hari tu Vee dah janji nak share doa-doa yang Vee amalkan masa nak bersalin. Mudah-mudahan dengan perkongsian ini dapat membantu semua ibu-ibu yang bakal bersalin & akan bersalin lagi =) insyaAllah dengan izinNya .
Doa nie Vee baca setiap kali contraction.. alhamdulillah bila Vee amalkan doa nie, Vee rasa x sakit macam Vee bersalinkan Elaine dulu. Betullll..... Vee rasa sakit macam nak datang bulan jer. Masa Elaine dulu, sakit teramat sangat .. rasa nak tercabut nyawa masa tue.
Vee memang trauma dengan sakit bersalin disebabkan induce masa bersalinkan Elaine. So masa Vee kena tahan wad kat Hospital Kajang, malam tue Vee gigih menggoogle doa yang Vee harap membantu memberi kekuatan dalam diri Vee (baru nak cari kannn). Alhamdulillah Vee terjumpa doa kat bawah nie iaitu doa yang membantu membuka bukaan tulang punggung.
يَخْرُجُ مِنْ بَيْنِ الصُّلْبِ وَالتَّرَائِبِ
"yang keluar dari tulang sulbi lelaki dan tulang dada perempuan"
selepas baca, niatkan dalam hati "Ya Allah, luaskanlah bukaan tulang punggungku seperti luasnya bukaan timur & barat dan keluarkanlah anakku dengan mudah, cepat dan selamat".
oklah.. nie jer doa yang Vee amalkan masa nak bersalin. Tapi ingat!!! solat & doa banyak-banyak pada Allah swt tue penting sebab semuanya datang dengan izinNya. Dan juga.. Vee baca surah Mariam untuk memudahkan bersalin =)

thanks sbb share kak vee..boleh amalkan la jgk lps ni..
ReplyDelete