Showing posts with label suami. Show all posts
Showing posts with label suami. Show all posts

Friday, July 6, 2012

Celebrate Harijadi & Elaine Medina 7 bulan

assallammualaikum wbt

semalam harijadi Mr Hubby tapi vee xde nak buat suprise sebab xtau nak buat / xde idea / vee xdapat nak keluar ke mana-mana . kesian Mr Hubby.. hehehe

vee just ajak Mr Hubby lunch kat Saba' Restaurant. makanan arab yang memang sedap & recommended :) itupun puas vee google malam-malam tempat yang best untuk makan.


itu je gambar yang dapat disnap semalam sebab masing-masing dah lapar hehehe Elaine yang excited bila Abi nak snap gambar dia.. :D

malam tadi vee dengan hati yang berbunga-bunga nak jugak raikan birthday Mr Hubby.. so gagahkan diri membuat Rainbow Cake :) vee buat kecil jer.. sangat comel kek tu hehehe tapi rasa memang sedap :))


oklah.. now story about my little princess.. Elaine dah pun 7 bulan :)


  1. dah mula tidur lewat.. atleast jam 11pm baru merengek nak tidur
  2. akan mengaruk dulu sebelum lelap mata.. menangis la, menjerit, membebel dengan bahasa dia.. gelak-gelak.. baru tidur
  3. sangat excited bila mandi, sekarang mandi dalam tab x dibaringkan.. dah duduk & main tepuk-tepuk air. vee kena letak mainan dalam tab, so baru boleh mandi dengan aman :) 
  4. terlalu suka dengan cermin, pantang nampak cermin, leh senyum semanis-manisnya & angkat-angkat tangan
  5. dah laju berjalan dalam walker
  6. dah rajin mengemas.. mengemas semua barang-barang atas meja jatuh ke bawah... alahaiiii
  7. bila tidur.. kadang-kadang kaki kat badan Abi, kepala kat badan Ummi... jadi huruf H .. part paling best, siap tolak-tolak kaki kat badan huhuhu
  8. bab nak pakai pampers memang mencabar.. Elaine akan bergolek-golek xnak pakai pampers
  9. dah pandai angkat tangan & badan bila nak minta dukung
  10. menangis sekuat hati bila nampak Ummi @ Abi xde depan mata
  11. suka buat orang geram.. Elaine so semangat .. buat orang lain asyik nak cuit-cuit jer..tapi Ummi x suka orang yang Ummi x kenal cuit Elaine.. xsuka!!!
  12. da mula makan banyak..
  13. boleh senyum manis & gelak comel bila time menyusu.. nampak jer "am..am" terus sengih..
  14. pandai gelengkan kepala untuk say "no no no"
  15. gigi yang tumbuh aritu.. tetiba terbantut.. acaner tu??
  16. lebih manja dengan Abi berbanding Ummi.. nampak Abi jer.. meronta-ronta nak dukung.. tapi bila Ummi xde depan mata, tau pulak mencari..
  17. banyak perkataan baru.. 
  18. suka tengok iklan .. nie yang Ummi kurang suka

Thursday, July 5, 2012

Selamat Ulangtahun Kelahiran Kekasihku..Suamiku..Abi anak-anakku..


dulu.. seorang budak lelaki yang comel nie pernah dipakaikan gaun oleh Mak Yah :) dan orang lain mesti percaya kalau kata nie budak perempuan


pertama kali saya jumpa dia.. saya terus gelar dia " Lelaki Berjaket Merah" sebab itulah jaket yang dia pakai masa pertama kali datang office :)



masa nie bulan puasa 2008.. saya suka senyuman dia :)


bukan saya seorang yang suka senyuman dia.. budak Mia pun sama.. sampai jatuh hati dengan dia :)) Mia pernah cakap "Mia nak kawen dengan abang Akim bila Mia dah besar"


tapi Mia... abang Akim Mia dah pun kawen... :)))


dan sekarang dia dah ada Elaine Medina yang sangat seiras dia :))


Elaine nak bagitau.. "Selamat Hari Jadi Abi :)) Elaine & Ummi sayang Abi sangat-sangat . Abi pun kena janji sayang Ummi & Elaine ketat-ketat tau :D "


eh.. "saya" pun nak kena ucap juga "Happy Birthday Sayang, semoga kasih sayang antara kita semakin erat & semoga hidup kita penuh dengan keberkatan & kasih sayang daripada Allah swt. "

mana "saya" tue??



