Saturday, May 21, 2016

Anybody home??? Yuhuuuuu

Assallammualaikum wbt

Adoiiii... penuhnya sawang hihihihi nampaknya semakin bertambah bilangan ahli keluarga, semakin daku x ada masa hahahaha

Sebenarnya nak membebel dalam wechat tapi wechat xleh nak terima bebelan yang panjang..terpaksalah daku menginstall semula blogger apps nie .

Apa-apa pun...  publishkan je entri nie dulu sebagai tanda pembuka bicara :)

Sunday, March 8, 2015

Haikal's Outdoor Playgroup ~~update~~

Assallammualaikum wbt ^___^

Alhamdulillah , akhirnya Medina dapat jugak join Haikal's Outdoor Play Group anjuran Adlil Rajiah. Actually dah register masa awal tahun lagi tapi Vee tunda tarikh ke bulan Februari sebab nak selesaikan urusan Mak & Mama yang nak pergi umrah.


Jom layan gambar-gambar sepanjang xtvt dijalankan :)






























Thursday, February 26, 2015

Al-kisah awal 2015

Assallammualaikum wbt :)

Bila jengah blog jer, mesti rasa bersalah T_____T

Sebabnya terlalu banyak cerita yang ingin dicoretkan tapi asyik xde kesempatan jer. Vee coretkan seringkas yang boleh lah ye

Baru-baru nie, Vee, Mr Hubby & anak-anak bercuti ke Port Dickson sebab dah berjanji dengan Medina yang percutian nie adalah hadiah untuk dia. Hadiah sebab dah pandai poo poo sendiri di bilik air & dah pandai macam-macam ^______^



sehari sebelum ke Port Dickson.. Medina join Haikal's Outdoor Play Group by Adlil Rajiah. Memang Vee saje nak Medina join aktiviti sebegini demi membantu perkembangan Medina dengan suasana baru.



Alhamdulillah.. Baru-baru nie, kitorang ke Rengit, Batu Pahat sebab makcik kawen :) Bila dah ada majlis kawen, dah tentu ramai keluarga yang datang. Jadi, kitorang memilih untuk menginap di Homestay Tok Ayah . 


Memang highly recommended sebab murah dan sangat berbaloi!!! Bayangkan dalam 1 bilik tu, ada 1 katil queen & 1 katil single, siap bilik air , astro , aircond & ruang yang luas. Selain tu diorang ada bilik khas untuk pantry, lengkap dengan peti ais, mesin basuh, dapur gas dan bahan-bahan memasak! Kitorang balik tanpa bawa baju kotor!!! Hehehe sebab memang lepas subuh je, Vee terus campak jer baju dalam mesin basuh :) 

Lepas tue, kejut anak-anak jalan-jalan sekitar homestay untuk hirup udara kampung yang nyaman , sambil-sambil bagi ikan puyu makan kat dalam parit tu hehehe mana nak dapat pengalaman macam nie kalau bukan kat kampung.. Ye dak?

Cukuplah setakat nie Vee bercerita. Ada masa.. Vee post lagi tau ^____^ 

Saturday, February 7, 2015

Homeschooling Jan'15 - Mac '15

Assallammualaikum wbt :)

Homeschooling Medina dah pun bermula awal January aritu.. tapi agak ke laut jugak lah sebab sibuk buat Moving Out Sales Butik. Kedai tu dah selamat dijual ~alhamdulillah~~

Vee awal-awal lagi dah letak target untuk Medina. Dalam masa 3 bulan nie, Vee target yg Medina mampu untuk

1- Kenal abjad A-Z 
2- Tahu mengira & Kenal Nombor
3- Hafal doa-doa harian
4- Faham beberapa asas Bahasa Inggeris
5- Hafal huruf Alif-Ya
6-Free Pampers

7- Mandi sendiri

Alhamdulillah walaupun Vee on off mengajar Medina, nampaknya perkembangan Medina memang memberangsangkan ( ini adalah pada diri Vee.. jangan bandingkan dengan orang lain ye)

