Showing posts with label pengalaman bersalin. Show all posts
Showing posts with label pengalaman bersalin. Show all posts

Friday, January 10, 2014

Doa-doa memudahkan bersalin

assallammualaikum wbt

hari tu Vee dah janji nak share doa-doa yang Vee amalkan masa nak bersalin. Mudah-mudahan dengan perkongsian ini dapat membantu semua ibu-ibu yang bakal bersalin & akan bersalin lagi =) insyaAllah dengan izinNya .



Doa nie Vee baca setiap kali contraction.. alhamdulillah bila Vee amalkan doa nie, Vee rasa x sakit macam Vee bersalinkan Elaine dulu. Betullll..... Vee rasa sakit macam nak datang bulan jer. Masa Elaine dulu, sakit teramat sangat .. rasa nak tercabut nyawa masa tue.

 Vee memang trauma dengan sakit bersalin disebabkan induce masa bersalinkan Elaine. So masa Vee kena tahan wad kat Hospital Kajang, malam tue Vee gigih menggoogle doa yang Vee harap membantu memberi kekuatan dalam diri Vee (baru nak cari kannn). Alhamdulillah Vee terjumpa doa kat bawah nie iaitu doa yang membantu membuka bukaan tulang punggung.



يَخْرُجُ مِنْ بَيْنِ الصُّلْبِ وَالتَّرَائِبِ
 "yang keluar dari tulang sulbi lelaki dan tulang dada perempuan"

selepas baca, niatkan dalam hati "Ya Allah, luaskanlah bukaan tulang punggungku seperti luasnya bukaan timur & barat dan keluarkanlah anakku dengan mudah, cepat dan selamat".


oklah.. nie jer doa yang Vee amalkan masa nak bersalin. Tapi ingat!!! solat & doa banyak-banyak pada Allah swt tue penting sebab semuanya datang dengan izinNya. Dan juga.. Vee baca surah Mariam untuk memudahkan bersalin =)

Sunday, December 8, 2013

Baby kuning.. ada caranya

Assallammualaikum wbt

Biasanya baby yang baru lahir akan ada kuning.samada lahir-lahir jer terus ada atau dua tiga hari lahir baru kuning ada. Dan selalunya ibu yang berdarah O+ lebih tinggi risiko baby untuk dapat kuning.

Alhamdulillah ... walaupun Vee berdarah O+ , Vee bersyukur sangat sebab both Elaine & Elena x tinggi kuning nya . Vee percaya cara pemakanan tue yang membantu untuk melindungi kesihatan anak-anak.

Kali nie..Elena ada juga kuning macam kakaknya . 1stime cek bacaan ialah 12.9, esoknya naik 14.8.. masa nie risau sebab kalau bacaan sampai 17 dah kena tahan hospital.

Then alhamdulillah turun banyak 9.7 & last bacaan 7.7. Leganyaaaaa.. alhamdulillah. 4 kali jer ambil darah.. x suka tau bila bab-bab ambil darah nie.. sian Elena.

Petua dari Vee untuk turunkan kuning sekaligus buang kuning nie ialah

1= Setiap pagi Vee akan minum 3 sudu madu + 3 biji kurma dgn niat untuk memberi khasiat dalam susu badan & membuang penyakit berbahaya.

2= Makan sengkuang cina mentah-mentah. Vee yang makan sebab nanti jadi susu badan =)

3= Minum susu kambing Hi-Goat sebelum tidur.. Vee yang minum tau, bukan Elena. Vee xmo.Elena minum selain susu badan.

4= setiap pagi,  usap kening baby 7 kali sambil selawat / zikir. Untuk elakkan kuning naik sampai ke otak.

5= wajib menyusukan baby dengan kerap sebab susu ibu paling mujarab membantu membuang kuning. Kejut & paksa baby menyusu setiap satu jam..

Ada jer yang kat fb tue suruh menyusu badan semata-mata.. tapi kena ingat kalau makan pun x jaga, susu x berkhasiat.. lambat la sikit progress nya. Usaha kena ada.. nak bagi anak, bagi yang Terbaik.. bukan sekadar bagi seadanya.

##sekadar perkongsian dari pengalaman sendiri. Nak ikut atau x.. terserah =)  lain orang, lain didikan, lain pemikiran ^_^

Sunday, December 1, 2013

Ok ke Hospital Kajang?

Assallammualaikum wbt ^_^

Ramai yang tanya Vee "Vee.. ok ker bersalin kat Hospital Kajang?"  Alamak.. susah nak jawab soalan nie sebenarnya.


Sebelum Vee jawab soalan tue.. meh Vee bagitau kenapa tiba-tiba Vee boleh bersalin di Hospital Kajang.

17/11/13 Ahad.. 

Vee & Mr Hubby pagi-pagi lagi dah gerak ke Hospital Serdang untuk "serah diri" sebab Vee kan ada GDM (bersalin before / on due) Tapi.. wad & LR penuh. Doktor cadangkan untuk ke Hospital Kajang @ Hospital Ampang sebab situ jer yang masih ada kekosongan.

Mula-mula Vee & Mr Hubby x setuju , so kitorang call Hospital Putrajaya.. tapi sama jer jawapan.. wad penuh.

So bila dah berbincang.. terfikir dari Vee kena tunggu lama untuk bersalin, baik pergi jer Hospital Kajang.. cepat bersalin & x perlu tinggalkan Elaine lama-lama.

keadaan dr luar. pic kredit to sini

Vee ke Hospital Kajang naik ambulans lagi hehehe laju seh tapi sesiapa yang memang dah terbuka 4cm ke atas.. confirm sampai kat H.Kajang dah tebersalin.. laju & goyang bukan main dalam ambulans tue. Tapi memang 2 orang yang dah buka 4cm aritu.. terus bersalin bila sampai H.Kajang hahahaha

Masa sampai kat H.Kajang.. Vee memang rasa nak nangis melihat keadaan hospital tue.. memang old fashion tau uwaaaaa!!!

