Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Friday, March 7, 2014

Ulangtahun Kelahiran

assallammualaikum wbt

alhamdulillah.. Vee dah selamat menyambut Ulangtahun Kelahiran yang sentiasa 21 tahun sampai bila-bila hehehehe ~ no butthurt pleasee ~



Terima kasih Mr Hubby yang sudi bercuti sepanjang hari semata-mata nak meraikan isteri yang manja nie hehehe yelah, ingat senang ke Mr Hubby nak cuti? punyalah busy sampai ujung minggu pun selalu xder kat umah ~sobs~

Tepat jam 12.00 malam pada 6 Mac tue, Mr Hubby gigih kejut Vee dengan menyentuh lembut kat tangan kekekeke al maklumlah bila ada baby yang bf nie, memang selalu tidur awal. Tapi disebabkan mamai, Vee hanya jawab "hurmmm" bila Mr Hubby wish ..yang kelakar nya Vee siap minta kek lagi.. terus Mr hubby suruh tido balik.. cehh

Then siang, Mr Hubby bawa makan kat Ampang.. sempat makan 3 potong kek kat Secret Recipe hehehe then baru makan kat Naeb, makanan arab.

Hadiah???? Mr Hubby masih x sempat nak beli.. xpe-xpe, next week kan Wedding Anniversary kitorang.. adehhhhh, apa nak beli sebagai hadiah nieeee

oh ya, alhamdulillah Vee dapat hadiah daripada Pn Hasanah Hasrin sebab berjaya meneka kuiz "teka umur" aritu hehehe terlajak 1 tahun lak tapi menang ..yeay!!



ehemm.. macam tau-tau jer kan Vee memerlukan suplement tambahan hehehehe terima kasih banyak-banyak Kak Hasanah. kalau ada sapa-sapa berminat, leh la contact Kak Hasanah yang cantik manis nie :)

Hasanah Hasrin

ok lah.. semoga dengan pertambahan usia nie  menjadikan Vee , hamba Allah yang lebih bertaqwa & juga menjadi isteri solehah buat Mr Hubby & ibu mithali buat anak-anak.

Thursday, July 5, 2012

Selamat Ulangtahun Kelahiran Kekasihku..Suamiku..Abi anak-anakku..


dulu.. seorang budak lelaki yang comel nie pernah dipakaikan gaun oleh Mak Yah :) dan orang lain mesti percaya kalau kata nie budak perempuan


pertama kali saya jumpa dia.. saya terus gelar dia " Lelaki Berjaket Merah" sebab itulah jaket yang dia pakai masa pertama kali datang office :)



masa nie bulan puasa 2008.. saya suka senyuman dia :)


bukan saya seorang yang suka senyuman dia.. budak Mia pun sama.. sampai jatuh hati dengan dia :)) Mia pernah cakap "Mia nak kawen dengan abang Akim bila Mia dah besar"


tapi Mia... abang Akim Mia dah pun kawen... :)))


dan sekarang dia dah ada Elaine Medina yang sangat seiras dia :))


Elaine nak bagitau.. "Selamat Hari Jadi Abi :)) Elaine & Ummi sayang Abi sangat-sangat . Abi pun kena janji sayang Ummi & Elaine ketat-ketat tau :D "


eh.. "saya" pun nak kena ucap juga "Happy Birthday Sayang, semoga kasih sayang antara kita semakin erat & semoga hidup kita penuh dengan keberkatan & kasih sayang daripada Allah swt. "

mana "saya" tue??



ehhh.. terlebih suda :p


tahun nie , pertama kali Sayang sambut birthday sebagai Abi :)))

Saturday, October 1, 2011

Heart You Forever



semalam pura-pura tidur & sedikit merajuk

datang seseorang yang dinanti mengusap dahi & berbisik

"Akim sayang Vee.. itu yang pasti. 
Lepas nie jangan fikir yang bukan-bukan"

then terus tidur dalam senyuman ^_^


Wednesday, September 14, 2011

Status


2007 = Teman Tapi Mesra
2008 = In Love
2009 = Fiance & Fiancee
2010 = Hubby & Honey
2011 = Daddy & Ummi

~~alhamdulillah~~

Thursday, July 21, 2011

Usah Dikenang Kisah Yang Lalu

assallammualaikum wbt

masa lapang biasanya selain menulis blog & surf internet, vee suka meluangkan masa membaca buku-buku motivasi selain daripada novel-novel yang berlambak tue. motivation books nie sememangnya bagus untuk terapi minda & memberikan pandangan baru untuk kita berfikir, memberi pendapat & mengendalikan perasaan.



dalam kehidupan seharian, sebagai manusia biasa, kita x akan pernah lari daripada memikirkan masalah yang ada & juga masalah yang x ada. betul x? baru-baru nie vee ada terbaca artikel di suratkhabar yang banyak mempersoalkan mengenai perasaan dengan pasangan masing-masing. vee tertarik untuk berkongsi pendapat vee & rasanya hampir semua orang pernah mengalami perasaan yang sama ^^ harap-harap jawapan nie boleh diterima & vee cuba letakkan diri vee di tempat orang yang mengalaminya ^^

