Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Thursday, March 15, 2012

happy anniversary UMMI & ABI

assallammualaikum wbt


alhamdulillah... sudah dua tahun usia perkahwinan vee & Mr Hubby.. semoga hubungan ini berkekalan hingga ke syurga..aminnn.

anyway kitorang x delah sambut beria-ia sangat macam tahun lepas.. just makan-makan jer hehhee even masa birthday vee minggu lepas pun sama, makan-makan aje ^_^

so.. sempena Ulangtahun Perkahwinan yang kedua nie, vee hadiahkan Mr Hubby perfume Dunhill Desire sebab vee & Mr Hubby suka sangat bau nie. =) walaupun dah lama tapi bau haruman perfume nie still the best for Mr Hubby

then Mr Hubby gabungkan hadiah birthday vee dengan hadiah ulangtahun perkahwinan dengan sebentuk cincin .. thanks Sayang heheehe



rantai tangan tue hadiah tahun lepas, vee suka sangat dengan cincin tue ^_^ 



Wednesday, March 14, 2012

Happy Anniversary 2nd Years ^_^







Alhamdulillah harini genap dua tahun pernikahan Vee & Mr Hubby ^_^ finally kitorang dapat sambut dengan Elaine Medina =) tapi malam tadi vee tidur awal sebab nak teman Elaine yang selesema T_T seriously bila Elaine 1st time selesema, vee rasa resah & sedih. 






anyway bangun awal pagi, buka FB jer da tersenyum sebab Mr Hubby post something yang menarik ^_^




actually vee mula-mula x minat sangat lagu nie sebab lirik yang "geli-geli" hehehe tapi Mr Hubby suka =) ada kesah yang lucu sebenarnya tentang Aqasha tue. sebab dulu masa Mr Hubby kat Poli & tempat kerja.. ramai yang kata Muka Mr Hubby tu macam Aqasha & Jehan Miskin =p hehehehe masa tue memang vee xleh terima sebab i always think Mr Hubby better than them hihihi


Mr Hubby masa Poli ^_^ 

oh ya... sebenarnya vee teringinnnn sangat nak bonceng motor besar dengan Cik Abang Sayang nie tau ^_^ bila agaknya vee leh merasa yer ^_^ hehehe





Matamu…Bibirmu..Pipimu dan Juga Senyum mu
Membuat Aku Lebur Hanyut Di Dalam Ghairah Kernamu
TubuhMu..
HarumMu..
Hatimu Oh Semua Aku Mahu

*
Inginku Gigit-Gigit Cuping Telinga Kecilmu
Luahkan Perasaanku
Membisikan Aku Cinta Kamu
Asmara Disetiap Pagi HariMu
Dengan Harapan Agar Kau Tahu
Semoga Kau Tahu

Ku GilakanMu
Aura Mu Memujuk Rayu Hatiku
Sering Bergoncang Jiwa Ini
Siang Malam Ku Gundah
Tiada Melihat WajahMu
Ku Rindu
TubuhMu
Harum Mu
Hati Mu

Oh Semua Aku Mahu


Friday, July 22, 2011

Catatan Lalu

vee suka bila baca blog beberapa orang teman vee yang wat planning untuk wedding diorang. terus teringat buku wedding plan vee dulu ^^


nie lah buku yang menjadi rujukan vee. actually vee da beli buku nie masa tahun 2008. awal sangat kan hehehe x salah merancang awal-awal.

awal2 lagi dah plan warna pink+white

antara sample kek kawen 

make up
pelamin & hantaran

busana
busana utk Mr Hubby
 
 
 
p/s: dah masuk tin yang kedua dah susu Friso Mum Gold nie.. perubahan yang vee rasa bagus, proses "pembuangan" amat memberangsangkan sebab sebelum nie ada sedikit kesukaran ^^ bagus-bagus.  lagipun Baby kat dalam nie pun makin aktif, x sabarnya nak tunggu bulan November nie ^^

Monday, April 11, 2011

Jelesssnyaaaaa vee T.T

assallammualaikum wbt

vee tadi baru jer tengok video kawen kawan vee Erun Chomel, jelesssssnya!!!!!! naperlah leh termiss nak buat wedding video masa kitorang kawen~~T.T~~ nak jugakkkkkkk ~~~uwaaaa~~~

xperlah.. nanti kalau ada rezeki lebih masa buat kenduri aqiqah, nak gak buat video khas untuk vee, Mr Hubby & anak vee nanti ^.^ 

insha Allah 


actually plan vee nak gi second honeymoon terpaksa ditundakan la jawabnya nie.. dah x leh nak lasak-lasak sangat, sekarang nie even berjalan lama sket, vee dah ajak Mr Hubby balik sebab xmo letih-letih sangat. tapi plan nak balik ke Sabah dalam masa terdekat nie, nak kena tanya pendapat doc dulu sebab apa yang paling penting adalah si kecil nie, biarlah tiket tue burn asalkan si kecil nie sihat & selesa membesar & selamat dilahirkan ^^ aminnnn... mudah-mudahan segalanya berjalan lancar ^.^





