Dulu.. ada rules di ofis yang x membenarkan kami bercinta dengan ofismate yang berlainan leader/group. sebagai manusia biasa, kita x ada kuasa untuk menghalang perasaan yang timbul ..betulkan? tiba-tiba hari nie terlintas di ingatan vee akan kesah yang berlaku pada tahun 2007 dan vee rasa vee patut catatkan di sini sebagai kenangan kesah chinta antara vee & Mr Hubby
vee & rakan sekerja yang lain faham dengan rules yang ada tapi apa sangat lah nak diturutkan rules yang bagi vee hanya ditetapkan oleh manusia yang sama dicipta oleh Allah swt.. jadi x semestinya patuh kan hehehe actually macam yang pernah vee ceritakan sebelum nie, Mr Hubby & vee jatuh cinta kerana sering bersama walaupun pertemuan kami bermula dengan rasa bengang di hati vee =p
| antara pic permulaan persahabatan kami ^^ |
hubungan rapat kami disedari oleh beberapa leader di ofis, sehinggalah satu hari tue kami berdua dapat mesej yang meminta kami berdua bertemu di sebuah restoran. masa tue vee & Mr Hubby masih lagi status kawan baik, terasa hairan juga sebab selain kami berdua yang dipanggil, ada lagi sepasang teman yang dipanggil sebelum kami.
tiba di restoran yang dimaksudkan, ada 3 orang leader yang menanti & meminta kami duduk & memesan makanan terlebih dahulu. then barulah salah seorang leader bersuara & baru vee tahu tujuan sebenar kami dipanggil. mereka bertanyakan sejauh mana hubungan antara kami & vee masa tue memang sedikit terkejut & kurang senang dengan pertanyaan yang seolah-olah menyentuh hal peribadi. "boleh kami tahu, apa status hubungan antara kamu berdua nie? kawan ker? kekasih? atau skandal?"
vee cuma tersenyum & mereka meminta Mr Hubby yang menjawabnya terlebih dahulu. yess!!! part tue yang paling vee tunggu-tunggu sebab vee memang teringin nak tahu apa perasaan sebenar Mr Hubby pada vee even kami masih lagi berstatus kawan =) tipulah kalau vee x ada perasaan pada Mr Hubby kan.. tapi bila berpeluang dapat dengar daripada mulut Mr Hubby sendiri lebih-lebih lagi di hadapan leader kami, mestilah vee rasa teruja jugakkan ^^
jawapan Mr Hubby adalah " hubungan antara lelaki perempuan, hubungan macam pasangan bercinta yang lain lah" wargh!!!! masa tue vee memang terkejut sangat dengan jawapan Mr Hubby . vee hanya pandang Mr Hubby & muka vee masa tue rasanya memang ketara terkejut+teruja kutt heheheehe nasib baiklah lepas diorang dengar jawapan daripada Mr Hubby, diorang x tanya vee... lega!!!
anyway mujurlah hubungan kami direstui walaupun restu tue x diperlukan sangat sebab jodoh pertemuan tue kan di tangan Allah swt hehehe xpelah..at least masa tue, diorang dah membantu vee untuk reveal perasaan Mr Hubby pada vee kan ^^ really appreciate it !!
p/s : seronok sangat minggu nie sabab vee dapat gak buah Delima.. sebelum nie memang la pernah dapat buah Delima tapi lebih bermakna bila vee makan buah Delima masa Baby vee nie dah mula bergerak kan =) next entry vee akan kongsikan kenapa vee nak sangat buah Delima tue & khasiat buah Delima ^^


No comments:
Post a Comment