semua wanita mengimpikan untuk menjadi isteri yang solehah dan ibu mithali terhadap anak-anaknya.
sekadar berkata dan memberitahu memang mudah, melaksanakannya perlukan hati yang kuat dan jiwa yang bersih (x mengungkit)
apa yang vee cuba kongsikan di sini adalah cara-cara untuk menjadi wanita idaman buat lelaki yang bergelar suami.
yang masih x halal lagi, apply sikit2 dah ler, jangan la apply semua, nanti dah kawen, xder per yang special dah hehehehe
1- sentiasa menjaga perut / makan minum suami.
ini part yang paling penting sebab masakan isteri memang untuk mengikat selera suami . bagi yang x pandai masak, its ok. yang penting mesti ada usaha untuk belajar dan rajin google resepi2 yang ada.
vee sebelum kawen pun x berani nak masak. tapi mama always support wif minta vee masak apa-apa jer. so dari situlah vee belajar memasak lebih sedap dan yang paling penting kena expert favorite food my hubby. x la susah mana pun memasak nie.
sebagai isteri, kenalah bangun lebih awal dari suami. sediakan sarapan , bila dah siap baru kejutkan suami. air pastikan dah terhidang dalam cawan. layan lah suami tu macam raja. barulah hubby sayang hehehe
perkara yang dilarang; jangan masak masakan yang sama setiap hari. if xde idea nak masak apa, tanya hubby or google je la. banyak resepi yang boleh dimasak.
2- menjaga pakaian suami
sediakan x bermaksud belikan pakaian. maksud vee, bila suami pergi mandi, kita sebagai isteri dah letakkan baju yang akan dipakai di atas tilam @ sangkutkan kat luar almari. pastikan dah siap bergosok untuk baju kerja. kalau rajin, malam tu dah gosok awal-awal.
vee dah sediakan ruang khas untuk my hubby. cermin dan peralatan peribadi suami berasingan dengan vee supaya x berebut masa tengah bersiap-siap. maybe ada yang cakap x mesra la x share tempat. errmm.. bagi vee memudahkan suami dan x berebut tu lebih mudah dan menyenangkan..
baju wajib kemas dan tersusun dalam almari. memanglah kadang-kadang kita sama-sama penat bila balik kerja, sebab vee pun kadang-kadang curi tulang gak, tapi sendiri kena fikir lah.. ~grin~
3- menjaga tempat tidur suami
pastikan bilik sentiasa kemas, bersih dan wangi. bantal & selimut x bersepah-sepah atas katil. my mum & my MIL selalu bagitau bilik tidur adalah tempat yang paling penting untuk dijaga sebab tempat beristirehat dan paling privacy (orang lain langsung xleh masuk tanpa kebenaran)
boleh jer kita sebagai isteri nak ciptakan suasana romantik dalam bilik tidur tu. ikut kreativiti kita lah, yang penting suami senang hati. selain tu, vee suka sediakan side table sebelah katil hubby sebab senang hubby letak h/p , cermin mata or anything when he want 2 sleep.
4- berhias & sedap mata memandang
berhias untuk suami memang sangat penting. x semestinya kita nak kena bersolek 24 jam sehari. tanya la hubby suka kita macam mana. yang penting sebagai isteri kenalah sentiasa cantik di mata suami.
cantik di mata suami = bau badan sentiasa segar & wangi, elakkan berpeluh di rumah. muka sentiasa segar even x bersolek, rambut kenalah kemas & kalau boleh digayakan, buatlah. baju tu kalau boleh sexy seadanya bila di rumah. xkan nak sexy 24 jam plak kan, nanti satu kerja pun x jadi :p
masa memasak, memang kadang-kadang kita berpeluh, so selesai jer memasak, minta izin suami untuk mandi sekejap dan baru makan. sebabnya xnak lah kita nampak x kemas dan berbau masakan, biarlah lauk yang berbau masakan, bukan isteri hehehehe
bila nak keluar lagi2 dengan suami, biarlah sedap mata memandang. sebab penampilan isteri imej bagi suami. muka jangan macam rumah x siap pulak bila keluar, suami nak ajak dating pun segan :p atleast sapu bedak nipis & lip ice pun dah cukup. minta izin suami if nak berhias lebih2.
