Wednesday, November 2, 2011

Tanda-tanda Hampir Bersalin

assallammualaikum wbt


nak share artikel Tanda-tanda hampir Bersalin.. sangat sesuai untuk Hot Mama yang sedang menanti hari ^^

oh ya, dalam artikel yang vee dapat nie, setiap wanita akan melalui pengalaman yang berbeza.. so check it out the basic k.


Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut
yang nie vee dah rasa memang Baby vee turun ke bawah sebab terasa sangat kepala Baby & semua tanda-tanda tue vee da rasa

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
yang nie belum lagi... cik putih ada lerrrr

Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
setiap hari, inilah yang vee rasa.. serba x kena jadinya sampai baring pun x menghilang sakit belakang huhuhu

Pecah air ketuban
  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
  • Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
Kontraksi yang tetap dan berterusan
  • Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel “Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu”
wat masa nie vee rasa kontraksi palsu jer dulu.. da rasa setiap hari tapi xla kerap lagi.. 


sumber adrinis.com


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...