1- Medina dah kenal Abjad A B C D E F G H I ..M N O P T U Z ( yg lain x kenal sangat sebab x sempat ajar huhuhu)

2- Medina dah boleh mandi sendiri.. tapi memang lama gila kalau dibiarkan, abes sabun dipicitnya hahaha

3- Medina dah tahu mengira ~alhamdulillah~ dan paling best, dah kenal nombor 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0.. iPhone Abi yang guna password nombor, dengan selamba Medina boleh unlock ~~yippie~~


4- Setakat nie doa yang Medina betul-betul hafal sepenuhnya ialah Doa Makan. Surah al-Fatihah masih kurang lancar.


5- X hafal sepenuhnya lagi huruf Alif- Ya  huhuhu


6- Siang hari walaupun tidur @ keluar berjalan.. Medina memang x pakai pampers hehehehe cuma tidur malam je pakai pampers. Ingat lepas nie, memang nak kena ajar jugak


Sekarang nie Vee & Mr Hubby baru mulakan sistem "reward" khas untuk Medina. Kitorang cabar Medina, kalau berjaya poo poo dekat tandas tanpa pampers.. kitorang bawa bercuti :)

Alhamdulillah minggu lepas Medina berjaya buktikan yang dia berjaya!!! So kitorang terus booking Hotel kat PD sebab dah janji nak pergi berenang hehehe

Elena??? SubhanAllah... she is really smart girl!!! Masa Vee minta Elaine baca doa makan, Elena yang menyahut " Awwah..ma.." soooo adorable kannn hehehe

Then, aritu kitorang saje jer usik Elena tentang huruf . Tanya dia " Elena.. mana huruf A?" Terus dia tunjuk A dengan mudah :) Vee perasan gak bila Vee nyanyi lagu ABC dengan Medina, Elena akan menyanyi sambil berjoget ikut hafal sekali.

Seriously Vee rasa perkembangan Elena sangat laju berbanding kakak dia. Then Elena more to Auditory person... like kakak Sofeya!!! Medina more to Vision Person!!

Pantang dengar lagu, abes berjoget-joget sambil mulut riuh ikut nyanyi. Contoh bila Vee pasang lagu "Lompat si Katak Lompat" Elena akan berjoget macam nak melompat sambil mulut nyanyi " Pat.. tak.. pat" :)

Kalau lagu twinkle-twinkle little star tu toksah cakap lah. Vee nyanyi "twinkle-twinkle little...." Elena akan sambung "Starr....." sambil kembang-kembangkan jari ke atas hahahaha

Kalau Medina dulu, jangan harap nak menyanyi atau menari. x minat langsung hehehe berbeza dengan Elena yang pantang dengar bunyi @ lagu.. terus tergoyang-goyang badan hahaha ikut sapeeee lahhhhh Elena nie =p

Anyway, Vee harap Vee lebih berdisiplin dalam mengajar & mendidik anak-anak terutama homeschooling nie. Yelah.. bila diri sendiri jadi Cikgu.. alamatnya, faham-faham sendiri lah ye hehehe

Gambar??? alaaa.. x rajin nak letak watermark =p Vee banyak upload kat instagram je.

Oh ya.. Vee dah pun bawa Medina join Haikal Outdoor Play Group anjuran Adlil Rajiah ^___^ Kalau Vee rajin, Vee update ye hahahaha

Wednesday, December 24, 2014

Sedikit coretan hujung tahun 2014

Assallammualaikum wbt :)

lama dah x update blog nie. Almaklumlah bila dah ada dua orang anak dara nie.. lagi-lagi bila Melissa dah laju je berjalan.. memang xleh nak hadap sangat la blog nie.

Alhamdulillah Medina & Melissa dah pun bertambah usia iaitu Medina 3 tahun & Melissa 1 tahun ^___^  nasib la jadi baby akhir tahun kan.. mudaaaaa sentiasa dari orang lain hahaha

Alhamdulillah .. tahun nie dapat juga meraikan sambutan hari jadi anak-anak dara nie dengan  sederhana.. dan yang penting anak-anak gembira.

