Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Thursday, January 9, 2014

Cerita sebagai Ibu EBM

Assallammualaikum wbt

Alhamdulillah.. harini dah masuk hari ke-5 Vee mengumpul / mengepam susu untuk Elena & Elaine =)

Vee xdela beria-ia mengepam sampai nak kumpul stok susu yang banyak. Sekadar cukup untuk ajar Elena isap susu botol sekali atau 2 kali sehari sebab Vee kan surirumah, directfeeding masih lagi satu kemestian untuk Elena =)

So apa tujuan Vee mengepam? Mr Hubby yang request untuk ajar Elena isap juga susu dari botol sebab memudahkan Vee dan Elena bila nak keluar jalan-jalan. Memanglah kalau keluar shopping tue boleh jer df , tapi kesian kat Elena yang terpaksa menunggu bila kitorang tengah makan dan tempat tue xder tempat yang sesuai untuk Vee bagi df. So bila bawa bekal susu dalam botol kan senang.. Elena nangis nak menyusu jer, terus dapat tanpa kitorang tergesa-gesa nak abeskan makanan.

Komen Vee tentang breastpump Anakku? Memang Thorrrrbaik !!! Selain murah berbanding brand lain, susu Vee tetap keluar dengan lancar ^_^ oh ye.. Vee bukan macam ibu-ibu lain yang sentiasa mengepam. Vee cuma mengepam 2 kali sehari iaitu selepas subuh dan sebelum tidur. Itupun hanya 15minit-30minit  jer sekali pam sebab Vee x rajin nak pam lama-lama hahahaha

Kuantiti susu yang Vee dapat memanglah x semeriah ibu-ibu yang lain.. alhamdulillah dalam masa Vee mengepam 15minit sambil menyusukan Elena, dapatlah dalam 3.5oz biasanya sekali pam. Pernah Vee dapat 6.45oz..(dalam gambar) haa nie rekod paling banyak untuk Vee sebab Vee pam sebelah kiri jer masa nie dalam masa 1/2 jam.

Lagi satu sebab kenapa Vee hanya pam sekejap jer.. sebab pernah Vee pam sejam tapi hanya dapat 2oz jer. Sedih sangat masa tue.. huhu so Vee pun mengadu dekat Mr Hubby, Mr Hubby pujuk bagitau yang Vee xperlu beria-ia nak simpan stok banyak-banyak.. cukup sekadarnya. Baru rasa ok & lepas jer aritu.. alhamdulillah susu pun keluar banyak ( 30z dalam masa 15 minit dah banyak la bagi Vee heheheh)

Elena masa bagi isap botol aritu.. memang jenuh gak la. Lamaaa baru nak abes, itupun merengek-rengek. Dah 2 hari.. baru ok. Tapi tetap merengek dan pandang mata Vee dengan mata kesian hahaha

Buat masa nie , kitorang belum ada pengalaman lagi keluar shopping bawa bekal susu sebab xder benda nak shopping =p oh ya.. Vee simpan stok susu dalam milk storage brand Autumz. Sebab.. sebab murah lah heheheh lagi satu kualiti yang sangat bagus , ikut pengalaman orang lain la kan.

Buat masa nie.. susu-susu tu Vee x frozen kan lagi , hanya letak dalam freezer bahagian atas yang ada penutup kecik tu (dapat bayangkan x) sebab memang akan guna dalam tempoh 2-4 hari untuk Elena. Susu frozen kan dah berkurangan khasiatnya berbanding susu yang sejuk. Tapi masih lebih berkhasiat berbanding susu formula =)

Untuk Elaine.. Vee akan campur dalam susu Elaine bila ada lebih sebab Elaine xsuka minum susu yang dah diperah.. siap cakap "ee..eee". Sabar je la. Tapi kalau df.. laju jer isap.. padahal sama jer rasanya... kott.. hehehe manalah Vee tau sama ke x.. 

