entry kali nie agak penting buat bakal-bakal ibu sebabnya sebagai penjagaan awal untuk bakal anak kita bila dah ada tanda-tanda nie.
vee dulu memang ada tanda-tanda nie semua cuma, bila check doktor..keputusan vee -ve..
1. Mudah terasa letih / penat
bakal ibu lebih mudah merasa letih & x bersemangat. perkara ini berlaku kerana peningkatan hormon progesteron yang menyebabkan rasa mengantuk. berakhir bila dah masuk trimester kedua
2. terasa nyeri & bengkak pada payudara
Tanda awal kehamilan adalah payudara yang bengkak dan sensitif yang disebabkan oleh meningkatnya kadar hormon, biasanya terjadi seminggu setelah haid terlambat. Rasa tidak selesa akibat pembengkakan ini sama dengan gejala yang biasa kita rasakan menjelang menstruasi.
3. Mual dan muntah
Gejala mual dan muntah yang biasanya dialami dikenali sebagai morning sickness. Gejala ini muncul pada bila2 masa saja, tidak hanya di pagi hari. Pada umumnya ibu hamil baru mengalaminya sebulan setelah terjadinya pembuahan, tetapi ada juga yang merasakannya lebih cepat.
4. Pendarahan sedikit / bercak merah
Sekitar 11-12 hari setelah pembuahan, akan muncul bercak kemerahan di vagina. Pendarahan ini terjadi karena benih tertanam di lapisan rahim. Umumnya bercak berwarna merah atau agak merah jambu yang terlihat selama 1-2 hari.
5.lebih sensitif dengan sesuatu bauan
Pada trimester pertama, ibu hamil lebih sensitif terhadap aroma tertentu. Ada yang mual mencium bau masakan tertentu atau wangi perfum.
6. Sering membuang air kecil
Di bulan-bulan pertama kehamilan, ibu hamil akan lebih rajin ke toilet untuk buang air kecil. Ini terjadi kerana meningkatnya sirkulasi darah dan cairan dalam tubuh, juga tekanan pada saluran perkumuhan akibat membesarnya uterus.
7. Suhu badan naik
suhu tubuh badan naik pada awal kehamilan, seperti rasa nak demam
8. Tidak datang haid
lewat dari kebiasaan, bagi haid yang tetap, lewat 4 hari dah boleh check samada pregnant or x, bagi haid yang x teratur, tunggu 10 hari.
9. Puting/payudara lebih lembut
bakal ibu dapat merasakan bahagian tersebut lebih lembut semasa awal kehamilan, juga terasa nyeri.
10. Penggelapan areola
daerah tersebut akan sedikit gelap ataupun cerah berbanding biasa. diameternya juga membesar
11. Sembelit
susah untuk buang air besar. jangan diteran yer.. bahaya.
12. Melunaknya rahim dan leher rahim
Biasanya, terjadi sekitar usia kehamilan 2-8 minggu.
13. Tidak ada nafsu makan
Mungkin ada hubungannya dengan mual mual diatas.
14. Vaginal Discharge /Keputihan atau keluarnya cairan berlebihan dari vagina kerana pengaruh hormon
normal namun sebaiknya terus pergi ke klinik jika terjadi perubahan warna , bau dan terjadi gatal2 atau rasa "burning".
15. Insomnia
terdapat bakal2 ibu yang sukar tidur malam
16. Rahim dan perut membesar
Umumnya, bermula pada usia kehamilan 8-12 minggu.
17. Terdapat kelainan di gigi dan rongga mulut
Terdapat beberapa tanda khas kehamilan pada gigi dan rongga mulut.
18. Flu/batuk/hidung berdarah/pening/migrain
elakkan makan sebarang ubat, ini terjadi kerana daya tahan tubuh mulai berkurangan. minta hubby picit yer
19. Ujian Kehamilan
UPT, vee advise wat sendiri kat umah dulu kalau xnak sakit hati dengar jawapan doktor "keputusan air kencing awak _ve". tapi kalau masih -ve, tunggu lagi seminggu, test balik. sebab vee dulu, dah nak masuk 4 bulan, baru +ve,
20. perubahan bentuk badan
sesetengah wanita akan merasakan berat badannya naik dan ada juga yang semakin susut. masa vee dulu turun mendadak.. adik ipar vee pulak naik mendadak.. so, jangan merungut k heheehhe untuk baby, x salah pun
sesetengah wanita akan merasakan berat badannya naik dan ada juga yang semakin susut. masa vee dulu turun mendadak.. adik ipar vee pulak naik mendadak.. so, jangan merungut k heheehhe untuk baby, x salah pun
info2 nie vee dapat masa google, dan diubahsuai sedikit
picca: atuk google.com




No comments:
Post a Comment