Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan 1432H


assallammualaikum wbt..

esok dah mula berpuasa ^^ best nyer..

alhamdulillah dapat juga melalui Ramadhan kali ini bersama suami

insya Allah penuh kut puasa kali nie kan hehehe

kalau kudrat mengizinkan lah..

bagi para isteri & para ibu, dah kunci jam awal pagi nanti??

nak sahur, kita lah yang bangun lebih awal kan ^^

selamat berpuasa semua ^^

Saturday, July 30, 2011

Love...XoXoXo


malam tadi vee mimpi sangat manis ^^

vee mimpi vee dah deliver baby yang sangat comel ^^

comelnya...

x sabar nak tunggu bulan November nie...

x sabar nak cium & peluk Baby ~~mmmuuuaaahhhhhh~~

Baby.. terus sihat & membesar dengan sihat dalam perut Ummi nie yer...

labih kurang 3 bulan lebih.. kita jumpa ^^

Love You Baby XOXOXO


Ya Allah... peliharalah anak dalam kandunganku ini ... aamiinnnn

Thursday, July 28, 2011

Auummmm!!!


excited lak bila da gol 1 jaringan ^^

teruskan mengaum Harimau Muda

aummm!!!!!

Tangan dah mula nak menulis..

Dah Janji Nak Minum Susu Setiap Hari

assallammualaikum wbt

awal pagi da bangun, besalahkan dah subuh. tapi pagi nie bangun jer rasa abdomen vee nie sakit T_T vee terfikir apa tau

"Baby majuk ngan Ummi yer sebab semalam langsung x minum susu. yela-yela..jap lagi Ummi minum & malam nie pun Ummi minum.. jangan majuk-majuk"


after vee minum, alhamdulillah beberapa minit kemudian perut dah x sakit dah & terasa Baby menendang sket.. haiiisshhh kan betul Baby majuk.. jangan lah ikut peel Ummi yang kuat majuk tue ~~huhu~~ ikutlah peel Daddy yang penyabar & x suka majuk-majuk =p

semalam turun ke KLCC sebab da janji dengan K.Nik. Mr Hubby tetiba ajak naik LRT sebab da lama x naik, so memang da ada kelainan da tren nie ^^ 

K.Nik bagitau yang muka vee macam susut jer & x nampak macam pregnant 6 bulan. alaaa K.Nik nie.. Baby vee steady jer duduk belakang sket, x bagi peyut Ummi dia menonjol sangat hehehe 

tapi vee rasa berat vee ada harapan naik nie sebab asyik mamam jer.. aduyaiii... xper2..besalah pregnant kan.. mestilah makin naik ^^ walaupun ramai yang cakap vee x nampak naik sangat.. haisshhhh...  naik sebenarnya, korang jer x nampak.

alhamdulillah buat masa nie vee x mengalami stretch mark kat perut vee nie lagi, hope x ada la sebab vee pun rajin jer nak sapu cocoa butter kat perut nie. kaki pun ok jer cuma..haaa..cuma adalah part-part yang agak mendatangkan ketidakselesaan sampai dah merah-merah dah kulit nie. sabar vee sabar. Mr Hubby kalau nampak vee curi-curi garu jer, abes kena jentik =(

anyway, lepas nie vee da xleh nak skip minum susu dah, sian anak Ummi nie kan ^^

Wednesday, July 27, 2011

Story of my Engagement Day 2 ~~5 July 2009~~

assallammualaikum wbt


satu kesah lucu sebelum vee teruskan dengan Majlis Pertunangan vee dulu ialah, sehari sebelum majlis, semua orang sangatlah busy sampai ke tengah malam menyiapkan segala persiapan.  untuk makanan, my parent decide untuk gotong-royong beramai-ramai & jutaan terima kasih untuk my parent & jiran-jiran yang datang membantu, dah macam kenduri dah rasanya. paling x sangka, my dad sponsor dua buah khemah besar untuk menyambut pihak yang bertandang. siyes vee terkejut. tapi nak buat macammana kan.. vee kan anak perempuan sorang hehehehe mestilah habis-habisan =p

disebabkan terlalu penat & sibuk, selesai jer buat kerja, vee terus terrrtidur tanpa mengingati apa-apa sampailah vee menerima panggilan daripada Mr Hubby

