Showing posts with label kawan-kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan-kawan. Show all posts

Thursday, January 24, 2013

The Best "Kakak" for me, myself & I

Assallammualaikum wbt

Rasanya dah lama Vee teringin nak buat entry nie tapi baru kali nie nie berpeluang :) . Entry nie khas Vee tujukan buat my lovely sister & friend ..Kak Nik Hazirah :)


Vee mengenali Kak Nik nie sejak tahun 2007 lagi. Kenal masa Vee masih baru menjadi ahli keluarga CIMB. Masa tue Kak Nik still terikat dengan RHB .. So Kak Nik sekadar part time dengan CIMB.

Kak Nik memang seorang yang sangat best, walaupun baru kenal tapi seolah-olah macam dah bertahun-tahun kenal :) . Kak Nik memang suka membahasakan diri nya "kak" walau dengan sesiapa pun hehehehe terserlah sifat keibuan tau :) orang yang sangat mesra & susah nak marah. Kalau marah pun, orang susah nak simpan dalam hati .

Vee dulu suka lepak umah Kak Nik bila Vee senang, itupun Kak Nik yang rajin ajak.. Kebetulan Vee x ada sesiapa dekat KL, memang suka sangat bila dapat ke rumah Kak Nik.

Alhamdulillah walaupun sekarang nie kitorang dah x bekerja di bawah bumbung yang sama, tapi hubungan kitorang masih rapat & bila berkelapangan.. Mesti jumpa. Kak Nik gak la yang sudi jadi pengapit masa Vee kawen :)

Vee suka sangat bercerita dengan Kak Nik tapi bila dah kawen, lagi-lagi bila ada Elaine.. Agak susah untuk Vee bersembang lama dengan Kak Nik. Dulu sebelum kawen.. Kak Nik lah tempat Vee mengadu, tempat Vee meluahkan perasaan bila tengah sedih, marah & kecewa :D hehhehe Kak Nik gak lah yang bagi Vee peluang untuk bergelar seorang Cikgu walaupun sekejap :)


Oh ya.. kak Nik nie masih single & available tau :) so kalau korang ada abang yang baik & soleh, meh rekemen dengan Kak Nik hahahahaha untung siapa dapat Kak Nik nie tau :) hihihi Kak Nik nie umpama wanita Melayu terakhir sebab sangat pemalu bila dengan jantina lawan nie. (adeh Kak Nik.. Jangan marah tau.. :p)

Kak Nik paling banyak tau kesah-kesah Vee sebab memang Vee akan bercerita macam-macam dengan Kak Nik heheheh paling best Kak Nik nie sama macam Vee, pengumpul novel yang tegar :) oh Kak Nik.. Vee rindu nak duduk lepak & bercerita dengan Kak Nik macam dulu-dulu :)


Ingat lagi masa Vee tidur kat rumah Kak Nik.. Iron jubah sampai terbakar hahahaha x pasal-pasal Vee kena pinjam baju kurung Kak Nik yang akhirnya menyebabkan semua team jadi sedondon. Kak Nik jugalah orang yang tahu kisah-kisah sedih Vee sampai pernah Vee menangis dalam bas sebab Kak Nik pasang lagu sedih.. :D aduh, rasa nak gelak guling-guling bila kenang balik hehehehe

Kak Nik .. Vee sayang Kak Nik tau hehehehe sentiasa. Vee doakan Kak Nik dipertemukan jodoh secepat mungkin dengan lelaki yang benar-benar sesuai & sayangkan Kak Nik. Aminnn... :) lepas tu dapat anak ramai & boleh kawan dengan anak-anak Vee :)







Tuesday, August 23, 2011

special 4 my Pretty fren ~Dini~


My Dear Dini yg cantekk

happy sangat dapat kad raya dari Dini tau ^_^



vee cuba untuk membalasnya.. kalau x sempat, maaf tau =)

semoga kita sama-sama selamat melahirkan our junior dengan selamat yer ^_^

~~aminnnn~~

Monday, July 18, 2011

insan-insan yang pernah hadir


kadang-kadang bila bersendirian.. vee benar-benar merindui insan-insan yang pernah hadir sebagai teman vee yang paling memahami diri vee & vee memahami diri mereka jua. rindu saat-saat kami bersama, berdua bercerita & saling mendengar luahan antara satu sama lain.