" saya seringkali merasa tidak "secure" dengan perasaan pasangan saya terhadap saya. saya berperasaan sebegini kerana saya bukanlah cinta  / kekasih pertama yang hadir dalam hidupnya. sebelum ini, dia pernah menceritakan tentang kisah cinta pertamanya atas desakan saya sendiri. sememangnya saya kurang senang lebih-lebih lagi mereka sebenarnya masih berkawan walaupun x serapat dulu. kadang-kadang kami sering bergaduh kerana hal ini kerana hati saya sakit bila mengenangkan perasaannya yang dahulu. saya merasakan yang saya hanya tempat dia melepaskan kesunyian & cintanya x sedalam seperti cintanya dahulu. dia menyatakan yang dia telah melupakan segalanya tentang hal yang lepas, malahan x ada sedikit perasaan yang tinggal. cintanya hanya untuk saya namun saya tetap x percaya & sering berasa sakit hati apabila mengenangkan hal itu."

unsecure
ehem... sakit hati dengan kisah cinta pasangan yang lepas-lepas yer? rasa-rasanya hampir semua orang akan mengalaminya kan? hehehe vee tersenyum jer bila baca statement kat atas tue sebab vee pun pernah rasa & mengalami perasaan yang sama.

sebagai pasangan, perasaan ingin tahu hal yang lepas-lepas terutamanya kisah cinta pasangan memang normal.. kita tahu yang kita akan sakit hati bila mendengarnya tapi nak juga tahu kan? bila dah tahu.. terus fikir bukan-bukan & selalu gaduh sebab perkara yang dah lepas.. salah saper sekarang nie??? @_@

pergaulan, masa & usia sememangnya mematangkan pemikiran kita. Cinta Pertama sebenarnya jarang membawa ke gerbang perkahwinan, lebih-lebih lagi kalau cinta pertama kita tue sebenarnya cinta monyet masa kat sekolah dulu..lagilah x bawa ke mana sebab kita pun masih remaja, fikir nak enjoy jer & x serius dalam segala perkara.  sebelum vee bertemu dengan Mr Hubby, vee pun ada jugak bercinta dengan beberapa orang yang lain. sampai vee sendiri terlupa sape cinta pertama vee yang sebenar-benarnya hehehehe betul nie.. vee x tipu. sebab bila vee dengan orang nie, vee mesti ingat dia tue cinta pertama vee tapi bila dengan orang lain, vee rasa dia pulak cinta pertama vee. (nampak sangat x serius kan =p)


then, bila bercinta dulu, vee x pernah tanya tentang kisah lepas diorang sebab vee x suka nak ambil tahu & xnak rasa sakit hati. masa tue vee just harap yang vee nie terbaik berbanding awek lepas diorang hahahaaha lucu jer bila kenang balik, memang x matang sungguh vee masa tue. tapi bila vee x tanya, diorang plak rajin nak bercerita hal lepas diorang dengan vee haissshhh x kan vee nak cakap

"awak..saya x mo dengarlah..cukuplah saya tau saya yang paling baik dalam hidup awak" 

so nak x nak vee tadah gak lah telinga nie mendengarnya. macam-macam cerita daripada orang yang berbeza. ayat standard yang vee akan dengar

" saya susah nak lupakan dia, tapi bila dengan vee, vee mengingatkan saya dengan dia sebab vee pun kuat merajuk macam dia, tue yang saya suka sangat nak pujuk bila vee merajuk"

 "saya pernah rasa nak bunuh diri bila dapat tahu dia tinggalkan saya untuk bertunang dengan orang lain"

"muka awak sebiji macam muka ex saya tue.. chinese look!"

pergh.. siyes vee boring bila dengar diorang cakap macam tue. tapi disebabkan vee nie malas nak bertekak, vee senyap & dengar jer luahan diorang yang langsung x menyeronokkan tue =p memang x seronok pun!  kalaulah vee boleh menjawab masa tue, mesti vee jawab macam nie

 " saya nie kuat merajuk macam dia , sebab tue awak suka kat saya, kalau macam tue, saya pun nak tinggalkan awak la, baru lah sama macam dia!"

 "bunuh diri semata-mata cinta??? kalau kita x panjang jodoh, agak-agak awak buat apa pulak yer ?? "

 "awak silap tengok nie...muka saya nie Korean look lah.. bukan chinese look.. lagipun muka awak x sama langsung dengan ex saya, macam mana yer?"

so, memang sakit hati bila kita dapat tahu tentang hal lepas nie, lagi-lagi bila dia bagitau betapa sayang & dalamnya cinta dia yang dulu-dulu. vee dulu xnak tau tapi diorang yang gedik nak bagitau. thats why lah vee pun xlama dengan diorang sebab asyik duk bagitau yang ex diorang call lah, mesej lah, nak ajak jumpalah, dah putus dengan pakwe baru lah, siap ada yang jumpa tanpa pengetahuan vee lagi. serius buang masa bercinta dengan orang macam tue.

