Sunday, August 28, 2011

Coretan Ramadhan ~Rezeki~

Assallammualaikum wbt


vee percaya ramai yang telahpun berada di kampung halaman masing-masing sekarang nie kan. almaklumlah cuti panjang hehehe raya hari selasa kan. tapi vee masih lagi berada di kota metropolitan, esok awal pagi baru gerak dengan Mr Hubby ke kampung halaman hehehe kali nie beraya di Pahanglah sebab tahun lepas dah beraya di Melaka. ~~yeay~~ ingat tahun depan nak beraya kat Sabah la plak ^_^

my 1st layout

anyway .. vee lupa yang vee dah SETAHUN bergelar BLOGGER.. alaaa!!!!!!!!!!! camner leh terlepas pandang lak T_T  sedih sungguh =( hehehehe 10 August 2011 genap setahun untuk Qaseh Elyanas dalam dunia blogging nie ^^ terima kasih kepada Uda & Dara & readers yang setia & sudi membaca blog vee nie ^_^

inilah antara entry pertama vee tahun lepas ^^ August 2010

alhamdulillah, Ramadan a- Mubarak kali nie memberikan rezeki yang mencurah-curah, selain dapat baju raya daripada Mr Hubby ^^ dapat memiliki Nikon D3100, minggu lepas, secara rasminya kitorang berjaya memiliki sebuah rumah yang akan menjadi pasif income setiap bulan ~~alhamdulillah x 10000~~ segala rezeki datangnya daripada Maha Pencipta Allah swt

rumah tue kitorang akan sewakan & dah ada orang yang duduk menyewa pun ^^ kitorang x duduk sendiri sebab dah already selesa dengan rumah sekarang =) tunggulah Baby besar sket & kalau ada rezeki lebih, bolehlah beli rumah lain & duduk sendiri. insyaAllah

oklah.. cukup sampai di sini dulu.. nak packing baju-baju yang masih x settle dari malam tadi =p, duit raya dah ada, kuih raya dah ada, apa lagi yer... ermmmm....


 Selamat Hari Raya Aidilfitri & Ingatlah Orang yang Tersayang

Thursday, August 25, 2011

salam lebaran 2011



Salam Aidilfitri buat semua teman-teman ^^

sesungguhnya vee memohon ampun & maaf
atas segala kesilapan samada sengaja atau x sengaja
sedar atau x sedar
 semoga lebaran kali ini membawa seribu kebahagiaan & keberkatan buat kita semua

ingatlah insan tersayang di musim lebaran ini
pandu berhati-hati & penuh berhemah
makan seadanya, jangan diikutkan nafsu
makanan yang dihidang memang menyelerakan
tapi kesihatan & cutting badan kena jaga gak hehehehe

puasa sunat jangan dilupa
sedekah buat yang masih hidup & telah tiada
sama-sama kita meraikan dengan penuh senyuman


Tuesday, August 23, 2011

special 4 my Pretty fren ~Dini~


My Dear Dini yg cantekk

happy sangat dapat kad raya dari Dini tau ^_^



vee cuba untuk membalasnya.. kalau x sempat, maaf tau =)

semoga kita sama-sama selamat melahirkan our junior dengan selamat yer ^_^

~~aminnnn~~

Red Sock

testing..testing..



cantik kan sock tue ^^ vee baru perasan dalam minggu nie my weight naik dengan ketara terutama my face & tummy =_= agak terkejut tapi bila fikir balik, oklah kut sebab my Baby dah pun melangkah ke trimester 3 / 7 bulan pada minggu depan ~~alhamdulillah~~

bila dah macam tue, vee rasa excited sangat sebab lagi 2 bulan lebih lagi vee akan deliver =) doakan yang terbaik untuk vee & Baby yer ^^



nampak x my peyut tue? sangat terkejut melihat diri sendiri pada mulanya hehehe anyway its my latest picca, baru semalam ambil masa shopping kat OU. sajer jer ambil sebab dah lama vee x camwhore sejak pregnant nie.

