Assallammualaikum wbt
Alhamdulillah.. harini dah masuk hari ke-5 Vee mengumpul / mengepam susu untuk Elena & Elaine =)
Vee xdela beria-ia mengepam sampai nak kumpul stok susu yang banyak. Sekadar cukup untuk ajar Elena isap susu botol sekali atau 2 kali sehari sebab Vee kan surirumah, directfeeding masih lagi satu kemestian untuk Elena =)
So apa tujuan Vee mengepam? Mr Hubby yang request untuk ajar Elena isap juga susu dari botol sebab memudahkan Vee dan Elena bila nak keluar jalan-jalan. Memanglah kalau keluar shopping tue boleh jer df , tapi kesian kat Elena yang terpaksa menunggu bila kitorang tengah makan dan tempat tue xder tempat yang sesuai untuk Vee bagi df. So bila bawa bekal susu dalam botol kan senang.. Elena nangis nak menyusu jer, terus dapat tanpa kitorang tergesa-gesa nak abeskan makanan.
Komen Vee tentang breastpump Anakku? Memang Thorrrrbaik !!! Selain murah berbanding brand lain, susu Vee tetap keluar dengan lancar ^_^ oh ye.. Vee bukan macam ibu-ibu lain yang sentiasa mengepam. Vee cuma mengepam 2 kali sehari iaitu selepas subuh dan sebelum tidur. Itupun hanya 15minit-30minit jer sekali pam sebab Vee x rajin nak pam lama-lama hahahaha
Kuantiti susu yang Vee dapat memanglah x semeriah ibu-ibu yang lain.. alhamdulillah dalam masa Vee mengepam 15minit sambil menyusukan Elena, dapatlah dalam 3.5oz biasanya sekali pam. Pernah Vee dapat 6.45oz..(dalam gambar) haa nie rekod paling banyak untuk Vee sebab Vee pam sebelah kiri jer masa nie dalam masa 1/2 jam.
Lagi satu sebab kenapa Vee hanya pam sekejap jer.. sebab pernah Vee pam sejam tapi hanya dapat 2oz jer. Sedih sangat masa tue.. huhu so Vee pun mengadu dekat Mr Hubby, Mr Hubby pujuk bagitau yang Vee xperlu beria-ia nak simpan stok banyak-banyak.. cukup sekadarnya. Baru rasa ok & lepas jer aritu.. alhamdulillah susu pun keluar banyak ( 30z dalam masa 15 minit dah banyak la bagi Vee heheheh)
Elena masa bagi isap botol aritu.. memang jenuh gak la. Lamaaa baru nak abes, itupun merengek-rengek. Dah 2 hari.. baru ok. Tapi tetap merengek dan pandang mata Vee dengan mata kesian hahaha
Buat masa nie , kitorang belum ada pengalaman lagi keluar shopping bawa bekal susu sebab xder benda nak shopping =p oh ya.. Vee simpan stok susu dalam milk storage brand Autumz. Sebab.. sebab murah lah heheheh lagi satu kualiti yang sangat bagus , ikut pengalaman orang lain la kan.
Buat masa nie.. susu-susu tu Vee x frozen kan lagi , hanya letak dalam freezer bahagian atas yang ada penutup kecik tu (dapat bayangkan x) sebab memang akan guna dalam tempoh 2-4 hari untuk Elena. Susu frozen kan dah berkurangan khasiatnya berbanding susu yang sejuk. Tapi masih lebih berkhasiat berbanding susu formula =)
Untuk Elaine.. Vee akan campur dalam susu Elaine bila ada lebih sebab Elaine xsuka minum susu yang dah diperah.. siap cakap "ee..eee". Sabar je la. Tapi kalau df.. laju jer isap.. padahal sama jer rasanya... kott.. hehehe manalah Vee tau sama ke x..
P/s : Vee aritu dah beli Bamboo Charcoal slimming suit (ingat senang nak pujuk Mr Hubby belanja =p). Kalau rajin + berkesan.. Vee review la ye =) ahkak kan tekad nak kurussss.. =D
Bestnyaaaa kalau 24jam ngn baby cm sis ni. Huuuu. Boleh direct bf pagipetangsiangmalam
ReplyDelete