Thursday, March 27, 2014

Elaine & 3D block

assallammualaikum wbt =)

Kali nie Vee nak share cara Vee mengajar sambil bermain dengan Elaine.



Vee aritu ada bagitau yang Vee nak belikan Elaine A-Z , 0-9 3D sebagai bahan pembelajaran kan.. haa, dah beli dah pun =) kenapa mesti 3D blok? sebab Elaine ialah "visual" type.


Comel kan ? tapi Vee x bagi semua pada Elaine sebab kalau bagi semua, jadi bahan mainan semata-mata lah jawabnya, belum masuk bab bersepah lagi macam puzzle aritu  T_T so, Vee simpan semuanya dalam bekas tupperware (Thanks Nana sebab hadiahkan tupperware =) ) dann hanya keluarkan huruf A,B,C,D & E. Masa nak ambik gambar nie pun nyorok-nyorok dari Elaine.. kalau Elaine nampak & x bagi kat dia.. abeslah bergegar satu rumah dengan tangisannnnn.. T_T

Mula-mula ingat nak lekatkan kat peti ais tapi jenuh pulak Vee nak duduk dekat dengan dapur .. so Vee pun ambil jer white board kat butik & bawa balik rumah ~settle~


Walaupun Elaine baru 2 tahun, Vee rasa waktu nie lah usia yang paling sesuai untuk memulakan aktiviti home schooling Elaine =) sebabnya sel-sel otak banyak & pesat berhubung . Yer.. Vee tau ramai jer anak-anak sekarang yang dari baby pun dah kenal huruf.. xper-xper. Ummi pun kenal huruf masa Tadika umur 6 tahun, pandai sampai sekarang hihihihi Meh Vee share cara Vee mengajar sambil bermain di rumah. 

Vee: Elaine.. yang nie A.. B..C..D... E.. (Elaine akan sebut huruf tue sama-sama)

Vee : ok.. A colorrrrr.. (tangan tunjuk kat A)

Elaine : yennn!!

Vee : Good job!! ( tanya benda yang sama pada semua huruf)

Hari seterusnya.. bila Elaine dah agak bosan nak sebut benda yang sama jer, Vee pun akan perah otak kreatifkan diri fikir cara nak tarik minat Elaine

Vee : Elaine.. Ummi nak huruffff E!! mana? mana? (Elaine akan rasa yang Ummi x tau apa-apa so minta tolong dengan dia)

Elaine : (ambil huruf E) nieee!!! Ummi..nah!

Vee : (excited) wahhhhh.. nie huruf E!! Color?

Elaine : Lueeeee!!!

Vee : (bertepuk keriangan) Pandaiiiiii!! Ummi nak huruf C, mana..mana?? (buat benda yang sama pada semua huruf)

hari seterusnya bila Elaine macam x berminat , perah otak lagi dengan bersembang plak.

Vee ambil majalah Mami & Baby & belek-belek depan Elaine.

Vee: Elainee.. tengok nie.. samalah huruf nie dengan nie (tunjuk kat huruf A).. sama x?

Elaine : (teruja) maa..amaa ..A!!

Vee : lagi? lagi..? mana A? (minta Elaine cari huruf A dalam majalah)

Elaine : niee mie! A! yeayyy..

Vee: wahhhh.. terrer nya anak Ummi.. owesome!! (high 5 dengan Elaine)

Pastu hampir satu majalah tue kitorang belek untuk cari huruf A,B,C,D & E. 

Bila keluar jalan-jalan..masa dalam kereta & Elaine pun mood tengah excited.. Vee akan tanya

Vee : Elaine.. yang tue color apa? Elaine.. nampak x huruf A?

So Elaine akan excited menjawab apa yang ditanya. Walaupun kadang-kadang Elaine salah jawab sebab x ingat .. Vee terus bagi galakan dengan bersorak & betulkan balik. Biasalah kalau Elaine masih x ingat huruf-huruf tue sebab masih baru belajar =)

Kelakar jer bila Elaine jawab "ermmmm.... apa? apa?" bila x ingat color atau huruf yang ditanya hehehe

Tapi.. Vee hanya mengajar Elaine waktu Elaine tengah fokus bermain & mood tengah ok jer, kalau time mood x okay & asyik nangis jer.. jangan haraplah Elaine nak melayan apa yang Vee cakap, jadi gaduh jer nanti huhuhu

Harapnya minggu depan dah boleh tambah huruf F,G,H,I & J plak =) Aja-aja Fighting!!! Potty training dah bermula juga .. kalau rajin, Vee share =)

P/S : Next entry nanti nak share pasal Elena.. asyik Elaine jer.. ada yang majuk kang hehehehe

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Isnin depan nie last day untuk bulan Mac.. Jom rebut peluang beli ESP dengan harga yang berbaloi-baloi & Percuma Shaker =) Jangan risau.. Vee akan guide korang sehabis baik ^_^


kenapa mesti ada ESP di rumah anda? meh baca kat sini


Tuesday, March 25, 2014

"amboiiiii.. kurusnya ko Vee!!"