ingat bila dah ada camera nie, nak wat photoshoot bout pregnant moment. sajer wat kenangan, nak tengok perubahan bentuk badan vee sepanjang pregnant nie ^_^ ~~insya Allah~~


bilik Baby nak hias macam nie.. cantik gak kan ^_^

Monday, August 22, 2011

2 of my wishlist dah achieve ^_^




assallammualaikum wbt

hari nie vee happy sangat sebab my wishlist vee untuk tahun nie dah tercapai.. ^^ semalam vee & Mr Hubby ke KL untuk memiliki camera idaman kitorang iaitu DSLR. finally Nikon D3100 menjadi hak milik kami  ~~yeay~~


n8 dah lama dapat, now DSLR.. insya Allah my Precious Baby lak lepas nie ^^ insya Allah. Alhamdulillah atas rezeki yang telah Allah swt kurniakan =)

tujuan kitorang beli camera nie sebab nak abadikan banyak gambar terutama gambar baby & kami sekeluarga ^^ selain tue leh jadi photographer  sambilan kan ^_^

then, arini Grand Opening Jusco Bandar Utama / OU. so vee, Mr Hubby & Mama (MIL) ambil kesempatan untuk shopping kat sana arini. shopping raya la kan. memang  transformation yang cantik & moden Jusco kali nie.~~ amazing ~~ ^^


x banyak shopping barang pun, cuma langsir,stokin baby yang comel banget, baju raya untuk Mama & sedikit hiasan raya.  hurmm.. da penat lah.. nak rehat. sambung esok je la  ^^

Friday, August 19, 2011

Ingatan Buat Seorang Isteri

“Hai anakku, kini engkau kan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenal dan berkawan pula dengan orang yang belum engkau kenali. Itulah suamimu.”



Jadilah engkau tanah bagai suamimu (taati perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan pelbagai kesukaran karena itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu.

Janganlah engkau terlampau menjauhinya, agar ia tidak melupaimu. Sekiranya dia menjauhimu, maka jauhilah dia dengan baik. Peliharalah suamimu itu dengan baik.

Jagalah mata, hidung dan anggotanya yang lain.
Janganlah kiranya suamimu itu akan mencium sesuatu darimu melainkan yang harum. Jangan pula dia mendengar sesuatu darimu melainkan yang enak dan janganlah dia melihatkan melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

credit: Pakar Cinta 


“Apabila seorang perempuan mencuci pakaian suaminya, maka Allah mencatat baginya seribu kebaikan dan mengampuni dua ribu kesalahan dosanya, bahkan segala sesuatu yang disinari oleh matahari memohon ampun baginya serta Allah mengangkat seribu darjat baginya.”

“Wahai Fatimah, setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit antara dirinya dengan api neraka. Jarak antara parit itu ialah sejauh bumi dangan langit.”

“Wahai Fatimah, setiap wanita yang berair matanya ketika memotong bawang untuk menyediakan makanan keluarganya, Allah akan mencatat untuknya pemberian sebanyak yang diberi kepada mereka yang menangis kerana takutkan Allah.”

xoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxo


sebagai seorang isteri, banyak lagi yang vee perlu belajar & berusaha untuk menjadi isteri yang menyenangkan hati suami. apa yang ada sekarang, apa yang vee lakukan sekarang masih belum lagi memenuhi kriteria isteri-isteri solehah. semoga vee berpeluang untuk menjadi isteri solehah & ibu mithali.

