Showing posts with label pertunangan. Show all posts
Showing posts with label pertunangan. Show all posts

Wednesday, July 27, 2011

Story of my Engagement Day 2 ~~5 July 2009~~

assallammualaikum wbt


satu kesah lucu sebelum vee teruskan dengan Majlis Pertunangan vee dulu ialah, sehari sebelum majlis, semua orang sangatlah busy sampai ke tengah malam menyiapkan segala persiapan.  untuk makanan, my parent decide untuk gotong-royong beramai-ramai & jutaan terima kasih untuk my parent & jiran-jiran yang datang membantu, dah macam kenduri dah rasanya. paling x sangka, my dad sponsor dua buah khemah besar untuk menyambut pihak yang bertandang. siyes vee terkejut. tapi nak buat macammana kan.. vee kan anak perempuan sorang hehehehe mestilah habis-habisan =p

disebabkan terlalu penat & sibuk, selesai jer buat kerja, vee terus terrrtidur tanpa mengingati apa-apa sampailah vee menerima panggilan daripada Mr Hubby

"hello.. Sayang da tido ker?"
"errr..ermmm..naper? x tido lagi ker?"
"nak tido tapi rasanya ada orang macam terlupa sesuatu"
"ermm? vee ker? apa dia?"
"xperlah.. dah lupa kannn.. nak buat macammana...ermmm"

vee senyap jap & berfikir..apa dia yer... ehhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!

"ala Sayang.. lupa sangat, sorry!! Selamat Hari Jadi Sayang^^"
"langsung x ingatkannnn... nak buat camner..."
"ala..sorry sangat-sangat. nanti kita celebrate yer.. "
"xperlah, gi tido, dah agak dah Sayang lupa"
"sorry Sayang... Happy Birthday & Love You"

haaa... x pasal-pasal vee lupa besday Mr Hubby sampai tuan empunya yang call =p hehehehe tahun lepas = 2008, sempat gak lah vee celebrate besday Mr Hubby dengan Mr Zx. itupun vee x wish kat phone, depan mata jer, orang lain yang duk wish Mr Hubby macam-macam =p

ok, sambung balik tentang Majlis Pertunangan Vee & Mr Hubby yer. Majlis bermula selepas Zohor & vee mula bersiap jam 12.30. make up by myself & photographer of the day adalah Fendi, my kazen from Sabah ^^

jiran-jiran yang terus membantu  berusaha menyiapkan segala persiapan ^^

adik ipar yang membantu vee
wajah hasil sentuhan sendiri

rombongan pihak bertandang


nampak x khemah biru tu? Abah yang pilih color tue
nampak x pakwe berkemeja gelap tue? dilarang masuk rumah yer..
Majlis pun bermula.. vee masa nie kat dalam bilik
salam buat bakal ibu mertua
ciuman kasih daripada mama

cincin yang menjadikan vee tunang kepada Mr Hubby



sesi bergambar dengan keluarga

tetamu mula menjamu selera


kat sini Mr Hubby menanti keizinan untuk masuk selepas majlis =p
my photographer ~Fendi~
adik ipar ~~rafiza~~
finally Mr Hubby dapat masuk ^^

 sebahagian daripada duit hantaran daripada pihak lelaki
semasa majlis dijalankan, tempoh tali pertunangan kami diputuskan hanya setahun sahaja. masa tue kitorang dah decide nak buat 6 June 2010 tapi jodoh yang ditentukan Allah lebih cepat, kami akhirnya disatukan lebih awal , 8 bulan selepas majlis iaitu 14 Mac 2010.

so, inilah hasil perjalanan majlis yang dibuat dengan rushing dalam masa seminggu hehehe simple jer kan tapi yang penting segalanya berjalan lancar ^^



story of my Engagement day ~~5 July 09~~


vee baru perasan yang vee x pernah buat entry berkenaan dengan Majlis Pertunangan vee & Mr Hubby. so let's start with..

my preparation for my engagement day memang rushing sebabnya semasa Majlis Merisik, kedua orang tua kami memutuskan untuk mengadakan Majlis Pertunangan seminggu kemudian iaitu pada 5 Julai 2009, bersamaan dengan tarikh ulangtahun kelahiran Mr Hubby.

keputusan dibuat sebegitu kerana dua minggu berturut-turut selepas Majlis Pertunangan, Majlis Perkahwinan adik vee pulak yang akan berlangsung. so segala persiapan untuk Majlis Pertunangan memang agak rushing & vee kena fikir untuk hantaran dalam masa seminggu sahaja. memang ada yang menawarkan diri untuk membantu vee membuat hantaran tetapi vee lebih suka hasil hantaran itu daripada tangan vee sendiri sebab khas buat bakal suami yang tercinta ^^

vee memilih konsep hijau untuk hantaran & pihak lelaki memilih warna ungu untuk hantaran. vee, Mr Hubby & mama turun ke KL untuk shopping kain untuk Majlis Nikah & beberapa barangan untuk hantaran. disebabkan tarikh majlis tue 5hb 7, so jumlah hantaran juga 5 dulang berbalas 7 dulang.

pada awalnya vee berminat nak memilih warna putih or cream untuk Majlis Nikah kami tapi Mr Hubby request warna ungu. nak tak nak, ikutkan ajer kehendak Mr Hubby kannn..  ikutkan hati vee, nak jer pilih cream & pink hehehe

masa vee buat hantaran tue, memang perah otak jugalah, mujur mama banyak tolong vee dari segi idea & juga peralatan untuk buat hantaran . best kan dapat mak mertua yang sporting macam mama. hehehe alhamdulillah

so, dalam entry nie, vee upload jer dulu hantaran-hantaran daripada pihak vee & juga pihak lelaki.

Sirih Junjung sebagai pembuka bicara daripada pihak lelaki

Cincin Tunang sebagai pengikat kasih
Jam Tangan Guess Collection (GC) ~~actually nie suprise from Mr Hubby~~

Sejadah & Telekung

kain untuk busana hari Pernikahan

pemanis mulut

chocolate cake & blueberry cheese tart yg yummy

sekarang nie hantaran daripada pihak vee pula yer

Sirih berbalas daripada pihak perempuan

bunga rampai merbak harum

pemanis mulut..actually tepi tue penuh dengan coklat cadbury

kain untuk hari pernikahan

towel with Fiance's name

Kek Tunang & Harijadi


pemanis mulut

sejadah lak terlupa nak snap.. hehehe
segala perjalanan majlis akan disambung pada entry lain yer .

tata

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...