Showing posts with label lebaran. Show all posts
Showing posts with label lebaran. Show all posts

Wednesday, September 7, 2011

Lemang & Gulai Tempoyak Ikan Patin di Hari Raya

x lengkap rasanya kalau x upload picca raya nie kan ^^

meh vee upload dulu sebelum bercerita lebih lanjut .


Melemang sehari sebelum raya adalah aktiviti wajib bila beraya di kampung. actually selama 3 hari vee berada di Pahang, vee happy sangat sebab dapat menikmati Gulai Tempoyak Ikan Patin & Ikan Baung ~~yummy~~ walaupun ikan-ikan tue mahal, vee x kesah, janji dapat lepaskan keinginan vee dari awal pregnant haritu hehehe

tapi sedikit kecewa sebab x dapat nak ambil picca Gulai Tempoyak yang sedap tue.. sebabnya bila aroma tempoyak memenuhi ruang hidung, dah x ingat apa-apa.. terus jer ambil pinggan, kaut nasi & terus menikmati keenakan gulai sehinggakan x pandang kiri kanan lagi hihihi Mr Hubby hanya mampu menggeleng kepala sebab Mr Hubby x makan gulai tempoyak. rugi..rugi..rugi.. =p

oh ya.. vee hanya mengatakan Gulai Tempoyak masakan Mak & Allahyarham Tok jer yang paling sedap di seantero hehehe biasalah.. air tangan mak, siapa yang dapat tandingi kan... lagi satu.. resepi masakan mak lebih sedap, x macam sesetengah tempat yang meletakkan santan, serai & bawang bila memasak. ada ker patut?? lari sungguh rasanya.. (ini pendapat vee tau.. jangan nak marah-marah plak yer =P)

the best chef 4 Gulai Tempoyak ~~Mak saya~~

hehehe cukuplah bercerita tentang makanan, buat terliur jer =D tahun nie adalah tahun kedua vee sambut Aidilfitri sebagai seorang isteri & x sabar nak tunggu tahun depan sebab vee akan menyambut Aidilfitri sebagai seorang ibu untuk pertama kalinya ~~insya Allah~~


pic tue disnap pada Hari Raya pertama, jelas kelihatan wajah vee yang chubby kan hehehehe dah namanya pun vee pregnant 7 bulan kan.. haruslah kechubbian itu kenampakan di wajah nie =p


nie picca sebelum Mr Hubby, my Brother & Ayah De berangkat ke Masjid untuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri. actually baju Melayu Mr Hubby hanya sama warna dengan baju Melayu tahun lepas tapi lain materialnya.


haa.. yang nie busana raya tahun 2010.. busana nikah kitorang sebenarnya hehehe masa pic nie diambil, vee tengah pregnant tapi x sedar.. ~~al-Fatihah~~ untuk My First  Baby yang kini "Cahaya" di Syurga. Baby tetap kekal di Hati Ummi


then kitorang bergerak balik ke Melaka untuk bertemu dengan sanak-saudara sebelah Mr Hubby. x tidur pun, cuma singgah jer sebab malam tue kitorang terus ke Segamat untuk melawat Allahyarham Pak Jid keesokkan harinya. ~~Al-Fatihah~~


picca nie diambil ketika beraya di rumah Pak Teh, sambil beraya, sambil camwhore tapi tanpa vee sebab vee lebih senang menjadi photographer of a day hehehe Mr Hubby with his cousins.


sessi yang paling vee suka masa beraya di Segamat ialah bercamwhore dengan kazen comel bangatxhengatdunia nie ~~Elly Amani~~ nak kenan ketat-ketat kalau vee dapat baby gegurl hehehe sangat manja & aktif budak comel nie ^_^ muka pun fotogenic jer



picca nie disnap pada raya tahun lepas.. sekejap jer Elly dah besar kan ^_^ haisshhh terus rindu dengan Syafiqah.. terkilannya x dapat jumpa Syafiqah raya tahun nie T_T


Elly yang memang manja dengan semua orang.. nie duk manja dengan Abang Khaliq masa kitorang semua bermalam di rumah Uncle & Auntie ^_^ nie kalau Sofeya ada, gerenti jeles punya sebab semua orang nak main dengan Elly jer =D

cukuplah ceritera Aidilfitri nie yer.. cuma kepada yang masih "mengekalkan sikap buruk" & suka menjadi "pelakon terbaik", sedar-sedarlah diri.. garam dah terlebih makan, xkan nak semua orang naik minyak baru nak berubah.. maaf untuk kamu x pernah dapat daripada diri ini selagi sikap masih begitu.. teruskanlah kau begitu..... coz you're nothing to me.

