assallammualaikum wbt
7 Oct 2011 = Jumaat..genap sudah setahun pemergian anak sulung vee Muhammad Firdaus bin Muhd Nasrul Hakim. hati vee & perasaan masih lagi sayu setiap kali vee mengenangkan anak sulung yang x sempat vee lihat wajahnya. ~~al-fatihah~~
baca Naluri Seorang Wanita bagi yang masih xpernah tau kesah sebenar.
![]() |
| saat vee kehilangan |
mungkin bagi sesetengah orang yang x pernah mengalaminya, berlakunya keguguran hanyalah perkara biasa. tapi bagi diri yang menanggungnya, lebih-lebih lagi kehadirannya dinanti-nanti.. kehilangan Muhammad Firdaus amat dirasai oleh vee & Mr Hubby. even Mr Hubby sendiri mengatakan anak yang sedang vee kandung nie adalah permata kedua kami.
![]() |
| masa nie Muhammad Firdaus dah ada dalam tummy vee |
Ramadhan yang lepas, vee asyik bermimpi vee bermanja dengan Baby Boy yang sangat comel & vee asyik peluk & pandang mata Baby tue..x lepas-lepas. tak silap vee , vee mimpi 3 malam berturut-turut & Baby tue datang lagi beberapa malam kemudian. masa tue vee ingat maybe anak vee nie Baby Boy kut ^^ tapi dalam masa yang sama.. vee rasa maybe anak vee Muhammad Firdaus tue yang datang menjengah vee. yelah.. vee pernah dengar orang kata, masa Ramadhan nie lah ahli keluarga yang dah pergi datang melihat insan kesayangan mereka. wallahua'lam...
sesungguhnya vee redha dengan pemergian Putera Sulung kami & vee yakin Muhammad Firdaus dijaga dengan penjaga yang lebih baik daripada kami. pemergiannya memang mengundang sayu di hati tetapi Allah swt telah menghantar cahaya kedua tanpa vee perlu menunggu lama. ~~alhamdulillah~~
Selamanya MUHAMMAD FIRDAUS BIN MUHD NASRUL HAKIM kekal di hati. insyaAllah bertemu di dunia yang satu lagi ~~Al-Fatihah~~


No comments:
Post a Comment