"hello.. Sayang da tido ker?"
"errr..ermmm..naper? x tido lagi ker?"
"nak tido tapi rasanya ada orang macam terlupa sesuatu"
"ermm? vee ker? apa dia?"
"xperlah.. dah lupa kannn.. nak buat macammana...ermmm"

vee senyap jap & berfikir..apa dia yer... ehhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!

"ala Sayang.. lupa sangat, sorry!! Selamat Hari Jadi Sayang^^"
"langsung x ingatkannnn... nak buat camner..."
"ala..sorry sangat-sangat. nanti kita celebrate yer.. "
"xperlah, gi tido, dah agak dah Sayang lupa"
"sorry Sayang... Happy Birthday & Love You"

haaa... x pasal-pasal vee lupa besday Mr Hubby sampai tuan empunya yang call =p hehehehe tahun lepas = 2008, sempat gak lah vee celebrate besday Mr Hubby dengan Mr Zx. itupun vee x wish kat phone, depan mata jer, orang lain yang duk wish Mr Hubby macam-macam =p

ok, sambung balik tentang Majlis Pertunangan Vee & Mr Hubby yer. Majlis bermula selepas Zohor & vee mula bersiap jam 12.30. make up by myself & photographer of the day adalah Fendi, my kazen from Sabah ^^

jiran-jiran yang terus membantu  berusaha menyiapkan segala persiapan ^^

adik ipar yang membantu vee
wajah hasil sentuhan sendiri

rombongan pihak bertandang


nampak x khemah biru tu? Abah yang pilih color tue
nampak x pakwe berkemeja gelap tue? dilarang masuk rumah yer..
Majlis pun bermula.. vee masa nie kat dalam bilik
salam buat bakal ibu mertua
ciuman kasih daripada mama

cincin yang menjadikan vee tunang kepada Mr Hubby



sesi bergambar dengan keluarga

tetamu mula menjamu selera


kat sini Mr Hubby menanti keizinan untuk masuk selepas majlis =p
my photographer ~Fendi~
adik ipar ~~rafiza~~
finally Mr Hubby dapat masuk ^^

 sebahagian daripada duit hantaran daripada pihak lelaki
semasa majlis dijalankan, tempoh tali pertunangan kami diputuskan hanya setahun sahaja. masa tue kitorang dah decide nak buat 6 June 2010 tapi jodoh yang ditentukan Allah lebih cepat, kami akhirnya disatukan lebih awal , 8 bulan selepas majlis iaitu 14 Mac 2010.

so, inilah hasil perjalanan majlis yang dibuat dengan rushing dalam masa seminggu hehehe simple jer kan tapi yang penting segalanya berjalan lancar ^^



story of my Engagement day ~~5 July 09~~


vee baru perasan yang vee x pernah buat entry berkenaan dengan Majlis Pertunangan vee & Mr Hubby. so let's start with..

my preparation for my engagement day memang rushing sebabnya semasa Majlis Merisik, kedua orang tua kami memutuskan untuk mengadakan Majlis Pertunangan seminggu kemudian iaitu pada 5 Julai 2009, bersamaan dengan tarikh ulangtahun kelahiran Mr Hubby.