Assallammualaikum wbt =)


Sebenarnya Vee dah lama nak share cerita tentang perkembangan "Kempen kurus 50kg" yang memang Vee war-war kan sejak Vee peknen lagi ^_^

Alhamdulillah.. walaupun masih belum sampai ke angka yang diingini iaitu 50kg tapi dah ramai yang cakap " amboi Vee.. kurus ko yer" "wah Yana.. makin lawa badan lepas bersalin nie".

gambar paling terbaru

Ehem..ehem.. siapa x suka bila ramai yang cakap macam tue. =p walaupun terasa "nampak sangat aku gemuk dulu kennnn huhuhu"

masa bercuti di Bayou Lagoon, Melaka

Walaupun Vee masih x berpuas hati dengan berat sekarang nie.. Vee perasan yang bentuk badan Vee lebih kecil dari biasa kekekeke tapi mula-mula Vee ingatkan hanya ilusi mata & cermin jer tapi bila Vee keluar rumah..  boleh tahan ramainya cakap Vee dah kurus.. sapa x suka kan?

Mula-mula masa Vee keluar gi ambil baju mama kat kedai jahit, terserempak dengan Mak Puteri yang kebetulan berhenti untuk oter baju. Sembang punya sembang, mak Puteri puji " makin cantik badan ye " haish.. blushing tauu =)

Ada jugak Vee rasa yang berat Vee macam naik sikit sebab asyik makan kek jer sebab bulan Mac kan bulan celebration Vee huhu tapi aritu masa Vee nak keluar ke saloon, Kak Emma jiran Vee tegur.. siap ala-ala menjerit lagi " amboi Vee.. kurusnya ko" . Eh..eh.. segan sebab ada beberapa jiran kat situ gak. Just senyum & jawab " ala.. mana kurus lagi, nak kena diet lagi nie" .

Paling terdekat.. hujung minggu lepas Vee balik umah Mak Vee kat Sepang. Pagi tue kitorang gi sarapan kat kedai Makcik Bedok , kawan baik mak. Makcik Bedok terus puji " wah Yana.. makin lawa badan kau lepas bersalin nie yer. Apa rahsia?".

Haa.. diorang yang cakap tau.. bukan Vee paksa.=) alhamdulillah, sekurang-kurangnya dah nampak hasil usaha Vee =)

Balik umah tue, Vee tanya mak Vee "mak.. kurus ke aku ni?" ( Ermm sebab Vee kan keturunan Sabah, memang biasa guna aku bila cakap ngan Mak) So mak Vee pun jawab "aah.. kurus lah tue. Tu yang aku nie pun nak turunkan berat jugakkkk".

gambar 6 hari selepas bersalin, berat 68kg T_T


Tapi.. nak maintain & turun berat badan memang x mudah lagi-lagi bila banyak makanan sedap depan mata T_T so, nak x nak.. selain jaga makan, Vee ambik juga suplement yang membantu Vee untuk terus mencapai berat badan idaman. Dah tentu Vee ambil ESP, Lecithin, Alfalfa & Herb-lax Shaklee ^_^ 


Kenapa Vee ambil ESP, Lecithin , Alfalfa & Herb-Lax? 

1- ESP berfungsi untuk memberi RASA KENYANG & x cepat lapar, juga elakkan badan menggeleber bila berat badan turun
2- Lecithin membantu MEMBAKAR lemak & kolesterol dalam badan
3- Alfalfa membantu MEMBUANG lemak & toksin dalam badan
4- Herb-Lax nie bagi MELANCARKAN sistem perkumuhan & mempercepatkan lagi proses pembuangan lemak .Kiranya kalau ambil tue akan kerap ke tandas.. sebab tue kena makan 2-4 biji  je seminggu  kalau x tahan. Tapi jangan risau.. perut x akan memulas macam produk-produk lain.

Walaupun dah ambik set nie.. makan tetaplah kena jaga. Janganlah main redah jer.. macam mana nak kurus kan.