Masa nie Vee ngadu / sms Mr Hubby tentang apa yang Vee rasa lebih-lebih lagi bila dapat tau suami xleh masuk masa bersalin.. memang nak teriak jer rasa. Tapi kata-kata Mr Hubby buat Vee terus redha iaitu "xpelah Sayang.. mana tau Sayang lagi senang bersalin kat sini" .

Memang keadaan wad x seselesa kat Hospital Serdang.. katil rapat-rapat, xder langsir untuk asingkan antara katil , tandas pun agak jauh sedikit, surau kecik.. tapi apa yang Vee suka, pelawat masih boleh datang selepas waktu melawat. Tapi pesakit la yang kena keluar.. xpe, janji x jauh & dapat abeskan masa dengan Elaine lama sket ^_^

Itu jer yang Vee leh jawab.. mungkin x seselesa hospital-hospital baru, tapi untuk pengalaman bersalin.. memang meninggalkan kenangan manis buat Vee ^_^

Thursday, November 28, 2013

Cahaya Kesayangan ~Elena Melissa~ & Pengalaman Bersalin

assallammualaikum wbt :)

18 November 2013 / Isnin  / 15 Muharram 1435

Subhanallah..Alhamdulillah.. Lailahaillallah.. Allahuakbar..

Vee selamat melahirkan Puteri Kedua ~~Elena Melissa~~ dengan selamat :) Bersalin secara normal di Hospital Kajang.  Elena lahir jam 1.45pm dengan berat 3.05kg. Tali pusat tanggal pada hari ke-4 :)



4.30 am :
  •  Nurse kejut untuk buat CTG & alhamdulillah x ambil masa yang lama sebab heartbeat Baby sangat cantik. 20 minit dah siap CTG. Sempat tanya nurse samada ada contraction, nurse jawab ada tapi sangat mild. 
  • terus mandi sebab kalau dah sakit lepas diinduce, takut x sempat mandi. masa nak ke katil.. perasan yang kakak depan katil tengah bersiap-siap ke LR ..rupa-rupanya nurse tolong cek bukaan dah 5cm.. rasa teruja sangat tapi dalam masa yang sama Vee yang sedih sebab masih x rasa apa-apa
  • buat exercise sementara nak solat. jalan keliling wad & buat exercise mencangkung di katil sendiri sampai sakit kaki huhuhu MIL cakap untuk bantu buka bukaan
  • buat solat hajat, baca yassin & solat subuh. masa nie Vee doa sangat-sangat semoga Vee dapat bersalin haritu jugak. & walaupun Vee akan diinduce, Vee mohon Allah swt bagi peluang untuk Vee merasa sakit bersalin secara normal (bukan sakit mendadak macam Elaine dulu)
6.30 am :
  • alhamdulillah , terpilih untuk diinduce (kat Hospital Kajang nie... sehari hanya 5 orang jer boleh diinduce).. jadi orang pertama lagi. xtau la kenapa kandungan kali nie, bila cek bukaan.. Vee xrasa sakit.. rileks jer hehehehe maybe sebab Vee x putus-putus baca doa Nabi Yunus tue rasanya.
  • baring sejam di katil.. rasa lega sebab x rasa sakit .. cuma lepas sejam tue rasa pinggang & punggung tu sakit macam datang bulan jer.. kena panggil buat CTG lagi .. alhamdulillah heartbeat Baby maintain cantik cuma masa tengah CTG tue.. dah mula sengal-sengal di bahagian punggung & pinggang.
  • lepas siap CTG.. Vee tanya doktor samada Vee ada contraction atau x.. "eh.. contraction awak kuat nie.. selang 10 minit. awak x rasa sakit ke?" mungkin sebab muka Vee rileks jer & leh senyum lagi "sakit tapi boleh tahan lagi " masa nie happy sebab dah ada contraction hehehehe ye lah.. contraction bermaksud Baby nak keluar lah kan :)
yg atas tue Heartbeat Baby, bawah tue contraction Vee.. kuat kan


8.30 am :

  • Waktu sarapan, ahhhh ... mentang-mentang ada GDM, bagi susu dengan roti serat uwaaaa x suka!! masa nie kakak depan katil & Sabrina duk join makan sekali kat katil Vee sambil sama-sama kira contraction hahahha best woo ada geng nie.  
  • then nurse datang untuk cek contraction.. ehhh.. boleh pulak dia cakap Vee belum ada contraction nak bersalin sebab katanya kalau contraction, perut bahagian atas yang mengeras. bengang gak tapi xper.. badan Vee, Vee yakin apa yang Vee rasa masa tue memang contraction.. takkan sakit suka-suka hati pulak kan?
10.00 am:

  • Terbangun dari tidur (wahh.. sempat tidur lagi :D) sebab rasa contraction yang kuat. Vee pun baca doa Nabi Yunus & sambil tue baca surah-surah lazim untuk lekakan Vee dari melayan kesakitan yang masih lagi Vee boleh tahan.. cuma lebih terasa sebab gap contraction makin pendek... rasanya gap 5 minit kut..
  • Nurse datang lagi untuk kira contraction.. tapi Vee buat xtau jer bila dia bagitau perut Vee x mengeras pun =_="
12.00 tghri