Friday, September 2, 2011

Al-Kisah Aidilfitri 2011

assallammualaikum wbt

salam aidilfitri buat semua ^^ wah, raya tahun nie memang meriah kan.  vee pun x sangka yang vee sangat kuat untuk berjalan berhari-raya ke rumah sanak saudara dengan keadaan badan yang membawa perut 7 bulan nie hehehe


tahun nie alhamdulillah dapat beraya di kedua-dua belah kampung, Pahang & Melaka. beraya di Melaka tue sebenarnya ad-hoc planning jer... di Raub kali nie, vee & family beraya di Rumah Pusaka yang already uzur & usang. semenjak allahyarham Tok & Tok'ki dah tiada.. rumah tue langsung x berjaga. terus dimamah usia & usang T_T so, mak yang request untuk beraya di rumah tue. ingat kalau ada masa, boleh pakat-pakat dengan adik-beradik yang lain untuk mencantikkan rumah tue balik.
mak saya ^^

 oh ya, my baby bump buat kejutan di pagi raya pertama. bangun-bangun jer vee perasan perut vee dah besar dari paras bawah dada. sebelum nie x besar lagi, vee dah terfikir "eh.. macam dah besar jer perut nie..." then vee just fikir, maybe perasaan vee jer kut sebab baru semalam Mak Cu vee tegur "ehh.ehh.. perut Yana x macam perempuan mengandung 7 bulan pun, macam baru 3-4 bulan jer".

kena pakai dress yg xde cutting baru ok ^^

then esoknya bila vee nak pakai dress vee yang mengikut cutting tue.. alamak!!!!! memang ketat & sendat sangat-sangat !!!! baru jer beberapa hari lepas vee pakai dress tue, ok jer !!! sah, perut vee memang membesar dengan jayanya !!

terus mengadu dengan Mr Hubby & Mr Hubby bagitau "memang dari semalam da perasan perut Sayang dah besar..aah la.. memang dah besar... x perasan ker? perut sayang nampak padat" bila Mr Hubby bagitau macam tue, terus vee tengok cermin & belek-belek badan sendiri. seriously my baby bump dah besar & baru perasan muka vee pun da tambah chubby ~~~*=*~~~ x tau nak komen apa

dengan positifnya vee minta Mr Hubby ambil picca vee sebab nak tengok betul-betul rupa vee. sah!!! memang da lain heheheehe (nie xtau gelak happy or nak jaga hati sendiri =p) xpelah..janji My Baby sihat membesar di dalam nie kan ^^
ni lah Syafiqah yg cantik nie ^^

terkilannya raya kali nie sebab x sempat jumpa Syafiqah yang comel tue =( sedih sangat. xpelah.. maybe xder rezeki tapi sekurang-kurangnya rindu vee & Mr Hubby terubat dengan Elly Amani yang super comel tue ^^

wif Elly Amani

aritu sajer jer tanya Elly "Elly..Elly rasa akak dapat baby apa?" dengan confident nyer Elly jawab "Lelaki!!!" "eh.. bukan perempuan ker?" "bukann.... lelaki"


then makcik-makcik vee pun sama, dengan yakin mengatakan vee akan dapat Baby Boy. macam-macam jer diorang nie kan..xper.. minggu depan vee gi wat 4D Scan. ^^

Sunday, August 28, 2011

Coretan Ramadhan ~Rezeki~

Assallammualaikum wbt


vee percaya ramai yang telahpun berada di kampung halaman masing-masing sekarang nie kan. almaklumlah cuti panjang hehehe raya hari selasa kan. tapi vee masih lagi berada di kota metropolitan, esok awal pagi baru gerak dengan Mr Hubby ke kampung halaman hehehe kali nie beraya di Pahanglah sebab tahun lepas dah beraya di Melaka. ~~yeay~~ ingat tahun depan nak beraya kat Sabah la plak ^_^

my 1st layout

anyway .. vee lupa yang vee dah SETAHUN bergelar BLOGGER.. alaaa!!!!!!!!!!! camner leh terlepas pandang lak T_T  sedih sungguh =( hehehehe 10 August 2011 genap setahun untuk Qaseh Elyanas dalam dunia blogging nie ^^ terima kasih kepada Uda & Dara & readers yang setia & sudi membaca blog vee nie ^_^

inilah antara entry pertama vee tahun lepas ^^ August 2010

alhamdulillah, Ramadan a- Mubarak kali nie memberikan rezeki yang mencurah-curah, selain dapat baju raya daripada Mr Hubby ^^ dapat memiliki Nikon D3100, minggu lepas, secara rasminya kitorang berjaya memiliki sebuah rumah yang akan menjadi pasif income setiap bulan ~~alhamdulillah x 10000~~ segala rezeki datangnya daripada Maha Pencipta Allah swt

rumah tue kitorang akan sewakan & dah ada orang yang duduk menyewa pun ^^ kitorang x duduk sendiri sebab dah already selesa dengan rumah sekarang =) tunggulah Baby besar sket & kalau ada rezeki lebih, bolehlah beli rumah lain & duduk sendiri. insyaAllah

oklah.. cukup sampai di sini dulu.. nak packing baju-baju yang masih x settle dari malam tadi =p, duit raya dah ada, kuih raya dah ada, apa lagi yer... ermmmm....


 Selamat Hari Raya Aidilfitri & Ingatlah Orang yang Tersayang

Thursday, August 25, 2011

salam lebaran 2011



Salam Aidilfitri buat semua teman-teman ^^

sesungguhnya vee memohon ampun & maaf
atas segala kesilapan samada sengaja atau x sengaja
sedar atau x sedar
 semoga lebaran kali ini membawa seribu kebahagiaan & keberkatan buat kita semua

ingatlah insan tersayang di musim lebaran ini
pandu berhati-hati & penuh berhemah
makan seadanya, jangan diikutkan nafsu
makanan yang dihidang memang menyelerakan
tapi kesihatan & cutting badan kena jaga gak hehehehe

puasa sunat jangan dilupa
sedekah buat yang masih hidup & telah tiada
sama-sama kita meraikan dengan penuh senyuman


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...