Assallammualaikum wbt ^_^
Ramai yang tanya Vee "Vee.. ok ker bersalin kat Hospital Kajang?" Alamak.. susah nak jawab soalan nie sebenarnya.
Sebelum Vee jawab soalan tue.. meh Vee bagitau kenapa tiba-tiba Vee boleh bersalin di Hospital Kajang.
17/11/13 Ahad..
Vee & Mr Hubby pagi-pagi lagi dah gerak ke Hospital Serdang untuk "serah diri" sebab Vee kan ada GDM (bersalin before / on due) Tapi.. wad & LR penuh. Doktor cadangkan untuk ke Hospital Kajang @ Hospital Ampang sebab situ jer yang masih ada kekosongan.
Mula-mula Vee & Mr Hubby x setuju , so kitorang call Hospital Putrajaya.. tapi sama jer jawapan.. wad penuh.
So bila dah berbincang.. terfikir dari Vee kena tunggu lama untuk bersalin, baik pergi jer Hospital Kajang.. cepat bersalin & x perlu tinggalkan Elaine lama-lama.
Vee ke Hospital Kajang naik ambulans lagi hehehe laju seh tapi sesiapa yang memang dah terbuka 4cm ke atas.. confirm sampai kat H.Kajang dah tebersalin.. laju & goyang bukan main dalam ambulans tue. Tapi memang 2 orang yang dah buka 4cm aritu.. terus bersalin bila sampai H.Kajang hahahaha
Masa sampai kat H.Kajang.. Vee memang rasa nak nangis melihat keadaan hospital tue.. memang old fashion tau uwaaaaa!!!
Masa nie Vee ngadu / sms Mr Hubby tentang apa yang Vee rasa lebih-lebih lagi bila dapat tau suami xleh masuk masa bersalin.. memang nak teriak jer rasa. Tapi kata-kata Mr Hubby buat Vee terus redha iaitu "xpelah Sayang.. mana tau Sayang lagi senang bersalin kat sini" .
Memang keadaan wad x seselesa kat Hospital Serdang.. katil rapat-rapat, xder langsir untuk asingkan antara katil , tandas pun agak jauh sedikit, surau kecik.. tapi apa yang Vee suka, pelawat masih boleh datang selepas waktu melawat. Tapi pesakit la yang kena keluar.. xpe, janji x jauh & dapat abeskan masa dengan Elaine lama sket ^_^
Itu jer yang Vee leh jawab.. mungkin x seselesa hospital-hospital baru, tapi untuk pengalaman bersalin.. memang meninggalkan kenangan manis buat Vee ^_^

No comments:
Post a Comment