Wednesday, March 16, 2011

Our First Candle Light Dinner for Wedding Anniversary

assallammualaikum wbt


malam tadi memang saat terindah sebab celebrate our first wedding anniversary @ Bora Asmara ^^. Bora Asmara jadi pilihan Vee & Mr Hubby sebab tempat tu memang sangat romantik & view yang menggelorakan  (cheewaaahhhh)


makanan kat sana, boleh tahan la..vee x cakap sedap tau.. tapi save by the view ^^ 



vee paling suka part bila ada band yang akan datang meja ke meja & leh request lagu ^^ masa diorang datang kat meja Vee & Mr Hubby.. ve agak blur sebab x tahu nak request lagu apa..just bagitau malam tu kitorang celebrate anniversary ...haaa cuba teka diorang nyanyi lagu apa.. "Mencintaimu by Kriss Dayanti & Cinta Kristal by Hantu Mak Limah eh eh.. bukan.. Rahim Maarof la. memang agak terbuai la kejap kan heheeheh



cubaan "love" yg kureng menjadi

xoxoxo


Chocolate shake vs Asmaradana shake

nak mamam dulu ~spagethi bolognaise~ vee masak lg best

Creamy Butter Prawn sbg menu istimewa

my heart-throb

band yg menghiburkan


always in love ^^

merasmikan "hadiah" daripada Mr Hubby



Villa Cinta kami ^^


cakkk



memang best & seronok sangat ^^ so tahun depan nak pergi tempat yang lagi best pulak yer ^^

p/s : kalau rajin, vee upload video malam tue yer.. internet macam siput lak malam nie. Mr Hubby bagitau sebab gempa bumi... ye kottttt...

Monday, March 14, 2011

Kejutan Ulangtahun Perkahwinan yang Indah ^^

assallammualaikum wbt


minggu lepas sampailah hari nie memang sangat busy!! nak buat macam mana kan.. banyak urusan yang perlu diselesaikan, lebih-lebih lagi seminggu tue adalah minggu istimewa untuk vee & Mr Hubby ^^

hari nie adalah Ulangtahun Perkahwinan Vee & Mr Hubby , so officially nye vee & Mr Hubby bercuti & Mr Hubby buat kejutan dengan membawa vee ke kedai emas di Kajang & bagi vee pilih gelang tangan sebagai hadiah ulangtahun Perkahwinan kami ^^ best best ^^ tapi celebration akan di postpone dalam minggu nie jugak sebab x sempat nak celebrate harinie.. maybe makan kat Bora Asmara or Bora Ombak (adehhh mana gaya nyer nak diet nie)

kali nie vee pilih yang simple sebab nak pakai hari-hari ^^

hadiah daripada vee untuk Mr Hubby dah pun vee bagi aritu. baca kat sini Cinta Hati Saya.


minggu lepas, kakak ipar vee, Suhaida aka Mama Sofeya menyambut haijadi pada 11/3/2011.. so abang ipar vee belanja makan besar ^^ kitorang makan kat Waroeng Penyet The Curve . then 3 hari berturut-turut kitorang asyik makan besar jer sebab ramai sangat yang belanja... (hilang mood nak diet...cesss)


semalam kitorang gi kenduri kahwin Qayyum & alahaiiii.. x pasal-pasal kitorang kena duduk semeja dengan pengantin, yess... kitorang makan kat meja pengantin. segan lah pulak.. ingatkan da kawen, x duduk kat meja beradap tue. so, vee makan pun sikit sebab memang vee segan ~~teeheee~~

kami di meja pengantin

bersama pengantin

pinjam baby Pie sat

baju kurung tue hadiah daripada Mama ^^ utk besday vee


tapi dalam bergembira tue, ada jugak yang mensayukan hati vee sekeluarga. sebabnya masa kitorang bersiap-siap nak pergi kenduri Qayyum, ntah macam mana my Ucukk Sofeya terkena air panas. aduhhh.. jeritan kesakitan dia buatkan kitorang semua menangis & kelam kabut. actually Sofeya yang buat "sendiri" sampai terkena air panas tue.. benda dah nak jadi kan.. mudah-mudahan bila mummy dia berhenti kerja nanti, Sofeya  x main sorang-sorang lagi yerr...