Thursday, August 18, 2011

Shopping & Eating

assallammualaikum wbt



malam tadi vee & Mr Hubby berbuka di IOI Mall Puchong. sajer jer nak berbuka di luar , leh jalan-jalan shopping raya sket kan hehehe

anyway, hajatnya vee nak berbuka dengan KFC namun terbantut sebab dalam jam 6.30 pm pun, punyalah ramai yang beratur. xder tempat duduk langsung. so, tinjau tempat lain & Mr Hubby cadangkan makan di Kenny Rogers. tapi kitorang book untuk 2nd round sebab 1st round dah xder. x kesah lah kan... leh jalan-jalan dulu.

kitorang masuk Jusco & survey baju raya vee dulu. memang banyak jer baju yang cantik tapi manalah sesuai vee pakai baju kurung kannnn wat masa sekarang nie. so, lepas berbuka dengan air mineral & roti.. kitorang pun keluar dari Jusco nak sambung makan kat Kenny Rogers.


nie jer yg sempat di snap.. yg lain da selamat dlm peyut =p

after berbuka & melakukan apa yg wajib ^^ kitorang sambung cari baju raya vee. kenapa baju raya vee? sebab baju raya vee menetukan warna baju melayu Mr Hubby nanti hehehe

alhamdulillah kitorang memang jumpa baju raya yang sangat melekat di hati vee ^^ sesuai lah dengan status vee "ibu mengandung" nie. mula-mula nak beli dress jubah color merah, tapi bila belek-belek yang lain, Mr Hubby berkenan warna lain & terus ambil.color??? rahsia lagi buat masa nie ^^ tapi color tue menyebabkan Mr Hubby x beli baju melayu.. x aciiiiiii..... alasannya.. sebab dah ada color tue =/

then kitorang duk survey camera DSLR untuk raya nie... xtau nak ambil Nikon or Canon.. hurmmm
anyway.. thanks Sayang sebab belanja baju raya tue yer ^^ xoxoxoxo

tadi vee dah clearkan beberapa album & pics kat FB. Mr Hubby xmo banyak sangat upload pics kat FB..so dengarlah nasihat suami yer ^^ ermmm.. upload kat blog, xperkan Sayang???

Wednesday, August 17, 2011

Al-Kisah Si Katil Bujang



kadang-kadang.. vee rindukan bilik vee masa bujang-bujang dulu. sebab boleh hias mengikut kekreatifan vee. x bermaksud bila dah berkahwin, xleh menghias mengikut kesukaan.. boleh cuma dah terbahagi jadi dua idea la plek =p hehehe masa bujang, vee hanya fikirkan untuk diri vee jer.. so berbeza la sket kan bila da kawen...

sajer jer nak wat entry tentang katil vee masa bujang.. masa kawen? rahsia !!!!

meja solek yg hanya menjadi milik sendiri =)
bantal bentuk "Hati" tue dihadiahkan oleh Mr Hubby ms awal-awal bercinta dulu ^^

Makhluk paling Seksi & Manja


11 bulan sebelum vee mendirikan rumahtangga, vee sebenarnya duduk bersama dengan Mak Yah iaitu Mak Saudara Mr Hubby ^^ terkejut x? hehehe actually selain dekat dengan office, vee dipelawa untuk tinggal bersama, kebetulan Mak Yah & Pakcik x ada anak, vee tinggal xderlah duduk free, bayar gak sewa.

lupakan kesah tue, vee nak cerita mengenai 3 ekor kucing kesayangan vee, Mr Hubby , Mak Yah & Pakcik iaitu Geboo, Memey & Qaseh. kesahnya bermula dengan Memey.

actually Memey merupakan kucing pertama yang dibela di rumah Mak Yah sebab sebelum nie Pakcik x gemar sangat dengan kucing tapi disebabkan Memey, Pakcik terus jatuh hati heheheh

Memey 1

Memey nie vee & Mr Hubby jumpa masa nak balik ke rumah Mr Hubby. turun dari kereta, datang seekor anak kucing yang mengiau kelaparan bergesel-gesel di kaki vee. vee terus angkat sebab kesian & comel sangat sebab bulu & badannya bersih, bukan macam kucing terbiar. so kitorang pun decide nak bawa balik ke rumah untuk bagi makan.