tapi x semua yang pernah dengan vee buat perangai macam tue, ada jugak yang ok cuma x kekal sebab x ada jodoh & keserasian bersama. & kitorang still berkawan macam biasa (dalam fb je la yer).

bila vee bertemu dengan Mr Hubby , kitorang memang open minded & mungkin disebabkan persekitaran yang mematangkan kami, hal yang lepas x menjadi topik utama sangat, cuma bila ada masa terluang, baru vee bertanyakan hal lepas Mr Hubby. itupun Mr Hubby bagitau x ada apa-apa yang menarik untuk diceritakan sebab almost 2 years Mr Hubby single sebab x berminat nak bercinta. bukannya disebabkan kecewa tapi Mr Hubby malas nak bercinta dengan orang yang hanya suka-suka nak couple,  just suka-suka & x serius.  mustahil lah masa zaman belajar dulu, x ada yang jatuh hati dengan Mr Hubby kan... tapi sebab Mr Hubby malas nak sakitkan hati sesiapa , lagi-lagi yang salah sangka dengan hal lepas Mr Hubby.

tapi vee pulak yang berminat nak tahu tentang hal lepas Mr Hubby & disebabkan vee yang nak tau, sakit hati tue kena tanggung sendiri lah hehehe tapi bila difikirkan betul-betul.. sebenarnya bila vee bersama dengan Mr Hubby terutamanya, perasaan cinta yang kononnya wujud untuk orang yang sebelum Mr Hubby tue sebenarnya terus hilang dalam hati vee. x wujud terus! ini apa yang vee rasa lah kan & vee percaya semua orang pun macam tue, bila kita bertemu dengan seseorang yang serasi dengan hati kita, confirm hilang perasaan yang dulu-dulu tue, malahan kita akan realize yang kita sebenarnya x mencintai pun orang sebelum tue sebab kita boleh mencintai perasaan yang ada untuk orang yang bersama kita sekarang. ^^

kesimpulannya, vee rasa kita x perlu nak pening-pening kepala & sakit hati nak fikirkan hal yang lepas-lepas nie, sebab kita sendiri pun ada hal lepas kita kan. past is past. semua orang ada kesahnya yang tersendiri. kalau masih rasa x yakin, buat istikharah & minta petunjuk daripada Allah swt. itu yang indahnya tentang Islam, kita ada tempat mengadu yang paling terbaik ^^  vee dulu pun lakukan hal yang sama. vee buat istikharah bila hati vee terganggu & x tenang.


kalau kita terjumpa gambar-gambar lama yang masih tersimpan dalam simpanan lama pun, tanya elok-elok & rasanya normallah tue sebab kita pun pernah terrsimpan gambar kesah lama-lama kita kan. vee dulu, lagi beberapa hari nak kawen baru buang semua gambar & barang-barang yang berkaitan dengan hal lepas hehehe itupun bukannya vee selalu belek pun, bila mengemas baru vee jumpa & buang. gambar-gambar lak dah lama vee buang. bukannya apa, walaupun kadang-kadang kita rasa pasangan kita x kesah, tapi jauh dalam lubuk hati dia, siapa yang tahu kan.. lagipun x elok kalau orang lain tengok nanti heheehe.

itulah sedikit pendapat vee & sampai bila kita nak rasa sakit hati dengan hal yang lepas. nikmati kebahagiaan yang ada & percaya dengan pasangan masing-masing. percaya yang dia benar-benar menyayangi kita , kerana dia sayanglah, dia memilih kita sebagai pasangan nya. bukannya orang lain .  kalaupun dia masih berkawan dengan yang lepas, biarlah.. sebab kita pun masih berkawan dengan yang lain juga ^^

sesungguhnya selagi kita bergelar insan, hidup kita x pernah sempurna ^^

Wednesday, July 13, 2011

Love Quote


bercinta bukan sekadar hanya sebelum berkahwin, malah lebih intim hubungan bila dah hidup bersama & lebih dalam perasaannya.

Tuesday, July 12, 2011

Sesekali Teringat...

Dulu.. ada rules di ofis yang x membenarkan kami bercinta dengan ofismate yang berlainan leader/group. sebagai manusia biasa, kita x ada kuasa untuk menghalang perasaan yang timbul ..betulkan? tiba-tiba hari nie terlintas di ingatan vee akan kesah yang berlaku pada tahun 2007 dan vee rasa vee patut catatkan di sini sebagai kenangan kesah chinta antara vee & Mr Hubby

 vee & rakan sekerja yang lain faham dengan rules yang ada tapi apa sangat lah nak diturutkan rules yang bagi vee hanya ditetapkan oleh  manusia yang sama dicipta oleh Allah swt.. jadi x semestinya patuh kan hehehe actually macam yang pernah vee ceritakan sebelum nie, Mr Hubby & vee jatuh cinta kerana sering bersama walaupun pertemuan kami bermula dengan rasa bengang di hati vee =p

antara pic permulaan persahabatan kami ^^

hubungan rapat kami disedari oleh beberapa leader di ofis, sehinggalah satu hari tue kami berdua dapat mesej yang meminta kami berdua bertemu di sebuah restoran. masa tue vee & Mr Hubby masih lagi status kawan baik, terasa hairan juga sebab selain kami berdua yang dipanggil, ada lagi sepasang  teman yang dipanggil sebelum kami.