Tema pada awalnya Vee nak buat tema Hello Kitty tapi Medina merengek nak kek Frozen gak.. so nampaknya ikutkan aje lah kehendak anak dara nie. Dan dalam masa yang sama, Vee usahakan jugak baju dress 100% handmade by Me ;)

Sebenarnya banyak perkara yang Vee teringin nak kongsikan tapi agak terbatas terutama dari segi masa.

So.. ikutkan tahun 2015, umur Medina dikira 4 tahun walaupun sebenarnya Medina baaruu je menjejakkan angka 3 tahun. Jadi.. dah tentu-tentu ramai yang hantar anak sebaya Medina ke playschool .

Medina? Buat masa nie Vee & Mr Hubby  belum merasakan Medina sesuai untuk dihantar ke playschool.

1- sebab x de intention nak bagi Medina berdikari & berkawan dengan orang lain selain sepupu dan kenalan rapat hehehe

2- Mr Hubby & Vee ada perancangan lain untuk Medina & Melissa

Vee & Mr Hubby plan nak homeschooling Medina & Melissa je buat masa nie.

So, Vee pun ada juga buat sedikit ulangkaji tentang homeschooling nie. Yelah.. Vee kan surirumah je hehehe so baik Vee yang mengajar anak-anak.

Tengok dulu macammana prestasi & perkembangan Medina.. target Vee bila homeschooling nie, biarlah Medina

1-kenal & menulis semua abjad A-Z, nombor 1-100 , huruf Alif-Ya

----> buat masa nie Medina dah kenal huruf ABC ,no 1, boleh menulis bulatan tapi kecik la

2- boleh menulis  nama sendiri dan ahli keluarga, boleh mengeja suku kata

3- dapat bertutur  dengan lancar & x pelat.

-----> Medina boleh bercakap dengan lancar & faham arahan yang banyak.. cuma kadang-kadang masih kedengaran pelat dan tergagap bila nak sebut perkataan yang baru

4- boleh mengira

-----> Medina dah mula tahu mengira

5- Baca & hafal doa-doa asas

----> setakat nie, Medina dah boleh baca Al-Fatihah , Ayatul Qursi & Doa Makan.. tapi kita yang kena baca awal dan Medina sambung yang akhir

6- Dapat memahami dan bertutur dalam Bahasa Inggeris

7- tahu Bahasa Arab yang asas. 

---> Part yang nie, Vee sendiri kena banyak study dulu baru boleh ajar Medina sebab Vee x ada basic Bahasa Arab..

Ruang untuk Medina belajar dah Vee sediakan iaitu bilik kecil kat rumah nie. InshaAllah bila dah ada rumah sendiri nanti barulah ruang belajar Medina lebih besar & selesa ^__^

Vee dah pun mula homeschooling Medina.. alhamdulillah ada perkembangan yang memberangsangkan.. cuma banyak perkara lagi yang perlu Vee perbaiki & pelajari sebab menjadi seorang guru kepada anak sendiri nie, memang sangat mencabar & seringkali menguji kesabaran hahahaha siapa yang pernah berada di situasi Vee memang akan memahami perasaan nie =p

Buat masa nie, Vee x sem[at nak share gambar-gambar sebab xde masa nak letak watermark . Tengoklah kalau rajin ye.. biasa Vee share kat instagram & FB je =)



Thursday, November 13, 2014

November

assallammualaikum wbt =)

Alhamdulillah bulan November dah pun menjengah dan November adalah bulan kesayangan Vee selepas bulan Mac ^____^

Sebabnya Tuan Puteri Elaine Medina & Tuan Puteri Elena Melissa kan dilahirkan pada bulan November dengan jarak cuma 6 hari jer heehehehehehe

Kali nie Vee & Mr Hubby dah rancang untuk mengadakan sambutan Majlis Hari Jadi Medina & Melissa sebab Medina dah pun kenal apa itu kek , malahan dah practice menyanyi & tiup lilin lagi ..amboii!!