  • Contraction makin kerap... aduhaiiii.. terus Vee dah rasa x senang duduk.. sakit masa nie memanglah boleh tahan lagi tapi kekerapan tue yang buatkan x selesa. so Vee pun monitor guna apps yang Vee download kat hp. haaa? gap 2 minit dah ker? patutlah x senang duduk.. masa nie Vee berdoa supaya bukaan Vee pun dah banyak & ntah kenapa ntah, terlintas perasaan yang Vee rasa yang Vee akan bersalin tengahari nie :)
  • makanan tengahari sampai tapi Mr Hubby x masuk-masuk lagi (waktu melawat 12.30 tghr). Vee x selera langsung nak makan , just makan 3 biji kurma dengan harapan ada tenaga untuk meneran . then nurse panggil Vee untuk cek bukaan.. wahhhh berdebar rasanya sebab Vee xnak dimasukkan ubat kali kedua kalau bukaan Vee x banyak.. x sanggup nak rasa sakit macam bersalinkan Elaine...
  • masa cek bukaan, dah buka 2cm tapi doktor decide nak induce lagi. whatt?? terus Vee mengiring & cakap "Doktor nak masukkan ubat lagi ker? please Doktor.. saya xnak, saya xtahan sakit nie.. lagipun contraction saya kuat" .
  •  Masa tue kebetulan Doktor tu dibantu dengan sorang lagi Doktor perempuan yang tengah peknen 9 bulan.. terus rasa perut Vee "tapi perut awak x mengeras.. keras lagi perut saya. bukan sakit bersalin tu.." . geramnya Vee dengan Doktor perempuan tu.. terus Vee pandang muka Doktor yang cek bukaan tue "please Doktor.. saya xnak masuk ubat.. saya memang sakit nie.. tadi saya kira dah sakit 2 minit." 
  • alhamdulillah Doktor tue lebih memahami "xpe Puan, saya x masukkan ubat. baring betul-betul & saya nak rasa contraction Puan". Vee pun baring telentang balik & Doktor terus pegang perut Vee.."eh..contraction dia memang kuat la, xper..saya tolong Puan buka sampai 3cm & lepas nie saya akan masukkan nama Puan ke LR" ..lega sangat masa nie & masa Doktor tolong bukakan 3cm, aduyaiiiii memang senak lagi-lagi contraction datang masa tu.
1.00 pm

  • Lepas cek bukaan, terus jalan laju-laju ke wad tapi terhenti kejap depan pintu wad sebab tetiba rasa contraction yang lagi kuat dari sebelum nie.. aduhhhh.. nasib sempat pegang dinding..
  • Mr Hubby x masuk lagi sebab nak belikan Elaine makanan. disebabkan waktu melawat.. so adalah suami orang lain yang menunggu kat situ sebab wife dia dah masuk LR. oh ya.. kat Hospital Kajang, suami xleh teman masa kat LR huhuhuhu
  • Mr Hubby sampai jer, terus Vee peluk Mr Hubby & mengadu sakit. sempat bagitau bukaan Vee dah 3cm & masa tu tarik Mr Hubby teman gi toilet. tapi bila kat toilet, xrasa nak membuang pun huhuhu terus jalan laju-laju ke katil.
  • sampai jer kat katil, tray makanan dah kena ambik.. Vee x kesah & Vee bagitau orang tu yang Vee nak ke LR jap lagi , leh plak Mr Hubby tanya "suka hati Sayang jer kata nak ke LR..kan baru 3cm" alaaa... malas nak explain masa nie sebab sakit
  • Vee terus baring & berselimut. minta Mr Hubby gosok belakang & sakit masa nie makin panjangggg & kuat huhuhu serius Vee rasa nak bersalin. tapi Vee pun xtau mana datangnya kekuatan pada diri Vee masa tu.. Vee langsung x berbunyi "aduh..aduh" atau menangis. mungkin sebab Vee masa tu fokus baca doa Nabi Yunus . 
  • oh ya.. Vee baring tue bukan  baring sesaje. Vee baring mengiring dengan kaki kiri lurus & kaki kanan dinaikkan. bila contraction datang, Vee tarik punggung kanan Vee. nak tau kenapa? sebab itu cara untuk membantu membuka jalan untuk Baby keluar tanpa koyakan :) 
  • x lama kemudian Mama (MIL) datang & terus usap pinggang Vee.. ahhhhhhh makin panjang sakit Vee masa nie. tapi Vee cuma tahankan ajer . Then adik Vee call Mr Hubby bagitau yang Siti dah bersalin (masa tu jam 1.20pm). Mr Hubby terus keluar kejap sebab nak tengok Elaine. Mama ganti tempat Mr Hubby gosok belakang Vee tapi Vee masa tue tiba-tiba sakit yang teeerrrrlllaaaammmmppppaaauuu pppaaaannnjjjaaannnggg yang lain macam.
  • Vee masa nie minta mama panggilkan nurse suruh bagitau yang Vee nak buang air besar. Mama pergi jer, Vee berkalih ke sebelah kanan.. Allah... Allah.. masa nie sakit nak membuang tue kuat sangat. Vee memang rasa macam ada seketul besar sedang menolak-nolak punggung Vee. Masa nie Vee yakin yang Vee dah nak bersalin.
  • Mama datang dengan muka agak bengang bagitau nurse suruh bangun sendiri gi tandas untuk poo-poo.. ahhh.. geram betul. Mama nampak Vee mengiring terus minta Vee baring betul-betul sebab takut jatuh.
  • Vee pun telentang & masa tue Vee betul-betul rasa kepala Baby menolak nak keluar tanpa Vee teran. sekali Vee rasa kat bawah, "subhanallah... memang kepala Baby dah kat pintu". Vee masa nie bagitau mama, "Ma..Vee rasa kepala Baby dah nak keluar" Mama pun panggil Nurse lagi ,diorang datang & kelam-kabut sibuk nak suruh Vee tahan nafas. memang x la :p
  • Vee masa tue ambik nafas panjang dan pegang kat bawah..& plop ..kepala Baby dah keluar.. then beberapa saat kemudian badan Baby pun meluncur keluar & terdengarlah tangisan ahli Syurga menggemakan satu wad tue ~alhamdulillah~
1.45 pm :