tiba di restoran yang dimaksudkan, ada 3 orang leader yang menanti & meminta kami duduk & memesan makanan terlebih dahulu. then barulah salah seorang leader bersuara & baru vee tahu tujuan sebenar kami dipanggil. mereka bertanyakan sejauh mana hubungan antara kami & vee masa tue memang sedikit terkejut & kurang senang dengan pertanyaan yang seolah-olah menyentuh hal peribadi. "boleh kami tahu, apa status hubungan antara kamu berdua nie? kawan ker? kekasih? atau skandal?"


 vee cuma tersenyum & mereka meminta Mr Hubby yang menjawabnya terlebih dahulu. yess!!! part tue yang paling vee tunggu-tunggu sebab vee memang teringin nak tahu apa perasaan sebenar Mr Hubby pada vee even kami masih lagi berstatus kawan =) tipulah kalau vee x ada perasaan pada Mr Hubby kan.. tapi bila berpeluang dapat dengar daripada mulut Mr Hubby sendiri lebih-lebih lagi di hadapan leader kami, mestilah vee rasa teruja jugakkan ^^ 

jawapan Mr Hubby adalah " hubungan antara lelaki perempuan, hubungan macam pasangan bercinta yang lain lah" wargh!!!! masa tue vee memang terkejut sangat dengan jawapan Mr Hubby . vee hanya pandang Mr Hubby & muka vee masa tue rasanya memang ketara terkejut+teruja kutt heheheehe nasib baiklah lepas diorang dengar jawapan daripada Mr Hubby, diorang x tanya vee... lega!!!

anyway mujurlah hubungan kami direstui walaupun restu tue x diperlukan sangat sebab jodoh pertemuan tue kan di tangan Allah swt hehehe xpelah..at least masa tue, diorang dah membantu vee untuk reveal perasaan Mr Hubby pada vee kan ^^ really appreciate it !!

p/s : seronok sangat minggu nie sabab vee dapat gak buah Delima.. sebelum nie memang la pernah dapat buah Delima tapi lebih bermakna bila vee makan buah Delima masa Baby vee nie dah mula bergerak kan =) next entry vee akan kongsikan kenapa vee nak sangat buah Delima tue & khasiat buah Delima ^^ 

Sunday, May 8, 2011

usha ~~

vee nak tanya.. apa perasaan korang kalau pasangan korang di ngorat depan-depan korang? mesti hangin satu badan kan..kan... hehehehe

masa zaman vee berchenta dengan Mr Hubby, memang selalu jer orang ngurat Mr Hubby depan-depan vee. perasaan? masa tue vee gelak jer sebab vee tahu girl tue x setanding dengan vee ~~~bhahahahahaaha~~~ ish.. mestilah vee kesah tapi vee buat x tahu jer sebab vee lagi best dari girl tue =p hehehehe

ada la beberapa girl yang selamba menggedik dengan Mr Hubby tapi vee respect dengan Mr Hubby yang bijak menepis tanpa menyakitkan hati sesiapa. hehehe tapi yang paling lucu sekali bila mak nyah aka lelaki lembut yang mengurat Mr Hubby. memang x leh blah hehehe

al-kisah nya macam nie, setiap kali Mr Hubby hantar vee balik umah, kitorang akan singgah makan kat kedai yang dekat dengan umah vee. so, vee da perasan pelayan-pelayan kedai tue (lelaki-lelaki lembut nie lah) suka sangat usha Mr Hubby.. memula kitorang ingatkan diorang usha vee hehehee tapi lama-lama baru vee perasan, diorang nie usha My Loved One.. haishhh.

buktinya, satu malam tue, vee kuar makan dengan my roomate, kak sha kat kedai tue. then lelaki lembut tue datang ambil order & tanya vee " mana pakwe you yang hensem tue, x join sekali ker" vee dah nak tergelak jer tapi jawab jer "oh.. arini x keluar dengan dia ^^ kenapa?" then mamat lembut nie jawab "owh..kirim salam dengan pakwe you tau.. hensem" pas tu gelak gedik-gedik ~~cessss~~



diorang nie.. dah terang-terang la Mr Hubby tue straight & x bengkang-bengkok kannn.. masih nak getisss lagi =p anyway.. kalau kenang balik..memang gelak sorang-sorang heheehehe

hurmmm... cuma pada girls yang penah mengurat Mr Hubby depan-depan vee dulu tue.. realize la sket yang korang dah tertonjol sifat "getiss" & x malu tue depan orang.. so renung-renungkan & selamat beramal hehehehe ada gak lah yang selamba upload gambar dia berdua dengan Mr Hubby dalam satu function.. kebetulan vee x dapat nak ikut function tue... vee memang x kesah sebab yang terhegeh-hegeh tue.. dia. Mr Hubby pun x sangka gambar tue diambil & diupload... ~~haishhh~~ hehehe

