Saturday, December 31, 2011

Coretan Azam 2011

ASSALLAMMUALAIKUM WBT

harapnya masih sempat lagi untuk vee post entry sempena last day of 2011 =p nie pun curi-curi masa sebab Elaine tengah tido & Daddy ada sebelah Elaine untuk jaga Elaine hehehe


ok..setiap tahun kita semua ada simpan azam masing-masingkan.. vee pun sama. alhamdulillah ketiga-tiga impian vee dah tercapai dengan izinNya ^_^  paling best mestilah dapat Baby ELAINE MEDINA !!!! tiada kata yang mampu menggambarkannya . hanya mereka yang mengalaminya sendiri merasai keindahannya !!

actually da cukup sepasang sebenarnya permata hati vee & Mr Hubby.. Muhammad Firdaus & Elaine Medina. seorang dah menanti vee di Syurga ~~insyaAllah~~ kesedihan vee digantikan dengan kehadiran sang Puteri yang menghiburkan hati . =)

ok.. Elaine dah mula merengek, cukuplah dulu..esok baru tulis azam untuk 2012

SELAMAT TAHUN BARU ^______________^


xoxoxo
~~Vee, Kim & Elaine Medina~~

Thursday, December 29, 2011

1st check up Elaine Medina

assallammualaikum wbt

dah lama rasanya x update blog nie.. =p dah bergelar Ummi, busy lah sket hehehe anyway semalam adalah 1st check up untuk Elaine ~~alhamdulillah~~


vee update secara ringkas je lah yer..

Elaine Medina


berat = 3.7kg (Elaine naik 0.95kg)
tinggi = 54cm (bertambah 5cm)

then Elaine kena suntikan pertama untuk cegah kanser hati. so, bila Elaine da kena suntik, vee da leh start makan jamu la harini ^_^

oh ya, vee pun kena check up gak.. happy sangat bila vee timbang, vee turun sebanyak 12kg!!!!!!!!!!!! rasa berbaloi sangat berpantang sebulan nie =) maybe kalau dah mula makan jamu & minum air ubat periuk, lagi banyak yang vee turun kan ^^ harapnya vee dapat mengawal nafsu makan bila da abes pantang nie, sebab kalau x jaga, macam sia-sia jer vee turun banyak T__________T

target vee kali nie nak dapatkan berat badan 55kg.. then baru leh target bawah lagi. so lebih kurang 5kg lagi lah vee kena turun nie.. chayuk2 vee...


enjoy semua picca kat bawah nie yer ^^

daddy's princess
perkenalkan anak buah vee yang baru aka kazen Elaine ~~Puteri Ilyana Zahirah~~ nie pic yang latest masa Ilyana berusia 20hari , & berat da 4kg


bawah nie pula adik Sofeya..Darwisy Iqbal. nie masa kitorang ke Damansara. nyenyak jer tido baby berdua tue kan


Friday, December 16, 2011

Kenangan

assallammualaikum wbt

sebaik sahaja Elaine Medina lahir ke dunia nie..hilang segala kesakitan yang dialami.. apa yang vee buat masa tue adalah merenung Elaine sedalam-dalamnya sambil hati berkata "SubhanAllah.. inikah wajah anak yang kunanti-nanti selama ini? " .. x tergambar betapa bahagianya vee saat itu

malam pertama vee bersama Elaine adalah dalam bilik kami sendiri di rumah, bukan lagi di hospital. air mata vee menitis saat Elaine menangis dahaga tapi masa tue vee x mampu untuk hilangkan dahaga Elaine sebab susu belum keluar lagi. vee menangis tersedu-sedu .. Mr Hubby minta vee terus bagi Elaine menyusu macam biasa dengan harapan susu akan keluar juga

malam pertama itu kami tidur kepenatan.. memang tidur awal sebelum jam 9.00pm.. tapi setiap kali Elaine menangis, kami akan terkejut & kelam-kabut dibuatnya. tapi bila tengah malam Elaine menangis dengan nyaring dan puas dipujuk pun Elaine terus menangis, vee menangis lagi sekali. menagis sebab vee fikir vee x dapat nak menyusukan Elaine & xtahu macammana nak pujuk Elaine.. mujurlah ada Mak & Mama yang bangun & mengambil Elaine untuk memujuknya..akhirnya Elaine terlena namun hati vee resah sebab bimbang x mampu menyusukannya sedangkan vee bertekad untuk memberi susu badan untuk Elaine sehingga Elaine berusia 2 tahun

alhamdulillah hari kedua Elaine, susu keluar dengan banyaknya hingga vee mengalami bengkak susu. sakit memang sakit tapi hari ketiga dah x bengkak sebab Elaine menyusu dengan puasnya ^^ alhamdulillahx1000


kesah lawatan nurse ke rumah setiap hari di awal vee berpantang. Elaine mula menunjukkan tanda-tanda kuning & sibuklah Mak & Mama memandikan Elaine dengan daun kucai, daun dukung anak & daun inai. nurse meminta kami untuk membawa Elaine ke klinik kesihatan untuk memeriksa tahap kuning Elaine. vee resah sebab anak buah, Darwisy dah kena tahan di Hospital Sg. Buloh sebab kuning. banyak kali vee berdoa supaya Elaine ok & berharap pemakanan vee masa mengandungkan Elaine membantu ketahanan dalaman Elaine.

masa di klinik, vee hampir marah sebab Elaine kena juga ambil darah untuk pemeriksaan sakit kuning tue.. ya Allah.. hanya Allah jer yang tahu perasaan vee saat darah Elaine diambil.. airmata vee mengalir lagi ketika kaki Elaine dicucuk.. sensitifnya vee tapi vee memang xsanggup melihat Elaine disakiti... even oleh seekor nyamuk pun!


ada satu hari tue...bila vee berduaan dengan Elaine.. vee renung Elaine dengan sepuas-puasnya then vee nanges lagi sebab x sangka zuriat yang vee nanti-nantikan dah ada depan mata vee .. yela.. vee kan terpaksa melalui kehilangan zuriat pertama sebelum mendapatkan Elaine.. sudah pastilah kehadiran Elaine sangat vee nanti-nantikan

~~Elaine oh Elaine yang cantik.. anak Ummi yang cantik,anak Ummi yang baik, anak Ummi yang cerdik~~... itu antara lagu yang vee suka nyanyi bila dodoikan Elaine ^^


owh ya.. buat teman-teman yang rasa seram dengan kesah pengalaman sakit bersalin vee tue.. dont worry dear ^^ memang sakit tue x dapat digambarkan tapi bila zuriat yang dinanti-nanti telahpun berada di depan mata, confirm hilang segala kesakitan & diganti dengan sejuta kebahagiaan ^_^

lagi kesah Elaine ^^

assallammualaikum wbt

bila dah ada Puteri Hati nie.. banyak perkara yang kita kena fikirkan.. antaranya susunan dalam bilik.. dah xder nak focus untuk hiasan yang sarat-sarat.. kalau boleh nak yang simple, selesa & ceria jer sebab Elaine tido sekatil dengan vee & Mr Hubby.. 