P/s : Vee aritu dah beli Bamboo Charcoal slimming suit (ingat senang nak pujuk Mr Hubby belanja =p). Kalau rajin + berkesan.. Vee review la ye =) ahkak kan tekad nak kurussss.. =D

Sunday, January 5, 2014

Jom Kita Mengepam

kredit to Mudah.my (malas nak ambik gambar :p

assallammualaikum wbt :)

nampak x gambar kat atas tue ^_^ ya, betull!!! Breast pump manual Anakku. kali nie Vee bertekad nak mengepam susu dan bagi Elena minum susu dengan botol hehehe alasannya Mr Hubby kata memudahkan Vee untuk bergerak buat kerja & jalan-jalan tanpa perlu berhenti / mencari tempat menyusu yang sesuai hehehe eleh.. cakap jelah nak dating dengan isteri tercinta nie tanpa anak-anak sesekali kan..kannn =p

sebenarnya masa Elaine dulu, Vee pernah jer guna manual breastpump Pureen.. tapi resultnya memang mengecewakan sebab susu x banyak keluar + lenguh tangan. terus simpan dalam kotak dan x pernah guna. so bagi Elaine directfeeding jer sampai la sekarang ^_^

then kali nie ingat nak beli pam elektrik tapi bila survey harga ~~gulp!!~~ mahalnya!! baik beli emas di kala harga-harga barang yang mencanak naik nie huhu nasib baik ada adik ipar,Siti yang cadangkan Vee guna pam manual Anakku yang memang best + x lenguh tangan. Vee apa lagi.. laju jer nak beli sebab harga pun harga mampu milik ; RM69.90 ^_^

tadi dah cuba pam untuk kali pertama selama sejam.. walaupun x sebanyak orang lain.. dapatlah 4oz  dan selepas 2 jam.. Vee pam lagi, dapat 4oz dalam masa 25 minit jer.. wow! =) alhamdulillah.. nampaknya lepas nie kena jaga makan supaya dapat menghasilkan susu yang berkualiti , berkhasiat & banyak untuk Elena & Elaine jika Elainex sihat ;)

nampaknya lepas nie memang paksa Elena minum botol walaupun tadi dah cuba namun Elena menolak &  buat muka kesian dekat Ummi.. x boleh la macam tu Sayang, nanti Ummi susah nak buat kerja kalau Elena xmo isap botol huhuhu

esok nak pergi Manjaku kat Bangi plak, cari milk storage bag =) 

p/s : berat Vee masa last pantang aritu 59kg ..lagi 9kg nak capai target, doakan Vee tau!!!

Thursday, July 18, 2013

BSP kali pertama...


assallammualaikum wbt

semalam Vee dah pun menjalani ujian BSP yang pertama... so semalam Vee x puasa tapi masih jugak kena puasa 2 jam sebelum ambil darah.. jenuh nak ke KDPM tu 4 kali.. nasib baik boleh balik & Mr Hubby sporting nak hantar hehehehe

keputusan BSP Vee semalam memang normal jer.. xde pun terlebih ke hapa tapi agak x suka bila dapat tau yang Vee kena buat jugak BSP tu setiap 2 minggu sampailah bersalin..uwaaaaa.

Nurse tu bila pandang muka Vee terus tanya "eh.. awak ada kencing manis ke? " terus Vee pun buat ala-ala muka frust hehehe nak buat macam mana.. kantoi masa buat MGTT aritu..

oh ya.. aritu Wardina Safiyyah ada share artikel mengenai puasa untuk ibu mengandung & menyusukan anak.. barulah jelas yang kami nie boleh meninggalkan puasa jika bimbang dengan kesihatan anak di dalam kandungan & disusukan.. cuma bayar fidyah tanpa perlu menggantinya..

sumber : Salman Ali

Tidak ada nas al-Qur’an dan al-Sunnah yang kuat (sahih) dan jelas(sarih) menyentuh tentang cara menggantikan puasa bagi perempuan yang meninggalkan puasa kerana sedang mengandung ataupun menyusukan anak. 