lepas jer bagi makan, anak kucing tue jadi manja sangat & main-main di ruang tamu. mama pun suka jer tengok teletah anak kucing tue & vee terus panggil "Memey..memey" & anak kucing tue bagi respon & datang dekat vee ^^  masa Mr Hubby nak anta vee balik umah Mak Yah, vee dah sedeh sebab xsanggup nak letak Memey balik ke tempat asal... then kitorang call Mak Yah bagitau tentang anak kucing, tapi risau sebab Pakcik kurang minat dengan kucing. so dengan hati yang berat, vee & Mr Hubby terpaksa lepaskan juga Memey kat bawah =(

sampai jer umah Mak Yah, Mak Yah terus tanya mana anak kucing tue sebab Pakcik bagi kebenaran untuk bela , siap dah ada sangkar kucing dah. memang vee terkejut + excited. kitorang pun patah balik & nasib baik Memey ada. itu pun memula Memey xmo datang tapi bila vee panggil "Memey..Memey" cepat-cepat lari datang dekat kitorang.


hari demi hari, kitorang memang dah jatuh sayang dengan Memey, semua keperluan Memey dah disediakan, pasir kucing, makanan, shampoo.. semuanya lengkap.
memey yang suka main dalam kotak tisu
masa kitorang nak balik beraya, vee xdapat nak bawa balik Memey sebab kat rumah vee pun ada banyak kucing, takut bergaduh dengan Memey. so vee minta Mr Hubby bawa balik Memey ke kampung di Melaka tapi maybe sebab Mr Hubby x biasa , so akhirnya kitorang decide tinggalkan Memey di rumah. sedih sangat.  dan sepanjang raya, vee asyik teringat jer kat Memey & memang menyedihkan sebab balik jer dari kampung, Memey betul-betul hilang T_T

hampir seminggu gak lah vee bersedih dengan kehilangan Memey...sampailah satu hari tue vee balik dari keje, vee tengok kat sangkar ada seekor anak kucing yang menyerupai Memey. rupa-rupanya Mak Yah jumpa anak kucing baru. disebabkan rupanya macam Memey, vee tetap letak nama Memey even tue kucing jantan.

then dapat lagi 2 ekor anak kucing & vee jatuh hati sangat-sangat dengan Geboo ^^

inilah Qaseh, kucing betina yg mata biru & kuning


Geboo

Geboo yg sgt suka main di katil vee

Geboo yg sering di bawa berjalan


sangat manja dgn Mr Hubby
Memey yg setia

itulah sedikit kesah anak-anak kucing yang kini menetap di rumah Mak Yah. lepas kawen, vee & Mr Hubby x bela kat rumah sebab x elok untuk ibu yang mengandung kan ^^ setakat nie Memey yang setia berada di rumah. yang dua ekor lagi.. dah mencari haluan sendiri ..cessss...

Tuesday, August 16, 2011

Hachiko

tersentuh sangat bila vee dah tengok movie Hachiko. kesah seekor anjing yang sangat setia dengan tuannya.  Hachiko sanggup menanti tuannya di stesen keretapi selama 9 tahun tanpa mengetahui tuannya dah xder di dunie T_T

diceritakan semula...
kesah Hachiko yang menyayat hati dikenang & dijadikan tugu di stesyen Shibuya, Japan

Sedapnya makan kuih raya di bulan Ramadhan

assallammualaikum wbt

Ramadhan dah pun dilalui selama dua minggu . alhamdulillah ^^  dalam masa dua minggu nie jugaklah vee berjaya mencatat rekod untuk diri sendiri dengan cubaan membuat kuih raya & masakan yang vee x pernah buat sebelum nie hehehe maybe teman-teman yang lain dah biasa tapi tidak bagi vee.