keputusan dibuat sebegitu kerana dua minggu berturut-turut selepas Majlis Pertunangan, Majlis Perkahwinan adik vee pulak yang akan berlangsung. so segala persiapan untuk Majlis Pertunangan memang agak rushing & vee kena fikir untuk hantaran dalam masa seminggu sahaja. memang ada yang menawarkan diri untuk membantu vee membuat hantaran tetapi vee lebih suka hasil hantaran itu daripada tangan vee sendiri sebab khas buat bakal suami yang tercinta ^^

vee memilih konsep hijau untuk hantaran & pihak lelaki memilih warna ungu untuk hantaran. vee, Mr Hubby & mama turun ke KL untuk shopping kain untuk Majlis Nikah & beberapa barangan untuk hantaran. disebabkan tarikh majlis tue 5hb 7, so jumlah hantaran juga 5 dulang berbalas 7 dulang.

pada awalnya vee berminat nak memilih warna putih or cream untuk Majlis Nikah kami tapi Mr Hubby request warna ungu. nak tak nak, ikutkan ajer kehendak Mr Hubby kannn..  ikutkan hati vee, nak jer pilih cream & pink hehehe

masa vee buat hantaran tue, memang perah otak jugalah, mujur mama banyak tolong vee dari segi idea & juga peralatan untuk buat hantaran . best kan dapat mak mertua yang sporting macam mama. hehehe alhamdulillah

so, dalam entry nie, vee upload jer dulu hantaran-hantaran daripada pihak vee & juga pihak lelaki.

Sirih Junjung sebagai pembuka bicara daripada pihak lelaki

Cincin Tunang sebagai pengikat kasih
Jam Tangan Guess Collection (GC) ~~actually nie suprise from Mr Hubby~~

Sejadah & Telekung

kain untuk busana hari Pernikahan

pemanis mulut

chocolate cake & blueberry cheese tart yg yummy

sekarang nie hantaran daripada pihak vee pula yer

Sirih berbalas daripada pihak perempuan

bunga rampai merbak harum

pemanis mulut..actually tepi tue penuh dengan coklat cadbury

kain untuk hari pernikahan

towel with Fiance's name

Kek Tunang & Harijadi


pemanis mulut

sejadah lak terlupa nak snap.. hehehe
segala perjalanan majlis akan disambung pada entry lain yer .

tata

Tuesday, July 26, 2011

Renungan : Cemburu itu Umpama Bara Api


lelaki & perempuan walaupun pernah bergelar kawan baik semasa di bangku belajar  mahupun semasa di tempat kerja, bukan tiket untuk membolehkan mereka bersalaman tangan bila bertemu kerana hukumnya tetap HARAM di sisi Islam. lebih-lebih lagi jika salah seorang atau kedua-dua mereka sudahpun berumahtangga. mereka seharusnya lebih sensitif dengan perasaan pasangan teman mereka & sememangnya perasaan Cemburu akan timbul.  itu namanya cemburu yang Bertempat.

cemburu nie umpama bara api , makin ditiup, makin marak apinya. semua orang ada sifat cemburu & vee nak  share alkisah cemburu daripada iluvislam.com. ^^

Cemburu..

Itulah sifat yang terlalu akrab dengan seorang wanita. Sebab itu, hati para wanita ini perlu dibelai, dikasihi, dijaga sebaik-baiknya agar tidak terluka. Wanita, apabila hati sudah terluka sudah pasti lambat sembuhnya. Jika tidak kena pada caranya, hati wanita ini boleh bernanah dengan begitu teruk. Disinilah suami perlu bijak memainkan peranan. Memujuk tanpa jemu, ikutilah sunnah-sunnah nabi. Bagaimana Rasulullah S.A.W berjaya menggembirakan hati isteri-isteri baginda sebelum ini.

Lelaki juga apa kurangnya walaupun jarang-jarang cemburu tetapi apabila sesekali cemburu begitu hebat penangannya. Tetapi sangat sedikit lelaki yang mengaku bahawa dia sedang cemburu. Mungkin ego itu yang menghalang mereka daripada berterus terang. Mungkin kah?