Tema asal Vee ingat nak buat tema Hello Kitty atau Frozen tapi sebab Darwisy pun join sama, so tema cacamarba je lah hehehe

Oh ya , Melissa dah pandai jalannnn okehh hehehe alhamdulillah. Usia 10 bulan dah boleh jalan, memang lebih cepat berbanding kakak Medina ^__^ tapi memang lagi lasakkkk dari Medina uwaaa

Friday, October 10, 2014

Rutin Tidur

Assallammualaikum wbt ^__^

Rasanya banyak juga ibu-ibu yang jadi burung hantu sebab terpaksa melayan anak-anak yang terbangun tengah-tengah malam... Vee tengok pun rasa kesian sebab nampak letih.

Vee bersyukur sangat sebab Vee memang xde masalah tentang waktu tidur anak-anak. Dari Medina sampai ke Melissa.. diorang memang rileks jer tido malam.. xder nak bangun jam 2-3 pagi untuk bermain hehehe

Ramai gak yang bertanya macam mana Vee train cara tido diorang. Mudah jer.. dari Vee pantang lagi, Vee akan tidur sama-sama bila baby tidur, tapi biasalah time pantang bukannya boleh buat kerja pun kan, so makan tidur susukan anak je lah =p

Rutin harian Medina & sekarang nie Melissa biasanya ..

6.30am : Vee bangun Subuh, Melissa akan bangun sekali & merengek nak ikut.. so letak je Melissa kat sejadah masa solat, xpun bagi kt Abi dia, jagakan kejap

Lepas solat, biasanya Vee memang x sambung tidur, sebab nanti rezeki lari hehehe letak Melissa kat ruang tamu, bagi la apa-apa mainan.. Vee g basuh baju kejap.

10.00 am : Melissa lepas mandi biasanya akan merengek nak menyusu & nak tidur.. so bawa masuk bilik....x lama kemudia terus tidur. baru leh sambung buat kerja

11.00 am : Melissa bangun

3.00 pm : biasanya Melissa tidur balik sebab dah penat main. Biasanya time nie pun Medina join tidur sekali

4.00 pm : bangun

8.00 pm : lepas Maghrib Melissa akan merengek nak tidur, so layan menyusu kejap & Melissa akan tidur sampai esok Subuh :) rasanya x pernah lagi la Melissa bangun untuk bermain... kecuali tetiba Melissa poo poo.. lepas basuh bagi susu, Melissa mesti tidur balik heheeh

petua??? Vee dah tetapkan waktu tidur diorang & memang akan tutup semua lampu & pintu supaya bilik jadi gelap. Selalunya Vee pasang surah al-Fatihah & al-Baqarah supaya lebih tenang. So memang budak-budak nie akan tidur nyenyak sampai pagi ^__^

Medina pun sama gak.. cuma waktu siang susah sikit lah nak suruh tidur. Tapi waktu malam.. paling lewat pun pukul 9.30 pm dah masuk tidur dah .

Harapnya sedikit sebanyak membantu ibu-ibu yang terpaksa berjaga malam sebab anak terbangun pada waktu yang semua orang patut tidur hehehe

Tuesday, September 16, 2014

Medina & Melissa

assallammualaikum wbt

Lama x share perkembangan 2 Puteri Hati Vee tue hehehehe lagi-lagi dak tecik Melissa. Cian dia nanti bila baca blog Ummi xbanyak entry pasal Melissa ~sorryyyy.. Ummi busy la Dear~

Alhamdulillah 18hb September nie genaplah Melissa 10 bulan & 24hb September, Medina lak genap 2 tahun 10 bulan ^____^ sekejap jer kan dah besorrrr.

Mesti yang heran kenapa Vee dah ubah nama panggilan anak-anak dara tu.. nanti Vee bagitau.