ehhh.. terlebih suda :p


tahun nie , pertama kali Sayang sambut birthday sebagai Abi :)))

Friday, March 30, 2012

Menawan Hati Suami


buka macam-macam laman web nie membuatkan vee terjumpa beberapa artikel yang sangat menarik terutama CARA UNTUK MENAWAN HATI SUAMI. menarik kan ? ^_^ anyway artikel tue dalam English, so meh vee translate ke dalam bahasa yang lebih mudah di fahami even vee tahu ramai yang boleh baca in English. sajer nak improve kemahiran memahami vee nie =)

  1. Suami adalah RAJA / KETUA KELUARGA = sebagai isteri, harus mengutamakan suami terlebih dahulu sebelum anak-anak, ibu bapa.. apa lagi orang lain. 
  2. bangun awal = bangun sebelum suami bangun. pastikan sarapan disediakan & makan bersama
  3. jangan MEMBEBEL = jangan sesekali. jika suami nak keluar dengan kawan-kawan. jangan sesekali mempersoalkan secara berlebih-lebihan. jika suami lupa lakukan sesuatu, biar kita sebagai isteri yang melakukannya
  4. Sentiasa berada di rumah = pastikan kita berada di rumah bila suami balik dari kerja. jika isteri juga bekerja, pastikan balik secepat mungkin.
  5. SENYUM = sentiasa berwajah manis dengan suami supaya hati suami senang dengan isteri. lagipun suami dulu jatuh cinta pasti dengan senyuman sang isteri kan =)
  6. Penyediaan Makan Malam = harus menyediakan makan malam yang kena dengan selera suami terutama selepas seharian keluar bekerja. tahu makanan kegemaran suami
  7. benarkan Suami keluar dengan rakan-rakannya = jika suami ingin keluar berjumpa dengan rakan-rakan, benarkan. jangan tarik muka. kalau boleh, bekalkan suami makanan ringan seperti sandwich untuk rakan-rakannya
  8. minta izin = wajib meminta izin suami terutama dalam membelanjakan wang untuk perkara peribadi ; shopping
  9. Remote Control = serahkan sepenuhnya remote control kepada suami & tonton rancangan pilihannya walaupun rasa kurang senang. jika x berminat, pujuk suami dengan lembut untuk menukar rancangan kegemaranmu
  10. Taat = jangan sesekali melakukan perkara yang x disukai suami. jangan merungut atau mengeluh dengan pendapat atau permintaannya
  11. bijak melayan suami = sentiasa dalam keadaan yang menarik di depan mata suami terutama bila berdua-duaan. ikut cara & rentak suami bila bersama 
  12. bijak menjaga diri = sentiasa berhias & berbau wangi dengan suami. kemas & bijak berpakaian apabila keluar dengan suami.
  13. rajin = rajin mengemas rumah, dapur, bilik air & terutamanya bilik tidur supaya selesa. berusaha supaya rumah sentiasa bersih & berbau segar
bila baca semua nie.. aduyaiiii.. yang no 7 tue kena perbaiki lagi heheehe


Friday, April 1, 2011

C.E.M.B.U.R.U biar kena dengan tempatnya

c.e.m.b.u.r.u.

semua orang ada sifat cemburu kan.. sama ada kuat cemburu , cemburu-cemburu manja & hanya cemburu biasa-biasa jer.  sifat cemburu lazimnya ada dalam diri seseorang wanita terutamanya ..am i right?


vee akui vee memang mudah rasa cemburu lebih-lebih lagi sebelum nie. vee pernah tengok album lama Mr Hubby & vee cemburu melihat ramai kawan perempuan Mr Hubby yang bergambar dengannya. yes.. vee akui Mr Hubby memiliki rupa paras & senyuman yang mampu menarik perhatian wanita ( Mr Hubby sila jangan perasan yer :) )  so, normal lah bila ramai sangat perempuan yang suka bergambar dengan Mr Hubby & menyimpan perasaan dengan Mr Hubby.