so side table da wajib letak barang-barang macam kat bawah nie


nampak tue.. pampers, minyak yu yee,  tisu, baby wipes, kain basah untuk lap mulut Elaine lepas menyusu supaya x kena kurap susu & secawan air suam untuk vee (wajib sebab sangat haus selepas menyusukan Elaine)


yang nie pulak banyak barang-barang vee yang harus digunakan sepanjang berpantang hehehe  tapi jamu vee x makan lagi sebab nak tunggu Elaine dapat suntikan pertama dulu.. sebab x makan jamu, badan pun lambat lah turun.. huhuhu tapi Mama bagitau yang vee da susut, tapi belum sampai tahap yang vee inginkan ^^ sabar..sabar.. lagi seminggu lebih jer lagi.. lepas tue jamu time!!

oh ya.. arini vee sajer jer letak  Elaine tido dalam baby cot dia tue.. alhamdulillah Elaine tido dengan selesanya ^_^  so lepas nie leh la bawa masuk baby cot tue dalam bilik.. bukan apa, sian tengok Elaine kena tido sekatil dengan kitorang.. risau Elaine rasa sempit jer huhuhu at least bila Elaine tido kat baby cot, lebih selesa & luas ^_^


hanya bantal jer yang pink.. tue pun Tuk Mak yang buatkan & bantal Heart tue vee punya.. yang lain agak maskulin warnanya sebab Mr Hubby dulu nak Baby Boy hehehe xper lah Elaine, Ummi abes pantang jer.. kita gi shopping baju lawa-lawa k ^_^

Thursday, December 15, 2011

Elaine da 3 Minggu


assallammualaikum wbt

harini Elaine genap usianya 3 minggu ~~alhamdulillah~~ dan Elaine dapat lagi kazen lelaki awal pagi tadi bila kazen kitorang bersalin di Johor ^_^ makin ramai lah kawan Elaine kan ^_^

Elaine nie bila orang datang melawat, semua duk geram dengan rambut Elaine yang lebat ^_^ sebab tu lah agaknya vee asyik ke tandas jer masa pregnant dulu.. lebat rambut anak Ummi nie rupanya hehehe tapi nie belum cukur lagi.. ingat lepas Majlis Cukur Jambul & Majlis Aqiqah, baru botakkan ^_^ moga-moga rambut Elaine cepatlah tumbuh yer.. senang Ummi nak ikat rambut hehehe

oh ya, buat masa nie tona warna kulit Elaine banyak ikut Daddy dia lagi.. tunggulah sebulan dua nie samada tona tersebut akan berubah macam vee or maintain.. x kesah lah kan =)

melihat Elaine membesar di depan mata memang satu nikmat terindah sekali =) memang seronok bila dah ada anak sendiri nie kan ^_^ x sama dengan anak orang lain ..



picca kat atas tue, tangan Elaine dengan tangan Daddy dia.. Mr Hubby ambil masa nak mandikan Elaine ^_^ comel jer kan tangan kecil tue.. rasa nak gigit jer hehehe

p/s : Elaine Medina.. Ummi & Daddy always LOVE you forever

Wednesday, December 14, 2011

Percintaan Jarak Jauh.. are u kidding me????

Long Distance Relationship?
Percintaan Jarak Jauh?


berapa ramai yang mampu bertahan?
berapa ramai yang sanggup berjauhan?
berapa orang yang 100% meletakkan kepercayaan kepada pasangannya?
berapa orang yang langsung x curiga dengan pasangannya?
berapa ramai yang sanggup menahan rindu?
berapa orang yang sanggup setia?

kalau ditanya kepada vee..

jawapannya: vee sendiri x pernah percaya dengan diri sendiri.. so katakan tidak kepada LDR / PJJ hehehehe

(ini jawapan kalau masih belum berkahwin yer..)

sebabnya vee x pernah tahan menanggung rindu... hehehe siap leh nangis lagi.. nanti da nangis..saper nak pujuk vee? takkan nak pujuk diri sendiri (are you kidding me!!) hahahaha

sedang menanti entry The Other Khairul nie sebenarnya.. terus terfikir nak wat entry nie teheheehehehe




Sunday, December 11, 2011

Cameron owh Cameron

assallammualaikum wbt

ingat masa da kawen dengan Mr Hubby.. vee nak ajak lah bercuti or berbulan madu di Cameron Highland sebab last vee pergi pun masa vee darjah 5. (gosh!!! gila lama tue.. masa hingusan apa yg seronoknya =/ ) bila tengok orang lain update pasal Cameron Highland baru-baru nie, semakin membuak-buak perasaan nie huhuhuhu asal nak pergi jer.. mesti ada hal lain T_T

xkira.. nak gi jugak !!!! abes pantang jer terus packing bag ke sana ^^ vee nak gak petik fresh Strawberry & ajak Elaine main-main kat sana (even Elaine baby lagi tehehe)

 bunga rose nie lah yang buat vee terbayang-bayang




best kan ^^ x sabar nak abes pantang nie

p/s: all picca credit to uncle Google ^^

Tuesday, December 6, 2011

al-kisah Berpantang

assallammualaikum wbt

dah hampir 2 minggu vee berpantang, barulah vee berpeluang untuk buat entry tentang berpantang hehehe actually ini kali kedua vee berpantang , so xdelah rasa susah sangat kan cuma lain sedikit daripada pantang yang sebelum nie sebab sebelum nie vee berpantang sebab vee keguguran

kali nie, vee berpantang di rumah Mama (MIL) tapi vee bertuah sebab Mak vee turut sama menjaga vee di sini. vee kan satu-satunya anak perempuan , mestilah mak nak jaga vee kan.. cuma xleh lama sebab adik ipar vee pun akan bersalin gak (dah bersalin da pun..semalam hehehee)

rutin berpantang vee mudah ajer.. bangun awal pagi, lebih kurang lepas subuh, vee akan disuruh bersiram dengan air suam yang direbus dengan pandan wangi & serai wangi.. memang harum semerbak satu rumah. masa hari pertama bersiram.. Mak yang mandikan (sangat manja kan hehehe) memang agak menjerit jugaklah sebab kepanasan , dah lama x bersiram air suam. then duduk bersimpuh masa bersiram tue sebab nak jaga tempat jahitan.. sangat sopan =)

then lepas bersiram, vee akan bertungku. vee bertungku menggunakan bata merah sebab ada mak bidan nasihatkan untuk guna bata merah. khasiatnya bata merah diperbuat daripada tanah, & kita sebagai manusia juga berasal daripada tanah, so lebih baguslah. bertungku fokus bahagian perut sebab nak kecutkan rahim. then bahagian belakang & tempat-tempat yang rasa macam sengal-sengal badan .

then Mr Hubby akan sapukan param & pilis seluruh badan, vee lak request sapukan krim susut perut tue kat perut, paha & lengan sebab nak cepat kurus heheehe.

