Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Monday, July 9, 2012

Biskut Coklat Chip Badam

assallammualaikum wbt

sebab minat .. maka terhasillah.. Biskut Coklat Chip Badam  :D


sambil tengok tv.. minum kopi... yummehh :)))


lagi best bila hari lebaran diserikan dengan biskut yang sedap =))



Friday, July 6, 2012

Pelangi di sebalik awan



kerana cinta..


ku lakukan dengan kasih sayang


penuh warna-warni


cukup rasa manis nya


Monday, March 19, 2012

Brownies Chocolate Cheese Cake ^_^


Bahan Kek

  1. 200 gm gula kastor
  2. 130 gm tepung gandum (A)
  3. 50 gm serbuk koko (A)
  4. 1/2 sudu teh serbuk penaik (A)
  5. 170gm minyak masak
  6. 120gm coklat masakan
  7. 50gm susu krimer manis
  8. 10gm ovalette
  9. 5 biji telur gred A
  10. 1/2 sudu teh emulco coklat
  11. 1/2 sudu teh esen vanila
bahan A diayak 

Bahan Kek Keju
  1. 500gm krim keju
  2. 130gm gula kastor
  3. 4 biji telur gred A
Cara membuat
  1. Sediakan pengukus dan isikan air 1/4 penuh. Jerangkan hingga didih. 
  2. Masak coklat masakan secara double boiler. bila cair, masukkan minyakl masakan & gaul sebati. sejukkan
  3. satukan gula kastor, telur & ovallette dalam mangkuk adunan. pukul dgn kelajuan tinggi hingga kembang & gebu selama 10 minit
  4. masukkan bahan A sedikit demi sedikit sambil dikacau  berselang-seli dengan coklat masakan
  5. masukkan krimer manis, emulco coklat & esen vanilla. gaul sebati
  6. masukkan dalam acuan. kukus selama 20 minit
  7. kek keju: pukul krim keju dengan gula kastor hingga kembang. masukkan telur & pukul sebati
  8. tuang adunan atas kek coklat. tutup adunan dengan aluminium foil. kukus 30minit & gunakan api besar
  9. sejukkan dalam suhu bilik sebelum masukkan dalam peti ais selama 4 jam



p/s: jenuh nak taip balik sebab hilang tetiba huhuhu

anyway vee semalam hanya buat setengah jer setiap bahan-bahan tue, tue yang kek vee kecik comel jer hehehe selamat mencuba ^_^

Friday, March 2, 2012

Pavlova oh Pavlova

sebenarnya dah lama sangat vee teringin nak merasa makan kek Pavlova sebab rupanya yang sangat menggoda  & ramai yang memuji-muji kesedapan rasa Pavlova nie ~~aishhh~~

so, akhirnya vee mencari satu-persatu resepi Pavlova & memberanikan diri untuk menbuatnya sendiri sebab cari kat kedai kek, x jumpa-jumpa =( 

punyalah mudah resepinya, macam x sangka pun ye sebab bahan-bahannya x seremeh resepi kek yang lain hehehee lagi-lagi vee nie peminat strawberry yang tegar .. lagilah excited. ^_^ ( Ya Allah.. mudahkan aku untuk turun berat badan...)

in progress

lepas maghrib jer.. vee terus mulakan projek DIY Pavlova nie. nasib baik sang puteri Elaine Medina dah tidur.. senang sikit nak buat kerja =)

resepi vee google jer, 



setelah satu jam dibakar, vee biarkan sejuk 15 minit.. then saat yang ditunggu-tunggu iaitu makan!!!! rasa kek nie memang sedap sangat & menyelerakan. percaya x yang vee & Mr Hubby abeskan kek nie dalam masa 1/2 jam jer hehehe sebab tekstur kek nie sangat halus & lembut.. oh ya.. sukatan gula vee kurangkan so x manis sangat ^_^ 


kitorang decorate dengan whiping cream yang dalam tin tue jer.. senang kerja even mahal sket whiping cream tu T_T tapi memang sedap dimakan dengan strawberry yang masam-masam  ~~yummy~~

bahagian nie paling best sebab rasa kenyal-kenyal ^_^  x sabar nak buat lagi =D sebab sangat mudah & sedap


Apam Polka Dot saya =)


ok, tadi ada sorang blogger tanya vee camner nak jadikan apam lebih gebu? =) mudah jer (cess.. bajet terer =p) kurangkan tepung & lebihkan susu segar =) confirm gebu hehehe


pic atas tu proses apam sebelum dikukus yer puan-puan. resepi? vee google ajer.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...