masa vee bersekolah asrama, teringat dengan seseorang yang sangat manis & tidur di sebelah vee. walaupun pada permulaannya vee merasakan dia sama dengan yang lain, tetapi layanan & kehangatan kemesraan yang ada menjadikan vee menyenangi dia sepanjang kami bersama . vee mula tertarik untuk lebih mengenali gadis manis nie semasa vee perasan dia memiliki "music box" yang berbentuk dua ekor swan & melodi yang sayu. gadis manis tue Ami namanya ^^ memang sangat manis & tinggi lampai. bila dah saling mengenali, kami sering berkongsi cerita lebih-lebih lagi mengenai hal peribadi kerana hal peribadi x mudah diceritakan dengan semua orang kecuali dengan insan yang kita senangi & percayai.

pabila kaki melangkah ke universiti, vee bertemu dengan gadis yang sememangnya cukup cantik di mata , Dinie orangnya ^^. memang tuah vee dapat berteman dengan gadis-gadis cantik kut hehehe nasib baiklah vee nie girl kan..kalau x da lama da vee ngorat ~~wink~~

dengan gadis bernama Dini nie (kalau korang rajin update vee.. vee selalu cerita pasal Dini) , kitorang umpama adik beradik yang sentiasa bersama & Dini lah tempat vee meluahkan perasaan vee samada peribadi ataupun yang lain. lagi menyeronokkan kitorang berkongsi minat yang sama iaitu menari (al maklumlah darah Borneo), shopping, makan..makan & sukakan sesuatu yang cantik & wangi heheehe

vee dulu suka bercerita mengenai lelaki-lelaki yang menyenangkan & menyebalkan vee hehehee vee akan cerita segalanya dengan Dini & biasanya Dini akan jadi pendengar yang setia. berbeza dengan vee, Dini jarang bercerita tentang lelaki sebab dalam hati dia cuma seorang jer yang bertakhta iaitu suaminya sekarang Esma.  allaaa... dulu vee mana ada jumpa Mr Hubby lagi... kalau dah jumpa, mesti vee hanya fokus kat Mr Hubby sorang jer tau sebab Mr Hubby jer yang paling hensem di mata vee hihihihi

selain daripada Dini, Yanti adalah salah seorang teman rapat semasa di kuliah. vee memang suka sangat dengan Yanti nie sebab otaknya gila-gila tapi sayang kat vee heheheeh sayang seorang kawan lah kan. Yanti banyak tolong vee terutama menemani vee ke library. kalau ada masa terluang, vee rajin jugaklah ikut Yanti balik ke kolejnya yang lebih dekat dengan kuliah berbanding kolej vee yang tinggi di atas bukit. (sebab tue kurus jer masa belajar.. batu caves pun orang x naik tiap-tiap hari tau..)

Yanti jugaklah orang pertama yang berjaya membuatkan vee beli baju kurung warna pink. dulu vee sangat anti dengan warna pink sebab bagi vee pink tue sangatlah "gegirl". tapi Yanti pujuk vee untuk cuba & sememangnya pink itu berseri-seri dengan vee ^^ thanks Yan.


vee ada juga seorang teman yang bergelar lelaki, rapat dengan vee. tapi kitorang x macam orang lain..kalau dah rapat asyik berjumpa jer kan. boleh dikira lah dengan tangan berapa kali kitorang berjumpa. selalunya vee & dia hanya bermesej jer. vee mula mengenali en. Z nie masa vee mengendalikan MATK. dari situ kitorang mula kenal & makin rapat bila vee dapat tahu en.Z & my fren yang cantik manis "N" nie saling suka sama suka & akhirnya bercinta. even bila diorang dah x ada apa-apa, vee lah jadi tempat luahan en.Z nie. apa yang buat vee menyenangi en. Z nie , dia suka mendengar masalah vee & bila vee sakit hati dengan seseorang, en. Z sudi menasihati vee. at least vee ada pendapat dari orang lelaki kan.. biasanya pendapat diorang nie memang berbeza dengan perempuan.