selepas badan disapukan param, Mr Hubby akan pakaikan bengkung untuk vee. memang mula-mula rasa x selesa & ketat tapi vee suka setiap kali buka bengkung, semakin menyerlah bentuk pinggang & tiada perut yang menggelebeh hahahaha setiap kali rasa slim, vee mesti angkat-angkat kening pada Mr Hubby hehehee signal nak bagitau Mr Hubby yang vee akan berjaya mencapai target vee

alkisahnya, masa pregnant, vee berkenan dengan baju kebaya & jubah yang cantik-cantik tapi Mr Hubby janji akan belikan kalau vee berjaya menguruskan badan.. so.. sekarang nie angkat-angkat kening lah dengan Mr Hubby menuntut janji heheeheh

bab makan..memang ikut pantang lah.. tapi vee x makan jamu, halia, black pepper, kunyit & makanan yang memanaskan badan sebab vee menyusu badan, so xmolah Elaine yang kena tanggung sakit sebab vee lak kan.. tunggu Elaine dapat injection pertama after one month, baru vee start makan semua tu.

vee hanya makan nasi panas berlaukkan ikan yang boleh dimakan sewaktu berpantang jer + pucuk mengkudu. haaa... nie memang best sebab selain khasiat pucuk mengkudu untuk cuci darah, ianya akan menjadikan kita awet muda ^^ best kan hehehe sarapan vee cuma minum air milo & roti berintikan meatloaf ajer =) simple & sesuai untuk orang yang ingin menurunkan berat badan dengan kadar segera.

la nie.. vee kena ikut waktu Elaine la plak.. maksudnya kalau Elaine tido waktu siang, vee pun ikut tido sekali sebabnya waktu malam, Elaine lebih banyak berjaga untuk menyusu. mula-mula vee memang terasa penat gak lah sampai sakit-sakit badan sebab vee menyusu Elaine dengan posisi duduk.. Mama x bagi vee menyusu Elaine dengan posisi baring sebab nanti sakit tulang belikat..  tapi bila dah lama nie.. alhamdulillah xlah susah mana vee nak ikut time Elaine ^^ Mr Hubby lak memang banyak membantu vee even kadang-kadang kesian gak tengok Mr Hubby yang banyak kena buat kerja heheheehe tapi nilah can vee nak berehat sepenuhnya hihihihihi 

oklah cukup dulu sampai sini.. gambar pun xder nak upload.. nak layan My Precious Daughter ~~Elaine Medina~~ nie ^^ 

Monday, December 5, 2011

Elaine Medina dah 12 hari ^^

assallammualaikum wbt

vee ambil kesempatan update blog masa Elaine tengah tido hehehe wah... terasa betapa mengantuknya vee sebab x cukup tido malam tapi hilang ngantuk bila tengok Elaine hehehe


Elaine arini dah berusia 12 hari. dah pandai tido dengan tangan yang xmo dibedung..aduyaii.. tapi bila Elaine tido macam tue lebih nyenyak berbanding bila dibedung hehehe Alhamdulillah Elaine nyer kuning sket jer... x lah sampai merisaukan Ummi & Daddy.. arini gi check, kuning Elaine 7.4 jer.. baguskan ^^ alhamdulillah syukur sangat-sangat. berkat vee makan buah Delima & minum susu masa pregnant dulu kut hehehe

bila diingatkan pengalaman vee mengandungkan Elaine.. banyak perkara yang vee pelajari & pantang-larang yang kononnya x boleh dibuat oleh ibu hamil, x semestinya betul. ok..meh vee bagi contoh berdasarkan pengalaman vee sendiri.

orang kata ibu hamil x boleh selalu minum ais..nanti baby besar
..............mana ada, vee siap simpan stok aiskrim lagi masa vee pregnant.. alhamdulillah Elaine keluar pun 2.75kg jer

orang kata jangan makan jantung pisang, nanti badan baby banyak nila
............err, memang vee x berani nak makan sebab xmo badan baby ada nila.. alhamdulillah kulit Elaine bersih ^^

alhamdulillah sepanjang mengandungkan Elaine, vee cuma naik 7kg lebih jer, kaki x bengkak, perut x ada strecthmark langsung (sampai Doc & nurse tanya vee pakai krim apa), xpernah rasa sakit ulu hati, xpernah kena minum air gula setiap kali gi check up.. alhamdulillahx10000


Elaine nie memang ramailah sepupu yang sama tahun nie sebab kazen vee,  yang lain pun ada yang telah bersalin & ada yang sedang mengandung.. tapi Elaine special sket sebab kazen dia semua lelaki, Elaine sorang jer Bunga di kalangan kumbang-kumbang heheehe di kalangan kawan-kawan Mr Hubby pun sama.. Elaine lah Bunga yang mekar heheeheh 

ramai yang tanya & puji nama Elaine Medina. terima kasih yer. penghargaan harus diberikan 200% kepada Mr Hubby sebab Mr Hubby yang carikan nama tue sendiri.. sengaja letak pangkal E & M sebab Mr Hubby nak samakan pangkal nama Elaine dengan pangkal nama Vee yang juga E & M. sayaaannngggg Mr Hubby hehehe

p/s : doa Ummi & Daddy..semoga Elaine Medina akan menjadi anak yang solehah, yang membawa kami ke syurga & anak gadis yang penuh dengan sifat-sifat sopan-santun, pemalu, penyayang, bijaksana, cerdik, pengasih & semualah sifat-sifat mulia seperti nama Elaine Medina = Cahaya Madinah yang bergemerlapan... aminnnn..

Thursday, December 1, 2011

Part 4 : Anugerah Terindah


Elaine Medina yang berusia 7 hari ^_^

24.11.2011 = KHAMIS

kesakitan yang vee alami masih terasa namun vee terus bertahan & xputus-putus berdoa supaya vee dapat bersalin dengan segera. datang seorang nurse indian yang mesra menyapa vee "i betul-betul kesian tengok you, you before nie ceria , jadi macam nie. i doakan esok i datang, sebelah you dah ada baby yer"

lebih kurang dalam jam 1.30am..nurse datang buat CTG & vee terus minta untuk mengiring sebab vee x mampu menahan sakit dengan baring menelentang. masa buat CTG tue.. vee tiba-tiba rasa macam ada air keluar mengalir di bahagian bawah & vee cepat-cepat tekan butang merah atas kepala. nurse datang & periksa bahagian bawah vee terus panggil Doc.

