Friday, July 6, 2012

Celebrate Harijadi & Elaine Medina 7 bulan

assallammualaikum wbt

semalam harijadi Mr Hubby tapi vee xde nak buat suprise sebab xtau nak buat / xde idea / vee xdapat nak keluar ke mana-mana . kesian Mr Hubby.. hehehe

vee just ajak Mr Hubby lunch kat Saba' Restaurant. makanan arab yang memang sedap & recommended :) itupun puas vee google malam-malam tempat yang best untuk makan.


itu je gambar yang dapat disnap semalam sebab masing-masing dah lapar hehehe Elaine yang excited bila Abi nak snap gambar dia.. :D

malam tadi vee dengan hati yang berbunga-bunga nak jugak raikan birthday Mr Hubby.. so gagahkan diri membuat Rainbow Cake :) vee buat kecil jer.. sangat comel kek tu hehehe tapi rasa memang sedap :))


oklah.. now story about my little princess.. Elaine dah pun 7 bulan :)


  1. dah mula tidur lewat.. atleast jam 11pm baru merengek nak tidur
  2. akan mengaruk dulu sebelum lelap mata.. menangis la, menjerit, membebel dengan bahasa dia.. gelak-gelak.. baru tidur
  3. sangat excited bila mandi, sekarang mandi dalam tab x dibaringkan.. dah duduk & main tepuk-tepuk air. vee kena letak mainan dalam tab, so baru boleh mandi dengan aman :) 
  4. terlalu suka dengan cermin, pantang nampak cermin, leh senyum semanis-manisnya & angkat-angkat tangan
  5. dah laju berjalan dalam walker
  6. dah rajin mengemas.. mengemas semua barang-barang atas meja jatuh ke bawah... alahaiiii
  7. bila tidur.. kadang-kadang kaki kat badan Abi, kepala kat badan Ummi... jadi huruf H .. part paling best, siap tolak-tolak kaki kat badan huhuhu
  8. bab nak pakai pampers memang mencabar.. Elaine akan bergolek-golek xnak pakai pampers
  9. dah pandai angkat tangan & badan bila nak minta dukung
  10. menangis sekuat hati bila nampak Ummi @ Abi xde depan mata
  11. suka buat orang geram.. Elaine so semangat .. buat orang lain asyik nak cuit-cuit jer..tapi Ummi x suka orang yang Ummi x kenal cuit Elaine.. xsuka!!!
  12. da mula makan banyak..
  13. boleh senyum manis & gelak comel bila time menyusu.. nampak jer "am..am" terus sengih..
  14. pandai gelengkan kepala untuk say "no no no"
  15. gigi yang tumbuh aritu.. tetiba terbantut.. acaner tu??
  16. lebih manja dengan Abi berbanding Ummi.. nampak Abi jer.. meronta-ronta nak dukung.. tapi bila Ummi xde depan mata, tau pulak mencari..
  17. banyak perkataan baru.. 
  18. suka tengok iklan .. nie yang Ummi kurang suka

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...