perasaan? memang x pernah ada perasaan lebih daripada seorang kawan pun antara vee dengan en.Z nie sebab memang x ada. heheehe walaupun kedengaran agak mustahil, tapi vee memang x pernah anggap en.Z lebih dari kawan biasa. nak kata dia x hensem.. memang x pun hahahaaha just joking.. adalah rupa & pemilik senyuman yang paling manis. tapi tue sebelum vee jumpa Mr Hubby, bila dah jumpa, senyuman Mr Hubby teramat manis & tiada tandingan hehehe sorry yer en. Z. takhta itu sudah tiada =p

lagi sorang, awek yang sangat comel iaitu Nissa. vee memula xdelah rapat sangat dengan Nissa sebab Nissa nampak agak serius & garang hahahahaa gurau la Nissa. mula rapat dengan Nissa pun sebab MATK. best sangat Nissa nie sebab sangat manja macam vee & selalu bawa vee & Dini keluar makan. yum..yum.. vee suka berkawan dengan Nissa nie sebab Nissa nie agak matang percakapannya & tegas dengan apa yang dilakukan. walaupun kadang-kadang Nissa nie kuat merajuk @_@, tapi bila dia dah ok.. terus best jadinya heheehe vee juga yang ajar Nissa bersolek seadanya & terus meletup .. hehehee ramai yang nak ngurat Nissa kan..kann ^^ Nissa memang dah comel, mestilah ramai peminatnya .

selain, Dini, Yanti, Nissa & en. Z, Sofiah merupakan teman yang vee kenal baik sejak dari tahun satu sampailah habis belajar. walaupun sebaya, tapi Sofiah nie sangat matang pemikirannya (lawyer lah katakan). seorang wanita yang cantik ketrampilannya & tegas orangnya. tapi sering jumpa lelaki salah jer hehehe sangat anti dengan senior kitorang yang bernama Hakim, pantang kitorang cerita pasal Hakim jer.. mesti melenting heheheeh rupa-rupanya pepatah yang mengatakan "jangan benci-benci, nanti jadi kekasih hati" tue memang benar-benar berlaku. Hakim kini dah pun jadi suami Sofiah heheehe kan masin mulut vee nie ^^

apa pun vee memang sayangkan Sofiah nie, walaupun garang sampai kitorang pernah gaduh besar, vee tetap suka dengan diri Sofiah tue. dah macam kakak pada vee dah pun. vee pernah ikut Sofiah balik ke kampungnya di Johor & selalu jugaklah kitorang keluar bersama.

melangkah ke alam kerjaya, vee bertemu dengan seorang kakak yang sangat baik hati. Nik Hazirah namanya. vee teramat selesa setiap kali bersama k.Nik lebih-lebih lagi k.Nik berjaya membuatkan vee rasa memiliki seorang kakak. k.nik nie sangat ramah & vee perasan, ramai orang sangat menyenangi k.Nik & sentiasa ingat k.Nik. k.Nik lah tempat vee bermanja & berkongsi cerita mengenai kerja & hal peribadi. seorang yang sangat boleh dipercayai & x pernah menyakitkan hati vee ^^ vee sayang k.Nik tau hehehee bak sini coklat.=p

apapun, sahabat terbaik vee kini adalah seorang insan yang bergelar Mr Hubby . dialah sahabat & juga suami, tempat vee menangis, ketawa, meluahkan perasaan, bermanja, bergaduh, bersedih, bergembira, . x ada orang lain yang boleh buat vee macam tue kecuali Mr Hubby. kalau vee ingin memeluk seseorang, Mr Hubby lah orangnya, kalau vee ingin menangis dalam dakapan seseorang, Mr Hubby lah orangnya, kalau vee shopping & x cukup duit nak bayar, Mr Hubby lah orangnya, hehehe he is the only one & the best i ever had ^^


vee sangat menghargai persahabatan yang terjalin & semoga kita semua akan dapat bertemu di masa akan datang. miss our moment frens...& i love you Mr Hubby ^^

Monday, May 9, 2011

Chubby da pipi nie

vee rasa macam dah lama gak vee x mamam nasi. sebabnya bila namapak nasi or sebut jer nasi.. tekak da kembang dah.. actually bukan nasi jer.. hampir semua makanan sampai vee rasa xmo makan apa-apa sebab semuanya confirm keluar balik ~~hurm~~

Mr Hubby da pening sebab vee xmo mamam apa-apa tapi Mr Hubby tetap paksa vee makan sebab kesian dengan si Kecil nie. nanti lapar .. so sekarang nie vee paksa diri vee makan sebab fikirkan si Kecil vee. biarlah vee x selesa asalkan si Kecil nie selesa.