Doc yang datang kali nie lelaki, aduhai segannya tapi redha. Doc tue cakap "tunggu awak abeskan CTG then saya akan tengok bukaan awak k" tehn bila selesai CTG, Doc datang & vee berdoa sangat-sangat atleast bukaan vee dah buka 4cm. sebab kalau da buka 4cm, baru leh hantar ke labor room

disebabkan Doc lelaki yang check kali nie, sakit lebih terasa & alhamdulillah memang bukaan vee dah 4cm. diorang laporkan ke labor room & vee diterima masuk. nurse minta vee buang air terlebih dahulu dengan memasukkan ubat paksa buang air. then, nurse minta vee bawa persalinan untuk baby sekali.

so, vee cepat-cepat call Mr Hubby supaya datang segera ke Dewan Bersalin & vee ke sana dengan kerusi roda. masa tue vee x fikir apa sebab contraction vee memang sakit teramat sangat. sebelum ke labor room, vee makan sebiji kurma sebab vee memang x makan apa-apa dari petang tadi. then, sampai ke bilik bersalin no 15, vee terus diminta berbaring di atas katil khas & CTG dibuat sekali lagi. aduhaiii... x tahan rasanya setipa kali contractions menyerang. 

Mr Hubby sampai & Doc pun masuk. denyutan jantung Baby kurang lalu Doc minta masukkan CTG melalui bahagian bawah. masa tue vee dah cakap kat Doc "Doc.. sakit sangat nie.. lama lagi ker?" Doc minta vee bersabar & minta Mr Hubby keluar kejap sebab nak check bukaan & pecahkan air ketuban. 

bukaan vee masih 4cm & Doc pun pecahkan air ketuban vee. sebaik jer air ketuban dipecahkan, vee dah terasa air suam-suam keluar di bahagian bawah & Doc bagitau "contraction awak akan makin kuat yer..tahan sket" . SubhanAllah.. memang terasa sangat-sangat & sakitnya hanya Allah swt sahaja yang tau. masa tue vee berpaut tangan di katil setiap kali contraction. Doc tinggalkan vee sendirian sebab dari 4cm nak ke7-8cm agak lambat.

Mr Hubby masuk then tolong usap-usap dahi vee. vee terus bagitau Mr Hubby "Syg..sakit sangat nie.. vee x tahan.. please panggil Doc" Mr Hubby terus panggil Doc & vee bagitau "Doc, saya dah x tahan sangat nie!!!"

Doc terus check bukaan & terkejut sebab x sampai beberapa minit, bukaan vee dah 8cm. "Nurse, bukaan dah 8cm!!" then terus kaki vee diikat di palang besi yang tinggi & Doc minta vee merendahkan badan & mengajar cara untuk meneran.

masa meneran tue, hanya Allah swt ajer yang tau betapa payahnya sebab vee hanya berbekalkan sebiji kurma sebelum ke labor room. tenaga vee seolah-olah hilang setiap kali vee meneran & hampir juga vee berputus asa dan masa tue vee x kesah vee kena forcep or c-sec sebab vee rasa vee dah x ada kudrat dah.

mujurlah Doc tue takutkan vee "Elvy..sikit jer lagi anak awak nak keluar, takkan awak nak vacum, kalau vacum, kepala anak awak akan bengkak & luka awak lagi teruk. cuba lagi!!" Mr Huby pun usap dahi vee & bagitau "sikit jer lagi Syg..kepala baby dah nampak tue" masa tue vee pun cuba lagi meneran & kali ketiga Mr Hubby dah menjerit kecil "Syg.. lagi sikit jer.. kepala baby dah nampak." then nurse yang membantu menjerit "teran macam nak berak!!"

 vee pun teran sekuat hati & alhamdulillah kepala baby pun terkeluar & masa Doc tue bagitau nak potong sikit pun vee dah x kesah. bila baby keluar sepenuhnya & baby diletakkan di perut vee.. sebelum tue Doc tunjukkan jantina baby & tadaaa!!! she is a GIRL ^_^  vee rasa lega teramat sangat & rasa seluruh kesakitan vee hilang macam tue ajer ^_^ tangisan baby memenuhi ruang bilik tue & vee terus pegang baby vee yang basah & pucat . puas selama nie vee tunggu My Baby nie keluar & kini dah pun berada di depan mata ^^

alhamdulillahx100000 bahagia sangat rasanya bila melihat Mr Hubby mengqamatkan anak perempuan kami.   then baby di bawa keluar untuk dibersihkan & vee ditinggalkan sendirian sementara menunggu Doc untuk menjahit bahagian yang patut dijahit. masa jahitan dilakukan, vee dah malas nak fikir kesakitan sebab kepala vee hanya fikirkan baby vee & vee x sabar nak peluk cium baby vee. 

so, tepat jam 3.42am 24/11/2011 hari Khamis, Baby Girl vee dilahirkan secara Normal dengan berat 2.75kg & tinggi 49cm ^^ 

xlama kemudian, my baby dibawa masuk & Mr Hubby pun masuk sama. rasa masih x percaya lagi yang anak perempuan kami kini di depan mata ^^ 

nurse datang & vee dipindahkan ke katil untuk dihantar semula ke wad. Mr Hubby pula diminta masuk ke wad melalui lobi utama. sampai jer kat wad, vee terus salin baju baru & teman-teman yang sedar vee balik dengan baby excited mengucapkan tahniah =) Mr Hubby teman vee sampai jam 7.00am & balik ke rumah dengan mak yang menanti sama di bawah. mesti mak x sabar nak tengok cucu sulung.. tapi waktu lawatan nanti baru leh naik ke atas.

sepanjang berada di wad, my baby dah pun buang air besar 2 kali. itu pun kali kedua vee minta nurse tolong basuhkan heheeh. oh ya, bila nurse-nurse & Doc datang awal pagi, diorang semua terkejut tengok baby dah ada di sebelah vee heheeh Doc tue siap cakap lagi "eh.. i thought you x bersalin lagi.. tahniah ^^ so kalau Baby dah berak kencing & takde masalah apa-apa, you boleh balik lah petang nie yer "

masa lawatan, Mama, Papa, Mr Hubby & Mak pun datang dengan muka excited nak jumpa cucu baru. Mak Usu, Pak Usu, Izzah & suami pun ada datang sekali . tapi ada part yang vee kerang gemar iaitu part memeriksa jahitan .

masa dalam bilik rawatan, macam-macam alasan vee bagi supaya diorang x check sebab veee takut sakit!! tapi diorang duk bantai gelak jer dengan alasan vee & bantu vee keluarkan darah beku dalam rahim vee. agak lega bila darah beku tue keluar & vee hanya mampu menahan nafas masa Doc check jahitan vee. alahaiiiiii...

petang tue vee dah boleh keluar & vee berterima kasih dengan semua Doc, nurse, staff & pesakit yang ditahan bersama kerana diorang memang best & terbaik ^^ vee rasa layanan diorang memang best & xlah macam yang vee dengar daripada orang lain. vee bertuah dilayan dengan mereka & insya Allah next baby nanti, leh bersalin kat Hospital Serdang lagi heheehe (pergh..sakit bersalin pun masih terasa lagi.. nak second baby lak )

buat Suamiku ~~~I Love You So Much~~~ sila sabar menjaga vee sepanjang berpantang yer

buat Elaine Medina ~~~You're My Everything~~~ selamat datang dalam hidup Ummi & Daddy

buat Mak, Abah, Mama & Papa ~~~May Allah Bless You~~~ jasa kalian tak mampu dibalas