  • Masa tue, semua orang kelam-kabut sebab dengar suara Baby. Doktor apa lagi, menjerit minta glove la, apa la.. then cepat-cepat selak selimut Vee & sambut Baby yang dah terbaring atas katil. Nurse berpusu-pusu bawa katil troli & tutup kawasan tue dengan penghadang. terjerit-jerit minta semua pelawat keluar dari situ. Vee masa tue leh tersenyum jer sebab: 
  • 1st : Vee rasa  "Ya Allah.. senangnya bersalin kali nie.." 
  • 2nd : sebab nak padankan muka nurse yang x caya Vee nak bersalin :p kan dah kelam-kabut.
  • Baby terus diletakkan atas badan Vee & masa tue Doktor tunjuk jantina Baby & tanya Vee.. "Puan dapat anak apa ye?" Vee senyum jawab "perempuan"
  • then uri dipotong & Baby dibawa terus ke LR. 
  • Vee diminta untuk ke katil lagi satu & baru Vee perasan banyak gila darah kat atas katil tadi.. hehehehe kan x pasal-pasal korang kena cuci. Tapi masa nie Vee rasa macam ada contraction lagi sebab uri belum keluar.
  • sampai jer kat LR, sebab xder bilik kosong.. Vee diuruskan di atas katil tu jer (sedih sungguh tapi Vee redha jer sebab faham keadaan Hospital tue macam mana). Nurse cucuk injection kat pangkal paha untuk keluarkan uri.. terus uri tue keluar & darah terpercik kena kat Doktor Perempuan yang peknen 9 bulan tue :p
  • Doktor yang uruskan Vee ialah doktor yang cek bukaan Vee. so lepas keluarkan darah-darah dalam perut.. Vee pun x perasan bila Doktor start menjahit.
  • vee tanya Doktor tue samada koyak banyak ke sebab Vee kan x dipotong.. Alhamdulillah lega rasa sebab Doktor bagitau x banyak koyak pun.. Jahit pun sikit sangat. Tapi masih terasa gak bila kena jahit.. Sakit wooo even dah dibius =_="
  • Then, sementara diorang sibuk nak membersihkan badan Vee yang penuh dengan darah & tukarkan baju Vee.. Vee tanya mana Baby Vee sebab nak susukan dia.
  • Diorang pun bagi Baby & terus Vee cium-cium hehehehe bahagia sebab senangnya nak bersalinkan Baby nie. Sekali Doktor bagitau "Puan Elvy, untung yer awak mudah bersalin.. Baby awak berat 3.05kg tapi jahitan awak sikit sangat. Biasanya kalau Baby besar, lambat nak keluar &  jahitan pun banyak" . Vee senyum jer
  •  Then ada sorang nurse nie buatkan Vee air milo.. Wahhh sedapnya! Eleh... Nak cover sebab biarkan Vee bersalin atas katil wad la tue hahaha.. 
3.00 pm :


  • Vee & Baby ready ke wad yang khas untuk ibu-ibu yang dah bersalin. Sampai jer kat situ.. Diorang panggilkan Mr Hubby untuk azan &  iqamatkan Baby :) sementara menunggu tue, Nurse-nurse kat situ sempat minta maaf & bagitau "adik kan baru cek bukaan 3cm.. Tue yang kami terkejut bila diorang kata adik nak bersalin. Susah la nak jumpa orang yang baru buka 3cm terus bersalin macam adik". 
  • Vee pun sebenarnya x sangka gak yang Vee akan merasai  pengalaman bersalin yang sangat mudah & cepat.. Yelah, x sampai sejam dah bersalin kan :) alhamdulillah Allah swt mendengar doa Vee ^_^

oklah cukup setakat nie dulu :) ada masa.. Vee cerita lagi pengalaman lain & kongsi doa-doa yang Vee amalkan ^_^






Monday, May 7, 2012

Sakit Bersalin ....

ramai yang tanya vee macammana rasanya sakit masa bersalin tue.. hurmmmmmmm... kalau dikenang-kenang, sakitnya adalah kesakitan yang x mampu digambarkan.. sakit yang amat sangat tapi dicampur dengan perasaan bahagia sebab baby yang dinanti bakal bertentang mata dengan kita ^_^ dalam masa yang sama berdebar untuk melalui saat-saat melahirkan....tue belum lagi sakit masa jahitan.. alahaaaiiiii  hehehehe

seingat vee (walaupun Elaine dah pun 5 bulan lebih) vee mula rasa sakit nak bersalin masa vee dapat induce kali pertama, sebelum induce... xdela rasa sakit nak bersalin lagi.. rasanya kalau vee x kena induce.. lambat lagilah Elaine nak keluar hehehe selesa sangat dalam perut Ummi dia nie.

induce kali pertama.. vee rasa sakit masa vee baring sebab lepas induce kena baring & x bergerak atleast sejam. sakit macam perut vee kena tarik-tarik.. tapi vee leh tahan lagi. cuma x selera makan sangat lah masa nie. tapi kekuatan masih ada untuk ajak Mr Hubby taman vee berjalan-jalan sekeliling wad untuk memudahkan bukaan jalan untuk baby keluar. masa nie dalam hati vee terlintas jugak.."macam nie ker rasa sakit bersalin.. xderlah sakit sangat .. " pergh.. bunyi macam berlagak la plak kan masa nie.. T_T kepada teman-teman yang bakal melalui nya , sila jangan macam nie.. sebab nanti makan kata-kata sendiri T_T

then nak dekat maghrib.. sakit vee berkurangan.. dan malam tu vee leh layan citer Cinta Elisa lagi. masa nie vee macam rasa sedih sket sebab vee x sabar nak bersalin tapi baby masih x nak keluar lagi. cuma masa vee nak solat isyak, ketulan darah merah keluar agak besar & mengejutkan diri vee gak. bila tanya nurse, diorang bagitau tu tanda nak dekat bersalin. tapi vee x bagitau yang vee dah x rasa any contraction.. serius x sakit dah masa tue.

lebih kurang jam 5 pagi, vee dikejutkan untuk periksa bukaan. oh ya, vee sebenarnya x gemar sangat time kena seluk nie sebab rasa senak & sangat x selesa. lagi-lagi bila Doc tolong bukakan jalan.. rasa senak amat sangat =( masa check bukaan, dah buka 3cm.. tapi Doc bagi tau pintu rahim vee dah lembut.. (agak frust jugak masa nie sebab bukaan hanya 3cm.. sebab kalau dah bukak atleast 4cm baru bilik bersalin terima T_T). time solat .. vee doa sangat-sangat yang vee akan bersalin hari tu jugak sebab vee terlalu ingin nak jumpa baby vee)

bila sampai kat katil.. hati jadi sayu sebab semua katil kat situ (ada 6 katil) dah ada baby masing-masing kecuali vee.. terus vee usap perut & pujuk baby "baby.. baby keluar la jumpa Ummi.. Ummi rindu nak main dengan baby macam diorang tue..)

