Assallammualaikum wbt..
Lain orang, lain cara pantangnya ..betul x? Sesetengah orang memang prefer berpantang cara tradisional, ada yang suka dengan cara moden & ada yang suka apply kedua-duanya.
Vee? Vee lebih senang dengan cara tradisional & dicampur sedikit cara moden hehehehe acaner tue?
Mula dari Mandian dulu. Vee memang hari-hari mandi air rebusan serai wangi, serai wangi original tau.. bukan serbuk sebab Mil memang tanam depan rumah. Then air cebok pun guna asam keping + uncang teh herba yang disertakan dalam set NR. Lepas mandi air suam nie.. wangi seluruh bilik sebab serai wangi memang harum baunya & segar :)
Lepas mandi, wajib Bertungku. Dulu masa Elaine, Vee guna bata panas. Sekarang nie guna tungku elektrik sebab xnak susahkan Mil & Mr Hubby.. memang x sepanas bata tapi letak la lama sikit kat tempat yang ditungku tu.. terasa gak. Bertungku bertujuan untuk membantu lancarkan peredaran darah, mengecutkan rahim, keluarkan darah kotor, melegakan sakit & lenguh badan. Biasanya Vee akan tungku di perut, belakang badan, pinggang , paha & tapak kaki. Paling penting di perut sebab nak kecutkan rahim.
Lepas tu Berbengkung. Sebelum berbengkung, Vee akan sapu perut, paha, pinggang & belakang belikat yang biasanya tempat lemak-lemak suka lepak dengan losyen pati Halia. Lengan Vee sapu dengan krim barut NR sebab xnak panas sangat, Vee kan bf baby. Lepas sapu krim-krim tue baru berbengkung. Kali nie Vee ada dua jenis bengkung. Wajib ada dua sebab kena cuci la kan..xkan nak pakai 44 hari dengan 1 jenis bengkung jer. Vee ada bengkung lilit 4meter yang mak buat sendiri & bengkung Bodycare yang ikat tali kasut tue. Tujuan berbengkung? Mestilah nak bagi body slim melim hehehehe perut kan membesar selama 9 bulan..haruslah berbengkung.
Kali nie Vee x pakai param & pilis :p sebab Vee sapu leher, kepala, tangan & kaki dengan Minyak Herbanika NR jer. Alang-alang beli NR.. gunalah sepenuhnya. Tujuan? Elakkan angin sejuk masuk ke liang-liang roma yang biasanya terbuka luas selepas bersalin.
Oh ya.. bagi Vee Minyak Herbanika nie antara minyak yang terbaik terutama untuk Vee yang bersalin secara normal nie. Minyak nie leh letak atas pad sebab membantu menyembuhkan jahitan episiotomi dengan cepat ^_^ rasa berangin jer.
Bab makan pulak.. sarapan pagi biasanya Vee minum milo panas & makan biskut atau roti. Tengahari Mama masakkan ikan yang direbus atau digoreng dengan halia. Sayur sedikit & minum air suam or teh herba NR. Nasi wajib nasi panas & x boleh tambah. Petang sama macam sarapan..Vee minum milo & makan biskut & malam sama menu macam tengahari gak. Kalau boring minum milo, Vee selamba minum Indocafe hehehe :p even Mil x bagi sangat takut anak angin.
Stokin wajib pakai.. xleh bersejuk sangat, so kipas xleh laju-laju, pakai baju lengan panjang & xleh lasak-lasak.
Perkara paling wajib bagi Vee ialah makan Phytonatal NR .. sebabnya sangat mujarab melawaskan pembuangan air besar sepanjang berpantang tanpa rasa takut hehehe selain tu mengeluarkan darah-darah kotor & panaskan badan. Yang paling penting membantu membakar lemak-lemak yang ada & dilawaskan melalui poo-poo ^_^
Dah masuk minggu ke3 pantang nie, baru nak minum Bidadari dcl hehehe tujuan untuk membantu mengecutkan rahim & membuang darah kotor dalam badan. Selain tue membantu memulih & mengetatkan keintiman wanita. Errr... kan ke moto Bidadari tue.. "setiap malam adalah malam pertama" .. so penting diamalkan semasa berpantang nie :p
Haaa.... nak update pasal berat badan nie @_@ Kempen 50kg tu wajib direalisasikan.
Hari last sebelum bersalin : 72kg 17/11/13
Selepas bersalin : 68kg 19/11/13
Seminggu berpantang : 65kg 25/11/13
2 minggu berpantang : 63.5kg 2/12/13
No comments:
Post a Comment