Wednesday, November 30, 2011

Part 3 : Labor Contractions ..Baru ku tahu kenapa Syurga di bawah Tapak Kaki Ibu

22.11.2011 = SELASA


hasil CTG untuk induce kali pertama



pagi tue vee bangun awal & terus mandi before solat Subuh. agak mengejutkan bila nurse ambil BP vee naik sampai 134/85. wah.. tertekan ker =p. then darah masih keluar, dah macam period da pun. tu makna nya vee nie kembar darah.  contraction masih terasa tapi masih ringan.

then lebih kurang dalam jam 8.00am, Doc round lagi dan check bukaan vee. means kena seluk lagi la (part yang vee x gemar sebab memang sakit =/ ) bukaan baru 1cm lebih ~~huhuhu~~ tapi dinding serviks mulai lembut. Doc terus decide akan induce vee tengahari nie. (tapi vee lak excited hahahaha ada ker patut)

tengahari vee kena wat CTG & check bukaan, dah buka 2cm & Doc terus masukkan ubat induce. Doc minta vee berada atas katil selama sejam supaya ubat tue cepat bertindak balas & bila tindak balas tue berlaku.. Ya Allah.....sakitnya hanya Allah yang tahu.. memang sakit & vee x lalu makan. masa tue Mr Hubby, Mama & Mak dah ada menemani vee di waktu lawatan. (oh ya, Mr Hubby sentiasa datang melawat vee di waktu lawatan.. xpernah miss)

contraction makin kuat & vee langsung x larat nak jalan-jalan.. hanya berada di kawasan katil jer. bila dah petang & check bukaan.. alahaiiiiii... baru 2cm lebih jer...

malam selepas mandi , contraction mula berkurangan & vee leh layan citer Cinta Elysa lak hehehe tapi kali nie lepas tengok citer tue, vee tawaf satu wad 11 kali dengan harapan bukaan akan terbuka banyak.

23.11.2011 = RABU

awal pagi 5.58am, vee dikejutkan untuk check bukaan. so bukaan hampir 3cm tapi Doc minta nama vee dihantar ke labor room . lega sangat bila Doc bagitau dinding rahim vee dah lembut dar sebelumnya .

then, lebih kurang jam 9.00am, Doc round & bila tiba turn vee, Doc hairan tengok vee rileks jer & x macam muka orang nak bersalin "eh, awak nie rileks jer.. mana ada orang induce muka macam nie? mari..saya nak check bukaan & masukkan induce kali kedua" alamak...

masa dia masukkan ubat tue memang agak sakit sebab Doc siap tolong bukakan jalan lagi. aduhaiiiii. then Doc cakap "kepala Baby awak tinggi lagi nie, macam mana nak bersalin nie? banyakkan berjalan ok" then vee kena baring atas katil selama sejam & nurse datang buat CTG. dalam masa sejam, vee dah mula rasa contraction yang lebih kuat dari semalam & vee langsung x ada daya untuk berjalan ke mana-mana sebab terlalu sakit di bahagian pinggang ke bawah.

masa Mr Hubby datang dengan Mak, Mama & Papa, vee hanya mampu diam & Mr Hubby yang suapkan makanan untuk vee. itupun sikit jer yang vee lalu sebab sakit teramat sangat walaupun x kerap.

part paling vee xleh lupa ialah vee menangis kesakitan & minta Mr Hubby peluk vee & vee minta maaf banyak-banyak atas segala dosa yang vee pernah lakukan sejak kami bersama. masa tue semua orang kesian jer tengok muka vee yang kesakitan huhuhu

masa vee kena panggil ke bilik rawatan untuk check bukaan, vee menggigil-gigil menahan kesakitan, mujurlah ada Mr Hubby yang menemani vee. kesakitan vee memang tergambar jelas di muka sampai ada seorang pesakit chinese (rapat dengan vee sejak kitorang ditahan di wad yang sama) cakap "i hope i dapat rasa sakit macam you.. sebab i masih x rasa apa-apa. i doakan you bersalin harini"

masa check bukaan tue, agak kecewa sebab bukaan masih 3cm huhuhuhu vee dah sakit & terasa tertekan kerana dalam wad bahagian vee, semuanya bersalin arini kecuali vee.. tangisan baby diorang membuatkan vee sangat x sabar & sedih dalam masa yang sama.

contraction makin kuat & Doc yang datang memeriksa hairan kenapa bukaan vee masih 3cm then tanya vee samada vee ada minum air selusuh atau x. vee angguk kepala & Doc terus cakap "laaa..kenapa awak minum air selusuh.. awak tau x, air tue sepatutnya minum bila bukaan awak dah 6cm ke atas.. kalau awak minum sekarang, memang awak akan rasa sakit teramat tapi jalan x buka" terus tarik getah rambut vee & minta nurse bukakan penutup botol air selusuh. huhuhuhu mana vee tau.. ustaz tue bagitau minum seminggu sebelum bersalin.... huhuhu

petang tue, papa minta mama sapukan air di muka, kepala & pinggang vee sebab tengok vee memang x tahan sangat. masa tue vee minta maaf ngan Mak & peluk Mak sambil cakap.."macam nie rupanya sakit Mak masa ngandungkan yana.." pastu kitorang nangis sama-sama.

before balik, Mama tinggalkan vee doa penahan kesakitan untuk vee amalkan & alhamdulillah doa tue membantu vee sedikit sebanyak. sepanjang waktu tue vee asyik berdoa supaya vee dapat bersalin malam tue jugak...

...nantikan Part 4

Tuesday, November 29, 2011

Part 2 : Hospital Serdang

Assallammualaikum wbt

Part 1 : Elaine oh Elaine





# 19.11.2011

vee & Mr Hubby bershopping di One Utama , sambil bershopping, sambil membantu mempermudahkan bukaan jalan hehehe

mula terasa sakit belakang tapi excited & berharap rasa lebih lagi sebab da rasa x sabar nak deliver Baby nie.. rindu sangat-sangat.

petang sampai rumah, vee mula rasa x sedap hati sebab vee rasa gerakan Baby mulai kurang... hurmmm...

malam masa tengok tv, vee dah rasa sakit belakang tapi no contraction. masa tue vee hanya risau kan Baby vee yang kurang bergerak.. x sampai 10 gerakan pun arini.... takutnya...

# 20.11.2011

lepas solat Subuh, cepat-cepat kejutkan Mr Hubby ajak gi Hospital Serdang sebab vee memang rasa yang My Baby kurang sangat pergerakannya even malam. dalam fikiran vee memang macam-macam fikir tapi x putus-putus berdoa dalam hati supaya My Baby x apa-apa.

bawa semua barang-barang vee & Baby yang dah siap susun & kain batik letak siap-siap dalam handbag.