Doc datang round setiap wad jam 9 pagi. so bila kena time vee, Doc terus tanya vee "bukan awak dah kena induce ke semalam..kenapa muka awak macam muka x kena masuk ubat pun, rileks jer?" haaa.. Doc boleh cakap macam tue sebab memang vee boleh bergerak sangat aktif & leh gelak-gelak lagi. " dah, awak baring. saya nak masukkan ubat kali kedua.. ingat yer.. kalau 3 kali masuk ubat awak x bersalin, kita operate " huhuhuuuu xmoooo operate. sayang kat perut huuhuuu

masuk jer ubat, Doc tolong bukakan jalan sekali. senak!!!! then Doc bagitau yang kepala baby masih lagi tinggi (see.. baby memang selesa dalam perut vee). lepas jer masuk ubat, kena buat CTG. actually vee x suka CTG nie sebab kena buat selama satu jam. susah sebab kena tahan nak buang air kecil.. =(

tapi CTG mas nie memang membuatkan airmata vee mengalir sekali sebab contraction kali nie tersangat sakit!!! sakit macam perut ditarik-tarik & punggung rasa nak patah. baru lah vee rasa sakit yang sebenar.. masa nie vee istighfar banyak-banyak sebab dah terlepas cakap semalam T_T

Mr Hubby & Mak sampai pun vee xleh nak senyum ke apa. vee baring sambil menangis sebab sakit sangat. masa kena panggil untuk check bukaan, vee minta Mr Hubby temankan. itupun rasa macam nak pengsan jer rasanya sebab vee jalan sikit jer, contraction menyerang. vee masa tue dah x segan dah nak nangis depan orang.. (vee xderlah meraung ker apa.. cuma airmata jer yang mengalir xhenti-henti sebab x tahan sakit) bukaan masih lagi 3cm.. vee dah tak tau nak cakap apa .. redha jer masa nie yang baby x bersedia nak keluar..

petang tue.. vee hanya mampu untuk baring jer walaupun Doc advise banyakkan berjalan ( mana boleh.. selangkah vee gerak jer.. vee dah menggigil-gigil genggam katil menahan sakit) mama & mak nangis tengok keadaan vee tapi vee terus minta ampun pada mama & mak terutamanya sebab vee tau banyak dosa vee pada mak huhuhu.. masa nie vee sangat-sangat sedar betapa besarnya pengorbanan seorang ibu harus tanggung.

kalau orang lain, masa sakit boleh lagi berjalan & makan.. vee memang x boleh langsung. dari petang sampai tengah malam vee baring jer sebab sakit sangat. vee paksa gak untuk tidur walaupun memang xleh tidur setiap kali sakit menyerang. hurmm bila contraction menyerang.. kita akan rasa perut mengeras sangat & baby akan berusaha menolak kepala dia & bahagian bawah rasa sakit & kebas. pinggang rasa nak patah & tulang punggung rasa nak terbuka. itu yang vee rasa. ker sebab lagi satu, punggung vee nie kecik.. tu yang rasa sakit lagi kut huuuu

masa berada di bilik bersalin.. masa nie dah mula bermain perasaan; happy sebab baby nak keluar, takut sebab xtau samada boleh bersalin normal or x boleh, risau sebab xtahan sakit,takut nak kena jahit, sedih sebab xtau apa akan jadi pada vee or baby huhuhuhuhuh...macam-macam perasaan lah masa nie.

air ketuban vee dipecahkan.. serius lepas air ketuban pecah.. contraction pain memang lagi menyakitkan. rasanya kalau tanya Mr Hubby yang melihat keadaan vee masa tue.. mau dia cakap vee macam cacing kepanasan.. terus menangis x tahan sakit. Doc baru jer keluar vee dah minta Doc masuk balik.  rupa-rupanya lagi sakit sebab bukaan dari 4cm terus buka jadi 8cm. masa nie memang perasaan meneran dah rasa sangat-sangat.

masa meneran.. dah x sakit sangat.. rasa macam kita nak poo-poo jer.. perut memulas. serius x sakit. tapiii!!!! tenaga yang besar amat diperlukan. so kepada teman-teman yang nak bersalin, sila makan kenyang-kenyang sebab kalau xder tenaga.. nanti masa meneran dah x larat. vee hampir putus asa untuk meneran sebab vee rasa kudrat vee habis langsung (sebab vee hanya makan sebiji kurma jer.,.. huhuhu) tapi atas dorongan Mr Hubby & Doc & nurse masa tue, vee kuatkan semangat sebab diorang bagitau kepala baby dah keluar.

masa kepala dah keluar, Doc minta izin untuk potong... masa potong tue x rasa sakit dah walaupun terasa gunting tue =p jangan risau yer sebab sakit masa meneran & kena potong x setanding sakit contraction hehehe paling best bila baby dah keluar seluruhnya.. memang x rasa sakit masa nie.. bila Doc letak jer Elaine atas perut vee.. memang rasa macam nak sujud syukur time tue. rasa segala kesakitan hilang macam tue jer.

Elaine fresh from my tummy =)


ok.. part kena jahit. masa nie, rasa kebas memang masih terasa lagi.. so bila Doc jahit bahagian dalam.. vee x rasa apa-apa  cuma terasa benang yang di tarik. tapi bila jahit bahagian luar tue. ada nurse yang tolong.. agak kasar & vee rasa sakit & nak tendang  jer nurse tue!!! terus vee minta nurse tue bius vee. geram betul!!! vee minta Doc tue yang jahitkan sebab nurse tue kasar sket.. Doc tue jahit dengan slow & x rasa sakit.. lega vee masa nie sebab x rasa sakit.

tapi bila nak pindah dari katil bersalin ke katil lain.. agak mencabar sebab takut nak bergerak sangat.. sebab baru jahit kan.. kang koyak, saper nak tanggung.. vee jugakkk.

ok.. itu jer pengalaman sakit masa bersalin yer.. setipa orang akan mengalaminya berbeza-beza.. ada yang sakit sekejap, ada yang sakit lamaaaaa macam vee tapi bila bersalin, kejap jer.. yang penting banyakkan berdoa & minta keredhaan suami.. sangat penting!!!

