Wednesday, November 30, 2011

Part 3 : Labor Contractions ..Baru ku tahu kenapa Syurga di bawah Tapak Kaki Ibu

22.11.2011 = SELASA


hasil CTG untuk induce kali pertama



pagi tue vee bangun awal & terus mandi before solat Subuh. agak mengejutkan bila nurse ambil BP vee naik sampai 134/85. wah.. tertekan ker =p. then darah masih keluar, dah macam period da pun. tu makna nya vee nie kembar darah.  contraction masih terasa tapi masih ringan.

then lebih kurang dalam jam 8.00am, Doc round lagi dan check bukaan vee. means kena seluk lagi la (part yang vee x gemar sebab memang sakit =/ ) bukaan baru 1cm lebih ~~huhuhu~~ tapi dinding serviks mulai lembut. Doc terus decide akan induce vee tengahari nie. (tapi vee lak excited hahahaha ada ker patut)

tengahari vee kena wat CTG & check bukaan, dah buka 2cm & Doc terus masukkan ubat induce. Doc minta vee berada atas katil selama sejam supaya ubat tue cepat bertindak balas & bila tindak balas tue berlaku.. Ya Allah.....sakitnya hanya Allah yang tahu.. memang sakit & vee x lalu makan. masa tue Mr Hubby, Mama & Mak dah ada menemani vee di waktu lawatan. (oh ya, Mr Hubby sentiasa datang melawat vee di waktu lawatan.. xpernah miss)

contraction makin kuat & vee langsung x larat nak jalan-jalan.. hanya berada di kawasan katil jer. bila dah petang & check bukaan.. alahaiiiiii... baru 2cm lebih jer...

malam selepas mandi , contraction mula berkurangan & vee leh layan citer Cinta Elysa lak hehehe tapi kali nie lepas tengok citer tue, vee tawaf satu wad 11 kali dengan harapan bukaan akan terbuka banyak.

23.11.2011 = RABU

awal pagi 5.58am, vee dikejutkan untuk check bukaan. so bukaan hampir 3cm tapi Doc minta nama vee dihantar ke labor room . lega sangat bila Doc bagitau dinding rahim vee dah lembut dar sebelumnya .

then, lebih kurang jam 9.00am, Doc round & bila tiba turn vee, Doc hairan tengok vee rileks jer & x macam muka orang nak bersalin "eh, awak nie rileks jer.. mana ada orang induce muka macam nie? mari..saya nak check bukaan & masukkan induce kali kedua" alamak...

masa dia masukkan ubat tue memang agak sakit sebab Doc siap tolong bukakan jalan lagi. aduhaiiiii. then Doc cakap "kepala Baby awak tinggi lagi nie, macam mana nak bersalin nie? banyakkan berjalan ok" then vee kena baring atas katil selama sejam & nurse datang buat CTG. dalam masa sejam, vee dah mula rasa contraction yang lebih kuat dari semalam & vee langsung x ada daya untuk berjalan ke mana-mana sebab terlalu sakit di bahagian pinggang ke bawah.

masa Mr Hubby datang dengan Mak, Mama & Papa, vee hanya mampu diam & Mr Hubby yang suapkan makanan untuk vee. itupun sikit jer yang vee lalu sebab sakit teramat sangat walaupun x kerap.

part paling vee xleh lupa ialah vee menangis kesakitan & minta Mr Hubby peluk vee & vee minta maaf banyak-banyak atas segala dosa yang vee pernah lakukan sejak kami bersama. masa tue semua orang kesian jer tengok muka vee yang kesakitan huhuhu

masa vee kena panggil ke bilik rawatan untuk check bukaan, vee menggigil-gigil menahan kesakitan, mujurlah ada Mr Hubby yang menemani vee. kesakitan vee memang tergambar jelas di muka sampai ada seorang pesakit chinese (rapat dengan vee sejak kitorang ditahan di wad yang sama) cakap "i hope i dapat rasa sakit macam you.. sebab i masih x rasa apa-apa. i doakan you bersalin harini"

masa check bukaan tue, agak kecewa sebab bukaan masih 3cm huhuhuhu vee dah sakit & terasa tertekan kerana dalam wad bahagian vee, semuanya bersalin arini kecuali vee.. tangisan baby diorang membuatkan vee sangat x sabar & sedih dalam masa yang sama.

contraction makin kuat & Doc yang datang memeriksa hairan kenapa bukaan vee masih 3cm then tanya vee samada vee ada minum air selusuh atau x. vee angguk kepala & Doc terus cakap "laaa..kenapa awak minum air selusuh.. awak tau x, air tue sepatutnya minum bila bukaan awak dah 6cm ke atas.. kalau awak minum sekarang, memang awak akan rasa sakit teramat tapi jalan x buka" terus tarik getah rambut vee & minta nurse bukakan penutup botol air selusuh. huhuhuhu mana vee tau.. ustaz tue bagitau minum seminggu sebelum bersalin.... huhuhu

petang tue, papa minta mama sapukan air di muka, kepala & pinggang vee sebab tengok vee memang x tahan sangat. masa tue vee minta maaf ngan Mak & peluk Mak sambil cakap.."macam nie rupanya sakit Mak masa ngandungkan yana.." pastu kitorang nangis sama-sama.

before balik, Mama tinggalkan vee doa penahan kesakitan untuk vee amalkan & alhamdulillah doa tue membantu vee sedikit sebanyak. sepanjang waktu tue vee asyik berdoa supaya vee dapat bersalin malam tue jugak...

...nantikan Part 4

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...