Nak kurus , nak cantik.. memang kena banyak SABAR & USAHA .. dannn yang paling penting, WAJIB minum air kosong sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari!!!

Berminat ? Jom beli set nie dengan Vee & Vee akan guide korang dengan cara Vee sampai korang puas hati & Vee akan bagi Program Rutin Harian yang sememangnya akan membantu menurunkan berat badan =) Istimewa hanya untuk pelanggan Vee ^_^

Jom rebut peluang beli ESP sementara Mac masih tinggal lagi beberapa hari nie, murah dari biasa!! Beli dengan Vee, PERCUMA Shaker lagi tauuu ^_^

P/s : next entry Vee akan share kenapa kita MESTI kurus =)

MH 370 ...

Assallammualaikum wbt

Innalillahiwainnailaihirajiun..daripada Allah kita datang, kepada Allah jua lah kita kembali. ~Al-fatihah~
Sebenarnya Vee antara orang yang terlewat tahu tentang berita pengesahan yang MH 370 memang berakhir di lautan Hindi. ='(

Sebabnya, lepas pukul 8.30pm, anak-anak dah merengek nak tidur selepas seharian keluar berjalan.
So.. bila kepala pun landing sama-sama atas bantal.. sedar x sedar terlelap sekali sampailah lebih kurang pukul 2.30am Vee terbangun sebab Elaine menangis nak susu & Elena merengek sebab kakak bising.
Mata jadi segar balik & sambil bf Elena.. tangan mula sibuk belek hp & fb. Terus perasan status kat fb banyak ucapan takziah untuk penumpang MH370.

Vee terus tanya Mr Hubby yang dah terlelap "Sayang.. MH dah jumpa ke? Memang terhempas? Bila PM announce?"

Mr Hubby just jawab "emm.. kul 10". Terus senyap. Vee pun terus baca kat fb & perasaan jadi sedih yang amat sangat. :(

Entahlah.. Vee terbayang-bayang macammana la keadaan penumpang-penumpang tue saat-saat menghadapi keadaan yang x disangka . Dengan ada anak-anak kecil lagi.. Allahuakbar.. semoga keluarga penumpang kuat semangat & tabah menerima ketiadaan orang yang mereka sayang...

MH 370...sesungguhnya kamu sentiasa di hati kami...

~al-fatihah~

Sunday, March 23, 2014

Pilihan Terbaikkk bulan Mac ~ESP~


Assallammualaikum wbt =)

Sempena bulan Mac yang sentiasa menjadi bulan kegemaran Vee (kalau rajin follow blog nie, mesti tau sebabnya ^_^ ), jom rebut peluang shopping ESP bulan nie sebab harga ESP telah jatuh merudum!! Tinggal beberapa hari je nie !!

Laju-laju sms / whatsaap / wechat Vee untuk dapatkan harga yang jatuh merudum tue =) PERCUMA SHAKER untuk setiap pembelian ESP & juga Vee sendiri akan guide korang dengan penuh kasih sayang ^_^ insyaAllah

Kenapa mesti beli ESP?

Sebabnya Vee sendiri dah makan ESP nie lebih kurang sebulan dah =) itupun Sue yang bagi Vee ambil separuh  untuk Vee cuba hehehehe siapa yang rajin ikut blog Vee sebelum nie tahu yang Vee pernah ambil produk lain . Alhamdulillah ESP memang memberi kesan yang memberangsangkan terutama pada kulit wajah Vee & juga berat badan =)

Kalau korang nak tau, masa Vee dalam pantang aritu, Vee ada terkena gegata / gatal-gatal yang Vee pun x tau macam mana boleh dapat =( sebab dah x tahan sangat, tangan nie gatal jugak menggaru gegata tue sampai buatkan kulit Vee melecet & berparut . sedih.. amat sedih!! yela.. kulit elok-elok bersih dah berparut. Puaslah Vee sapu losyen untuk hilangkan parut tapi memang x berkesan.

Lepas tue Vee kan ada makan produk yang menjanjikan wajah putih mulus, ingatkan bolehlah tolong hilangkan parut-parut tue sekali.. tapi x hilang-hilang jugak, harap putihkan muka jer . Bila Vee cuba makan ESP lebih kurang sebulan.. alhamdulillah akhirnya parut-parut tue dah pun pudar warnanya.. lega!! hehehe walaupun belum 100% hilang, tapi kira ok lah sebab Vee pun tau produk-produk Shaklee nie memang diperbuat daripada sumber semulajadi, so kesannya lambat tapi seeelamatttt.