yang vee ingat, masa vee baru bercinta dengan Mr Hubby, kitorang x expose sangat depan rakan sekerja. so adalah satu hari tue, ada kawan vee yang memang cantik, rapat gak lah dengan vee even lain group. ntah apa yang dia sembang dengan Mr Hubby, then dia nak "give me 5" dengan Mr Hubby, secara spontan vee tersambut tangan kawan vee tue sebab xnak dia sentuh Mr Hubby hehehehehe tercemburu lah pulak vee masa tue heheehehe terus kawan vee terkejut & vee cover dengan jawab " biar vee yang sambut..leh kannn" heheehehe

simpan kemas-kemas dalam kepala. bila nak buat sesuatu tue, cuba berada dalam situasi seseorang tue & bayangkan perasaannya.. mesti kita pun x sanggup nak hadapinya ^^ faham x?

Tuesday, May 3, 2011

Lagu Cinta

assallammualaikum wbt

kali nie vee nak cerita tentang lagu cinta hati vee ^^

bila dengar lagu "Lelaki Ini" by Anuar Zain.. vee terus senyum sorang-sorang sebab lagu nie Mr Hubby tujukan untuk vee masa vee merajuk & siap ada drama air mata dalam kereta kerana sedikit salah faham ~~ngee~~ Mr Hubby pujuk vee & bagitau. (kebetulan radio tengah putar lagu "Lelaki Ini" masa tue) ..


"cuba dengar lagu nie.. lelaki ini (sambil tunjuk tangan pada dirinya) yang akan sentiasa cinta & sayang vee"

pergh.. masa nie lagi leleh tapi terus terpujuk hati hehehehehe ~~blush~~ memang lucu gak bila kenang balik =p

tapi paling vee xleh nak lupa dengan lagu "Kekasih Gelapku" by Ungu sebab vee memang minat sangat-sangat lagu tue.. siap minta Mr Hubby cari lagu tue sebab vee nak buat ringtone h/p vee.. actually masa tue kitorang baru lagi berkawan.. so lagu tue vee x tujukan pada sesiapa even banyak jer skandal..opsss!!!! hahahaha gurau manja ajer... =p vee minat sangat lagu tue sebab korus lagu tue sangat best & menyentuh hati vee ^^. & pertama kalinya vee menyanyi untuk orang lain, x lain & x bukan.. Mr Hubby la orang nya. vee nyanyi masa Mr Hubby call... he request me sang for him & masa tue vee dengar background music kat tempat Mr Hubby lagu "Lelaki Ini" ^^ .. masa vee nyanyi tue.. vee malu-malu =p



lagu "Aku & Dirimu" .. vee dah mula minat lagu tue dari 2007 lagi cuma x tau nak tujukan pada siapa masa tue sebab vee berkawan dengan ramai orang masa tue.. bukan vee xtau nak pilih yang mana satu.. vee malas nak pilih yang mana-mana sebab hati vee tengah "nakal" & tengah seronok "single" hehehe tapi bila dah kenal dengan Mamat Jaket Merah aka Mr Hubby, hati berbunga-bunga & terus vee teringat lagu nie ^^ so vee jadikan lagu nie tema lagu cinta vee untuk Mr Hubby ^^

then lagu "Tercipta Untukku" by Ungu memang jadi tema percintaan Vee & Mr Hubby bermula 2008 ^^ maksud lagu nie sangat mendalam & sangat bermakna untuk kami 


bila kitorang dah kawen, Abang Edi Edham buatkan video kawen kitorang dengan lagu "Bukan Cinta Biasa" by Afgan. serius masa vee dengar lagu tue, vee terus jatuh cinta dngan lirik nya yang sangat sesuai dengan cinta & perasaan kami ^^ dan masa nie gak lah vee tujukan khas lagu "Wanita yang Kau Pilih" by Rossa untuk Mr Hubby tanda vee rasa bersyukur & bertuah sangat dengan apa yang terjadi antara kami =)

dan x lupa my blog kini lebih romantik & berseri-seri macam sedang bercinta kan..kan.. heheehehe sebab kali nie kehadiran Si Kecil yang sangat membahagiakan kami... ^^ Baby.. Ummi & Daddy love you sooo much.. x sabar nak tunggu Baby gerak-gerak dalam nie & selamat dilahirkan November nie ^^ Insya Allah xoxoxoxo