*8.45am

=tukar kain batik, ambil tekanan darah, urine test & CTG (1stime buat CTG masa nie)
=Doc bagitau denyutan jantung Baby ok & check bukaan aka seluk. perghhhh... memang sakit!! Doc bagitau jalan masih x buka lagi..dinding serviks pun masih tebal.
=inform Doc tentnag "cik putih" yang vee alami sepanjang kehamilan
=bila gie tandas, terkejut sangat bila banyak darah yang keluar. Doc bagitau tue tanda-tanda awal bersalin
=kena tunggu Doc yang lagi pakar datang check....dalam hati masa tue ingat dapat balik umah jap lagi

*11.45am

=Doc Pakar datang, scan my Baby & said everything ok tapi kena ADMIT WARD!!!!!
=Doc bagitau akan pantau vee & kalau masih x buka jalan, vee akan di induce & jika induce x berjaya.. vee akan di ceaser... no!!!!!! masa tue vee dah risau sebab memang xnak kena ceaser.
=Doc ambil sampel darah & vee minta kebenaran keluar untuk makan tapi Doc hanya benarkan keluar ke lobi sahaja, so makanan Mr Hubby kena belikan untuk vee

*2.15pm

=nurse bagi baju uniform warna pink
=mama & papa sampai
=dapat Wad 5E/25

masa nie ramai yang bersalin sebab tarikh pun kebetulan cantik hehehe nasib vee x dapat tarikh 20112011 tue ;p

kalau terer..carilah nama vee hehehe

21.11.2011 = ISNIN

=mama & papa ambil mak dari Sepang
 =pagi, time Doc round ramai-ramai. vee kena seluk lagi ~~sakit~~
=Doc bagitau dinding serviks vee masih tebal 3cm & bukaan terlalu sedikit, kepala Baby masih tinggi (so memang lambat lagi nak bersalin)
=tengahari, kena seluk lagi.. baru buka 1cm.. aduhaiii.. senak rasanya bila kena "seluk" nie
=darah makin banyak keluar & berlendir
=mula terasa constraction tapi vee masih boleh tahan sakitnya (actually vee xtahu rupa-rupanya baby mengeras tue maksudnya contraction)
=esok Doc akan decide samada akan induce @ x sebab dinding rahim vee tebal lagi
=vee merajinkan diri menawaf satu wad sebab nak bantu membuka laluan untuk Baby vee nie. sampai semua orang kat situ kenal vee hehehehe
= petang lepas waktu lawatan, air kotak vee & roti vee hilang.. huhuhu baru nak mamam... T_T xpelah.. vee halalkan ajer... =(
= malam, masa buang air, terkejut sebab keluar segumpal darah yang berlendir, masa tu contraction makin terasa. tapi vee rasa makin excited hehehehe


pemandangan dari katil vee.. tenang jer kan ^^
buku record vee

nantikan part 3 pulak yer


Saturday, November 26, 2011

Part 1 : Elaine oh Elaine

Assallammualaikum wbt

first of all... vee dah bergelar UMMI!!!!! yeay hehehehe alhamdulillahx1000


SubhanAllah... vee benar-benar bahagia sangat-sangat menerima kehadiran seorang Puteri yang memang vee & Mr Hubby nanti-nantikan selama ini.  

segala kesakitan & perih yang vee alami hilang sekelip mata apabila pertama kali vee melihat Baby Elaine keluar & berada atas perut vee ^_^

pengalaman bersalinkan Elaine memang x akan vee lupakan sampai bila-bila.  vee akan kesahkan pengalaman vee part by part...

oh ya.. sebenarnya vee ditahan wad pada 20/11/2011.. tarikh yang cantik kan???? nak tau kenapa vee ditahan wad awal??? nantikan entry yang seterusnya k heheheehe


p/s : sangat terharu dan berterima kasih dengan Blogger yang comel shafika aka Sya Hya-Sonn sebab buatkan entry khas untuk My Baby Elaine Medina ^^  nie lah entry nya

Thanks Syafika ^^



Friday, November 25, 2011

Elaine Medina

alhamdulillahx1000

x tergambar betapa bahagianya..

inilah Sang Puteri Hati Vee & Mr Hubby

ELAINE MEDINA

maksudnya Cahaya Madinah yang Bergemerlapan



nanti vee cerita ok.. nak peluk cium baby Elaine nie hehehehe

Friday, November 18, 2011

EDD = 7 Days to go

assallammualaikum wbt

still lagi bergelar preggy Ummi. Baby masih selesa di dalam ^^ 

anyway puas dah dua hari nie vee ajak Mr Hubby jalan-jalan supaya mudah vee bersalin & ajaibnya (chewah..ayattt) vee x mengah sangat macam sebelum nie =) rasa ringan jer.. kecuali bila kena naik tangga (sebab gi bank), terasa la sket mengahnya. rasa ringan sebab Baby dah ke bawah kut hehehe

tapi bila keluar, just jalan-jalan & window shopping jer... xder menda sangat nak beli sebab everything done ^^       tinggal nak tunggu Baby keluar ajer.. kalau ikut due /edd.. jumaat depan lah.. lagi 7 hari = seminggu. mudah-mudahan awal lah keluar.. kalau boleh xmo lah lebih hari. nanti kena induce lak. 

oh ya.. malam tadi balik dari Carrefour.. finally Mr Hubby belikan gak durian untuk vee.. yeay !!! memang puas makan even x banyak sangat sebab vee xmolah berlebih-lebihan.. kesian Baby nanti kepanasan hehehe selama nie vee minta, xpenah Mr Hubby nak belikan sebab kesian ngan Baby.



doakan vee mudah bersalin yer ^^  vee dah x sabar nak peluk cium Baby =)

Wednesday, November 16, 2011

Check Up 39 Minggu ~~Medi-Nur~~

assallammualaikum wbt


arini gi check up untuk 39 minggu...tapi kali nie 1st time check up kat private. Medi-Nur. alhamdulillah everything ok & happy sebab dapat tengok Baby (masa scan la)

baby memang dah kat bawah cuma kepala baby belum engaged lagi.. vee nie puas lah pujuk Baby kuar awal tapi my Lovely Baby nie masih selesa dalam tummy vee. ^^

berat Baby da 2.7kg.. errr... tapi berat vee turun 500g. biasalah da ujung-ujung kan. Doktor bagitau kalau Baby dah engaged, Baby akan mengadap tulang belakang vee..la nie dia masih mengadap ke depan.

masa scan, Mr Hubby minta doktor tengokkan jantina Baby tapi confirm yang Our Baby memang pemalu orangnya.. Baby lipat kaki dia xmo tunjuk, siap gerak-gerak lagi masa doktor scan. so tunggu je lah Baby kuar nanti baru confirm Boboy or Gegurl.. doktor bagitau yang Baby vee nie suka lipat kaki.. vee & Mr Hubby agak yang baby kaki panjang kut.. baka model lah katakan hehehehe =p yelah.. Ummi Daddy dia kan tinggi orangnya hahahaha

malam tadi.. vee rasa Baby testing untuk deliver kut. Baby acah-acah contraction yang sangat kerap tapi vee hayati jer diam-diam & x tido. terasa perut vee nie kembang kempis tapi x sakit sangat. then terasa macam Baby menolak ke bawah & vee terasa sedikit tegang di bahagian bawah. tapi!!!! setelah beberapa jam macam tue.. dari perut vee tegang terus lembut sediakala.. Baby nie pandai nak main-main ngan Ummi kan.. vee punyalah menghayati sign of labor.. ngoper-ngopernyer hanya "false alarm"... Baby...huhuhuhu

p/s= lepas check up, kitorang gi Hospital Sedang melawat Kak Ernee yang di tahan sebab demam Denggi. semoga kak Ernee cepat sembuh...amin..