ada suami memang suka bila isteri dia cantek & sejuk jer mata memandang. so, pandai2 lah nak jaga penampilan yer,
5- bila suami menasihati, memberi teguran, jangan sesekali menjawab
haa..yang nie memang penting. sebab dulu vee selalu menjawab hihihi dan menjadi satu pantang bagi suami bila isteri dia menjawab. so, sebagai isteri, dermakan telinga dan buka hati luas-luas bila suami tegur / nasihat kita.
memang kadang2 kita rasa x puas hati dan rasa kita betul, tapi sabar lah dulu. bila hubby dah habis nasihat / tegur. masa tu kita tanya "sayang, vee nak cakap sket boleh x??" if hubby bagi cakap, cakaplah dengan elok. if x bagi, xper..tunggu masa yang sesuai baru kita cakap.
memang nampak agak susah kan.. tapi lama2 nanti ok lah. diam x bererti kalah, sesekali mengalah, x rugi apa pun
suami tegur isteri bukan sebab benci / x sayang. sebab suami sayang lah, dia tegur isteri dia, bukan orang lain. sebab orang lain x penting di mata suami.
6- hal peribadi x perlu diketahui oleh orang lain
kalau rasa nak merajuk ker, marah ker, geram ker.. tunggu sampai kat rumah yer.. sebab kalau kita sendiri pun kena marah depan orang, mesti rasa bengang kan.
dulu sebelum kawen, vee selalu merajuk. tapi bila hubby tegur sikap vee , vee faham dan realize perangai vee tu x elok. kadang-kadang terlepas gak kan tapi kena lah berusaha untuk berubah
pantang bagi suami bila isteri mengadu domba di FB, xpatutx3. vee perasan gak ada antara teman2 yang gemar mengadu di FB . wat status2 yang pelik2 dan mendatangkan tanggapan macam2.. jangan lah macam tu. status kebahagiaan xper..tapi yang melibatkan masalah rumah tangga, elok bincang hati ke hati bersama suami. bukan di FB.
maruah seorang suami terletak pada isteri.
7- memahami keadaan suami
kadang-kadang sebagai isteri yang manja, memang x boleh lari dari minta hubby itu ini. hurmmm.. tapi kena tengoklah pada kemampuan suami juga. sebagai isteri, kenalah concern apa yang telah suami harus belanjakan setiap bulan, kalau boleh bantu dari segi wang ringgit, alhamdulillah. bagi yang x boleh membantu, cuba untuk memahami keadaan suami.
suami jarang meminta isterinya menanggung perbelanjaan bulanan lebih-lebih lagi jika isterinya x bekerja. so sebagai isteri, kurangkan meminta macam-macam yer.. nanti kesian kat hubby..pening kepala nak pikir macam-macam.
8- tidak mengungkit
erk??? hehehehe kalau boleh elakkan. walaupun dah pernah buat, lepas nie x payah la ungkit lagi yer
bukan apa, bila dah mengungkit, suami mesti rasa bengang dan isteri pun sama. kang x pasal2 bergaduh.. bila bergaduh nie dah timbul masalah lain.. hurrmm
ingat seronok ker bergaduh??? memang la dalam rumah tangga tu, x semestinya aman jer.. tapi kalau boleh elak, elakkanlah yer.. letih weh gaduh nie.. letih hati, letih mental...
so, janganlah ungkit tentang perkara2 yang kita dah sumbangkan sepanjang bersama k
9- ungkit kesah lama
hahaha.. macam terkena hidung sendiri nie. anyway kalau sekadar gurauan ok lah..sajer nak usik-usik kan. tapi saper suka ungkit kesah lama.. bak kata pepatah, buku lama tu dah boleh recycle / campak jer jauh-jauh.. x menarik dah di mata :p
lagipun kalau isteri ungkit kesah lama, isteri gak yang sakit hati hehehe
10- pendengar yang setia
sebagai isteri, tugas kita bukan sekadar pasangan disamping suami, juga berperanan sebagai kawan yang paling akrab.
