Tuesday, July 12, 2011

Delima Oh Delima

the latest pic ^^
assalammualaikum wbt

last entry vee ada bercerita mengenai buah Delima kan. vee memang suka sangat dengan buah nie, sebelum vee pregnant lagi vee selalu beli even mahal sket harganya tapi x dapat dibandingkan khasiatnya ^^ bila vee disahkan pregnant, lagilah vee teringin nak bagi Baby vee nie merasai sama khasiat daripada buah Delima nie. ada jugak yang bagitau buah Delima nie kalau selalu makan masa mengandung, anak akan jadi cantik & sihat. mudah-mudahan kan hehehe yang penting Baby sihat & seronok menikmati khasiatnya =)



Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga.


Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipisyang kelihatan seperti bukit.Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri. kredit




Dalam kajian Pediatrics mendapati bahawa minum jus delima selama kehamilan dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus buah delima juga boleh membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun yang lalu, doktor mengesahkan bahawa asid folik tidak cukup (folat) boleh menyebabkan kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.


Itulah sebabnya American Medical Association mengesyorkan bahawa semua wanita hamil untuk mengambil suplemen asid folik setiap hari. Jus buah delima membekalkan asid folik yang tinggi. Selain itu, jus delima yang baik mengandungi potassium yang dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil pada malam hari.



Delima juga dapat mengelak penyakit gout dan morning sickness (alahan ibu mengandung) juga mempercantik dan merawat kulit.'Potassium' dalam delima cukup tinggi, selain dari mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, natrium, vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C, reaksi dengan natrium, menetapkan keseimbangan air tubuh dan menjaga degupan jantung untuk tetap normal (bagi ibu dan fetusnya). Dengan menjaga keseimbangan potassium-sodium menyokong kepekaan saraf dan otot berfungsi dengan betul (kajian mendapati rahim menjadi lebih kuat sesuai dengan sensitiviti gerakan untuk menyokong bayi dikandung), mencegah edema, dan mengurangkan gula yang beredar dalam darah (ibu pertama kalinya hamil atau kehamilan lebih dari 3 kali). Delima meringankan keletihan otot dan membolehkan bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung
kredit.

1 comment:

  1. elvy...klu nk btul2 consume,series try giffarine pya jus delima...purely juice tu....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...