p/s = masa kat Hospital Serdang.. Baby quit active.. excited yer anak Ummi nie heheehe meh la kuar.. dapat Ummi & Daddy peluk cium Baby ...xoxoxoxo

Monday, November 14, 2011

Simpul Biawak

assallammualaikum wbt (vee da 39 minggu da ^^)

finally vee da kena "simpul biawak" dua hari berturut-turut ~~adoooiiii!!!!~~

memang sakit, kali pertama kaki sebelah kiri, then pagi tadi kaki sebelah kanan lak. menjerit sedikit sambil kejutkan Mr Hubby..cepat-cepat Mr Hubby tolong tarik tangan vee untuk bangun & minta vee letakkan tapak kaki atas lantai.. ~~huhuhu~~

mama bagitau tue tandanya x lama lagi lah tu Baby nak keluar. then semalam Sue minta mak dia check kaki vee, tengok samada da bengkak or belum. ngoper-ngoper nyer udah bengkak =p la nie vee dah rasa sangat x selesa .. baring duduk serba x kena. tapi still excited sebab x sabar nak deliver hehehe

harini last Mr Hubby nyer seminar. so skang vee tinggal sorang-sorang kat umah sebab Mama ada kat Damansara.  x sabar nak tunggu Mr Hubby balik umah.....


Saturday, November 12, 2011

NLKO Bersama Mama in Law ^^

assallammualaikum wbt

nampaknya My Baby nie memang duduk rileks dengan selesanya dalam tummy nie hehehe langsung x bagi tanda nak keluar dalam masa terdekat nie. semalam Mr Hubby balik jer, vee terus ngadu ngan Mr Hubby & Mr Hubby gelak jer. Baby faham kut Daddy dia busy buat masa nie even Ummi da berbisik manja " Baby.. Ummi rasa x sabar sangat nak peluk cium Baby tau.. cepatlah keluar.. nak main-main ngan Baby" tapi Mr Hubby tepuk perlahan tangan vee bagitau " biarlah.. Baby nak rileks-rileks dulu"  nampaknya Baby nie banyak dengar cakap Daddy..... jeles tapi xper hehehe

harini Mama masak Rendang Daging.. aduyaiii memang sedap tapi tetiba gigi vee sakit huhuhu sajer jer ngadu ngan Mr Hubby yang jauh di mata tue tapi dapat mesej bunyi macam nie "minum susu" allaaa...... baru nak manja sket. tapi seriously vee rindu sangat dengan Mr Hubby nie. al maklumlah kitorang jarang x bersama.. sentiasa berkepit jer selama nie.. aduyaiii... nie baru Mr Hubby gie seminar.. nanti kalau vee da dapat kerja lain nanti, xtau lah macam mana nanti.. macam x sanggup jer nak jauh-jauh dari Mr Hubby & Baby nanti ~~T_T~~ inilah akibatnya apabila bekerja satu bumbung & x biasa berjauhan... sekejap jer da rindu hehehe


pagi tadi masa tengok tv dengan Mama rancangan NLKO tue... kan kesah perkahwinan. kitorang terbukak cerita lama & Mama bagitau memang dari dulu masa Mr Hubby sekolah lagi, Mr Hubby merancang nak kawen awal.. siap buat kiraan time study & bagitau kat Mama yang Mr Hubby nak kawen bila da abes belajar sebab xmo kawen lambat hehehe 

oooo da bocor da rahsia, memang betul pun sebab masa vee & Mr Hubby berkenalan, kitorang baru jer abes belajar & vee da convo, Mr Hubby belum convo lagi.  so, x sampai setahun kitorang bertunang, then lebih kurang 7 bulan kitorang kawen... memang awalkan ^^ buat apa nak berkawan & bercinta lama-lama.. rugi masa jer tau =p lagipun bukan senang nak jumpa seseorang yang serius dan memberikan komitmen dalam suatu perhubungan.

 vee memang x gemar bila berkawan dengan seseorang & bila tanya soal kawen jer.. asyik nak mengelak & suka keluarkan jawapan skema "nak bantu keluarga i dulu sebab keluarga i susah" "nak kerja lama sket & bagi simpanan banyak dulu & bla..bla..blaa & so so so.." kalau dah tau nak tolong family dulu or nak kumpul duit dulu.. xpayahlah bercinta kan. sangat membuang masa ok.. lebih baik cepat-cepat angkat kaki kan ^^ 

melalut jauh da nie. anyway minggu depan kalau x deliver gak, Mr Hubby ajak check up kat private lak.. leh scan skali kan ^^ tapi of course vee harap minggu nie last da check up ... ingat nak deliver jer dalam kepala nie hehehehe kadang-kadang masa vee rasa "false alarm" tue, vee leh senyum jer & makin excited.. ingat "alarm" yang sebenar kan hehehehe

p/s : cintai ketidaksempurnaan pasangan kita kerana ketidaksempurnaan itulah yang menjadikan hidup bersama semakin indah ^^ xoxoxoxo

Friday, November 11, 2011

masih tiada tanda...11/11/11

assallammualaikum wbt..

yeah.. finally 11/11/11 dah pun menjelma & memang tiada tanda-tanda my Lovely Baby nak kuar harini hehehe xpelah. Baby masih selesa berada dalam perut Ummi kan.. lagipun Daddy xder di sisi Ummi sepanjang hari selama 4 hari nie... itupun pagi tadi Daddy hampir xmo gie seminar sebab risaukan Ummi. tapi Ummi pujuk Daddy & minta Daddy x perlu nak risau sangat sebab masih belum rasa apa-apa cetusan daripada our Lovely Baby.

mujurlah Mama sudi teman vee di rumah.. vee x kesah pun kalau Mama nak balik Damansara.. tapi kerisauan Mr Hubby & Mama menyebabkan vee tidak dibiarkan keseorangan.


sekarang nie vee asyik baca artikel tanda-tanda bersalin & pengalaman bersalin jer... sajer nak tau lebih banyak info kan.. memang macam-macam cerita & buat vee makin x sabar.. tapi haruslah bersabar.. atleast 2 minggu lagi kan ^^

jemputan kawen memang banyak tapi xdapat vee nak penuhi.. maaf yer.. nanti vee dah abes pantang, insya Allah vee penuhi jemputan teman-teman tau.