***Walaupun Cinta Kita bukan Cinta yang Pertama, Sesungguhnya Inilah Cinta Terakhir Antara Kita***

Monday, May 2, 2011

Our Memories Begins wif Friendster ^^

assallammualaikum wbt

punyalah lama x bukak friendster.. vee terus baca comment2 lama ^^ ingat zaman belajar & bercinta dengan Mr Hubby hehehe

anyway vee ingat nak keep all the memories with Mr Hubby in this entry coz always make me smile ^^

agak x tersusun & x mengikut tarikh.. xpelah.. janji vee faham ^^ xder dapat mesej jiwang-jiwang pun sebab Mr Hubby x suka mengayat secara terbuka hehehehe

oh ya.. semua pic kat bawah nie from Mr Hubby untk vee ^^


myspace comments
17 aug 08

myspace comments
17 aug 08
MySpace Graphics
11 feb 08

MySpace Graphics
11 feb 08


zwani.com myspace graphic comments
4 june 08



MyHotComments.com
8 mac 2009 ~~untuk my birthday ^^~~
MyHotComments.com

MyHotComments.com
8 mac 09

tko24.jpg
30 sept 08




senyum sorang-sorang heheeheh

oh ya.. rasa nak gelak jer bila baca comment Mr Hubby yang dolu-dolu. ada satu girl yang teringin nak kenal dengan Mr Hubby tapi selamba jer Mr Hubby balas.."eh..xyah la susah2..uang karen jer" aduhhhh.. agak kejam di situ @_@ ( x baik tau =p)

actually x kesah lah pasal mesej dolu-dolu tue... past is past kan lagipun darah tengah muda.. mesti la ramai yang mengayat & diayat.. vee nyer comment yang dolu-dolu pun rasa nak gelak bila baca balik.. tapi biarkan jelah... xder apa dah nak difikirkan ^^

to Mr Hubby ~~I Love You More Than You Know Syg ^^ coz i always melt your heart kan...kan..kan... hehehehehe~~


lagu-lagu yang menjadi favourite vee & Mr Hubby masa bercinta ada dalam mp3 kat blog vee tue ^^ sudah tentu lagu " Tercipta Untukku & Aku dan Dirimu" yang menjadi lagu tema kami ^^

Wednesday, April 6, 2011

I LOVE YOU MORE THAN YOU KNOW ^_^

bila vee duk belek-belek gambar lama nie.. tiba-tiba vee terkenangkan saat macam mana vee dengan Mr Hubby boleh declare as Couple ^^ memang lucu sangat bila kenang balik ^^

sebelum nie vee ada buat entry khas macam mana vee & Mr Hubby bercinta kan ,Kesah Chenta (klik sini), tapi x bagitau camner kitorang declare. hehehe anyway sebelum vee tulis nie, vee dah minta Mr Hubby cerita balik saat-saat tue supaya xder sebarang kesilapan =p



seingat vee, masa tue hari sabtu kitorang ada training kat ofis. then balik dari training tue, Mr Hubby ajak gi KLCC sebab nak shopping & tengok movie skali. actually masa tue vee tahu hati kitorang nie dah berbunga-bunga cinta tapi masih x declare apa-apa sebabnya tunggu masa yang sesuai =p masa tue vee macam x kesah pun samada kitorang declare atau x sebab hati dah macam terikat antara satu sama lain ^^ cheeewaaaahhhh

sampai kat KLCC, kitorang parking dekat dengan Isetan sebab nak shopping kat situ. then dalam kereta tue, serius vee dah ingat-ingat lupa apa yang menyebabkan kitorang declare hari tue.. alamak haaiiii =p hurmmmm... seingat vee, masa tue vee nak keluar kereta then Mr Hubby terus tanya vee 

"vee ada sesuatu nak bagitau Akim kan"

 vee tak pandang muka Mr Hubby masa tue just jawab

"errm? mana ada.. ke Akim yang ada nak bagitau vee something?"

"baik vee cakap sekarang, kalau x Akim turun jer terus "

aish... main paksa-paksa lak nie

"ala..Akim la cakap... vee malu laaa.. mana penah vee cakap kat orang macam tuee......"

"cakap jelaa.... Akim nak dengar"

"dengar apa..cakap apa..."

"xpelah... kita turun je lah jom" & Mr Hubby acah-acah nak buka pintu... alaaaa....

"ermmmmmm..." 

vee rasa hampir 5 minit gak lah vee macam tu , rasanya dah merah dah pipi nie, ada ker patut vee yang kena cakap dulu... aissshhh

"i love u" 

perlahan jer vee sebut & laju

"apa dia? x dengar.. cakap kuat-kuat"

"alaaa...kan dah cakap dah.." 

masa tue dah x pandang dah muka Mr Hubby

"cakap kuat-kuat & pandang Akim" 

vee pun dah segan ya amat, pandang muka Mr Hubby & cakap

 "I Love You"

"I Love You Too  Vee ^^ " sambil senyum meleret...

cessss!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

xsangka yang vee dah terkena.. tapi xpelah.. at least vee lah tulang rusuk Mr Hubby yang hilang tue ^^


pic kat atas tue sempena sambutan Ulangtahun Percintaan vee & Mr Hubby yang pertama. kitorang celebrate kat Sunway Pyramid jer hehehe cincin vee tue emas putih beli kat Wah Chan & Mr Hubby lak cincin platinum. tue hadiah sempena anniversary kitorang berdua ^^


seingat vee, masa Mr Hubby jemput vee dari stesen LRT Tmn Bahagia, vee xtau pun Mr Hubby nak bawa pergi Sunway, bila vee masuk kereta, tiba-tiba Mr Hubby keluarkan sejambak bunga yang sangat cantik (kat atas tu la ^^)  & say "Happy Anniversary Sayang" vee memang terkejut & terharu sangat-sangat^^

anyway paling best sebab bunga tue my favourite color ~~Pink & Purple~~ then kitorang terus ke sunway & vee belanja aiskrim kat Baskin Robbin & beli key chain yang best ^^

key chain utk kunci kereta vee & Mr Hubby


siapa sangka, x sampai setahun dari tarikh 1st anniversary kitorang, vee bergelar tunangan kepada Mr Hubby & 7 bulan berikutnya officially jadi wife Mr Hubby ^^ memang indah bila dikenang =)))) 