kadang-kadang vee gelak jugak bila Mr Hubby bercerita mengenai hal lepas nya dengan pelbagai ragam kawan-kawan perempuan yang cuba mendekatinya. ooOOoo baru vee tahu yang lelaki sebenarnya pun boleh faham hint-hint bila kena ngorat (kantoiii). paling vee gelak bergolek-golek (metaforanyerrr) bila ada yang ajak Mr Hubby keluar makan & belanja lunch, Mr Hubby pun x kesah sebab kawan jer kan...  Mr Hubby bagitau masa keluar dengan that girl tue Mr Hubby order Nasi Goreng Daging Merah, terus kecoh di kalangan pelajar permpuan yang Mr Hubby suka makan Nasi Goreng Daging Merah... hehehehe lawak lah. . teringat pulak vee masa time belajar dulu, bila dah suka dengan seseorang tue, memang segala benda nak tau ..hehehe


vee faham bila seseorang perempuan dah mula menyimpan perasaan dengan seseorang lelaki, kita akan berusaha untuk rapat dengannya sebagai kawan & berusaha untuk menarik perhatiannya ^^ namun kita juga harus ingat yang cinta x boleh dipaksa sebabnya cinta yang dipaksa tak akan bawa ke mana pun.  bila cinta dah tiada, hubungan pun entah ke mana.

zaman Poli Mr Hubby

tapi vee xdelah sampai nak delete or buang gambar-gambar Mr Hubby dengan kawan-kawan dia kan.. itu semua kan roda kehidupan.. lagipun kitorang x pernah kenal antara satu sama lain pun masa tue ^^ so vee x kesah sangat lah.. then Mr Hubby pun x kesah vee simpan album-album lama vee tue, cuma sebelum kawen aritu, vee dah buang da segala "surat-surat chenta" dolu-dolu, gambar-gambar yang x sepatutnya vee simpan & yang berkaitan . dah xder kena mengena pun dengan kesah hidup kan.. buat apa nak simpan ^^

semua nak berkepit jekkk. =p

perasaan ingin tahu mengenai kesah cinta lepas masing-masing? biasalah tue, keinginan nak tahu tue memang ada, tapi past is past sebab masing-masing ada kesahnya sendiri kan =p cuma bila ada masa, vee usik gak Mr Hubby, tapi Mr Hubby lagi terer, diusiknya vee balik sampai vee rasa geram pulak hehehe kiranya hal-hal yang lepas tue just jadi bahan jenaka jer ^^

baru-baru nie adalah sahabat lama vee menghantar coklat sempena harijadi vee. memang vee hargai & Mr Hubby pun x kesah, abes jugaklah coklat tue Mr Hubby makan.. tapi bila fikir balik, ada pro & kontra bila terima hadiah daripada sahabat lama nie... vee & Mr Hubby memang x kesah pun.. even x fikir apa pun, cuma sekadar ingatan daripada seorang sahabat tapi berbeza pandangan di mata family. xper... pandangan setiap orang berlainan kan... x ada yang betul & x ada yang salah.

cemburu vee setakat nie kena dengan tempatnya (iyer... cayalah dengan vee heheehe) yelah, kalau sekadar kawan-kawan Mr Hubby mesej kat FB bertanya khabar, vee x kesah pun. cuma vee jadi kurang senang bila ada kawan yang tiba-tiba caring semacam dengan Mr Hubby.. siap tanya lagi vee nie siapa.. memang nak kena la tue kan hehehe dah terang lagi bersuluh vee nie "Permaisuri Hati Mr Hubby " .  anyway vee x serang or menyindir pun orang tue, cuma menyampuk jer dalam mesej tue hehehe bukan macam yang vee kena ,

cari vee yang mana hehehe

tapi kebanyakan kawan-kawan Mr Hubby memang sporting sebab diorang nak berkawan dengan vee even dalam FB =) macam nie baru best kan hehehe even time kitorang kawen pun diorang sanggup datang dari jauh ^^

cukup lah sampai sini dulu.. vee nie xtau lah..asyik rasa mengantuk jer... even dah cukup tido pun still ngantuk... nak cari tempat nak landing nie heheheeh kesian Mr Hubby, demam pulak harini... xpelah... baby punya pasal... kita redha yer Sayang ^^ Love You xoxoxo




p/s : cemburu tanda nya Sayang.. bila dah terlebih.. takut melayang-layang :))))

Monday, March 14, 2011

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Sayang xoxoxo

.