Kalau parut pun boleh hilang, apalagi jerawat di muka .. memang susah nak tumbuh, kalau tumbuh pun, x sampai 2 hari dah hilang =) alhamdulillah. Wajah Vee pun sekarang nie lebih bersih & bintik kolesterol pun dah x timbul. Yang best lagi tentang ESP nie, sangat membantu Vee yang sememangnya berusaha untuk mendapatkan berat badan ideal. Macam mana? Bila ambil ESP, buatkan kita jadi cepat kenyang dan lambat lapar. Khasiat lain? tengok gambar kat bawah nie =)



Kalau korang nak tau, selepas AIR, komponen kedua yang terbesar dalam badan kita adalah PROTEIN!! Kalau x percaya, jom tengok carta kat bawah nie


sebab tue kita WAJIB minum air kosong 2-3 liter SEHARI, untuk sumber Protein pula, ambik jer ESP yang dah cukup lengkap untuk keperluan seharian, mudahkan =)

oh ya, nasihat Vee sebagai pengguna, jangan lepas beli ESP nie korang lupa nak makan makanan yang sebenar pulak, tue dah salah konsep kehidupan dah tu hehehe ESP nie kan suplement aka makanan tambahan, bukannya makanan utama =)  cuma, ESP jadi NO. 1  di kalangan suplement / vitamin-vitamin yang ada ..ada faham????

Nak tahu cara terbaik untuk ambil ESP nie? Jom beli dengan Vee & Vee akan bagitau cara-caranya . Tunggu apa lagi..meh sms / wechat / whatsaap Vee untuk dapatkan harga yang istimewa =) FREE shaker & FREE consultation ^_^


***semua ini adalah perkongsian peribadi. Tidak dibenarkan untuk mengambil mana-mana petikan tanpa kebenaran daripada saya, empunya blog ini. Terima kasih =)


Saturday, March 22, 2014

Mengapa Shaklee jadi Pilihan Hati

assallammualaikum wbt


Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih

Peribahasa Melayu yang sering kita dengar & sangat bermakna =)

 Mengapa saya memilih Shaklee.

Biasanya bila kita dengar tentang Shaklee, antara perkataan yang akan bermain di fikiran ialah "Mahal!!" , dan orang suka cakap "alaa.. itu vitamin orang-orang kaya jer, kitorang beli kat farmasi je la..murah". betul kan?

Vee faham sebab sebelum nie, Vee pun berfikiran yang sama. Mahal, x mampu, x perlu, x penting.. x ada budget.

Tapi dalam masa yang sama, Vee nak cari produk / suplement yang membantu keinginan Vee untuk awet muda & juga mencapai berat badan yang diingini iaitu 50kg.

Nak x nak, mahu x mahu.. kena juga cari produk yang membantu untuk mencapai keinginan tersebut, betul x?

Setelah mencuba / consume macam-macam produk.. ada yang memang berkesan dalam masa 3-4 hari, tapi rupa-rupanya x baik untuk jangka masa panjang, terus Vee berhenti!! apa guna cantik sekarang tapi menderita untuk jangka masa panjang???

Sehinggalah Vee terjumpa satu blog seorang Doktor yang merupakan pengguna Shaklee & berkongsi cerita mengapa Shaklee jadi pilihannya, tambahan pula beliau juga merupakan pakar dalam bidang anti-aging & weight-loss management. Akhirnya Vee jatuh cinta dengan produk Shaklee kerana kebanyakan produknya berasaskan bahan semulajadi.  Mahal? Bila dah faham & tahu tentang produk nie.. bagi Vee Shaklee nie xdelah mahal mana sebab kebanyakan produknya boleh bertahan 2-6 bulan mengikut cara pengambilannya. Jimat & berbaloi sebenarnya =)


ESP pilihan pertama Vee & insyaAllah akan jadi pilihan selamanya kerana ESP merupakan sumber protein soya yang terbaik . Protein sangat penting untuk tubuh badan kita kerana membentuk tisu-tisu baru & memjadikan kulit lebih cantik, awet muda, cepat kenyang, baik untuk hormon, memulihkan pigmentasi & macam-macam khasiat lagi ^_^ dan yang paling best, sangat bagus untuk ibu-ibu yang menyusukan anak macam Vee nie =) Vee dapat, anak pun dapat.

