Assallammualaikum wbt
Rasanya ramai yang dah tau Vee consume 2 brand nie untuk antioksidan & flawless katernyer .
Sejujurnya bila Vee dah consume, Pearl White lebih memberi kesan berbanding Aura White. Betullll... Mr Hubby sendiri akui =)
Pearl White selain menjadikan kulit terutama wajah makin cerah & flawless, turut memberi keanjalan pada tubuh badan =)
Berbeza dengan Aura White yang Vee rasa kurang memberi kesan.. nak kata Vee x ikut pantang-larang pun x juga sebab memang Vee minum air 2-3liter sehari.
Elehh... nanti ada lah yang back up macam-macam.. Vee yang consume.. sukahati Vee lah nak cakap apa =p
Memang la Vee dari dalam perut lagi berkulit putih kuning.. so produk pemutihan bukan fokus utama Vee, Vee cuma berminat dengan antioksidan yang fokus kepada awet muda hehehehe lagi satu sebab nak bagi wajah nie nampak bermaya & segar..xmo lah putih tapi pucat & x bermaya.. kan..kannn..
Tapi.. rasanya lepas nie nak try ESP Shaklee plak. Beli dari biras Vee je sebab Sue ahli Shaklee. Tengoklah macam mana yer.. harapnya memberangsangkan.
Nak beralih ke ESP sebab ramai yang cakap glutathione nie x elok untuk jangka masa panjang sebab membunuh melanin-melanin di kulit yang mana melanin nie berfungsi melindungi kulit dari sinaran uv.. sebab tu kulit cepat jadi gelap, melanin nie lah puncanya.
Oklah.. cukup review paling simple daripada Vee. Malas nak cakap banyak-banyak, kang kontroversi macam krim collagen +vitamin E tue. Oh ya.. aritu Vee ada gi GM.. ada borong produk krim Vitamin E & Kolagen.. mak aiii.. yang nie ker produk yang laku sangat tapi menyesal sebab ada merkuri tue?
Vee bukan nak cakap apa tapi kalau produk-produk yang orang leh jual borong & lambak-lambak macam kat GM tue memang Vee langsung x percaya.. sorry la nak tepek kat muka. Acaner korang leh terjebak nie?
Dulu time sekolah, popular produk Baby Face yang kononnya memutihkan wajah (ternyata ramai wanita obses dengan keputihan huhu) .. ramai gak la kawan-kawan Vee yang beli.. Vee pernah gak nak beli tapi disebabkan sikap Abah yang xkan melayan kehendak x berfaedah anak dara nya di samping Mak yang berkata "kan dah putih.. nak putih mana lagi? Kulit pun cantik.. x payah!!" . Terus padam angan-angan.
Tapi.. effect pada kawan-kawan yang ambik produk tue memang agak sama dengan effect krim vitamin E & Kolagen tue huhu mengelupas & lepas tue memang la kulit jadi cerah / licin.. tapi jadi kemerahan & pedih bila kena panas.. x sanggupppp.
fuhhh.. memang x boleh nak salahkan sikap wanita yang secara semulajadinya memang cintakan kecantikan ^_^ Kecantikan & Wanita, Berpisah Tiada.
p/s : terima kasih kepada yang sudi mendoakan Vee untuk entry yang lepas tue ^_^.. bagi yang tertanya-tanya .. Vee mulai sekarang akan sedaya upaya istiqamah nak pakai tudung saiz L , insyaAllah .



