.
Syg masih ingat pada tarikh yang sama pada hari ini setahun yang lepas, kita berada di Masjid al- Ihsan , berkumpul bersama keluarga & saudara-mara, Syg lengkap berbaju Melayu berwarna ungu pilihan Syg & vee yang ayu dalam busana ungu hanya mampu mengukir senyuman walaupun dalam hati penuh resah selagi lafaz nikah belum sempurna.
namun kita semua tersenyum lega bila lafaz berjaya dilafazkan dengan izin Allah swt, bersyukur sangat kerana kita disatukan di dalam Rumah Allah swt dengan restu seluruh ahli keluarga. keindahan mula menular dalam jiwa ketika sayang menunaikan tanggungjawab Syg dengan Allah swt terlebih dahulu dengan solat sunat syukur sebelum menunaikan tanggungjawab Syg yang pertama sebagai seorang suami. Kisah Cinta 14 Mac
kita diraikan dengan penuh meriah oleh seluruh ahli keluarga, saudara-mara dekat & jauh (orang Sabah pun datang tau ^^) sahabat handai & ramai lagi. mereka berkongsi hari bahagia kita dengan penuh perasaan indah ^^
setahun kita bersama, saling mengenali dengan lebih mendalam, berkongsi rasa indah & diserikan dengan sedikit rasa pahit & perit yang semakin mengeratkan hubungan kita. Berkongsi rasa sedih pula tatkala hasil cinta kita terlebih dahulu bertemu Maha Pencipta, menjadikan kita semakin erat & saling memahami.
semoga hubungan kita terus kekal hingga ke Syurga Ilahi & tangan kita terus menggenggam erat walaupun apa yang bakal terjadi nanti.
Selamat Ulangtahun Perkahwinan Sayang ^^
semoga tahun depan kita akan sambut Ulangtahun kita dengan kehadiran si kecil , hasil cinta hati kita ^^ amin...
| di pelamin indah itu kita diraikan ^^ |
| sebahagian daripada keluarga vee |
| sebahagian daripada ahli keluarga Mr Hubby |
setahun kita bersama, saling mengenali dengan lebih mendalam, berkongsi rasa indah & diserikan dengan sedikit rasa pahit & perit yang semakin mengeratkan hubungan kita. Berkongsi rasa sedih pula tatkala hasil cinta kita terlebih dahulu bertemu Maha Pencipta, menjadikan kita semakin erat & saling memahami.
semoga hubungan kita terus kekal hingga ke Syurga Ilahi & tangan kita terus menggenggam erat walaupun apa yang bakal terjadi nanti.
Selamat Ulangtahun Perkahwinan Sayang ^^
semoga tahun depan kita akan sambut Ulangtahun kita dengan kehadiran si kecil , hasil cinta hati kita ^^ amin...





semoga berbahagia dan berkekalan sehingga akhir hayat :)
ReplyDeletedawa : aminn^^
ReplyDeletesemoga bahgia:DDD
ReplyDeletemasithah :) thanks
ReplyDelete