Disebabkan itu , para ulama’ berbeza pandangan berkaitan tafsiran firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 184 

فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ 

(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang terdaya berpuasa (lalu mereka meninggalkan puasa) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu), kalau kamu mengetahui. 

Terdapat perbahasan terperinci berkaitan maksud ayat ini dikalangan ulama’ namun secara ringkasnya Ibn katsir mengambil pandangan beberapa sahabat seperti Ibn Mas’ud dan ibn Abbas dan merumuskan bahawa diperingkat permulaan disyariatkan puasa ramadhan , sesiapa dikalangan umat Islam yang mampu berpuasa diberi dua pilihan sama ada untuk berpuasa atau menggantikan puasa dengan membayar fidyah sahaja. Sebaliknya orang yang sakit ataupun bermusafir pula boleh berbuka pada bulan ramadhan dan menggantikannya pada selain bulan Ramadhan. 

Selepas daripada itu Allah mewajibkan puasa untuk setiap orang yang mampu berpuasa(tidak sakit dan musafir) dan mereka tidak dibenarkan menggantikan puasa dengan membayar fidyah lagi.hukum musafir dan orang sakit dikekalkan seperti asal. 

Kata Ibn Abbas sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari 

وَعَلَى الَّذِينَ يُطَوَّقُونَهُ فَلَا يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ 
قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ لَيْسَتْ بِمَنْسُوخَةٍ هُوَ الشَّيْخُ الْكَبِيرُ وَالْمَرْأَةُ الْكَبِيرَةُ لَا يَسْتَطِيعَانِ أَنْ يَصُومَا فَيُطْعِمَانِ مَكَانَ كُلِّ يَوْمٍ مِسْكِينًا 
Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa memberi makan seorang miskin.(Albaqarah :184) 

Kata Ibn Abbas :Ayat ini tidak dimansukhkan.Mereka adalah orang tua lelaki dan perempuan yang tidak mempu berpuasa,maka hendaklah mereka memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan. 

IBn Abbas membacakan Ayat ini dengan perkataan يُطَوَّقُونَهُ dan bukannya يُطِيقُونَهُ 
يُطِيقُونَهُ beerti “mampu” (untuk berpuasa) 
يُطَوَّقُونَهُ pula beerti “terpaksa bersusah-susahan” (untuk berpuasa). 

Secara ringkasnya hukum yang dapat difahami dari perbahasan ini adalah: 

1)Orang yang meninggalkan puasa Ramadhan disebabkan sakit ataupun bermusafir hendaklah menggantikan bilangan hari yang ditinggalkan pada bulan-bulan lain. 
2)Orang tua dan uzur yang menghadapi kesusahan untuk menunaikan puasa Ramadhan boleh menggantikan puasa mereka dengan memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan. 

Persoalan seterusnya adalah untuk merungkai perempuan yang meninggalkan puasa Ramadhan sebab mengandung ataupun menyusukan anak termasuk dalam ketegori yang mana :orang sakit ataupun orang tua dan uzur?. 

1)Imam al-Syafi’i dan Ahmad berpandangan bahawa orang yang meninggalkan puasa Ramadhan disebabkan mengandung ataupun sedang menyusukan anak hendaklah menggantikan bilangan puasa yang ditinggalkan disamping memberi makan orang miskin sebanyak hari yang ditinggalkan.Ini adalah jalan selamat dan keluar dari dengan menggabungkan kedua-dua keadaan(orang sakit dan musafir serta orang tua dan uzur) 
2)Imam Ibn Hazm berpandangn bahawa perempuan yang meninggakan puasa disebabkan mengandung ataupun menyusukan anak tidak perlu menggantikan bilangan hari yang ditinggalkan dan tidak perlu juga memberi makan orang miskin kerana mereka tidak termasuk dalam ketegori yang diperintahkan untuk menggantikan puasa ataupun memberi makan orang miskin.(Al-Muhalla) 

Kedua-dua pandangan ini adalah pendirian yang terlalu ketat dan terlalu longgar dalam mengeluarkan hukum dari nas. 