Terima kasih juga Vee ucapkan buat kakak ipar Vee, Suhaida yang mengenalkan Vee dengan produk Shaklee walaupun mengambil masa yang lama untuk Vee jatuh cinta hehehe Terima kasih Sue ^_^

** PERCUMA Shaker untuk setiap pembelian ESP atau Cinch Shake, sementara stok masih ada.

sms / whatsaap Vee laju-laju untuk Harga istimewa & Free Gift = 012-649 8084



***semua ini adalah perkongsian peribadi. Tidak dibenarkan untuk mengambil mana-mana petikan tanpa kebenaran daripada saya, empunya blog ini. Terima kasih =)

Friday, March 21, 2014

Shaklee Pilihanku


Assallammualaikum wbt =)

Alhamdulillah, akhirnya Vee tekad untuk menjadi ahli Shaklee dengan rasminya .

InsyaAllah dalam entry seterusnya Vee akan share mengapa Vee akhirnya memilih Shaklee sebagai makanan tambahan Vee sekeluarga  & mengapa korang semua mesti jadikan Shaklee sebagai makanan kesihatan bersama ^_^

p/s : berminat dengan ESP Shaklee? Promosi Besar-besaran untuk bulan Mac nie sahaja tau, Beli 6 PERCUMA 1 botol ^_^ Kalau beli dengan Vee, Vee bagi PERCUMA SHAKER lagi =)

Friday, March 7, 2014

Ulangtahun Kelahiran

assallammualaikum wbt

alhamdulillah.. Vee dah selamat menyambut Ulangtahun Kelahiran yang sentiasa 21 tahun sampai bila-bila hehehehe ~ no butthurt pleasee ~



Terima kasih Mr Hubby yang sudi bercuti sepanjang hari semata-mata nak meraikan isteri yang manja nie hehehe yelah, ingat senang ke Mr Hubby nak cuti? punyalah busy sampai ujung minggu pun selalu xder kat umah ~sobs~

Tepat jam 12.00 malam pada 6 Mac tue, Mr Hubby gigih kejut Vee dengan menyentuh lembut kat tangan kekekeke al maklumlah bila ada baby yang bf nie, memang selalu tidur awal. Tapi disebabkan mamai, Vee hanya jawab "hurmmm" bila Mr Hubby wish ..yang kelakar nya Vee siap minta kek lagi.. terus Mr hubby suruh tido balik.. cehh

Then siang, Mr Hubby bawa makan kat Ampang.. sempat makan 3 potong kek kat Secret Recipe hehehe then baru makan kat Naeb, makanan arab.

Hadiah???? Mr Hubby masih x sempat nak beli.. xpe-xpe, next week kan Wedding Anniversary kitorang.. adehhhhh, apa nak beli sebagai hadiah nieeee

oh ya, alhamdulillah Vee dapat hadiah daripada Pn Hasanah Hasrin sebab berjaya meneka kuiz "teka umur" aritu hehehe terlajak 1 tahun lak tapi menang ..yeay!!



ehemm.. macam tau-tau jer kan Vee memerlukan suplement tambahan hehehehe terima kasih banyak-banyak Kak Hasanah. kalau ada sapa-sapa berminat, leh la contact Kak Hasanah yang cantik manis nie :)

Hasanah Hasrin

ok lah.. semoga dengan pertambahan usia nie  menjadikan Vee , hamba Allah yang lebih bertaqwa & juga menjadi isteri solehah buat Mr Hubby & ibu mithali buat anak-anak.

Wednesday, March 5, 2014

Elaine & Perkembangannya

Assallammualaikum wbt :)

Vee nak share perkembangan anak dara Vee, Elaine =)


Elaine dah berusia 2  tahun 3 bulan, alhamdulillah Elaine dah menghafal nombor 1-10 dalam BM & BI ~~bravoo~~ actually dah hafal sejak Elena dalam perut lagi hehehehe tapi baru  nak update huhu then sekarang nie Elaine dah hafal huruf A-Z walaupun x lancar lagi sebab Elaine x suka berlagu. Faham x?

Maksud Vee.. Biasanya budak-budak suka menyanyi kan? So diorang cepat hafal A-Z sebab berlagu.. Tapiiiiii ..tidak bagi Elaine. Elaine rupa-rupanya x suka berlagu. Bila Vee , Mr Hubby nyanyi jer, Elaine just love to dance & laugh.. Mulut langsung xnak ikut nyanyi. Nak tau sebabnya?

Kan Vee dah kata Elaine nie Visual type hehehe rujuk entry lepas Vee. So bila Elaine baca 1-10 & A-Z, dengan cara menyebut tanpa lagu. Yang tang nombor tue lebih Mr Hubby & Tuk Mak dia yang mengajar.. Vee lak A-Z.insyaAllah nanti alif-ya , nak bagi Elaine betul-betul hafal & kenal huruf dulu.