boleh disamakan masa kita belum kawen dulu la, kita ada kawan baik lelaki yang menjadi tempat kita meluahkan perasaan dan bertanya pendapat.
so, bila suami ada masalah, kita jadilah pendengar yang paling setia. sebab kadang2 bila ada masalah, kita x mengharapkan orang untuk selesaikannya, cukup sekadar mendengar luahan, dah melegakan hati kita kan hehehehe
dapat pulak isteri yang sangat suka bercerita macam vee, memang hubby kena layan je la ~wink~
11- manja
jadilah isteri yang sangat manja dan sentiasa memanjakan suami. lelaki sebenarnya lebih manja dari perempuan tau.. hehehehe
kalau masa bercinta boleh manja2 depan orang, teruskanlah selepas berkahwin. lebih mesra dan halal ^_^
masa duduk depan tv or habiskan masa bersama, tanya suami "sayang, nak vee urut bahu x?" "sayang nak minum / makan apa-apa?"
12- bincang hati ke hati
part nie penting bagi vee dalam mengenali pasangan kita dengan lebih mendalam
kongsi dengan suami apa yang kita sukai dan x sukai. kita pun mesti tahu apa yang suami suka dan x suka dengan diri kita.
bila dah kenal hati masing2, hidup pun lebih mudah kan hehehe
13- cemburu
cemburu memang harus ada antara suami dan isteri. cemburu kan tandanya sayang hehehe
cuma jangan terlalu cemburu. sebab nanti suami rasa x selesa. vee pun kadang2 xdapat nak kawal perasaan cemburu tu.. so vee direct bagitau hubby perasaan vee. bila hubby terangkan, so baru ilang perasaan tu hehehe at least vee x serang or tunjuk perasaan vee kat orang yang vee cemburu tu :p
bagi kawan2 hubby yang dah pun mengenali vee especially perempuan (lelaki xper), if nak minta tolong apa2 or anything, lebih elok call or bagitau vee ^_^ kan lebih manis hehehe (hahahaha :p) terutama yang dah pun pernah jumpa & berbual dengan vee hehehe bagi kawan hubby sejak dari PUO , anda dikecualikan hehehe sebab vee xpernah jumpa ^_^
14-kepercayaan
bab nie memang memerlukan isteri untuk mempercayai suami. tipulah if vee cakap kita sebagai isteri x fikir macam-macam kan tapi vee cuba ajar hati vee untuk bagi kepercayaan vee pada hubby.
naluri isteri kan kuat. so inshaAllah kepercayaan kita dipergunakan sebaiknya oleh suami ^_^
lagi satu, kalau kita dengar orang lain cakap yang bukan2 pasal hubby kita, jangan terus percaya. sebagai isteri, kita yang paling rapat dan kenal suami kita, so dont trust anyone ya . kadang2 orang suka tengok rumah tangga orang lain x aman, so beware!!!
15-bersyukur
sebagai isteri, kita harus bersyukur dengan apa yang suami sediakan untuk kita. lagi kita bersyukur, lagi banyak rezeki yang kita akan dapat.
kalau boleh elakkan merungut dengan pemberian suami. memang kadang2 terlepas tapi bila dah tau, cuba berusaha elakkan yer..
16- sentiasa bersabar
sikap nie memang penting. alhamdulillah vee dapat suami yang cukup sabar lagi2 dengan vee thehehehe :p
sebagai isteri harus pandai kawal emosi ya. :) jangan nak membebel or bising kat suami. sebab bila dah bising, limit sabar suami pun boleh ilang ...ngeee... takooottt!!!!
kurangkan sikap merajuk yer hehehehe vee gelak sebab vee memang suka nak merajuk :p sesekali xper..selalu??? hubby pun xmo pujuk dah ngeeehehehe :p
vee rasa cukuplah dulu yer.. semua ciri-ciri tu vee yang punya idea. so, if teman2 nak tambah or kongsi pendapat dialu-alukan yer.
if ada lagi vee nak tambah, tunggu part 2 pulak yer ^_^ apply kan apa yang ada dulu k. xoxoxo
picca:my collection & from google.com




No comments:
Post a Comment