Syg masih ingat pada tarikh yang sama pada hari ini setahun yang lepas, kita berada di Masjid al- Ihsan , berkumpul bersama keluarga & saudara-mara, Syg lengkap berbaju Melayu berwarna ungu pilihan Syg & vee yang ayu dalam busana ungu hanya mampu mengukir senyuman walaupun dalam hati penuh resah selagi lafaz nikah belum sempurna. 


namun kita semua tersenyum lega bila lafaz berjaya dilafazkan dengan izin Allah swt, bersyukur sangat kerana kita disatukan di dalam Rumah Allah swt dengan restu seluruh ahli keluarga. keindahan mula menular dalam jiwa ketika sayang menunaikan tanggungjawab Syg dengan Allah swt terlebih dahulu dengan solat sunat syukur sebelum menunaikan tanggungjawab Syg yang pertama sebagai seorang suami. Kisah Cinta 14 Mac


di pelamin indah itu kita diraikan ^^

sebahagian daripada keluarga vee

sebahagian daripada ahli keluarga Mr Hubby
kita diraikan dengan penuh meriah oleh seluruh ahli keluarga, saudara-mara dekat & jauh (orang Sabah pun datang tau ^^) sahabat handai & ramai lagi. mereka berkongsi hari bahagia kita dengan penuh perasaan indah ^^




setahun kita bersama, saling mengenali dengan lebih mendalam, berkongsi rasa indah & diserikan dengan sedikit rasa pahit & perit yang semakin mengeratkan hubungan kita. Berkongsi rasa sedih pula tatkala hasil cinta kita terlebih dahulu bertemu  Maha Pencipta, menjadikan kita semakin erat & saling memahami.

semoga hubungan kita terus kekal hingga ke Syurga Ilahi & tangan kita terus menggenggam erat walaupun apa yang bakal terjadi nanti.


Selamat Ulangtahun Perkahwinan Sayang ^^


semoga tahun depan kita akan sambut Ulangtahun kita dengan kehadiran si kecil , hasil cinta hati kita ^^ amin...

Wednesday, February 16, 2011

Tips Agar Suami / Kekasih x Naik Angin


ada 25 perkara yang perlu dielakkan oleh isteri daripada melakukannya ..ingat!!! kalau buat jugak.. nanti hubby merajuk...haa, saper nak pujuk... xmo..xmo..xmo..


kan dah merajuk.. ayuuukk... x tau :p
1. Memperkecil suami di hadapan orang lain antara sedar dan tidak.

ie. “hubby i tu kan kan.. siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla “
  
2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah.
ie. “hello abang ada meeting ker tu, sorry la jika nak cakap.. malam nih kita masak sardine jer .. ok tak “(aishh..ada gak yg kena gigit nie)
  
3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. 
ie. “kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu..”
   
4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah.. sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca. 
ie. “bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan..”
   
5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan si suami tak sempat baca/tengok 
ie. “eh.. kita suka la news pasal new peti ais tu.. kita dah potong simpan …”
   
6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar/supermarket esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar.
ie. “bang.. semalam kita lupa beli garam, gula beras dan susu budak …. boleh singgah tak mana mana .. please “
   
7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami. 
ie. “saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli susu pekat dan gula pasir … kan lain tu”
   
8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu
 ie. “i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? “
   
9. Mengubah barang, tempat buku atau tools! atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami.
 ie. “screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros…”(eh eh! X leh ek wat camnie..alaa.. pasni x tukar dh yer.. hehehe)
   
10. Bercakap/bersembang/berforum group facebook dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber… ber….errr.. 
ie. ” pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot ..”
    
11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami.
 ie. “malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan “
    
12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah… tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie.
 “.. oh baju-baju cantik tu jika untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang ..”
   
13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar ke mana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur.
 ie. “sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena pilih betul betul..”
   
14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan.
 ie. ” eh baju tu masih berendam dalam besen lagi.. nak pakai jugak ke baju basah tu..”
    
15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu.. 
ie. “.. eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu..”
   
16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. 
ie. “… nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun..lagi pun i nak jimatkan bil air bulan ni..”
   
17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. 
ie. “.. awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak nih..”
   
18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. 
ie. “pasukan manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan liverpool, mari tolong saya potong ayam nih..”
    
19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. 
ie. ” u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar ..then lagi u tak tak … then today.. then tadi.. u tau tak… semalam u nak tau…. bla bla bla bla.”
    
