaedah sejuk (cryo-cautery) pada pintu rahim. Setelah dicautery lapisan baru akan tumbuh pada pangkal rahim dan dengan ini masalah hakisan (erosion) akan dapat diatasi 
   
Wanita-wanita yang menjalani D&C yang disertai dengan prosedur lain, hanya perlu dimasukkan ke wad harian di klinik atau di hospital. Ia masuk di waktu pagi hari pembedahan setelah berpuasa selama enam jam. Pesakit kemudiannya dibius untuk memudahkan tatacara dilakukan. Biasanya ia perlu berehat selepas pembedahan ini selama dua hingga empat jam dan pesakit akan dibenarkan balik.
   
Selepas D&C pesakit akan mengalami sedikit perdarahan, bergantung kepada apakah sebab D&C dilakukan. Ada yang mengalami pendarahan dalam satu atau dua hari, ada yang sampai 10 hari atau lebih. Biasanya pemulihan selepas D&C untuk keguguran atau kehamilan luar biasa mengambil masa selama dua minggu. Tempoh waktu tersebut diperlukan untuk pemulihan rahim. 

    


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...