anyway minggu nie dah nak masuk 12 minggu @ 3 bulan da kandungan vee ~~alhamdulillah~~  x sabar nak tunggu si Kecil nie gerak-gerak heheehe minggu nie jugak nak kena gi check up lagi.. vee terfikir..leh ker scan tiap-tiap bulan? ada effect x dengan si Kecil?? sebab vee x sabar nak tengok perkembangan si Kecil nie...


my latest pic wif kak nik heheheehe pipi semakin chubby @_@

Tuesday, November 23, 2010

Dear my Frens ~MEP~

entry kali nie special for my frens yang sama-sama berjuang demi menaikkan imej KOLEJ IBU ZAIN, kalej kediaman kami hehehe


MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR, KOLEJ IBU ZAIN, UKM


ABDUL HADI GONAWAN / KETUA EKSEKUTIF


hadi nie memang leader yang paling best hehehe soft spoken & rileks. vee suka hadi sebab suka manjakan s/u dia yg sentiasa comel nie hahaha  vee ingat lagi masa vee stress pasal MATK, siap nanges2 lagi ngadu kat hadi. :p err..tapi x aci sebab selalu gunakan vee bila nak minta badget kat en. anuar.. x aci!!!

status: da tunang dah..hehehe boss bagi kitorang kawen dulu ek..



SOFIAH MOHD SOPAH / TIMBALAN KETUA EKSEKUTIF


macam yang vee bagitau pada entry sebelum nie, sofie nie umpama kakak pada vee. bila vee ada masalah lagi2 yang berkaitan dengan MEP & perasaan, sofie la tempat vee minta nasihat heheehe

anyway kitorang pernah gak gaduh besar, tapi semua tu lumrah kan, sofie.. rindu la nak lepak2 ngan ko kat bilik ko hehehehe dengar ko cerita emo2 bila putus cinta hahahaahaha

status: berkahwin dengan musuh ketat masa jadi MEP hahaha dah der 2 orang anak



VEE ELYANAS / SETIAUSAHA EKSEKUTIF


vee la, saper lagi.  vee jadi setiausaha yang sangat berdedikasi untuk hadi heehe x caya tanya la hadi. tapi manja sangat gak sebab suka nanges T_T vee selalu jer jadi bahan usikan  diorang semua nie sebab vee nie sensitif. tapi jadi favourite di kalangan orang2 atasan hahaahaha JOKE

program terbesar vee pernah handle ialah MATK, memang mendatangkan stress yang teramat sampai pointer jatuh  (but i still  a great student ~wink~). 


err..naper vee letak gambar yang serius ini..sebab nie jer gambar vee yang ada masa vee bertudung

~ermmm~

status: pengantin baru




LEE WAH MING / BENDAHARI EKSEKUTIF



nie boy yang paling hensem dalam MEP nie hehehe wah ming nie genius sangat2 sebab selalu dapat pointer yang tinggi.. macam hadi :)

wah ming nie suka senyum & hanya bersuara bila cakap bab duit $$$$$$ tapi bila gi minta budget, mukavee gak kena jumpa en. anuar.. wei... x aci la camnie

status: single weh..


NORIZA/ EKSEKUTIF PEMBANGUNAN INSAN



eja.. sorry..lupa nama penuh eja..my bad :(

eja , salah seorang kawan yang vee anggap kakak vee gak sebab paling suka manjakan vee hehehe paling ramai peminat di kalangan imam2 muda sebab sangat sopan santun & memiliki ciri2 isteri mithali. eja suka manjakan vee sebab vee nie serupa sangat dengan perangai orang yang eja pernah sayang.. besday orang tu pun sehari beza dengan vee :)

status: berkahwin & ada baby dah


SAFIAH KAMIL / EKSEKUTIF KEUSAHAWANAN



saff nie otak gila-gila tapi genius hehehe saf yang vee kenal dulu sangat sempoi & x kesah pun dengan penampilan. suka gak mengusik vee . sangat lantang menyuarakan pendapat bila kitorang meeting & vee suka makan ngan saff sebab dia wat vee jadi berselera hehehe

tapi skang nie, tengok kat FB saff, rasanya dah sweet sebab suka sangat snap pic dari angel atas.. setahu vee orang yang suka snap pic macam tu memang sweet :) tapi saff.. xnampak muka sebenar saff la..x best..:p

status: hot lady..single :)