Melissa

1- Perkembangan sangat laju & menakjubkan.
2- dah pandai berdiri sendiri
3- mulut macam bertih jagung, pandai membebel bila kakak usik dia
4- yang lucunya, gigi x tumbuh lagi hahahaha
5- pandai marah bila barang kat tangan kena rampas (biasanya kakak la punya kerja)
6- makin lama..makinnnn gerammmm sebab comel sangat hahahhaa
7- berat x naik sangat tapi pipi maintain bambam
8- ada lesung pipit kedua-dua belah pipi ^___^
9- dah pandai mengajuk cakap orang & faham
10- nangis sedu-sedan bila kena marah hahahah

Medina

1- semakin sayang adik
2- sangat bijak bila bercakap, contohnya "mimiee.. mie majuk ke...." "mieee buat apaaa tuuuu" " miemieee.. Elaine lapar la....nak nacik je" nampak tu?? dah bijak susun ayat sampai ada orang tanya Vee " eh.. berapa umur dia?"
3- dah pandai kencing kat bilik air.. yeahhhhhhhh!!! maksudnya Medina dah xpakai pampers bila duduk kat rumah. nak jalan & nak tidur jer baru Vee pakaikan pampers =) Oh ya.. Vee x ambik masa yang lama untuk ajar Medina x pakai pampers sebab Medina dah faham apa yang kitorang cakap ~alhamdulillah~
4- suka nanges kuat-kuat & xnak dengar cakap bila kena marah . terus-terang memang Vee garang sedikit tapi adalah cerita yang menyebabkan Vee menyesal sebab marah Medina, buat Vee tekad ubah cara Vee & alhamdulillah Medina jadi lembut , senyum & mendengar kata... mudah-mudahan Medina x ingat saat-saat Vee marah dia huhuhuhuhu
5- dah mula belajar Iqra'. Biar Medina belajar sedikit demi sedikit.. Iqra' Vee serahkan mil untuk ajar. Vee fokus mengajar membaca rumi
6- Dah pandai lipat baju hoyehhh hehehehehe x banyak pun Medina lipat.. dah lipat 5 helai, terus mood main. Jadilah kannnn
7- Suka puji Ummi cantik hahahaha
8- Dah pandai minta maaf bila buat salah
9- sedang berusaha untuk mengayuh basikal. Yang nie memang lambat sedikit sebab Vee jarang sangat ajar Medina naik basikal.
10- Peminat Hello Kitty, Frozen & Upin Ipin no 1
11- DAH PANDAI BACA AL-FATIHAH & AYAT KURSI ~~alhamdulillah~~ semua tue berkat Abi yang selalu baca sebelum tidur.


Friday, September 5, 2014

Perjalanan Diet

Assallammualaikum wbt ^____^


(Huwaaaaa.. raya dh abes)

Rasanya masih sempat lagi untuk Vee ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga muslim & muslimat seluruh dunia . Vee mohon maaf sekiranya ada terkasar dalam berbicara samada secara zahir mahupun tulisan.

Macam yang dah Vee janjikan dalam entry yang lepas. Vee kan kongsikan Perjalanan Diet Vee .

Ramai yang dah tau Vee target berat 50kg sejak belum bersalin lagi =)

Alhamdulillah Vee dapat gak berat 53kg.. lagi 3kg je nak dapat 50kg masa Hari Raya Pertama =) Daaannnn dah nama pun Raya.. haruslah berat naik semula hahaha asal dapat melaram baju saiz baru time raya pertama.. ok lah kannn muehehehee

Happy sangat sebab dapat pakai baju size S.. diulangi saiz S!! hahahha jangan marah :p Nie gambar Vee dengan baju size S tue ^____^



Oh ya.. Vee masih lagi meneruskan bf Melissa. Selagi boleh sampai 2 tahun.. Vee teruskan jugak!! hehehehe Yelah... Vee kan surirumah, xde alasan la kalau x bagi bf untuk Melissa kan.