sakit memang sakit tapi sakit tue menghapuskan dosa kan =) banyak pahala kita dapat sebagai seorang ibu nie kan..kann.. lagi satu, walaupun sakit.. rasa nak ada baby lagi hehehe sebab bahagia sangat tengok baby nie, zuriat kita sendiri =)





Thursday, December 1, 2011

Part 4 : Anugerah Terindah


Elaine Medina yang berusia 7 hari ^_^

24.11.2011 = KHAMIS

kesakitan yang vee alami masih terasa namun vee terus bertahan & xputus-putus berdoa supaya vee dapat bersalin dengan segera. datang seorang nurse indian yang mesra menyapa vee "i betul-betul kesian tengok you, you before nie ceria , jadi macam nie. i doakan esok i datang, sebelah you dah ada baby yer"

lebih kurang dalam jam 1.30am..nurse datang buat CTG & vee terus minta untuk mengiring sebab vee x mampu menahan sakit dengan baring menelentang. masa buat CTG tue.. vee tiba-tiba rasa macam ada air keluar mengalir di bahagian bawah & vee cepat-cepat tekan butang merah atas kepala. nurse datang & periksa bahagian bawah vee terus panggil Doc.

Doc yang datang kali nie lelaki, aduhai segannya tapi redha. Doc tue cakap "tunggu awak abeskan CTG then saya akan tengok bukaan awak k" tehn bila selesai CTG, Doc datang & vee berdoa sangat-sangat atleast bukaan vee dah buka 4cm. sebab kalau da buka 4cm, baru leh hantar ke labor room

disebabkan Doc lelaki yang check kali nie, sakit lebih terasa & alhamdulillah memang bukaan vee dah 4cm. diorang laporkan ke labor room & vee diterima masuk. nurse minta vee buang air terlebih dahulu dengan memasukkan ubat paksa buang air. then, nurse minta vee bawa persalinan untuk baby sekali.

so, vee cepat-cepat call Mr Hubby supaya datang segera ke Dewan Bersalin & vee ke sana dengan kerusi roda. masa tue vee x fikir apa sebab contraction vee memang sakit teramat sangat. sebelum ke labor room, vee makan sebiji kurma sebab vee memang x makan apa-apa dari petang tadi. then, sampai ke bilik bersalin no 15, vee terus diminta berbaring di atas katil khas & CTG dibuat sekali lagi. aduhaiii... x tahan rasanya setipa kali contractions menyerang. 

Mr Hubby sampai & Doc pun masuk. denyutan jantung Baby kurang lalu Doc minta masukkan CTG melalui bahagian bawah. masa tue vee dah cakap kat Doc "Doc.. sakit sangat nie.. lama lagi ker?" Doc minta vee bersabar & minta Mr Hubby keluar kejap sebab nak check bukaan & pecahkan air ketuban. 

bukaan vee masih 4cm & Doc pun pecahkan air ketuban vee. sebaik jer air ketuban dipecahkan, vee dah terasa air suam-suam keluar di bahagian bawah & Doc bagitau "contraction awak akan makin kuat yer..tahan sket" . SubhanAllah.. memang terasa sangat-sangat & sakitnya hanya Allah swt sahaja yang tau. masa tue vee berpaut tangan di katil setiap kali contraction. Doc tinggalkan vee sendirian sebab dari 4cm nak ke7-8cm agak lambat.

Mr Hubby masuk then tolong usap-usap dahi vee. vee terus bagitau Mr Hubby "Syg..sakit sangat nie.. vee x tahan.. please panggil Doc" Mr Hubby terus panggil Doc & vee bagitau "Doc, saya dah x tahan sangat nie!!!"

Doc terus check bukaan & terkejut sebab x sampai beberapa minit, bukaan vee dah 8cm. "Nurse, bukaan dah 8cm!!" then terus kaki vee diikat di palang besi yang tinggi & Doc minta vee merendahkan badan & mengajar cara untuk meneran.

masa meneran tue, hanya Allah swt ajer yang tau betapa payahnya sebab vee hanya berbekalkan sebiji kurma sebelum ke labor room. tenaga vee seolah-olah hilang setiap kali vee meneran & hampir juga vee berputus asa dan masa tue vee x kesah vee kena forcep or c-sec sebab vee rasa vee dah x ada kudrat dah.

mujurlah Doc tue takutkan vee "Elvy..sikit jer lagi anak awak nak keluar, takkan awak nak vacum, kalau vacum, kepala anak awak akan bengkak & luka awak lagi teruk. cuba lagi!!" Mr Huby pun usap dahi vee & bagitau "sikit jer lagi Syg..kepala baby dah nampak tue" masa tue vee pun cuba lagi meneran & kali ketiga Mr Hubby dah menjerit kecil "Syg.. lagi sikit jer.. kepala baby dah nampak." then nurse yang membantu menjerit "teran macam nak berak!!"

 vee pun teran sekuat hati & alhamdulillah kepala baby pun terkeluar & masa Doc tue bagitau nak potong sikit pun vee dah x kesah. bila baby keluar sepenuhnya & baby diletakkan di perut vee.. sebelum tue Doc tunjukkan jantina baby & tadaaa!!! she is a GIRL ^_^  vee rasa lega teramat sangat & rasa seluruh kesakitan vee hilang macam tue ajer ^_^ tangisan baby memenuhi ruang bilik tue & vee terus pegang baby vee yang basah & pucat . puas selama nie vee tunggu My Baby nie keluar & kini dah pun berada di depan mata ^^

alhamdulillahx100000 bahagia sangat rasanya bila melihat Mr Hubby mengqamatkan anak perempuan kami.   then baby di bawa keluar untuk dibersihkan & vee ditinggalkan sendirian sementara menunggu Doc untuk menjahit bahagian yang patut dijahit. masa jahitan dilakukan, vee dah malas nak fikir kesakitan sebab kepala vee hanya fikirkan baby vee & vee x sabar nak peluk cium baby vee. 