nak buat macam mana, anak tunggal perempuan biasanya jarang dibiasakan di dapur hehehe =p ~~tutup muka~~ biskut raya yang vee dah buat sampai dua kali ialah Shortbread Marble. nak tau kenapa vee kena buat dua kali? sebabnya x sampai dua hari, shortbread tue da abes dimakan hehehehe so, nak dekat raya nanti, vee akan buat stok hari raya punya lak. nak tengok gambar? xdan ambil, dah abeesss...
vee buat yang coklat tue. tapi nie google image. credit ^^
papa lak (father-in-law) buat Biskut Oat Bersalut Susu. memang sedap sebab tahun lepas lagi papa dah buat & jual kat orang. satu malam papa buat sorang-sorang & x tido. hehehe kitorang x mampu nak membantu sebab ngantuk & bangun sahur jer.. biskut papa dah siap. sementara masak untuk sahur, vee dah makan beberapa biji biskut dah ^^ suka sebab ada susu nespray tue.

la nie, setiap kali bangun sahur & berbuka, memang biskut tue yang vee cari. dah jadi kemestian. memang x dan tunggu raya. alaaa.. papa pun x kesah sebab nak dekat raya nanti, buat lagi hehehe kenapa vee x makan Shortbread yang vee buat? nak makan camner.. dah abessss da pun... x sempat nak sampai 2 hari... laku kan ^^

ingat nak upload gambar biskut oat tue tapi malas lak nak ambil gambar lak =p nanti-nanti lah yer...

p/s: next entry vee nak cerita tentang 3 ekor kucing kesayangan vee "Geboo, Memey & Qaseh"

Monday, August 15, 2011

Ku Percaya Kau Telah Menantiku Di Pintu Syurga...

sedih.. xsangka vee akan mengalirkan airmata bila membaca artikel perkongsian iluvislam nie. sayu hati vee & tergerak hati vee untuk berkongsi kesah sayu nie dengan semua. oh ya... sebelum nie airmata vee pernah mengalir tatkala membaca kesah Alanna Qish yang telahpun pergi menemui Ilahi.. ~~Al-Fatihah~~


Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi Abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi Abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan Abang semakin kritikal. Perut Abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' Abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. Mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "Insya-Allah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. Jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah. Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"
Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"
Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar.

 Abah tanya pergi mana?
Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.
Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.
"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.
5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr. Adura rajin menulis mengenai kisah abang di dalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."
Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"
Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? Nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.
Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"
Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! Kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.
Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli Syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan, kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segala-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.

Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

Sunday, August 14, 2011

Sedikit Coretan di Bulan Ramadhan

dugaan di bulan ramadhan... dah dua tiga hari nie vee kena serangan selsema, batuk-batuk & sakit kepala T_T

mak suruh jumpa doktor tapi vee malas nak gie sebab bukannya leh makan ubat pun... kesian kat Mr Hubby yang asyik kena urut & picit-picit kepala vee hehehe thanks Sayang.  really appreciate it ^^

mana leh mamam ubat

Baby la nie amat aktif di waktu siang hari. lagi-lagi bila Daddy dia letak tangan kat peyut.. amboiii.. manja nyer ngan Daddy ^^ bila Baby bergerak.. memang terasa jugaklah perut nie ditolak kuat , xper lah..janji Baby senang hati kan =) then, bila ada kelapangan, vee akan isi masa dengan membaca motivation books & Baby seolah-olah ikut baca sama sebab asyik bergerak jer bila vee membaca. bijak anak Ummi nie =)

ramai dah yang mula tanya samada vee dah scan Baby . sabarlah yer. nanti lepas raya, vee gi lah scan.  vee sebagai Ummi nyer lagilah x sabar nak tahu kan ^^


Thursday, August 11, 2011

owh.. you baru pregnant kerr????

