Assallammualaikum wbt
Vee tergerak hati nak share tentang kehamilan & semoga perkongsian nie sedikit sebanyak membantu teman-teman yang sedang berusaha untuk mendapat cahaya mata =) insyaAllah.
Alhamdulillah.. Vee dah pun memiliki 3 orang cahayamata. Anak sulung Vee, Muhammad Firdaus telah dijaga oleh bidadari syurga tanpa sempat Vee melihat wajahnya. Al-fatihah.
Antara yang Vee amalkan bila Vee nak pregnant lagi ialah
1-makan Virgin Coconut Oil /Evening Pimprose Oil
2-makan asid folik
3-tahu waktu subur tu bila
4-berehat sekurang-kurangnya 1/2 jam selepas ****
5-letak niat dalam hati nak anak lagi
6-doa banyak-banyak dengan Allah
Lain orang, lain caranya kan.. cuma bila dah 3 kali peknen, Vee dah boleh tau yang Vee akan peknen masa tue sebab
1-badan Vee akan naik mendadak dari asal. Dari kandungan pertama sampai ke3, memang sama
2-tempoh hari masa datang bulan; biasanya akan lewat 10 hari secara konsisten setiap bulan
3-bawah perut Vee akan berdenyut-denyut; masa nie biasanya Vee dah sebulan..
4-naluri ibu ; Vee akan tahu yang Vee dah peknen =)
Bila dah disahkan mengandung , untuk 3 bulan pertama nie
1-elakkan air teh, kopi, nescafe & seangkatan dengannya sebab caffein menghalang penyerapan zat-zat yang diperlukan
2-makan asid folik setiap hari untuk kuatkan kandungan.
3-x boleh lasak. Jalan pun kena slow motion..
4-elakkan makan telur separuh masak
5-x boleh angkat berat
6-banyakkan berehat & berdoa
Akhir trimester (30 minggu ke atas), setelah melalui 3 kali pengalaman bersalin dengan pengalaman yang berbeza.. meh Vee share tips mudah bersalin
1-amalkan baca doa nabi Yunus, baca surah Mariam
2-36 minggu, sila aktifkan diri dengan pergi bersenam (jangan berlari plak)
3-banyakkan buat xtvt "cangkung, bangun, cangkung". Tapi kaki memang lenguh ya amat selepas tue huhu
4-sentiasa ceria & bercakap dengan baby setiap masa ^_^
Ermm.. mesti ada yang hairan kenapa Vee x masukkan part minum air kelapa & air selusuh. Sebab Vee rasa air kelapa tu x membantu sangat pun, air selusuh? Cukuplah Vee minum satu cawan dengan Mr Hubby ( tu pun kalau ingat hehehe) .
Memanglah Vee xde bersalin awal, tapi alhamdulillah bila Vee ada bukaan walaupun 3cm..Vee x sakit lama, terus bersalin ~alhamdulillah~
Bagi Vee kalau nak pregnant nie, jangan stress & sentiasa berdoa & percaya our little junior akan hadir dalam diri kita.
X dinafikan yang kita akan rasa stress & sedih sepanjang masa selagi baby yang dinanti x kunjung tiba lagi. Jangan pernah putus asa!!
Yang paling penting, BETULKAN NIAT ^_^ mengandung & memiliki anak nie bukan untuk menunjuk yang korang nie subur & hebat di mata orang tapi untuk mengajar & memberi peluang kita menjadi ibubapa yang terbaik ^_^
No comments:
Post a Comment