so, tepat jam 3.42am 24/11/2011 hari Khamis, Baby Girl vee dilahirkan secara Normal dengan berat 2.75kg & tinggi 49cm ^^ 

xlama kemudian, my baby dibawa masuk & Mr Hubby pun masuk sama. rasa masih x percaya lagi yang anak perempuan kami kini di depan mata ^^ 

nurse datang & vee dipindahkan ke katil untuk dihantar semula ke wad. Mr Hubby pula diminta masuk ke wad melalui lobi utama. sampai jer kat wad, vee terus salin baju baru & teman-teman yang sedar vee balik dengan baby excited mengucapkan tahniah =) Mr Hubby teman vee sampai jam 7.00am & balik ke rumah dengan mak yang menanti sama di bawah. mesti mak x sabar nak tengok cucu sulung.. tapi waktu lawatan nanti baru leh naik ke atas.

sepanjang berada di wad, my baby dah pun buang air besar 2 kali. itu pun kali kedua vee minta nurse tolong basuhkan heheeh. oh ya, bila nurse-nurse & Doc datang awal pagi, diorang semua terkejut tengok baby dah ada di sebelah vee heheeh Doc tue siap cakap lagi "eh.. i thought you x bersalin lagi.. tahniah ^^ so kalau Baby dah berak kencing & takde masalah apa-apa, you boleh balik lah petang nie yer "

masa lawatan, Mama, Papa, Mr Hubby & Mak pun datang dengan muka excited nak jumpa cucu baru. Mak Usu, Pak Usu, Izzah & suami pun ada datang sekali . tapi ada part yang vee kerang gemar iaitu part memeriksa jahitan .

masa dalam bilik rawatan, macam-macam alasan vee bagi supaya diorang x check sebab veee takut sakit!! tapi diorang duk bantai gelak jer dengan alasan vee & bantu vee keluarkan darah beku dalam rahim vee. agak lega bila darah beku tue keluar & vee hanya mampu menahan nafas masa Doc check jahitan vee. alahaiiiiii...

petang tue vee dah boleh keluar & vee berterima kasih dengan semua Doc, nurse, staff & pesakit yang ditahan bersama kerana diorang memang best & terbaik ^^ vee rasa layanan diorang memang best & xlah macam yang vee dengar daripada orang lain. vee bertuah dilayan dengan mereka & insya Allah next baby nanti, leh bersalin kat Hospital Serdang lagi heheehe (pergh..sakit bersalin pun masih terasa lagi.. nak second baby lak )

buat Suamiku ~~~I Love You So Much~~~ sila sabar menjaga vee sepanjang berpantang yer

buat Elaine Medina ~~~You're My Everything~~~ selamat datang dalam hidup Ummi & Daddy

buat Mak, Abah, Mama & Papa ~~~May Allah Bless You~~~ jasa kalian tak mampu dibalas


Wednesday, November 30, 2011

Part 3 : Labor Contractions ..Baru ku tahu kenapa Syurga di bawah Tapak Kaki Ibu

22.11.2011 = SELASA


hasil CTG untuk induce kali pertama



pagi tue vee bangun awal & terus mandi before solat Subuh. agak mengejutkan bila nurse ambil BP vee naik sampai 134/85. wah.. tertekan ker =p. then darah masih keluar, dah macam period da pun. tu makna nya vee nie kembar darah.  contraction masih terasa tapi masih ringan.

then lebih kurang dalam jam 8.00am, Doc round lagi dan check bukaan vee. means kena seluk lagi la (part yang vee x gemar sebab memang sakit =/ ) bukaan baru 1cm lebih ~~huhuhu~~ tapi dinding serviks mulai lembut. Doc terus decide akan induce vee tengahari nie. (tapi vee lak excited hahahaha ada ker patut)

tengahari vee kena wat CTG & check bukaan, dah buka 2cm & Doc terus masukkan ubat induce. Doc minta vee berada atas katil selama sejam supaya ubat tue cepat bertindak balas & bila tindak balas tue berlaku.. Ya Allah.....sakitnya hanya Allah yang tahu.. memang sakit & vee x lalu makan. masa tue Mr Hubby, Mama & Mak dah ada menemani vee di waktu lawatan. (oh ya, Mr Hubby sentiasa datang melawat vee di waktu lawatan.. xpernah miss)

contraction makin kuat & vee langsung x larat nak jalan-jalan.. hanya berada di kawasan katil jer. bila dah petang & check bukaan.. alahaiiiiii... baru 2cm lebih jer...

malam selepas mandi , contraction mula berkurangan & vee leh layan citer Cinta Elysa lak hehehe tapi kali nie lepas tengok citer tue, vee tawaf satu wad 11 kali dengan harapan bukaan akan terbuka banyak.

23.11.2011 = RABU

awal pagi 5.58am, vee dikejutkan untuk check bukaan. so bukaan hampir 3cm tapi Doc minta nama vee dihantar ke labor room . lega sangat bila Doc bagitau dinding rahim vee dah lembut dar sebelumnya .

then, lebih kurang jam 9.00am, Doc round & bila tiba turn vee, Doc hairan tengok vee rileks jer & x macam muka orang nak bersalin "eh, awak nie rileks jer.. mana ada orang induce muka macam nie? mari..saya nak check bukaan & masukkan induce kali kedua" alamak...

masa dia masukkan ubat tue memang agak sakit sebab Doc siap tolong bukakan jalan lagi. aduhaiiiii. then Doc cakap "kepala Baby awak tinggi lagi nie, macam mana nak bersalin nie? banyakkan berjalan ok" then vee kena baring atas katil selama sejam & nurse datang buat CTG. dalam masa sejam, vee dah mula rasa contraction yang lebih kuat dari semalam & vee langsung x ada daya untuk berjalan ke mana-mana sebab terlalu sakit di bahagian pinggang ke bawah.

masa Mr Hubby datang dengan Mak, Mama & Papa, vee hanya mampu diam & Mr Hubby yang suapkan makanan untuk vee. itupun sikit jer yang vee lalu sebab sakit teramat sangat walaupun x kerap.