Suami isteri selalunya bersengketa hanya kerana cemburu. Cemburu kadang-kadang boleh mendatangkan bahagia, tapi ianya lebih banyak cenderung kepada pergaduhan. Cemburu yang mendatangkan pergaduhan ini selalunya merupakan cemburu buta, jika tidak pun kemungkinan besar ada orang yang ketiga yang wujud dan sengaja menimbulkan pergaduhan antara suami isteri ini agar masing-masing bergaduh antara satu sama lain dan kemudian bercerai berai. Nauzubillah!


Apa yang ingin dikongsikan tentang sifat ini ialah mengenai pasangan yang terlalu memikirkan tentang perhubungan. ikuti luahan sebenar hati seorang insan bernama wanita:

Aku bahagia bertemu dengan si dia. Ilmunya, akhlaknya sangat aku kagumi. Dia seorang yang lemah-lembut terhadap wanita. Perkenalan dengannya yang begitu lama akhirnya telah menyatukan kami sehingga ke ambang perkahwinan. Aku sangat bahagia bersamanya.

Tapi, di saat aku terlalu menyayanginya. Allah menguji keimanan ku. Aku dapat tahu dahulunya dia pernah menyayangi seorang wanita sebelumku, aku cemburu dengan itu sedangkan dahulu, aku tidak pernah menyayangi mana-mana lelaki sebelumnya dan hakikatnya dialah lelaki pertama dan yang terakhir yang pernah aku sayangi.

Kemudian, aku mendapat tahu lagi perkara-perkara yang lalu tentangnya. Aku menjadi semakin gelisah, hatiku resah tidak menentu. Dahulu, suamiku seorang insan biasa. Dia tidak pernah menuntut di sekolah agama. Pendidikan agamanya hanya setakat sekolah agama rakyat yang dihadirinya diwaktu petang ketika zaman sekolah rendah. Menurut suamiku lagi, dia seorang yang amat jahil tentang ilmu Islam. Namun begitu, Alhamdulillah tahun demi tahun berlalu, akhirnya Allah telah berikan suamiku hidayah. Sebelum mengenaliku, dia telah dibukakan mata hatinya untuk berubah mencari yang hakiki. Atas dasar keimanannya itu, aku jatuh cinta padanya. Ketika diberitahu dia meminangku, aku tersenyum syukur. Aku memilihnya kerana nilai agama yang ada dalam dirinya. Masya-Allah!

Ketika aku menerima pinangan dan bernikah dengannya, aku tidak mengetahui langsung sejarah hidupnya. Dihadapanku ketika itu dia adalah seorang lelaki soleh, yang aku cintai dan terima seadanya. Sungguh tenang, seakan bercahaya wajahnya. Tapi, bila saat sejarah-sejarahnya dahulu diketahui olehku, aku menjadi bingung. Terngiang-ngiang ditelingaku pengakuan suamiku kepadaku bahawa suatu masa dahulu dia seorang yang kerap bersosial. Dia pernah berkawan dan bermesra dengan beberapa wanita lain yang berbeza sebelum dia mendapatkan hidayah Allah itu. Aku menjadi terlalu cemburu dan agak marah ketika itu semuanya kerana aku berasa tidak adil kerana aku tidak pernah melakukan apa yang suamiku lakukan sebelum aku bernikah dengannya dahulu. Aku jadi sedih dan perasaanku bercampur baur.

Kadang-kadang aku menangis merintih pada Ilahi mengapa sifat ini terlalu menikam-nikam jiwa batinku. Aku ingin menjauhi sifat seperti ini. Namun, semakin aku cuba untuk melawan semakin ia kuat mencengkam perasaan. Aku cuba mempositifkan diri dan minda, tetapi masih tidak berjaya. Salahku Ya Allah kerana aku terlalu cemburu?

Tatkala terbayang keadaan suamiku berhubungan dengan wanita lain dan terbayang saat suamiku bermesra dengan kekasih hatinya dan wanita-wanita seperti itu, aku jadi semakin sedih. Apa yang aku inginkan ialah suami yang suci dan tidak pernah melakukan dosa-dosa besar, tapi itu mustahil kerana aku telah memilihnya dan aku juga pernah melakukan banyak dosa tanpa disedari.

