sekarang nie memang vee agak sukar untuk berkata-kata dalam blog nie disebabkan Sang Puteri memerlukan perhatian yang lebih daripada Ummi nya ^^ so Elaine baru jer tidur & vee pun baru abes masak untuk makan malam... lama rasanya x ke dapur =p Abi nya sedang enak menjamu selera kat dapur sana sorang-sorang :p
Ahad lepas, Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Elaine selamat berlangsung ~~alhamdulillah~~ vee amat berterima kasih dengan penduduk Anggerik Apt yang sudi bergotong-royong untuk menjayakan majlis nie & vee minta maaf sangat-sangat sebab x dapat menolong di luar.. Elaine memang menuntut perhatian lebih untuk dirinya ^_^ hanya Allah swt yang mampu membalas jasa baik kalian ~~aminn~~
actually majlis nie bukan untuk Elaine sorang jer, Darwisy adik Sofeya pun join sekali, so jadilah sepasang baby untuk majlis tue. gotong-royong bermula pada petang sabtu & kambing dikorbankan sebanyak dua ekor. seekor memang bahagian Elaine lah, & Darwisy seekor belah Mama, seekor lagi belah Perak.
| antara penduduk Anggerik apt yg terlibat ^_^ |
![]() |
| kambing yg pandang camera tu lah yang terlepas =p |
kitorang yang berada dalam rumah ( vee & sue ) sibuk menyiapkan goodies bag untuk tetamu yang datang masa majlis nanti. simple jer.. guna brown paper bag, sapu tangan Angry Bird & Apam Polka Dot. jemputan lebih kurang 200 orang, so 200 goodies bag disiapkan =) rasa macam buat kerja kawen lak hehehee x dapat bayangkan lebih kurang 20 tahun lagi.. Elaine nak kawen huhuhu
| apam polka dot yg sedap ~~yummy~~ |
pagi ahad, semua orang bangun awal pagi untuk mula memasak.. so kitorang yang berada dalam rumah sibuk nak menyiapkan sang putera & puteri. lepas mandi, vee pastikan Elaine menyusu sekenyang-kenyangnya supaya Elaine x meragam or merengek masa majlis nanti.
Majlis Marhaban bermula jam 10.30 am.. cadangan asal untuk buat di surau dibatalkan sebab ahli marhaban hanya 15 orang, so buat dalam rumah jer.. nasib vee hias jugaklah tempat tidur Elaine even simple jer.. fuhhh..
| my princess ~~Elaine Medina~~ |
bila ahli-ahli marhaban datang.. wahhh.. diorang nyer uniform dahsyat.. lawa & berseri-seri :) suka vee menengoknyer ^_^ vee macam biasalah.. jadi photoghrapher of the day.. tapi time cukur jambul.. Mr Hubby la pulak.
| sebahagian daripada kumpulan marhaban |
alhamdulillah Elaine & Darwisy langsung x merengek sepanjang majlis tue, tidur dengan lena sekali =) bila nak mula potong jambul, pandai pulak Elaine & Darwisy celik mata.. macam tau-tau jer nak kena dukung ^_^ nie yang sayaaannng Elaine nie hehehe
| Sofeya |
oh ya.. our ucuk Sofeya nie.. kesian gak bila tengok dia asyik merajuk jer.. hehehehe nak buat macam mana.. Elaine & Darwisy menuntut perhatian yang lebih.. kakak Sofeya kenalah bersabar yer heheehe uncle & auntie tetap sayang dengan ucuk Sofeya nie =*
| sempat lagi pandang camera tue ^^ |
| Elaine bersembang dengan Mak Long Ernee |
hurmmm... vee sedih sket bila lepas acara potong jambul tue, tangan & muka Elaine terus naik bintik-bintik merah sebab diorang sapukan minyak wangi dekat Elaine =( mujurlah Elaine x nanges tapi Ummi dia yang rasa nak nanges T_T
gambar atas tue, vee bergambar dengan adik ipar vee, Siti yang datang dari Sepang dengan mak. tu lah anak buah vee Puteri Ilyana Zahirah yang muda 10 hari daripada Elaine tapi lebih gebuu daripada Elaine heheehe biasalah.. Ilyana dah minum susu campur.. susu badan + susu formula.. ^_^
finally ada jugak gambar kami bertiga ^_^ ~~excited~~ thanks to abg. Edi Edham yang sudi ambilkan =) abg. Edi nie photoghrapher kitorang masa kawen ari tu aka kazen Mr Hubby .
yang nilah wife abg. Edi..kak Ernee.. manis jer orang nyer kan ^^ semoga kak Ernee & abg. Edi cepat-cepat dapat baby yang comel & sihat ~~aminnn~~
jamuan makan bermula selepas zohor.. so vee kejap kena keluar untuk melayan tetamu yang datang & kejap ke dalam untuk layan Elaine & sedara-mara =) rasa x cukup tangan jer tapi happy ^_^
| antara tetamu yang hadir.. eh.. tu mak vee =) |
![]() courtesy to Norazarina aka Nana |
paling vee happy bila kawan vee masa UKM dulu datang juga.. happy sangat sebab lama x jumpa ^_^ Sofiah & abg. Akim.. aisehhh.. siyes rindu sangat dengan ko..Sofie =) malangnya gambar x dapat nak upload sebab x menjadi T_T Kak Nik pun datang gak dengan kak Wani & Hafizal.. punnnn x sempat nak ambil gambar diorang T_T
| Darwisy Iqbal |
anyway Elaine & Darwisy x dibotakkan terus hari tue sebab xder orang yang boleh tolong cukurkan.. so kitorang cukurkan Elaine keesokan harinya. thanks kepada tetamu yang hadir & juga seluruh penduduk Anggerik Apartment yang sudi berkongsi tenaga untuk menjayakan majlis Elaine & Darwisy nie ^_^ juga untuk Mr Hubby , Mama, Papa & ahli keluarga yang bertungkus-lumus..xoxoxoxo hanya Allah swt yang mampu membalas jasa kalian =)
pada mulanya nak cukur Elaine sendiri.. tapi hanya dapat cukur depan jer.. tu pun vee gunting bagi pendek dulu rambut Elaine yang panjang, then Abi & Tok Elaine tolong cukur... then kebetulan semalam kitorang gi Damansara melawat Pakcik Man yang sakit, baru teringat jiran Mak Yah pandai cukurkan rambut baby.. alhamdulillah dapat jugak membotakkan kepala Elaine .. ^_^
| wajah Elaine bila sebahagian rambutnya dicukur. sempat lagi senyum sebelum nanges ^_^ |
hehehe nak tau x rupa Elaine dengan kepala botak????? next entry nanti baru vee share k heheheh ^_^



Tahniah vee... Maaf ye tak dpt hadir... InsyaAllah bila berpeluang nnt, nk sgt pg jumpa vee dan anak...
ReplyDeleteizan =) thanks izan.. mudah2an dptlah kita bjumpa yer.. rindu dgn izan ^_^
ReplyDeletetetibe air mata nak jatuh bace entry nie .. tumpang bahagia utk sis .. muke Elaine dah mcm muke 'Aisyah niece fiqa dah .. dah makin berseri2 Elaine & Umminya sekarang ..
ReplyDelete