20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. ”
 i dah kata jangan kasi budak budak tu handphone, kan sekarang dah … bill bla bla bla bergayut bla bla bla bla… ini semua salah you. “
    
21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. 
ie. ” eh cik abang, awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih…betina mana pulak awak nak nih…”
   
22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain. ie.
 “.. eee u tau tak hubby i tu, malam-malam…”
    
23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan.
 ie. “.. apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor… i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore ..”
    
24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran.
 ie. “..adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak..”
   
25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah. 
ie. “.. you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali…..”
    
credit to Sini


    
hehehe bila baca semua nie.. nak kena simpan terus kat otak.. sayang hubby la katakan ^_^

Friday, November 19, 2010

Jadilah Wanita yang diimpikan Suami

semua wanita mengimpikan untuk menjadi isteri yang solehah dan ibu mithali terhadap anak-anaknya.


sekadar berkata dan memberitahu memang mudah, melaksanakannya perlukan hati yang kuat dan jiwa yang bersih (x mengungkit)

apa yang vee cuba kongsikan di sini adalah cara-cara untuk menjadi wanita idaman buat lelaki yang bergelar suami. 

yang masih x halal lagi, apply sikit2 dah ler, jangan la apply semua, nanti dah kawen, xder per yang special dah hehehehe

1- sentiasa menjaga perut / makan minum suami. 

           ini part yang paling penting sebab masakan isteri memang untuk mengikat selera suami . bagi yang x pandai masak, its ok. yang penting mesti ada usaha untuk belajar dan rajin google resepi2 yang ada. 



         vee sebelum kawen pun x berani nak masak. tapi mama always support wif minta vee masak apa-apa jer. so dari situlah vee belajar memasak lebih sedap dan yang paling penting kena expert favorite food my hubby. x la susah mana pun memasak nie.


         sebagai isteri, kenalah bangun lebih awal dari suami. sediakan sarapan , bila dah siap baru kejutkan suami. air pastikan dah terhidang dalam cawan. layan lah suami tu macam raja. barulah hubby sayang hehehe


          perkara yang dilarang; jangan masak masakan yang sama setiap hari. if xde idea nak masak apa, tanya hubby or google je la. banyak resepi yang boleh dimasak.


2- menjaga pakaian suami

           sediakan x bermaksud belikan pakaian. maksud vee, bila suami pergi mandi, kita sebagai isteri dah letakkan baju yang akan dipakai di atas tilam @ sangkutkan kat luar almari. pastikan dah siap bergosok untuk baju kerja. kalau rajin, malam tu dah gosok awal-awal.


           vee dah sediakan ruang khas untuk my hubby. cermin dan peralatan peribadi suami berasingan dengan vee supaya x berebut masa tengah bersiap-siap.  maybe ada yang cakap x mesra la x share tempat. errmm.. bagi vee memudahkan suami dan x berebut tu lebih mudah dan menyenangkan..


           baju wajib kemas dan tersusun dalam almari. memanglah kadang-kadang kita sama-sama penat bila balik kerja, sebab vee pun kadang-kadang curi tulang gak, tapi sendiri kena fikir lah.. ~grin~

3- menjaga tempat tidur suami



            pastikan bilik sentiasa kemas, bersih dan wangi. bantal & selimut x bersepah-sepah atas katil. my mum & my MIL selalu bagitau bilik tidur adalah tempat yang paling penting untuk dijaga sebab tempat beristirehat dan paling privacy (orang lain langsung xleh masuk tanpa kebenaran)


            boleh jer kita sebagai isteri nak ciptakan suasana romantik dalam bilik tidur tu. ikut kreativiti kita lah, yang penting suami senang hati.  selain tu, vee suka sediakan side table sebelah katil hubby sebab senang hubby letak h/p , cermin mata or anything when he want 2 sleep.

4- berhias & sedap mata memandang





           berhias untuk suami memang sangat penting. x semestinya kita nak kena bersolek 24 jam sehari. tanya la hubby suka kita macam mana. yang penting sebagai isteri kenalah sentiasa cantik di mata suami.