oh ya.. vee tak tau lah memang vee nie bernasib baik or apa kan.. tapi alhamdulillah sepanjang vee mengandung nie.. vee memang x ada langsung rasa pedih ulu hati ker.. kaki bengkak langsung xder.. xder kaki kram waktu malam & perut vee pun langsung xder kesan meregang (strecth mark). tapi kakak ipar vee kaki da bengkak-bengkak & ramai la yang cakap dia bakal bersalin awal.. hurmmm.. so vee yang xder langsung kaki bengkak nie.. camner nak tau nak dekat bersalin ke tak? ~~confuse~~

dan lagi satu.. vee da x sakit belakang da.. tapi Mr Hubby yang duk sakit-sakit belakang.. takkan dah transfer kat Mr Hubby??? sekarang nie vee rasa ringan jer even masa timbang berat kat klinik pun.. berat x naik langsung. nak kata x makan.. vee rasa vee nie asyik makan jer tanpa henti...

vee ada terbaca ada seseorang yang tulis kat status FB "if he wants you to JUST clean, cook & wait around at home, pls tell him to get a maid!"    .. wahai cik kak... kenapa nak merungut... nanti kalau cik abang jatuh cinta kat maid you.. baru padan muka you kan.. ^^ lagipun sebagai wanita.. kerja memang x pernah habes... so x perlu nak merungut di FB... ^^ merungut jer ngan hubby hahahahahaa =p

Thursday, November 10, 2011

check up 38 minggu ~~klinik desa~~

assallammualaikum wbt

semalam 1st check up dekat klinik berhampiran dengan umah MIL sebab vee akan berpantang di situ. so macam biasalah bangun awal sebab nak dapat turn yang awal. pergi dengan Mr Hubby & Mama. mama ikut sebab nak join check tekanan darah .

my 1st impression tentang klinik desa nie, oklah.. terasa berada di desa sungguh, dengan suasana yang aman & kiri kanan yang penuh dengan tumbuhan hijau. sebelum nie kan check up dekat Kelana Jaya.. haruslah hutan batu jer yang penuh di sekeliling ;p 

orang memang x ramai tapi turn agak lambat sebab bilik x banyak. xpelah..lain tempat lain cara nya kan. masa menunggu, vee cakap dekat Mr Hubby yang vee harap sangat minggu nie last check up sebab nak Baby keluar minggu nie tapi kuasa Allah swt.. kita x tahu kan hehehe redha ajer. lagipun minggu nie Baby dah masuk 38 minggu. kiranya da terlebih 9 bulan 10 hari nie....

esok da 11/11/11.. haaa.. xtau la dapat tarikh tue ke tidak ^^ xpelah.. lagipun my MIL & Mr Hubby banyak sangat program  sampai minggu depan.. biarlah vee & Baby bertahan dulu... (bunyi macam ayat merajuk dengan Mr Hubby tapi takkkkk sebenarnya.) demi mencari rezeki lebih kan... redha.

masa check up semalam, tinggi rahim vee dah kurang 2cm.. so baby da turun ke bawah da pun. tapi vee xla kerap rasa contraction buat masa nie...ada memang ada.. alaa... "false alarm" jer. baby vee rasa dah memang kat pintu dah.. cuma belum masanya lagi untuk bertindak aktif hehehehe

bila tengok kawan-kawan upload baby pic diorang...teruja sangat!!!!!! x sabar nak peluk cium My Lovely Baby ^^ xpelah.. Ummi anggap jer due 25/11/11 tue sebagai kiraan yang sebenar... kenalah sabar menanti insan yang paling istimewa di hati Ummi dan Daddy kan ^^

Baby x keluar lagi tapi dah dapat macam-macam hadiah daripada keluarga terdekat. dapat bakul baju yang cantik, kain batik baru untuk Ummi, cadar baru buatan Mama untuk tilam Baby, set bantal peluk lah... alhamdulillah.. rezeki semuanya datang daripada Maha Kuasa ~~ALLAH swt~~



p/s : nama untuk gegurl da dapat.. tapi boboy asyik x confirm jer... adakah gegurl???????

p/s: kawan Mr Hubby yang wife nyer due lebih jauh daripada vee da pun deliver baby kelmarin....... awal kan!!!!!

Friday, November 4, 2011

Baby Hold The Finger ^^

assallammualaikum

semalam gi check up lagi.. awal pagi da kena bangun & gerak. rutinnya macam biasa je lah... timbang berat, ambil tekanan darah, urine test, hb test, then jmpa nurse check denyutan jantung Baby & advise.. kalau perlu baru jumpa doc.

so, masa vee masuk jumpa nurse, nurse da bagitau bahagian atas perut vee da lembut & kepala Baby da berada di pintu.. so anytime jer Baby ready nak keluar. perasaan vee semestinya "EXCITED" ^^ vee target minggu depan la Baby kuar hehehehe

kelmarin bila bersembang dengan Mr Hubby.. Mr Hubby leh cakap "x sabar rasanya nak rasa Baby pegang jari nie kan ^^" hehehe vee pun sama.. rasa sangat x sebar & teruja.. mesti comel sangat bila jemari Baby memegang jari vee & Mr Hubby =)


 sedikit tips untuk di share kali nie ^^


  • Cara senang utk dptkan pahala yang berterusan dan berganda2 .
  • --> Pasang kipas di surau/masjid wlaupun 1 , setiap kali org guna , anda dpt pahala walau slps mati .
  • --> Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali psakit guna , anda akn dpt pahala .
  • --> Beri baju kpd org , setiap kali org pakai , anda dpt pahala .
  • --> Beri makanan kpd org , anda dpt pahala selagi makanan itu mnjadi darah dagingnya .
  • --> Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada .
p/s: oh ya.. my due yg baru (target by Doktor) ialah 12/11/11... nak 11/11/11 leh heehehehe xkesahlah.. when My Lovely Baby ready.. vee pun ready ^^

Wednesday, November 2, 2011

Tanda-tanda Hampir Bersalin

assallammualaikum wbt


nak share artikel Tanda-tanda hampir Bersalin.. sangat sesuai untuk Hot Mama yang sedang menanti hari ^^

oh ya, dalam artikel yang vee dapat nie, setiap wanita akan melalui pengalaman yang berbeza.. so check it out the basic k.


Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut
yang nie vee dah rasa memang Baby vee turun ke bawah sebab terasa sangat kepala Baby & semua tanda-tanda tue vee da rasa

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
yang nie belum lagi... cik putih ada lerrrr

Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
setiap hari, inilah yang vee rasa.. serba x kena jadinya sampai baring pun x menghilang sakit belakang huhuhu

Pecah air ketuban
  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
  • Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
Kontraksi yang tetap dan berterusan
  • Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel “Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu”
wat masa nie vee rasa kontraksi palsu jer dulu.. da rasa setiap hari tapi xla kerap lagi.. 


sumber adrinis.com


Saturday, October 29, 2011

Felt craft ~~hobi baru~~



inilah kerja vee dalam 2 hari nie . asyik wat felt craft jer hehehe




ok la kan untuk permulaan.. wat masa nie khas untuk My Lovely Baby jer dulu ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...