Paling best, Elaine dah kenal warna ~alhamdulillah~ color yang Elaine tau ialah Blue (lueeee) , Yellow (ellowww), pink, red (yeddd), green (yiinnnn), orange (yennn) purple (pepeeeelll), ..hehehe happy jer bila Elaine dah kenal warna. Nak tau macammana Vee ajar ..Vee belikan mainan ring tower & lego yang colorful tue, terus ajar Elaine time dia main. Senang jer ajar Elaine sebab masa main, otak Elaine enjoy & time tue lah Vee ajak Elaine teka color dengan cara yang sangat santai =) 

Bila Elaine dah kenal warna, Vee akan main teka-teki dengan Elaine dengan tanya baju nie color apa, bantal nie color apa, semua benda yang berwarna Vee tanya.. Memang la Elaine selalu salah teka sebab keliru tapi xpe.. Vee tetap minta Elaine teka sampai betul & bersorak bila berjaya ~high 5~

lepas nie Vee nak cari block A-Z 3D sebab nak Elaine kenal huruf & nombor. Flashcard??? buat bersepah rumah jer hahaha betul... sifat Visual Elaine agaknya kuat sangat so flashcard x pernah nampak menarik di mata Elaine.. nanti ye Elaine, Ummi belikan 3D block =)  Bila Elaine dah ingat & kenal apa yang Vee ajar.. So tahun depan Vee takkan anta Elaine ke tadika hehehe sebab Vee rasa Elaine masih kecilllllll & Vee pun boleh ajar Elaine ~insyaAllah~ 

Mainan Elaine jangan cakaplah.. sangat banyak sampai x muat kotak huhu Vee guna kotak plastik yang jual kat Tesco tue untuk simpan mainan Elaine, mudah disimpan, lasak & senang mudah alih =) biasanya mainan lama Elaine, Vee akan simpan dalam kotak & nyorokkan dalam bilik kecil.. dah lama sikit lebih kurang 3 bulan or lebih, Vee akan ganti / keluarkan  mainan tue balik supaya Elaine x bosan dengan benda yang sama . teknik nie memang berkesan sebab Elaine akan excited tengok mainan lama hehehe

Vee ada gak belikan puzzle untuk Elaine. mula-mula terbeli puzzle yang besar.. then x sesuai sebab puzzle tu kecik + banyak.. buat bersepah jer. then Vee beli mini puzzle yang lebih kurang ada 9 keping jer untuk cantum.. ermmm rasanya Elaine masih x minat lagi hihihi nasib set tu ada 4 puzzle, Vee dah simpan 2 set untuk Elaine main di masa akan datang.

Tang Upin Ipin jangan cakap lah.. nama setiap watak tu dah hafal & jadi sebutan jer kat mulut Elaine, jalan cerita pun dah hafal.. siap leh gelak lagi bila tengok Upin Ipin.. perkataan yang kian lancar dari mulut Elaine ialah "assallammualaikum (aaakummmm), waalaikumussalam (aalaaammm), alhamdulillah (ammmlilaaah) , Allah (Awwahhh), buku, gula, coklat (oolatt), kek, aiskrim (ekrimm), nasi, air (eirr), pedas (eedass), masam (acammm), bayak lagi lah. then Elaine dah mula pandai sebut beberapa perkataan & jadikan ayat, contohnya "ummmiiiii, nak nacik" "makkk!! lapar" "abi, nak luarrr (nak keluar)" "ummiiii..nak gi escooo (tesco)"

perasan x yang Vee banyak letak sebutan Elaine tue panjang kat belakang.. memang pun Elaine sebut macam tue.. panjang jer ekor kat belakang, anak manja lah katakan walaupun selalu kena marah dengan Ummi sebab kuat nangis huhuhuhuhu

lagi satu, Elaine dah pandai sebut nama sendiri "Elaine Naaa" Elena Isyaaa" Elvy Naaa" "Akimmmmm" ..boleh lah Elaine oii hahahaha Elaine pun dah pandai pakai kasut sendiri, kasut Elaine bukan kasut yang main sarung jer, kasut tu kena buka zip & lekat balik.. hehehehe saja beli yang payah dipakai supaya Elaine belajar berfikir =) tapi bila datang tang manja, merengek minta pakaikan huhu

oklah.. cukup sampai sini dulu =)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...