I LOVE YOU MORE THAN YOU KNOW ^_^

p/s : agak-agak anak-anak Ummi gelak x bila baca kesah chenta Ummi & Daddy nanti??? can't wait 4 that moment ^^

p/s : kepada teman-teman yang sudi meluangkan masa membaca & meninggalkan komen untuk setiap entry vee selama nie, terima kasih daun keladi ^^ to my silent reader... pun terima kasih jugak yer ^^

Saturday, April 2, 2011

Masa Berchenta

masa bercinta dulu...kalau x kuar dating memang x sah. betul x? saper sini yang x keluar dating masa berchenta.. cer citer cer citer =p
our 1st pic 2gether ~~as fren ~~
gambar kat atas tue nampak macam rapat jer kan.. actually mana ada, vee duduk kat lengan sofa & peluk bantal kecil , Mr Hubby lak duduk bawah.. so standard lah dalam pic tue nampak rapat heheehe kan ramai lagi orang kat belakang kitorang tue...

masa vee bercinta dengan Mr Hubby, kitorang memang selalu pun bertemu.. dah nama nya satu tempat kerja kan.. haruslah hehehe rasanya kat Wangsa Maju tue, dah semua tempat makan kitorang da singgah ^^ tapi selain keluar berdua, kadang-kadang vee & Mr Hubby keluar dengan kawan-kawan yang lain, tengok wayang ramai-ramai, main bowling sama-sama & makan bersama . xdelah nak berkepit 24 jam kan.. kalau kawen lain cerita ^^
buka puasa @ The Curve wif zaki & qayyum

anyway K.Nik memang kawan yang setia sebab bila kitorang keluar bersama, K. Nik selalu ada heheehe seronok bila ada orang lain join sekali :) 

port yang selalu kitorang pergi masa bercinta dulu, dah semestinya KLCC & Pavillion, memang la macam xder apa yang menarik tapi kitorang gi sana sekali dengan shopping, tu yang suka dating kat tempat macam tue ^^ lagipun senang if nak jumpa clients .

bila da xder keja..inilah keja kitorang heheehe

then Mr Hubby 1st time jumpa parent vee masa tahun 2008. vee pun x sangka yang Mr Hubby betul-betul nak ikut balik umah, ingat dia bergurau jer.. masa tue kitorang balik guna kereta Amin :) semestinya my parent terkejut bila vee balik dengan Mr Hubby sebab vee x pernah bagitau yang vee dah berpasangan dengan Mr Hubby, lagi-lagi abah. tapi bila dah asyik kena tanya jer (dah nama pun family polis).. vee terus bagitau yang Mr Hubby tue pilihan hati vee (sebab sebelum Mr Hubby, pernah gak orang lain datang...so Abah kurang suka vee main-main ..ala...mana ada main-main.. anak abah sorang nie baik tau heheheeh)

vee ingat lagi masa 1st time Mr Hubby paksa vee datang umah jumpa parent dia... ketaq lutut hang tau hehehe vee masa tue cuak jer sebab Mr Hubby bagitau yang Mama hanya bagi bawa perempuan yang bakal jadi isteri sahaja ke rumah tue.. of course la vee nervous kan...masa vee sampai tue, rumah Mr Hubby memang ramai orang sebab ada wat rumah terbuka sket. wah.. lega vee sebab Mama & Papa memang sporting =) phewww.... then kat situ jugak lah vee kenal Sue, kakak ipar vee.

kali kedua vee datang jumpa Mama masa Majlis Doa Selamat sempena Pertunangan Amin & Sue. vee masa tue da lah da lambat, sampai jer kat surau, vee terus bagi salam & Mama yang sambut vee ^^ masa tue dah rasa best dah dengan Mama ^^ sebelum nie kan cuak jer...

