Wednesday, July 27, 2011

story of my Engagement day ~~5 July 09~~


vee baru perasan yang vee x pernah buat entry berkenaan dengan Majlis Pertunangan vee & Mr Hubby. so let's start with..

my preparation for my engagement day memang rushing sebabnya semasa Majlis Merisik, kedua orang tua kami memutuskan untuk mengadakan Majlis Pertunangan seminggu kemudian iaitu pada 5 Julai 2009, bersamaan dengan tarikh ulangtahun kelahiran Mr Hubby.

keputusan dibuat sebegitu kerana dua minggu berturut-turut selepas Majlis Pertunangan, Majlis Perkahwinan adik vee pulak yang akan berlangsung. so segala persiapan untuk Majlis Pertunangan memang agak rushing & vee kena fikir untuk hantaran dalam masa seminggu sahaja. memang ada yang menawarkan diri untuk membantu vee membuat hantaran tetapi vee lebih suka hasil hantaran itu daripada tangan vee sendiri sebab khas buat bakal suami yang tercinta ^^

vee memilih konsep hijau untuk hantaran & pihak lelaki memilih warna ungu untuk hantaran. vee, Mr Hubby & mama turun ke KL untuk shopping kain untuk Majlis Nikah & beberapa barangan untuk hantaran. disebabkan tarikh majlis tue 5hb 7, so jumlah hantaran juga 5 dulang berbalas 7 dulang.

pada awalnya vee berminat nak memilih warna putih or cream untuk Majlis Nikah kami tapi Mr Hubby request warna ungu. nak tak nak, ikutkan ajer kehendak Mr Hubby kannn..  ikutkan hati vee, nak jer pilih cream & pink hehehe

masa vee buat hantaran tue, memang perah otak jugalah, mujur mama banyak tolong vee dari segi idea & juga peralatan untuk buat hantaran . best kan dapat mak mertua yang sporting macam mama. hehehe alhamdulillah

so, dalam entry nie, vee upload jer dulu hantaran-hantaran daripada pihak vee & juga pihak lelaki.

Sirih Junjung sebagai pembuka bicara daripada pihak lelaki

Cincin Tunang sebagai pengikat kasih
Jam Tangan Guess Collection (GC) ~~actually nie suprise from Mr Hubby~~

Sejadah & Telekung

kain untuk busana hari Pernikahan

pemanis mulut

chocolate cake & blueberry cheese tart yg yummy

sekarang nie hantaran daripada pihak vee pula yer

Sirih berbalas daripada pihak perempuan

bunga rampai merbak harum

pemanis mulut..actually tepi tue penuh dengan coklat cadbury

kain untuk hari pernikahan

towel with Fiance's name

Kek Tunang & Harijadi


pemanis mulut

sejadah lak terlupa nak snap.. hehehe
segala perjalanan majlis akan disambung pada entry lain yer .

tata

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...