MUHD AMIRUDDIN BAKI / EKSEKUTIF MULTIMEDIA



nie kawan bergaduh vee sepanjang jadi MEP.. cess :p xtau nak citer apa pasal ame nie sebab dia lah ketua yang membuli vee dalam MEP hahahaaha

status: dah kawen & ada anak 1..+ dalam perut pun ada



MOHD FAHMI / EKSEKUTIF KEBUDAYAAN



bayong nie memang best sebab dia best heheehe dengan bayong la vee rasa x dibuli sebab kitorang sama2 budak kebudayaan. bayong nie sempoi & emo!!! hahaaha

tapi siyes best dapat kenal bayong nie even bayong penah bagitau yang dia pangkah vee masa tahun 1 sebab sombong giler hahaha bayong, vee kan hot girl + mabeles masa tu, mesti la jual mahal (hahaaha ayat gedik giler)

status: dah jadi tunangan orang.. xleh kacau dah yer



SHARIZAL AZAM SHAH WONG / EKSEKUTIF PEMBANGUNAN KORPORAT



shah nie chinese look macam vee sebab kitorang memang ada darah cina dalam badan nie (so saper yang xder darah cina tapi mengaku cina.. eee x malu ekk ngaku chinese look hahaaha JOKE )

shah nie sangat2 la details orangnya.. pembersih, wangi (like me..hahaha), always smart & sedikit skema tapi hot ^_^  hehehe  genius & vee suka shah nie sebab ada jer gadget baru yang dia bawak.. layak masuk saringan dalam Malaysian Idols means suara shah nie sedap la dari bayong heheehehe oppsss!!!

vee kenal shah masa kitorang join ekspedisi Gunung Nuang yang menyeramkan..masa tu baru vee perasan betapa putihnya shah nie, nasib bukan taste vee ..ngeee... sebab vee xmo pasangan vee putih dari vee hahaaha

status: hot bachelor



LAKHMI RAJ / EKSEKUTIF KEBAJIKAN



k.amu memang best giler &boleh jadi geng sepanjang masa. kitorang jeles sebab masa k.amu kawen, hubby k.amu hensem giler & kitorang makan hati hahaaha nasib hubby vee hensem ^_^

vee ingat lagi, masa vee demam teruk, k.amu la yang bawak vee gi klinik..thanks k.amu..terharu. siyes rindu sangat2 dengan k.amu.. 

status: dah bagitau tadikan.. & dah ada anak sorang..hensem gak.. k.amu nanti suruh anak ngurat anak vee yer heheehe



CHEN LEE LEE / EKSEKUTIF AKADEMIK



 memang layak pun jawatan nie untuk k.chen sebab k.chen terer giler.. pendek kata semua ahli MEP batch nie genius giler heheehehe

k.chen nie macam k.amu , best + baik hati sangat2 sebab sayang vee lebih :) really miss both of u...

 status: dah berkahwin

SURESH TAN / EKSEKUTIF SUKAN



yeah..one of hensem boy in da house. sangat suka ketawa & ceria.

status :dah kawen dah


ARWINDRAN / EKSEKUTIF TEKNIKAL



nie lagi sorang boy yang paling sweet bila tersenyum,... suka puji vee .. i miss ur compliment la arwin heheheehe

status: dah kawen gak


korang..rindu nak jumpa korang semua... jom la wat reunion!!!!!!!!!




p/s: gambar bawah tu vee cilok kat FB korang tau, x suka bagitau vee yer..



Sunday, November 21, 2010

Dear my Frens ~UKM~

 kali nie turn my frens kat UKM pulak yer.. 

kiri:izan,dini,fiza,vee


Dear my Frens ~SMKSP~

 finally, today i'm free!!!! ya, sila tepuk tangan yer hehehehe

so, 1st entry untuk hari pertama vee abes pantang nie adalah mengenai sahabat2 vee yang memang vee rindui ~cough~ hehehe

bangun pagi jer vee dok terbayang wajah2 diorang nie, ELLY, MAI, YANA, BAITI, MURNI, SUE, WAHIDA, & ramai lagi. 

kawan2 masa kat UKM pun sama..DINIE, FIZA, IZAN, SOFIE, BAITI & ramai lagi.. weii.. rindu giler tau kat korang semua.. jom lah jumpa..

so, vee nak kongsikan kawan2 masa kat SMKSP dulu yer..

dari kiri: sue, mai, ayu, baiti, elly, vee, noraini, mai, wahida
bawah: ema, hanis, yana

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...