bila dah macam tue, kitorang bila dating jer.. dating kat umah Mama & Papa, x pun balik umah Mak & Abah vee.. lagi selamat kan heheehe xlah susah hati parent memikirkan anak-anak sebab dating pun depan mata ^^ lagi satu tips, lebih baik kita kenal hati budi bakal keluarga kita sebelum kawen supaya bila dah kawen, kita dah pun serasi dengan mereka ^^

even vee belajar masak pun dengan Mama sebab tempat kerja vee dekat dengan umah Mama berbanding Mak. memang la segan sebab x tahu memasak masa mula-mula kenal, tapi alhamdulillah..akhirnya tahu jugak lah masak =) hehehehe

majlis tunang 5/7/09 = besday Mr Hubby

dugaan masa bercinta tue memang lah ada.. xkan aman sepanjang masa kan.. kesetiaan memang teruji masa tue sebabnya ada jugak lah yang cuba nak rapat dengan Mr Hubby tapi alhamdulillah Mr Hubby dah pun memilih vee sebagai wanita untuknya ^^ (ayat kalau x jiwang..x sah =p)

then kesetiaan vee juga turut diuji.. clients vee bukannya yang tua-tua jer.. yang muda-muda tapi kaya pun ada . so memang ada lah yang cuba menambat hati vee nie tapi masa tue, bukan kesenangan orang yang vee cari... then ada jugalah kawan-lawan yang cuba berani-berani masuk jarum.. tapi vee tetap dengan Mr Hubby sebab vee tahu hati vee milik Mr Hubby ... insha Allah ^^

oh ya, ada jugak yang bertanya vee kerja apa yer... vee nie Penasihat Kewangan la.. sebab tue asyik jumpa clients jer ^^ ~~teehee~~
nasib lah dapat isteri manja macam nie yer ~~teeheee~


ciri-ciri suami pilihan vee memang ada dengan Mr Hubby, dulu memang vee berangan nak lelaki yang tinggi dari vee sebab vee pun tinggi gak kan, good looking & sedap mata memandang =) then xmo yang chinese look & orang Borneo sebab vee sendiri dah ada darah chinese & orang Borneo, vee nak lelaki yang sabar melayan karenah vee yang macam-macam nie hehehe terima diri vee sepenuhnya & sayang vee sangat-sangat ^^


vee & Mr Hubby bercinta dalam setahun 1/2 jugak lah before bertunang & kawen.. x elok bercinta lama-lama nie ^^ banyak dugaan nya tau... saper yang x tahan dugaan.. memang lah x tahan jawabnya...isk isk...

anyway... sebelum nie kan.. vee pernah ada blog.. lama dulu tapi terpaksa dibuang  kerana terlalu peribadi untuk dibaca ^^ hehehe x seswaiii

Friday, April 1, 2011

First Love ~~


Filem Cinta Pertama nie vee pernah tengok kat wayang kalau x silap vee masa tue tahun 2007. hurm dengan siapa tue x penting tapi masa nie, vee mengalirkan airmata & menangis teresak-esak.. bukan sebab cerita nie pun tapi masa tue vee baru realize yang vee masih belum bertemu dengan cinta hati vee yang sebenar-benarnya. cinta hati yang mampu menerima segala kebaikan & keburukan vee, kelebihan & kekurangan vee.


anyway menyentuh kesah Cinta Pertama, vee xnak cerita panjang-panjang sebab apa yang penting, Mr Hubby kekal menjadi satu-satunya Cinta Hati vee selain Maha Pencipta vee, Allah swt. insha Allah. vee xmo lah hipokrit bagitau yang Mr Hubby cinta pertama vee even ramai yang tau vee bertemu dengan ramai orang sebelum nie ^^ 

oh ya, malam tadi, kami satu family buat Doa Selamat khas untuk keluarga sahaja sempena kaki Sofeya yang da sembuh , & juga Doa Selamat untuk vee & si kecil vee di dalam nie ^^ & yang best nyer kakak ipar vee pun pregnant gak, kemungkinan besar sama usia dengan kandungan vee. wahhh.. berganda-ganda rezeki datang nie... Alhamdulillah  x10000 ^^ so, Sofeya akan dapat adik la yer... hehehe 


actually buat masa nie vee belum morning sickness lagi hehehe tapi kesian lah Mr Hubby sebab almost three week nie duk pening-pening & x sedap badan... xpelah Sayang.. xsalah kan kita berkongsi rasa heheehehe macam tue baru tau yang Sayang memang sayang Vee <3 vee cuma kadang kala jer rasa loya.. heheehe tengoklah macam mana nanti, tapi ikhlas dari hati, vee x kesah pun tanggung semua tue asalkan baby vee membesar dengan sihat & selamat dilahirkan .^^ 

nak tau x.. even vee nie baru jer 6 minggu tapi perut vee dah nampak dah... alahaiii hehehehe rasa segan jer sebab masih awal tapi vee x kesah pun... ~~teeheee~~ lupa nak bagitau.. vee la nie asyik ngantuk jer.. pantang masuk kereta, pantang nampak bantal @ pun tempat yang vee boleh landing.. mata nie tiba-tiba macam ada gam jer heheehe memang mengantuk sangat tau.. sembelit, rasa perut kram & berat badan naik tue memang ada pun... so nak buat macam mana... ~~senyum...x perlu kata apa-apa~~

kepada Uda & Dara vee, jom lah kongsi pengalaman dengan vee tentang kehamilan nie.. boleh kongsi pendapat kan ^^


p/s : untuk Nadya & Syafiqa.. maaf tau vee masih x bagi gift tue..busy sangat @_@.. insha Allah vee usahakan jugak minggu nie yer... maaf =(((

picca by uncle google 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...