part paling vee xleh lupa ialah vee menangis kesakitan & minta Mr Hubby peluk vee & vee minta maaf banyak-banyak atas segala dosa yang vee pernah lakukan sejak kami bersama. masa tue semua orang kesian jer tengok muka vee yang kesakitan huhuhu

masa vee kena panggil ke bilik rawatan untuk check bukaan, vee menggigil-gigil menahan kesakitan, mujurlah ada Mr Hubby yang menemani vee. kesakitan vee memang tergambar jelas di muka sampai ada seorang pesakit chinese (rapat dengan vee sejak kitorang ditahan di wad yang sama) cakap "i hope i dapat rasa sakit macam you.. sebab i masih x rasa apa-apa. i doakan you bersalin harini"

masa check bukaan tue, agak kecewa sebab bukaan masih 3cm huhuhuhu vee dah sakit & terasa tertekan kerana dalam wad bahagian vee, semuanya bersalin arini kecuali vee.. tangisan baby diorang membuatkan vee sangat x sabar & sedih dalam masa yang sama.

contraction makin kuat & Doc yang datang memeriksa hairan kenapa bukaan vee masih 3cm then tanya vee samada vee ada minum air selusuh atau x. vee angguk kepala & Doc terus cakap "laaa..kenapa awak minum air selusuh.. awak tau x, air tue sepatutnya minum bila bukaan awak dah 6cm ke atas.. kalau awak minum sekarang, memang awak akan rasa sakit teramat tapi jalan x buka" terus tarik getah rambut vee & minta nurse bukakan penutup botol air selusuh. huhuhuhu mana vee tau.. ustaz tue bagitau minum seminggu sebelum bersalin.... huhuhu

petang tue, papa minta mama sapukan air di muka, kepala & pinggang vee sebab tengok vee memang x tahan sangat. masa tue vee minta maaf ngan Mak & peluk Mak sambil cakap.."macam nie rupanya sakit Mak masa ngandungkan yana.." pastu kitorang nangis sama-sama.

before balik, Mama tinggalkan vee doa penahan kesakitan untuk vee amalkan & alhamdulillah doa tue membantu vee sedikit sebanyak. sepanjang waktu tue vee asyik berdoa supaya vee dapat bersalin malam tue jugak...

...nantikan Part 4

Tuesday, November 29, 2011

Part 2 : Hospital Serdang

Assallammualaikum wbt

Part 1 : Elaine oh Elaine





# 19.11.2011

vee & Mr Hubby bershopping di One Utama , sambil bershopping, sambil membantu mempermudahkan bukaan jalan hehehe

mula terasa sakit belakang tapi excited & berharap rasa lebih lagi sebab da rasa x sabar nak deliver Baby nie.. rindu sangat-sangat.

petang sampai rumah, vee mula rasa x sedap hati sebab vee rasa gerakan Baby mulai kurang... hurmmm...

malam masa tengok tv, vee dah rasa sakit belakang tapi no contraction. masa tue vee hanya risau kan Baby vee yang kurang bergerak.. x sampai 10 gerakan pun arini.... takutnya...

# 20.11.2011

lepas solat Subuh, cepat-cepat kejutkan Mr Hubby ajak gi Hospital Serdang sebab vee memang rasa yang My Baby kurang sangat pergerakannya even malam. dalam fikiran vee memang macam-macam fikir tapi x putus-putus berdoa dalam hati supaya My Baby x apa-apa.

bawa semua barang-barang vee & Baby yang dah siap susun & kain batik letak siap-siap dalam handbag.

*8.45am

=tukar kain batik, ambil tekanan darah, urine test & CTG (1stime buat CTG masa nie)
=Doc bagitau denyutan jantung Baby ok & check bukaan aka seluk. perghhhh... memang sakit!! Doc bagitau jalan masih x buka lagi..dinding serviks pun masih tebal.
=inform Doc tentnag "cik putih" yang vee alami sepanjang kehamilan
=bila gie tandas, terkejut sangat bila banyak darah yang keluar. Doc bagitau tue tanda-tanda awal bersalin
=kena tunggu Doc yang lagi pakar datang check....dalam hati masa tue ingat dapat balik umah jap lagi

*11.45am

=Doc Pakar datang, scan my Baby & said everything ok tapi kena ADMIT WARD!!!!!
=Doc bagitau akan pantau vee & kalau masih x buka jalan, vee akan di induce & jika induce x berjaya.. vee akan di ceaser... no!!!!!! masa tue vee dah risau sebab memang xnak kena ceaser.
=Doc ambil sampel darah & vee minta kebenaran keluar untuk makan tapi Doc hanya benarkan keluar ke lobi sahaja, so makanan Mr Hubby kena belikan untuk vee

*2.15pm

=nurse bagi baju uniform warna pink
=mama & papa sampai
=dapat Wad 5E/25

masa nie ramai yang bersalin sebab tarikh pun kebetulan cantik hehehe nasib vee x dapat tarikh 20112011 tue ;p

kalau terer..carilah nama vee hehehe

21.11.2011 = ISNIN

=mama & papa ambil mak dari Sepang
 =pagi, time Doc round ramai-ramai. vee kena seluk lagi ~~sakit~~
=Doc bagitau dinding serviks vee masih tebal 3cm & bukaan terlalu sedikit, kepala Baby masih tinggi (so memang lambat lagi nak bersalin)
=tengahari, kena seluk lagi.. baru buka 1cm.. aduhaiii.. senak rasanya bila kena "seluk" nie
=darah makin banyak keluar & berlendir
=mula terasa constraction tapi vee masih boleh tahan sakitnya (actually vee xtahu rupa-rupanya baby mengeras tue maksudnya contraction)
=esok Doc akan decide samada akan induce @ x sebab dinding rahim vee tebal lagi
=vee merajinkan diri menawaf satu wad sebab nak bantu membuka laluan untuk Baby vee nie. sampai semua orang kat situ kenal vee hehehehe
= petang lepas waktu lawatan, air kotak vee & roti vee hilang.. huhuhu baru nak mamam... T_T xpelah.. vee halalkan ajer... =(
= malam, masa buang air, terkejut sebab keluar segumpal darah yang berlendir, masa tu contraction makin terasa. tapi vee rasa makin excited hehehehe


pemandangan dari katil vee.. tenang jer kan ^^
buku record vee

nantikan part 3 pulak yer


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...