Assallammualaikum wbt

terasa lama x update sini. anyway alhamdulillah kerana berjaya menjalankan ibadah puasa dengan x meninggalkan puasa walau sehari ~~yeay~~ baby memang hebat ^^

vee rasa geram + pelik sangat la dengan orang sekeliling nie. masa vee gi shopping harini, vee dah already memakai baju maternity & jelas menunjukkan yang vee nia berbadan dua. then boleh pulak orang-orang kat kedai tue xperasan yang vee peknen & bila vee gitau "actually.. i'm pregnant.. muat ker nak pakai baju macam nie?" then boleh lak diorang jawab " owh.. you baru pregnant ker?" haisshhh.. ada nampak macam baru pregnant ker vee nie???  kang kalau vee jawab vee dah pregnant 6 bulan kang.. mau terkejut nie.. xkan x perasan perut vee yang comel nie ?? =/

itu ok lagi.. tapi bila jumpa Auntie kat tempat shopping tadi, dia pun x realize yang anak buah dia nie pregnant. hurmmmmm... kesian lah kat vee nie yer.. no wonder masa naik tren aritu, orang macam buat xtau jer kat vee.. x bagi vee duduk =( (sangat kejam ok) nasib ada Mr hubby yang sentiasa memeluk pinggang vee supaya selesa.


nah.. ambil my latest pic nie.. wajah seorang gadis yang pregnant 6 bulan ^^ dengan Sofeya yang makin notti + mengada-ngada heheehe memang mengada pun.. dah banyak akal sampai x terrrlayan =P 

anyway my Precious Baby nie makin aktif sangat-sangat.. bila lepas berbuka , duk main-main dalam tummy ^^ so sweet my Baby. ^^  ingat lepas raya nie nak scan Baby ... hope boleh nampak lah yer =)

owh yer.. jangan lupa melawat blogshop Zunnur Ain Collection tau.. ada koleksi baru yang sangat menarik & murah-murah ^^

Saturday, August 6, 2011

Check up 6 Bulan ^^

assallammualaikum wbt

khamis lepas vee dah pun gi check up my Baby yang dah pun mencecah 24 minggu aka 6 bulan ^^ ~~alhamdulillah~~

Baby masa buat ultrasound, sangat aktif. abes ditendangnya bila nurse duk gerak-gerakkan ultrasound tue =) sajer la nak usik nurse tue. then vee kena injection tetanus aka kancing gigi .part nie yang lemah sebenarnya sebab dari kecik lagi vee x suka kena jarum =( tapi demi Baby, vee sanggup & redha ^^

masa tunggu turn untuk injection, vee tanya sue, sakit ker masa kena inject tue? ishhh.. sah-sah lah sue jawab sakit, lagi-lagi masa tengok raut muka dia masa kena inject.. ngade betul... lagi seriau vee dibuatnyer.

nasiblah masa vee menunggu tue, ada sorang girl tengah dukung baby dia yang sangat comel & putih melepak tue ^^ ada gak kawan nak borak & boleh tahan ramah orangnya ^^

bila turn vee kena, nurse bagitau yang vee akan kena injection yue lagi bila kandungan masuk 7 bulan. T_T then masa kena inject, vee pejam mata & laaahhhhhh... x sakit pun!!!! ada gak yang kena cubit nie.. siyes x sakit.. cuma lepas 5 minit, terasa berdenyut-denyut jer ....

anyway.. sekarang nie dah 6 bulan kan.. lagi 3 bulan lebih vee akan deliver my precious Baby ^^ excitednya!!!! dah la sebelum bangun sahur, vee mimpi Baby yang sangat comel =)

Wednesday, August 3, 2011

Excited ^^

assallammualaikum wbt

me & Mr Hubby

x sabar nak tunggu khamis nie aka esok lah sebab check up untuk 6 bulan ~~yeah~~

Baby pun sangat aktif , asyik main jer dalam peyut Ummi nie ^^

bila dah asyik main, vee pun geli-gelikan peyut , nak main sekali dengan Baby =)

Mr hubby lak suka letak telinga kat peyut pas tu senyum sorang-sorang, bila vee tanya dengar bunyi apa

Mr Hubby leh senyum & jawab " rahsia.. nie antara Daddy dengan Baby"

allaaaaaa.... menci tau... jeles =(

tahniah untuk Baby sebab boleh ikut Ummi puasa sekali. baguslah anak Ummi nie =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...