Tapi... masih ramai lagi yang tanya Vee "xpe ke diet-diet nie? kesian baby x cukup zat.. kesiannn baby" Haishhhh.. tidak nampak ka kau pipi montel Melissa itu bah? Montel lagi dari paha kau.. kasian kau nie.. tau kondem ja (hambikkkk... keluar semua slang Sabahan daku ;p)


Melissa sooooooo bam bam pipi nya sehingga digilai ramai hihihihi eleh, time Vee gemuk, bukan main lagi seronok kutuk kan "makin jumpa makin gemuk kau nie" hah!! berkata-kata sampai x peduli hati orang sentap ke tak.. dan-dan bila I is Kurus... cakap macam tu plak.. jeles ler tewww ( mak sentapppp tauu hehehe)

Lupakan.. Vee nak share Perjalanan Diet Vee ^____^

1- lepas bersalin, berat Vee terus jadi 68kg. Nie berat sehari selepas bersalin tau. So 68kg dengan ketinggian 158cm dah boleh dikategorikan sebagai Obese. Istilah sentap "Gemuk".

2- Oleh kerana Vee rajin berpantang tanpa mengelat , hari ke 44.. berat Vee jadi 62kg. Adeh.. masih terlebih berat =___="


3- Abes pantang, Vee pujuk Mr Hubby belikan Vee Phytonatal NR sebab masih x rasa kurus ;p bukan tue jer, siap Vee beli korset lagi hehehehe hasilnya berat daku menjadi 60kg. Masa nie geram gak tapi memang faham yang Vee memang susah nak dapat angka 5 =( Sebabnya??? melantak x ingat hehhee

4- Pujuk Mr Hubby lagi, bagi Vee jadi Pengedar Shaklee & Vee consume Set Penuh Slimming Shaklee. Masa nie happy sangat sebab dapat guide sepenuhnya daripada my upline, Dr Malinda ^__^ Berat pun jadi 58kg.

5- Tapi sebab terasa betapa kura-kuranya perjalanan turun berat badan nie, Vee cari macam-macam maklumat.. DANNNN.. alhamdulillah Vee jumpa maklumat tu dan akhirnya berjaya menurunkan berat badan dengan laju & berada dalam angka 5 dengan senangnya ^___^ . Raya pertama berat Vee 53kg, mungkin x cukup kurus lagi tapi Vee happy sebab sejak kawen nie, memang payah Vee nak dapat angka 5 tu..

6- dah nama pun raya kan.. so xde makna la nak jaga makan hahaha berat naik semula tapi Vee ok je sebab dah tau cara nak turun berat dengan cepat (mudah-mudahan) . So berat terkini 59kg hahahaha

Oh ya.. kali nie Vee sengaja nak cabar diri diet tanpa ambik set Shaklee ;) bukannya apa.. xmo bergantung sangat dengan suplement hihihihi tapi tengoklah macam mana.. buatnya lambat turun & xleh nak sabar... akan dipertimbangkan semula la jawabnya =p

Kali nie Vee dah tukar target, dari 50kg.. Vee nak dapatkan berat 45kg. Baru rasa batul-betul kurus. Lagipun kalau ikut BMI, berat 50kg  masih berada dalam berat ideal. xmo... Vee nak kurusss ^____^

Doakan Vee ye =)

Friday, August 22, 2014

My Diet Journey

Assallammualaikum wbt ^___^

Alhamdulillah setelah 3 bulan lebih blog nie sunyi sepi... akhirnya ada gak masa Vee menjenguk blog kesayangan nie =)

Bukannya apa.. nak cari masa nak menulis blog nie memang agak susah lebih-lebih lagi bila dah ada dua orang Puteri & juga anak-anak whatsaap yang Vee kena handle (bajet busy macam PM hehehe)

Sape sini nak tau perkembangan diet Vee Misi 50kg, angkat tangan!!! hahaha

Berat paling ringan yang Vee dapat ialah 53kg pada Hari Raya Pertama ..yeay!!





x sempat nak cerita panjang.. nanti ada masa Vee cerita hehehe

Berminat ??? whatsaap Vee 012-6498084

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...