kesian sofeya.. semoga x tinggal parut.. 

oh ya, masa kat kenduri Qayyum, vee rasa macam artis la plak (sangat metafora) sebabnya masa vee nak gi jumpa mak pengantin dengan Mr Hubby & Zx key, tangan vee ditarik oleh seorang wanita yang excited semacam."eh..eh.. rasa macam kenal la..tapi kat mana yer?" dengan penuh mesra vee ditanya. vee blurr & cuba untuk meng"refresh" kotak ingatan vee tapi still x kenal wanita tue. vee cuma tersenyum & Mr Hubby terus pegang vee. vee ditanya macam-macam, tinggal mana, asal mana.. err.. finally vee terus tersenyum & vee rasa dia dah salah orang.. haisshh... glamer jap hehehe

dan sekarang nie macam dah lali pulak vee dengan soalan "dah ada isi belum?" "dah ada khabar baik ker?" "bila nak ada baby?" yer.. vee tau ramai yang nak sangat tengok baby vee kan.. vee & Mr Hubby lagilah teringin nak baby.. ^^ xper, teman-teman kumpul jer duit untuk beli hadiah untuk baby vee yer heheehe sebabnya vee xtau nak jawab bila vee akan dapat baby, semua tue Allah swt dah tentukan. vee & Mr Hubby akan terus berdoa semoga baby hadir dalam hidup kami dalam keadaan baby & kami bersedia & kelahiran baby membawa penuh rahmat, kebahagiaan & keberkatan dalam hidup kami sekeluarga. Allah swt lebih tahu apa yang terbaik untuk Vee & Mr Hubby ^^ terima kasih atas perhatian teman-teman & yang lain yer. vee hargai sangat :D

Mr Hubby, Zx key & Ali. Zx asyek jadi pengapit jer

anyway vee happy sangat sebab dapat hadiah best daripada Mr Hubby tersayang ^^ hehehe alhamdulillah.

untuk pengomen tegar blog vee. esok pagi vee list kan 3 orang yang akan menerima hadiah istimewa daripada vee sempena Ulangtahun Perkahwinan Vee & Mr Hubby yang pertama yer ^^ tunggu!!!!

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Sayang xoxoxo

.

Syg masih ingat pada tarikh yang sama pada hari ini setahun yang lepas, kita berada di Masjid al- Ihsan , berkumpul bersama keluarga & saudara-mara, Syg lengkap berbaju Melayu berwarna ungu pilihan Syg & vee yang ayu dalam busana ungu hanya mampu mengukir senyuman walaupun dalam hati penuh resah selagi lafaz nikah belum sempurna. 


namun kita semua tersenyum lega bila lafaz berjaya dilafazkan dengan izin Allah swt, bersyukur sangat kerana kita disatukan di dalam Rumah Allah swt dengan restu seluruh ahli keluarga. keindahan mula menular dalam jiwa ketika sayang menunaikan tanggungjawab Syg dengan Allah swt terlebih dahulu dengan solat sunat syukur sebelum menunaikan tanggungjawab Syg yang pertama sebagai seorang suami. Kisah Cinta 14 Mac


di pelamin indah itu kita diraikan ^^

sebahagian daripada keluarga vee

sebahagian daripada ahli keluarga Mr Hubby
kita diraikan dengan penuh meriah oleh seluruh ahli keluarga, saudara-mara dekat & jauh (orang Sabah pun datang tau ^^) sahabat handai & ramai lagi. mereka berkongsi hari bahagia kita dengan penuh perasaan indah ^^




setahun kita bersama, saling mengenali dengan lebih mendalam, berkongsi rasa indah & diserikan dengan sedikit rasa pahit & perit yang semakin mengeratkan hubungan kita. Berkongsi rasa sedih pula tatkala hasil cinta kita terlebih dahulu bertemu  Maha Pencipta, menjadikan kita semakin erat & saling memahami.

semoga hubungan kita terus kekal hingga ke Syurga Ilahi & tangan kita terus menggenggam erat walaupun apa yang bakal terjadi nanti.


Selamat Ulangtahun Perkahwinan Sayang ^^


semoga tahun depan kita akan sambut Ulangtahun kita dengan kehadiran si kecil , hasil cinta hati kita ^^ amin...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...