Showing posts with label isteri. Show all posts
Showing posts with label isteri. Show all posts

Friday, August 19, 2011

Ingatan Buat Seorang Isteri

“Hai anakku, kini engkau kan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenal dan berkawan pula dengan orang yang belum engkau kenali. Itulah suamimu.”



Jadilah engkau tanah bagai suamimu (taati perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan pelbagai kesukaran karena itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu.

Janganlah engkau terlampau menjauhinya, agar ia tidak melupaimu. Sekiranya dia menjauhimu, maka jauhilah dia dengan baik. Peliharalah suamimu itu dengan baik.

Jagalah mata, hidung dan anggotanya yang lain.
Janganlah kiranya suamimu itu akan mencium sesuatu darimu melainkan yang harum. Jangan pula dia mendengar sesuatu darimu melainkan yang enak dan janganlah dia melihatkan melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

credit: Pakar Cinta 


“Apabila seorang perempuan mencuci pakaian suaminya, maka Allah mencatat baginya seribu kebaikan dan mengampuni dua ribu kesalahan dosanya, bahkan segala sesuatu yang disinari oleh matahari memohon ampun baginya serta Allah mengangkat seribu darjat baginya.”

“Wahai Fatimah, setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit antara dirinya dengan api neraka. Jarak antara parit itu ialah sejauh bumi dangan langit.”

“Wahai Fatimah, setiap wanita yang berair matanya ketika memotong bawang untuk menyediakan makanan keluarganya, Allah akan mencatat untuknya pemberian sebanyak yang diberi kepada mereka yang menangis kerana takutkan Allah.”

xoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxo


sebagai seorang isteri, banyak lagi yang vee perlu belajar & berusaha untuk menjadi isteri yang menyenangkan hati suami. apa yang ada sekarang, apa yang vee lakukan sekarang masih belum lagi memenuhi kriteria isteri-isteri solehah. semoga vee berpeluang untuk menjadi isteri solehah & ibu mithali.

Monday, March 14, 2011

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Sayang xoxoxo

.

Syg masih ingat pada tarikh yang sama pada hari ini setahun yang lepas, kita berada di Masjid al- Ihsan , berkumpul bersama keluarga & saudara-mara, Syg lengkap berbaju Melayu berwarna ungu pilihan Syg & vee yang ayu dalam busana ungu hanya mampu mengukir senyuman walaupun dalam hati penuh resah selagi lafaz nikah belum sempurna. 


namun kita semua tersenyum lega bila lafaz berjaya dilafazkan dengan izin Allah swt, bersyukur sangat kerana kita disatukan di dalam Rumah Allah swt dengan restu seluruh ahli keluarga. keindahan mula menular dalam jiwa ketika sayang menunaikan tanggungjawab Syg dengan Allah swt terlebih dahulu dengan solat sunat syukur sebelum menunaikan tanggungjawab Syg yang pertama sebagai seorang suami. Kisah Cinta 14 Mac


di pelamin indah itu kita diraikan ^^

sebahagian daripada keluarga vee

sebahagian daripada ahli keluarga Mr Hubby
kita diraikan dengan penuh meriah oleh seluruh ahli keluarga, saudara-mara dekat & jauh (orang Sabah pun datang tau ^^) sahabat handai & ramai lagi. mereka berkongsi hari bahagia kita dengan penuh perasaan indah ^^




setahun kita bersama, saling mengenali dengan lebih mendalam, berkongsi rasa indah & diserikan dengan sedikit rasa pahit & perit yang semakin mengeratkan hubungan kita. Berkongsi rasa sedih pula tatkala hasil cinta kita terlebih dahulu bertemu  Maha Pencipta, menjadikan kita semakin erat & saling memahami.

semoga hubungan kita terus kekal hingga ke Syurga Ilahi & tangan kita terus menggenggam erat walaupun apa yang bakal terjadi nanti.


Selamat Ulangtahun Perkahwinan Sayang ^^


semoga tahun depan kita akan sambut Ulangtahun kita dengan kehadiran si kecil , hasil cinta hati kita ^^ amin...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...