let's me share something important while i already thru this moment T_T
PENDARAHAN SEMASA HAMIL
Pendarahan vagina ketika hamil sangat merunsingkan lebih-lebih lagi bagi wanita yang mengalaminya untuk kali pertama. Pendarahan boleh dianggap serius dan adakalanya hanya pendarahan biasa. Pendarahan biasnya berlaku pada awal trimester pertama dan ada juga yang berlaku pada akhir kehamilan. Langkah yang terbaik apabila berlaku pendarahan adalah terus berjumpa dengan doctor, lebih-lebih lagi doctor pakar puan.
Pendarahan Trimester Pertama
hampir 20% wanita akan mengalami pendarahan yang sedikit semasa 12 minggu pertama kehamilan. Antara penyebab berlakunya pendarahan pada trimester pertama adalah :-
1-IMPLANTASI / IMPLANTATION
Pendarahan vagina yang berlaku sangat sedikit dan berlaku pada masa yang sangat awal sekitar 10 – 14 hari selepas proses persenyawaan. “Pendarahan Implantasi” ini berlaku apabila telur mula tertanam di dalam uterus. Pendarahan berlaku sangat awal dan hanya tompokan kecil serta berwarna pudar daripada period yang normal dan pendarahan ini berlaku tidak lama. Sesetengah perempuan menganggapnya adalah period biasa dan tidak sedar yang mereka telah pun mengandung.
2. Perubahan Servik. / Cervical Change
Ketika hamil, darah banyak mengalir ke bahagian servik. Pendarahan terjadi kerana pelvik disentuh ketika melakukan hubungan seksual ataupun pemeriksaan pelvik
3. Keguguran /Miscarriage
Hanya lebih 15% kebarangkalian kandungan akan berakhir dengan kuguguran berpandukan kajian daripada American College of Obstetricians and Gynecologists. Berhati-hatilah kerana pendarahan vagina biasanya adalah amaran kepada keguguran tetapi pendarahan bukanlah bermaksud anda gugur. Ingat, kebanyakan wanita yang mengalami masalah pendarahan semasa hamil masih berjaya melahirkan bayi dengan sihat dan bukan semuanya berakhir dengan keguguran.
4-Kandungan diluar rahim / Ectopic Pregnency
5. Kandungan Anggur (Molar Pregnency)
Di dalam kandungan molar yang lengkap, tiada bayi wujud melainkan hanya tisu molar saja. Kebiasaannya, pendarahan yang teruk adalah simptom kepada kandungan anggur/molar. Ia biasanya dikesan pada awal tiga bulan pertama. Ianya juga boleh menyebabkan pendarahan teruk dan banyak.
Kandungan ini dikatakan sebagai 'anggur' kerana tiada janin di dalam kandungan. Apabila dilihat melalui ultrasound, hanya kelihatan buih-buih sahaja. Buih-buih tersebut sebenarnya hanya mengandungi air
6-Jangkitan Kuman
jangkitan kuman juga boleh menyebabkan pendarahan diawal waktu kehamilan.
jangkitan kuman juga boleh menyebabkan pendarahan diawal waktu kehamilan.
segera berjumpa dengan doktor jika pendarahan melebihi satu hari.
Kebiasaannya doktor akan bertanya tentang pendarahan dan melakukan pemeriksaan termasuk pemeriksaan terhadap servik. Berpandukan tahap simptom yang diberitahu , doktor mungkin akan melakukan ujian makmal seperti ultrasound untuk mengesahkan bayi berada dalam keadaan yang selamat.
Selalunya, pendarahan vagina pada trimester pertama tidak memerlukan rawatan khusus. Biasanya doktor hanya akan mengesyorkan untuk anda berehat, tidak melakukan aktiviti lasak, tidak banyak berjalan, tidak mengangkat benda yang berat sehinggalah tiada berlaku lagi pendarahan.

Anda mungkin diberikan ubat untuk menguatkan rahim anda jika keadaan servik dan bayi anda masih berada di dalam keadaan yang stabil. Jika anda mengalami jangkitan pada servik pula, anda mungkin diberikan antibiotik.
Jika doktor anda mengesahkan anda keguguran, anda mungkin diberi pilihan untuk membiarkan proses keguguran tersebut secara natural atau mempercepatkan proses tersebut dengan rawatan atau pembedahan kecil seperti Dilation and Curettage (D & C).

Semasa prosedur ini dilakukan, doktor akan melebarkan servik anda dan akan menyedut tisu-tisu keluar dari uterus. Alat seperti besi panjang yang hujungnya lengkok juga akan digunakan selepas proses penyedutan dilakukan untuk membersihkan dinding-dinding uterus.
Jika anda disahkan mengandung luar rahim atau atau kandungan anggur, pemeriksaan lanjut hendaklah disegerakan. Tetapi dalam sesetengah kes kandungan luar rahim juga boleh diselamatkan dengan rawatan.
Jika anda disahkan mengandung luar rahim atau atau kandungan anggur, pemeriksaan lanjut hendaklah disegerakan. Tetapi dalam sesetengah kes kandungan luar rahim juga boleh diselamatkan dengan rawatan.
Walaubagaimanapun, kandungan anggur perlu melakukan D & C bagi membuang tumur di dalam uterus.

No comments:
Post a Comment