Hampir setiap saat aku memikirkan perkara ini selepas aku mengetahui kisah silamnya. Kepalaku jadi serabut yang teramat. Tetapi hubunganku dengannya tetap berjalan seperti biasa. Sungguh, aku tidak berani menyuarakan perasaan cemburuku ini padanya. Apabila kulihat mukanya kelihatan risau dan ingin meminta nasihat dan semangat setelah berpenat-lelah berjuang dan berdakwah di luar, aku memberikannya kata-kata semangat, walaupun di hati aku sedih dengan kisah silamnya tetapi aku cuba lupakannya demi cintaku pada seorang suami..

Hinggalah pada suatu detik, aku teringat akan kisah srikandi Islam yang mulia iaitu 'Aisyah'. Beliau adalah salah seorang isteri Rasulullah S.A.W yang paling muda dan yang paling kuat sifat cemburunya.

Pernah suatu hari, salah seorang isteri Baginda S.A.W datang berkunjung ke rumah Baginda ketika mana giliran Baginda untuk bersama Aisyah. Isteri Baginda S.A.W ketika itu hanya ingin memberikan sedulang makanan kepada suaminya dan madunya, 'Aisyah. Apabila 'Aisyah ingin menyambut makanan tersebut beliau sengaja menjatuhkan makanan itu. Dan, hal ini segera ditegur oleh Baginda S.A.W. Lalu Baginda S.A.W menasihati isterinya dan meminta agar 'Aisyah meminta maaf kepada madunya itu.

Ada juga kisah mengenai sifat cemburu 'Aisyah di mana Rasulullah S.A.W acapkali menyebut-nyebut tentang Saidatina Khadijah di hadapannya. Sehingga beliau pernah bertanya kepada Rasulullah SAW mengapa Baginda selalu menyebut-nyebut tentang Saidatina Khadijah sedangkan Saidatina Khadijah sudah wafat. Lalu Baginda S.A.W bersabda bahawasanya Saidatina Khadijah ialah seorang wanita Islam yang terlalu banyak berkorban demi agama.

Kini, tersedar ku dari lamunan. Aku sedar, sifat ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Aku perlu kawal perasaan ini, bukan lawan. Kerana sifat ini merupakan fitrah insani. Cuma ianya perlu dikawal dengan sebaiknya.

Walaupun begitu. Aku tahu bahawa suamiku sudah banyak berubah. Semenjak aku mengenali suamiku, dia sudah banyak berubah. Dia menjaga batas-batas pergaulannya dengan wanita ajnabi. Dia menundukkan pandangannya daripada memandang wanita yang bukan mahram. Dia hanya berurusan dengan wanita apabila terdapat urusan penting sahaja. Alhamdulillah. Aku sepatutnya bersyukur ke hadrat Ilahi. Dia sudah berubah dan dia bukanlah dia yang sebelum ini lagi.

Suamiku selalu berpesan agar jangan diingatkan kisah yang lepas kerana kisah itu hanya kisah silam yang menjadi epilog silamnya. Memang benar apa yang suamiku katakan. Aku akan cuba berubah menjadi isteri yang solehah dan tidak memikirkan perkara-perkara lampau itu lagi!

Kini aku berdoa agar dikurniakan sikap yang lebih positif agar hatiku tenang bila bersamanya. Aku ingin sekali kami memupuk sikap saling percaya antara satu sama lain kerana bagiku kepercayaan itu penting dalam perhubungan suami isteri. Kami juga akan sedaya-upaya membina keluarga sakinah di mana keluarga itu yang sentiasa mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Pada pandanganku, apabila kita yakin dengan ajaran Islam (amal,ilmu,akhlak,hubungan suami dengan Allah terjaga), secara automatiknya kita akan yakin dengan perhubungan kita secara keseluruhannya. Insya-Allah.