Pandangn yang pertengahan adalah menyamakan hukum perempuan mengandung ataupun menyusukan anak dengan salah satu diantara orang sakit ataupun orang tua yang uzur. 

1)al-Hasan al-Basri, ’Ata bin Rabah ,al-Dahhak , al-Nakha’I dan al-Zuhri berpandangan bahawa perempuan mengandung atau yang menyusukan anak hanya perlu menggantikan puasa tanpa memberi makan orang miskin.(Tafsir al-Qurtubi) 
2)Ibn Abbas berpandangan bahawa mereka hanya diwajibkan memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan tanpa perlu menggantikan puasa (R.al-Daraqutni dengan sanad yang sahih) 

Saya berpandangan bahawa dalam bab ini , pandangan yang paling kuat adalah pandangn Ibn Abbas iaitu perempuan yang meninggalkan puasa Ramadhan kerana mengandung ataupun menyusukan anak hanya perlu memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan tanpa perlu menggantikan puasa atas alasan berikut: 

1)Jika orang tua dan uzur yang meninggalkan puasa kerana kemudharatan diri sendiri dibenarkan sekadar membayar fidyah , sepatutnya ibu mengandung dan menyusukan anak lebih patut kerana mereka meninggalkan puasa kerana kemudaratan orang lain. 
2)Bagi perempuan yang meninggalkan puasa untuk tempoh yang panjang kerana mengandung atau menyusukan anak, adalah sesuatu yang sukar bagi kebanyakan mereka menggantikan kesemua bilangan hari yang telah ditinggalkan. 
3)Berpegang dengan hadith sahih riwayat al-Bukhari “Permudahkanlah dan janganlah kamu menyusahkan” 

Saturday, March 30, 2013

Dua Cara

assallammualaikum wbt

akhirnya Vee dah jumpa cara macammana nak uruskan two babies in one times :) heheheh Elaine kira nya masih baby tau bagi Vee hahaha

rambut depan Elaine dah kena potong 


1st : Vee dah pun beli susu Friso Mum yang khas untuk ibu mengandung & menyusukan anak.. ikut sukatan 2 kali sehari (sekali minum 4 scoop.. banyak kan!!) tapi Vee ubah minum 3 kali sehari ( sekali minum 3 scoop ajer..ajer?? hahahaha). terpaksa buat macam nie sebab Elaine memang takkan nak putus susu dengan Ummi dia nie..

2nd: Vee akhirnya TERPAKSA belikan Elaine susu formula walaupun hati nie sebak xnak bagi ..uwaaaaa!!!! Vee cuba bagi dalam botol, Elaine ambil botol tu..jilat dan buang susu tu ke katil! so  ubah kepada bancuh susu dalam cawan.. buat setengah cawan jer sebab Elaine mampu minum banyak tue jer. ok lah buat permulaan. tapi lepas minum susu tue, masih datang pada Vee untuk menyusu... =_="

sekarang nie hanya dua cara nie dapat Vee amalkan..selainnya Vee akan terus berdoa agar kandungan Vee selamat dilahirkan & Elaine turut mendapat manfaat yang sama. tawakkal kepada Allah swt :)

p/s : ada yang minta Vee berterus-terang.. ehemmm... rasanya banyak gak hint yang Vee dah bagi.. pengakuan sepenuhnya? tunggu hahahahaha bajet artis kauuuu..

p/s/s : alhamdulillah Vee dapt juga fully exclusive bf Elaine sampai sekarang.. kalau boleh memang Vee nak bagi sampai 2 tahun tapi buat masa nie.. kena ajar campur-campur gak sebab ada seseorang lagi yang memerlukan perhatian Vee sepenuhnya ^_^


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...