            cantik di mata suami = bau badan sentiasa segar & wangi, elakkan berpeluh di rumah. muka sentiasa segar even x bersolek, rambut kenalah kemas & kalau boleh digayakan, buatlah. baju tu kalau boleh sexy seadanya bila di rumah. xkan nak sexy 24 jam plak kan, nanti satu kerja pun x jadi :p


             masa memasak, memang kadang-kadang kita berpeluh, so selesai jer memasak, minta izin suami untuk mandi sekejap dan baru makan. sebabnya xnak lah kita nampak x kemas dan berbau masakan, biarlah lauk yang berbau masakan, bukan isteri hehehehe


            bila nak keluar lagi2 dengan suami, biarlah sedap mata memandang. sebab penampilan isteri imej bagi suami.  muka jangan macam rumah x siap pulak bila keluar, suami nak ajak dating pun segan :p atleast sapu bedak nipis & lip ice pun dah cukup. minta izin suami if nak berhias lebih2. 


ada suami memang suka bila isteri dia cantek & sejuk jer mata memandang. so, pandai2 lah nak jaga penampilan yer, 

5- bila suami menasihati, memberi teguran, jangan sesekali menjawab

             haa..yang nie memang penting. sebab dulu vee selalu menjawab hihihi dan menjadi satu pantang bagi suami bila isteri dia menjawab. so, sebagai isteri, dermakan telinga dan buka hati luas-luas bila suami tegur / nasihat kita. 


            memang kadang2 kita rasa x puas hati dan rasa kita betul, tapi sabar lah dulu. bila hubby dah habis nasihat / tegur. masa tu kita tanya "sayang, vee nak cakap sket boleh x??" if hubby bagi cakap, cakaplah dengan elok. if x bagi, xper..tunggu masa yang sesuai baru kita cakap.


             memang nampak agak susah kan.. tapi lama2 nanti ok lah. diam x bererti kalah, sesekali mengalah, x rugi apa pun


            suami tegur isteri bukan sebab benci / x sayang. sebab suami sayang lah, dia tegur isteri dia, bukan orang lain. sebab orang lain x penting di mata suami.



6- hal peribadi x perlu diketahui oleh orang lain

          kalau rasa nak merajuk ker, marah ker, geram ker.. tunggu sampai kat rumah yer.. sebab kalau kita sendiri pun kena marah depan orang, mesti rasa bengang kan. 


           dulu sebelum kawen, vee selalu merajuk. tapi bila hubby tegur sikap vee , vee faham dan realize perangai vee tu x elok. kadang-kadang terlepas gak kan tapi kena lah berusaha untuk berubah


            pantang bagi suami bila isteri mengadu domba di FB, xpatutx3. vee perasan gak ada antara teman2 yang gemar mengadu di FB . wat status2 yang pelik2 dan mendatangkan tanggapan macam2.. jangan lah macam tu. status kebahagiaan xper..tapi yang melibatkan masalah rumah tangga, elok bincang hati ke hati bersama suami. bukan di FB.


            maruah seorang suami terletak pada isteri.

7- memahami keadaan suami

             kadang-kadang sebagai isteri yang manja, memang x boleh lari dari minta hubby itu ini. hurmmm.. tapi kena tengoklah pada kemampuan suami juga. sebagai isteri, kenalah concern apa yang telah suami harus belanjakan setiap bulan, kalau boleh bantu dari segi wang ringgit, alhamdulillah. bagi yang x boleh membantu, cuba untuk memahami keadaan suami.


             suami jarang meminta isterinya menanggung perbelanjaan bulanan lebih-lebih lagi jika isterinya x bekerja. so sebagai isteri, kurangkan meminta macam-macam yer.. nanti kesian kat hubby..pening kepala nak pikir macam-macam.


8- tidak mengungkit

       erk??? hehehehe kalau boleh elakkan. walaupun dah pernah buat, lepas nie x payah la ungkit lagi yer


        bukan apa, bila dah mengungkit, suami mesti rasa bengang dan isteri pun sama. kang x pasal2 bergaduh.. bila bergaduh nie dah timbul masalah lain.. hurrmm 


       ingat seronok ker bergaduh??? memang la dalam rumah tangga tu, x semestinya aman jer.. tapi kalau boleh elak, elakkanlah yer.. letih weh gaduh nie.. letih hati, letih mental...


         so, janganlah ungkit tentang perkara2 yang kita dah sumbangkan sepanjang bersama k


9- ungkit kesah lama




         hahaha.. macam terkena hidung sendiri nie. anyway kalau sekadar gurauan ok lah..sajer nak usik-usik kan. tapi saper suka ungkit kesah lama.. bak kata pepatah, buku lama tu dah boleh recycle / campak jer jauh-jauh.. x menarik dah di mata :p




lagipun kalau isteri ungkit kesah lama, isteri gak yang sakit hati hehehe




10- pendengar yang setia


           sebagai isteri, tugas kita bukan sekadar pasangan disamping suami, juga berperanan sebagai kawan yang paling akrab.