Pesananku buat semua pasangan suami isteri, bercintalah kerana-Nya. Cinta itu suci, dan janganlah mengotori hakikat cinta itu. Hargai pasangan kita. Dan, jagalah hati pasangan kita sebaik-baiknya. Jika telah dikurniakan suami yang soleh dan baik, bersyukurlah pada Allah dan doalah agar dia akan kekal begitu. Usahlah cemburu membabi buta kerana kemungkinan besar cemburu itu akan lebih mengeruhkan keadaan yang sedia ada.

kredit :iluvislam.com & picca by flickr

Monday, July 25, 2011

Dear Blog ...

assallammualaikum wbt



dear blog,

almost 22 weeks da vee pregnant & alhamdulillah vee memang bahagia melalui saat ini. x sabar nak tunggu bulan November nie & x pernah tertinggal satu haripun vee menghitung hari. ^^

dear blog,

vee baru terfikir nak catatkan perubahan yang ada sepanjang kehamilan vee nie supaya bila vee pregnant untuk my next baby, vee leh rujuk balik di sini^^

  • vee baru perasan jerawat & bintik-bintik putih aka nasi sangat subur di wajah nie, akibatnya banyak dah parut di muka nie sebab vee geram sangat nak memicit =( nak buat macam mana, vee mana leh letak krim jerawat..x elok untuk ibu-ibu hamil kan.. mama pun asyik tanya kenapa jerawat leh naik sebab ada sesetengah orang, muka makin bersih hehehe nak wat camner kan..pembawaan .. xper, vee redha ^^ tapi lepas bersalin & berpantang, pandailah vee rawat balik muka nie hehehe
  • bila vee kira berat badan vee dari vee mula hamil hingga last check up aritu (20 minggu), vee hanya naik 1.9kg jer. terkejutkan?? xper.. vee ok jer x naik banyak-banyak , lagi senang hati sebab Baby nie sayang Ummi sangat-sangat hehehe, memudahkan berat turun dengan banyak masa berpantang nanti hehehe
  • selera makan memang ada lagi-lagi sekarang. cuma vee cuba elakkan makan nasi waktu malam, makan roti jer. cuma kesian dengan Mr Hubby yang kena join sama. tapi yang bagusnya peyut Mr Hubby makin susut hehehe (patut vee suka ker vee susah hati? =p)
  • kebanyakan wanita hamil akan mengalami kegatalan akibat "siPutih" yang makin banyak. vee antara mangsanya =( tapi kena melaluinya dengan penuh kesabaran T_T
  • my Baby mulai aktif bergerak pada minggu ke 21, memang best & kelmarin, untuk pertama kalinya Mr Hubby dapat rasa tendangan Baby nie kat perut hehehe excited la Mr Hubby !! masa vee tulis entry nie, my Baby tendang lagi hehehe
  • sekarang nie kalau keluar shopping jer, wajib tengok barangan baby, sangat teruja!!!
  • walaupun vee tahu teh x leh minum sangat, tapi vee minum gak segelas lebih sehari, nak buat macam mana, memang peminat teh. tapi start minggu lepas vee habit macam nie, masa trimester pertama, memang x berani usik teh.
  • masa awal trimester, vee langsung x berminat nak touch up apa-apa kat muka nie sebabnya vee rasa muka vee sembab & x bermaya. maklumlah tengah mabuk. minyak wangi pun vee xleh sembur, bau apatah lagi. sampai Mr Hubby pun vee x bagi pakai minyak wangi =p alhamdulillah sekarang nie vee dah ok & makin berminat nak men"touch up" muka nie. minyak wangi yang vee leh pakai hanya "Be Delicious" by DKNY sahaja.
cukuplah dulu yer.. nak ajak Mr Hubby cari goreng pisang nie, nak mamam petang-petang ^^

tata =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...