           boleh disamakan masa kita belum kawen dulu la, kita ada kawan baik lelaki yang menjadi tempat kita meluahkan perasaan dan bertanya pendapat.


            so, bila suami ada masalah, kita jadilah pendengar yang paling setia. sebab kadang2 bila ada masalah, kita x mengharapkan orang untuk selesaikannya, cukup sekadar mendengar luahan, dah melegakan hati kita kan hehehehe


            dapat pulak isteri yang sangat suka bercerita macam vee, memang hubby kena layan je la ~wink~


11- manja


           jadilah isteri yang sangat manja dan sentiasa memanjakan suami. lelaki sebenarnya lebih manja dari perempuan tau.. hehehehe


            kalau masa bercinta boleh manja2 depan orang, teruskanlah selepas berkahwin. lebih mesra dan halal ^_^


             masa duduk depan tv or habiskan masa bersama, tanya suami "sayang, nak vee urut bahu x?" "sayang nak minum / makan apa-apa?" 




12- bincang hati ke hati

          part nie penting bagi vee dalam mengenali pasangan kita dengan lebih mendalam


          kongsi dengan suami apa yang kita sukai dan x sukai. kita pun mesti tahu apa yang suami suka dan x suka  dengan diri kita. 


          bila dah kenal hati masing2, hidup pun lebih mudah kan hehehe 

13- cemburu





          cemburu memang harus ada antara suami dan isteri. cemburu kan tandanya sayang hehehe


           cuma jangan  terlalu cemburu. sebab nanti suami rasa x selesa. vee pun kadang2 xdapat nak kawal perasaan cemburu tu.. so vee direct bagitau hubby perasaan vee. bila hubby terangkan, so baru ilang perasaan tu hehehe at least vee x serang or tunjuk perasaan vee kat orang yang vee cemburu tu :p


           bagi kawan2 hubby yang dah pun mengenali vee especially perempuan (lelaki xper), if nak minta tolong apa2 or anything, lebih elok call or bagitau vee ^_^ kan lebih manis hehehe (hahahaha :p)  terutama yang dah pun pernah jumpa & berbual dengan vee hehehe bagi kawan hubby sejak dari PUO , anda dikecualikan hehehe sebab vee xpernah jumpa ^_^ 


14-kepercayaan


          bab nie memang memerlukan isteri untuk mempercayai suami. tipulah if vee cakap kita sebagai isteri x fikir macam-macam kan tapi vee cuba ajar hati vee untuk bagi kepercayaan vee pada hubby.


        naluri isteri kan kuat. so inshaAllah kepercayaan kita dipergunakan sebaiknya oleh suami ^_^


       lagi satu, kalau kita dengar orang lain cakap yang bukan2 pasal hubby kita, jangan terus percaya. sebagai isteri, kita yang paling rapat dan kenal suami kita, so dont trust anyone ya . kadang2 orang suka tengok rumah tangga orang lain x aman, so beware!!!


15-bersyukur


       sebagai isteri, kita harus bersyukur dengan apa yang suami sediakan untuk kita. lagi kita bersyukur, lagi banyak rezeki yang kita akan dapat.


        kalau boleh elakkan merungut dengan pemberian suami. memang kadang2 terlepas tapi bila dah tau, cuba berusaha elakkan yer..


16- sentiasa bersabar


sikap nie memang penting. alhamdulillah vee dapat suami yang cukup sabar lagi2 dengan vee thehehehe :p 


sebagai isteri harus pandai kawal emosi ya. :) jangan nak membebel or bising kat suami. sebab bila dah bising, limit sabar suami pun boleh ilang ...ngeee... takooottt!!!!


kurangkan sikap merajuk yer hehehehe vee gelak sebab vee memang suka nak merajuk :p sesekali xper..selalu??? hubby pun xmo pujuk dah ngeeehehehe :p




vee rasa cukuplah dulu yer.. semua ciri-ciri tu vee yang punya idea. so, if teman2 nak tambah or kongsi pendapat dialu-alukan yer. 

if ada lagi vee nak tambah, tunggu part 2 pulak yer ^_^ apply kan apa yang ada dulu k. xoxoxo


picca:my collection & from google.com







     

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...